Friday, August 28

1 hingga 6 Ramadhan di Nottingham

Sabtu, 1 Ramadhan
Ramadhan yang dijangkakan pada mulanya akan jatuh pada hari Jumaat, dimulakan pada hari Sabtu dengan sebuah suprise yang sungguh mengejutkan, dengan kehadiran sahabat saya daripada Jerman, KA dan Iqbal. Iqbal pernah pertama kali menziarahi saya pada spring yang lepas, namun pada kali ini beliau menelefon saya dan mengatakan akan membawa sebuah kejutan, iaitu KA pu ikut sekali. KA merupaka rakan sekolah menengah yang mana kami kali terakhir bertemu pada 2002.

Subhanallah, siapa menyangka kami bertemu kembali setelah 7 tahun di bumi Nottingham dan bersama-sama menyambut Ramadhan 1430 hijriyah. Mereka tiba pada hari Khamis, dan untuk Iftar yang pertama, saya membawa mereka berbuka di rumah keluarga Baharudin, sebuah famili post grad yang popular di Nottingham. Beliau merupakan mantan Penghulu persatuan Post-Grad di NOttingham.

Berbuka dengan Nasi Arab, Mee Hun goreng, ayam panggang dan beberapa hidangan Istimewa lain ternyata satu kelainan buat sahabat Jerman, yang..oh ya, terlupa untuk dinyatakan, yang mereka berkunjung ke NOttingham daripada Jerman dengan berbasikal. Ya, menaiki basikal selama seminggu!

Ahad, 2 Ramadhan
KA dan Iqbal pulang pada hari ini. Setelah basikal di masukkan ke dalam kotak, saya menghantar mereka pulang ke stesen bas, kerana mereka akan mengambil flight pulang ke Jerman pada tengaharinya.

Iftar hari ini sungguh istimewa, masakan Saudara Shafie dan Saudara Ariff Sodri. Daging tumbuk rasanya..

Isnin, 3 Ramadhan
Harus lebih bersungguh membaca Quran dan bersedekah. Terbaca di blog seorang pemimpin negara;

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi

Rugi rasanya kalau kadar (rate) sedekah kita bulan ini dan bulan sebelumnya sama sahaja...

Selasa, 4 Ramadhan
Kelas demi kelas yang dibatalkan (doktor puasa ke?) tidak melemahkan semangat saya. Kemenangan di Permatang Pasir ternyata memberikan sedikit sebanyak inspirasi, sebagai hadian dan ujian di madrasah Ramadhan, namun banyak lagi penambah baikan perlu dilakukan.
Iftar hari ini sungguh istimewa kerana menerima jemputan Dr Syed dan Kak Zue (serta Sumaiyah and her sister) untuk berbuka di rumah mereka, bersempena dengan pemergian Dr Syed, seorang doktor paedriatrik, ke Kenya untuk misi perubatan di sana. Subhanallah peluang yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau. Hidangan nasi kenduri sungguh membuka selera kami setelah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, bersama-sama dengan sahabat saya saudara Shafie dan saudara Alimin.

Bersolat tarawih di Masjid Madani, sebuah masjid pakistan yang bangunan asalnya merupakan sebuah gereja sungguh tenang rasanya, mendengar bacaan sang Imam yang sungguh sedap dan sempurna. Dalam perjalanan pulang daripada masjid, Dr Syed yang memandu saya pulang sempat memberikan beberapa nasihat berguna. Didoakan Dr Syed selamat dalam misi kemanusiaan di sana, inshaAllah.

Rabu, 5 Ramadhan
Selagi lagi Ramadhan tambah ceria dengan kehadiran dua orang rakan saya daripada Preston. Mereka baru saha menyambung pelajaran di UK setelah menghabiskan sessi pre-klinikal di IMU, Bukit Jalil. Azliana Alias belajar di kolej persediaan yang sama dengan saya dahulu, dan yan paling istimewa ialah Luqman Faiz, temah sesekolah dahulu. Pertemuan semula sejak 2003 sangat istimewa dan Iftar kami pada hari ini disediakan oleh saudara Shafie dengan menu yang bertajuk 'daging masak lemak'. Lembara kisah-kisah silam dibuka chapternya satu persatu...

Tazkirah oleh Brother Tajuddin setelah selesai 4 rakaat tarawih juga sungguh mengasyikan dan memberikan ilmu berguna dalam menjaga pemakanan dan bersederhana di bulan Ramadhan ini. Thanks bro...

Khamis, 6 Ramadhan
Ujian yang menduga keimanan di awal hari tidak melemahkan semangat untuk saya bersungguh-sungguh di Ante natal klinik. Dan alhamdulillah, Allah membuka peluang kepada saya untuk menyaksikan Extenal Cephalic Version yang akan dilakukan pada hari Selasa depan ke atas seorang wanita yang mengalami kandungan Breech (bayi songsang, kepala di atas).

Iftar istimewa hari inilah daging roti pita di Surau universiti yang sungguh mengasyikkan. Setelah makan, saya membawa Luqman ke rumah post grad untuk ziarah dan beramah mesra, dan berkenal-kenalan. Solat Isya' dan tarawih kami di Masjid Madani dikejutkan dengan pengumuman imam yang sedap bacaannya (antara sebab saya suka solat di masjid Madani) telah dikejarkan ke hospital kerana sakit loin sebelah kiri. Innalillahi....

Tak sempat Luqman nak bertemu dia. Tidak mengapa, kalau sudah tiada jodoh malam ini, mungkin ada rahsianya..

Tup..tup...esok menandakan sudah seminggu Ramadhan....sudah luluskah kita dalam Kolej Yayasan Ramadhan ini?

Friday, August 21

Perisytiharan Ramadhan untuk Nottingham

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgq2QsAZ5LMOkdBR-lT2pFuAiRP6KrkN1B-bYfO1xnk9xgM1Goiu5HujclmAvy3y2ha83SrAl7ghJ-r6czpX0Zywi5kbVM61NMv3IS0Gwx9FBS8hxk3jTcbk4jaZU09lJFEcm0k/s320/engku+ibrahim.bmp

Dengan ini saya dengan penuh konfidennya, mengisytiharkan, tarikh bermulanya puasa bagi kawasan Nottingham dan kawasan-kawasan yang sewaktunya dengannya jatuh pada 1 Ramadhan bersamaan 22 Ogos 2009, iaitu pada hari Sabtu.

Puasa, jangan tak puasa tau!

Tuesday, August 18

Ada yang nak, tak dapat. Tak nak, dapat.

Ada yang nak sangat akan anak tetapi tidak mampu, ada yang tidak mahu akan anak. Begitulah ragam manusia yang pelbagai yang saya temui semasa di klinik.

Fertility Clinic
Semasa di fertility clinic, saya berjumpa dengan pasangan demi pasangan yang telah mencuba sekian lama, namun masih gagal mendapat anak. Ada yang sudah mencuba selama 2 tahun, ada yang sudah mencuba selama 5 tahun. Kesian sungguh.

Pertamanya doktor akan menyiasat punca infertility (ketidak suburan), samada ia berpunca daripada sang perempuan atau daripada sang lelaki. Kebiasaannya, si perempuan yang merupakan puncanya. Kalau didapati daripada ujian darah yang si ibu masih lagi ovulate (bertelur setiap bulan), maka dua ujian boleh dilakukan untuk memeriksa Tiub Fallopio sang perempuan. Mudah sahaja, nak memeriksa kat dalam tu, samada tiub yang menghubungkan ovary (rumah telur) dan uterus (tempat bayi tumbuh membesar) tersumbat ataupun tidak.

Dua test yang boleh kita jalankan ialah hycosy ataupun laparoscopy and dye test.

Istimewanya rawatan di bawah National Health Service (NHS) di sini ialah, rawatan IVF boleh diperoleh secara percuma. Namun sabar dahulu, ada beberapa syarat yang perlu anda penuhi untuk melayakkan anda menerima rawatan ini.

Di PCT Nottingham, pasangan mestilah tidak mempunya anak daripada perhubungan sebelumnya, tidak merokok, sudah tiga tahun gagal mendapatkan anak dan sudah disahkan doktor bahawa anda tidak mampu mendapatkan anak secara natural lagi.

Sayu melihat wajah seorang wanita yang sungguh sedih kerana sudah hilang kelayakkan untuk menerima rawatan IVF di Nottingham. Sebabnya yang sempat kami bincangkan, kemungkinan semasa melahirkan anak pasangannya sebelum ini, dia telah terkena infection pasca kelahiran bayinya, dan infection itu mungkin menyebabkan sebahagian uterusnya menjadi scar.

Mungkin...we will never be 100% sure....

Dan bayaran untuk IVF setelah gagal melayakkan diri dalam skim IVF percuma ialah £3,500!
Mahal sungguh harganya, namun wanita tersebut masih besyukur..

''at least I still have an option'', kata beliau yang sedikit menganjakkan paradigma saya.

Syarat ''tidak ada anak daripada phubungan sebelumnya'' hanya terdapat di beberapa PCT seperti Nottingham. Boleh juga untuk pasangan ini lari ke PCT yang lain seperti Manchester, namun dalam keadaan kegawatan ekonomi kini, nampaknya semakin banyak hospital akan mengetatkan syarat untuk membolehkan pesakit mendapat rawatan IVF.

Tak mahu anak
Di klinik ini, mengingatkan saya pula kepada pertemuaan sebelumnya, dengan gadis-gadis dan wanita yang memilih untuk menggugurkan kandungan.

Subhanallah, sungguh pelbagai manusia di muka bumi Allah!

''i'm not prepared for it'', kata seorang pesakit, dan lantas, gugur satu lagi nyawa di muka bumi ini.

Ada sebuah kisah yang sungguh mengharukan.

Ada satu pasangan yang disahkan doktor tidak mampu lagi melahirkan anak, kerana si suami didapati mempunyai sperm count yang rendah. Kesian dia. Si isteri sudah mempunyai anak daripada pasangan sebelumnya. Lalu dalam perhubungan seks sesama mereka, mereka tidak memakai sebarang contraceptive.

Ditakdirkan pada suatu hari, si isteri merasakan kelainan pada dirinya. Kurang sihatkah?

Pertemuan dengan doktor mengesahkan yang beliau mengandung! Maha suci Allah yang ilmunya MAHA Luas, menjangkaui pengetahuan manusia (kita lah tu ) yang lemah.

Namun amat menyedihkan apabila si isteri mengambil keputusan untuk menggurkan kandungan tersevut, dan tanpa memaklumkan kepada si suami.

''but he must be excessively happy to hear this!'' si doktor cuba mendorong si isteri agar meneruskan kandungan.

Namun berdasarkan undang-undang, si isteri berhak 100% ke atas batang tubuhnya. Lalu gugur lagi satu nyawa...

Dah dapat anak, lalu ditarik di pertengahan
Di satu konsultasi yang lain, semasa melakukan ultrasound (suara ultra), untuk memeriksa fetus, kami dikejutkan dengan satu fenomena yang lain pula.

Umur si ibu sebaya dengan saya (22 tahun), namun ini merupakan kandungan keduanya. Kandungan pertama alhamdulillah telah lahir dengan selamat dan sedang membesar dengan sihat, dan kini berusia 2 tahun.

Kegembiraan mendapat anak kedua tidak berpanjangan. Disangkakan panas, rupanya gerimis, ribut taufan dan tsunami mengundang. Ultrasound mendapati kepala si fetus gagal membesar dengan normal dan ini dikenali dengan nama anencephaly. Ini merupakan sejenis spina bifida.

Dengan tenang, doktor mengesahkan yang tubuh yang sedang membesar dalam uterus si ibu akan mati, dan kalau lahir pun, hanya akan hidup paling lama pun seminggu sahaja. Bayangkan kalau otak kita tak ada perlindungan. Ada yang dapat hidup sehingga seminggu setelah lahir kerana pusat pernafasan manusia terletak di bahagian bawah otak.

Masa yang diambil tidak lama untuk si ibu merembeskan air mata di bahu si suami. Kelam kabut saya mencarikan tisu untuk diberikan kepada si ibu. Setelah berbincang, si ibu mengatakan yang beliau telah mengalami demam panas dalam sebulan yang lalu. Mungkin H1N1 katanya...

Nak buat macam mana, jadi selepas ini, si ibu kena rajin ambil folic acid (folate), sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum nak mengandung, kerana sunnatullah mengatakan ia boleh mengurangkan insiden spina bifida. Nak estimate tiga bulan tersebut, kena rancanglah kalau nak mengandung.

Saabat-sahabat sekalian,

Begitulah ragam manusia yang pelbagai di muka bumi Allah ini. Akhir kata, anak-anak adalah harta anda, lalu didiklah mereka bahkan sebelum mereka lahir lagi!

Bacalah surah Maryam untuk memudahkan proses melahirkan anak
Bacalah surah Yusuf untuk anak yang kacak, segak, cantik dan menawan.
Bacalah surah Luqman untuk anak yang cerdik, bijaksana dan penuh hikamh.

(pesanan saudara Ridwan Md Noor semasa FUIYO 2008)

Monday, August 17

17 Ogos tarikh istimewa

17 Ogos merupakan tarikh yang sedikit istimewa.

Ia mengingatkan saya akan Kak Mujiana @ Kak Ana, orang gaji yang menjaga saya dulu. Bukanlah kerana ini hari lahirnya, tetapi kerana ini merupakan tarikh kemerdekaan Indonesia.
Dahulunya saya geram juga, mengapakah Indonesia lebih hebat dalam permainan badminton, penduduknya lebih ramai, Jakarta ibu kotanya lebih padat, kemerdekaannya lebih awal (namun sambutan dalam bulan yang sama)..macam macam lagi kelebihan yang sukar saya terima. Jeles lah tu...

Namun ketika itu saya masih tidak sedar, kita semuanya sama, lebih lebih lagi Indonesia dan Malaysia. Sukar diterima hakikat ini, namun kalau difikirkan kembali, siapakah yang membina pengasingan antara negara ini. Malayia dan Indonesia ini rapatnya lebih daripada adik beadik lagi.

Para doktor Indonesia dan Malaysia, kita bertuah kerana boleh berbahasa Nusantara (melayu..indonesia) kerana apabila berlaku malapetaka (tsunami, gempa dan sebagainya) komunikasi kita amat kritikal dan kita punya bahas sepunya untuk bekerja bersama.

Kepada peminat sejarah. boleh baca lanjut perisytiharan kemerdekaan Indonesia di sini.

Namun kadang-kadang sumber sejarah yang ada ini tidak tepat. Sumbangan ulama' tenggelam dan disembunyikan, dan tokoh nasionalis yang diangkat sebagai pejuang kemerdekaan. ini berlaku di seluruh dunia.

Kepada Kak Mujiana binti Temu, di mana sahaja anda berada, diharapkan sihat senantiasa dan semoga terus ceria-ceria dan mantap iman dan amal inshaAllah.

Thursday, August 13

Bertemu ibu mengandung memakai niqab (purdah)

Hari ini semasa sessi AnteNatal Clinic (Ante means prior, Natal is birth), saya ditempatkan bersama doktor Sofia Ahmad, seorang doktor Pakistan Muslim, dan seorang wanita. Suasana tengah hari tidak menghalang saya daripada menghadiri antenatal clinic yang pada saya sentiasa menarik dan ada cebisan pengalaman yang sungguh istimewa.

Kami didatangi seorang demi seorang wanita mengandung. Secara normalnya, ibu mengandung tidak perlu berjumpa doktor di hospital, kerana proses mengandung merupakan sebuah proses physiology normal manusia. Wanita mengandung sebenarnya bukanlah seorang pesakit, cuma ada manusia sedang dibentuk dalam badannya!

Cuma sesetengah wanita yang dirasakan ada sedikit masalah, akan direfer (dengan izin dewan bahasa) untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.

Wanita pertama kami pada hari ini ialah seorang wanita yang mengandungkan anak hasil proses In Vitro Fertilisation (IVF). Isunya ialah berat badan wanita tersebut yang sangat rendah, dan BMInya hanya 17. Sebelum berjumpa si wanita berkenaan, saya menjangkakan dia merupakan seorang yang kecil tubuhnya, namun ternyata wanita ini sangat tinggi, cuma kurus agaknya. Suaminya nampak garang sahaja....

Menariknya pada hari ini, ada seorang wanita yang berpurdah datang untuk pemeriksaan janinnya. Sebaik sahaja wanita ini masuk, saya sungguh terkejut. Bukannya apa, kebiasaannya, saya memang akan 'dihalau' dengan penuh hormat (hehe..) oleh wanita yang tidak berkenaan adanya lelaki asing ketika sessi konsultasi. Biasanya perempuan muslim, tak kisah lah yang bertudung atau yang tidak bertudung (ya, yang tidak bertudung pun pernah meminta saya keluar daripada bilik)

Namun hari ini, buat pertama kalinya, saya diterima untuk stay (sekali lagi, dengan izin) di dalam klinik. Perempuan ini tidak fasih sepenuhnya berbahasa Inggeris, jadi saya ingin mendapatkan kebenaran yang jelas, dan saya bertanya dua kali.

''Is it ok if I stay here for the consultation?''

Wanita tersebut mengangguk tanda setuju. Wah, terkejut chimpanze saya dibuatnya.

Nasib baiklah Dr Sofia boleh berbahasa Urdu. Setelah meminta izin daripada saya untuk meneruskan perbualan dalam bahasa Urdu, Dr Sofia pun meneruskan sessi beliau dengan wanita tersebut.

Pada ketika ini, saya rasa maca sedang menonton filem hindi..LIVE punya, macam adegan pesakit jumpa doktor sab..

Semasa Dr Sofia keluar sekejap, saya mencuba beberapa frasa Urdu yang saya tahu.

''Ap ke se hei?''

''Good..good, I'm good'' sambut wanita tersebut nampak terkejut sebentar.

''tera nam hei?''

Lalu wanita tersebut menyebut namanya. Rupanya dia baru sahaja tiba di UK beberapa bulan yang lalu, dan ini merupakan anaknya yang kedua. Anak lelaki sulungnya lahir di Pakistan, dan dia juga bakal melahirkan seorang lagi baby boy! (huraay!!)

Di saat ini, saya teringat pesanan Sheikh Ahmed Deedat, di dalam bukunya the Choice. Beliau amat menyarankan agar ummat Islam memperbanyakkan bahasa yang dikuasai. Sebab lebih mudah untuk menjiwanya si mad'u atau golongan sasaran dakwah. Dalam konteks para doktor, mudah untuk kita mendalami masalah pesakit, agar lebih mudah kita merawatnya.

Subhanallah.

Terima kasih kepada kakak Pakistan kerana sudi menerima saya untuk sessi konsultasi dan rawatan hari ini, dan terima kasih kepada Almarhum Sheikh Deedat atas nasihatnya.

Wednesday, August 12

Lagi insiden what you get, you give back

Setelah seharian terlantar kerana severe backache yang tiba-tiba menyerang, saya kembali ke Treatment Centre pada keesokkan harinya. Bukan untuk menerima rawatan, tetapi untuk sessi Gynae OutPatient Department (GOPD). Sessi GOPD ialah sessi yang saya tunggu-tunggu kerana berpeluang untuk mengambil history daripada patients dan juga melakukan beberapa examination you-know-what..

Namun sayang, seribu kali sayang, setelah tiba di department F (untuk Gynaecology), seorang nurse memberitahu saya yang doktor yang terbabit dalam sessi pagi itu ialah doktor baru, jadi amat sukar bagi doktor menerima seorang pelajar perubatan, pada hemat beliau. Jadi beliau mencadangkan agar saya mengambil day-off untuk hari ini, dan ''to give double effort'' untuk sessi seterusnya.

Namun pada waktu yang sama, pucuk dicita ulam mendatang sebenarnya, kerana saya sedang menantikan kehadiran sahabat saya, Yusof yang datang melawat saya pada pagi tersebut. JAdi bolehlah saya prepare makanan dan sebagainya untuk menanti kehadirannya....hehehe..

Semasa dalam perjalanan keluar daripada Treatment Centre QMC, saya telah diseru oleh sepasang suami isteri yang kelihatan hilang arah dan tujuan. Si lelaki kelihatan bersarung tangannya dengan simen, patah agaknya. Dan si perempuan kelihatan terketar-ketar, bukan kerana kesejukkan dek hujan renyai renyai yang sedang turun, namun saya merasakan kerana benign essential tremor. Mungkin lah, kalau bukan Parkinson.

http://whitecoatrants.files.wordpress.com/2007/12/fracture-1-800x600.jpg

''Do you know where is the Fracture Clinic?'' tanya si wanita yang berumur dalam lingkungan 65 tahun pada pemerhatian saya.

''I don't think it's in this building, but fortunately, I do have a map with me!'' respon saya teringatkan map saya saya masih lagi bawa di dalam beg saya.

Memang walaupun setelah 3 tahun berada di Queens' Medical Centre, map ataupun peta masih menjadi benda penting di dalam beg saya. Setelah disemak, ternyata pasangan ini telah tersasar agak jauh.

''I think we are far away from your clinic''

''I'm pretty sure it was somewhere around here when we first came''

Saya hanya menyambut kata-kata wanita tersebut dengan senyuman.

Setelah meyakinkan mereka berdua, saya menawarkan diri untuk membawa mereka ke klinik tersebut. Alang-alang tak ada kelas, ada benda juga nak buat!

''It will be a bit of a walk'' kata saya kepada mereka berdua sambil meredahi gerimis yang terus menerus turun tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.

Menunjuk arah kepada orang, mengingatkan saya kepada pengalaman bertanyakan orang akan arah jalan semasa di Mesir dan Turki. Semasa di Mesir, sebagaimana yang diceitakan juga oleh sahabat saya, Arif Sudin, orang Mesir memang bersungguh-sungguh menunjukkan jalan kepada kita. Itu antara nilai positif yang ada pada mereka.

Saya teringat semasa saya dan Arif menaiki motosikal, mencari suatu tempat yang bernama Syajarah Maryam (Pohon Maryam), tempat yang dikatakan menjadi tempat Maryam dan Nabi Allah Isa berehat berteduh semasa di Mesir suatu ketika dahulu. Kami kesesatan kerana tempat tersebut tidak popular dan jarang dilawati orang kerana kawasan tersebut merupakan kawasan Kristian. Bahkan saya boleh katakan saya antara sedikit orang yang pernah sampai ke sana. Rata-rata ustaz-ustaz yang saya pernah bertanyakan, mengatakan mereka tidak pernah sampai ke sana.

Semasa bertanyakan orang setelah sesat, ada seorang lelaki yang sanggup menaiki motosikal bersama kami demi menunjukkan jalan. Subhanallah!..bayangkan naik motosikal bertiga, dan dia duduk di tengah-tengah, dengan badannya yang besar, hampir-hampir saya terhumban ke belakang!

Begitu juga di Turki, semangat untuk menunjukkan jalan amat menjernihkan hati saya. Walaupun baru pertama kami perjumpa, dua pemuda bersungguh-sungguh menunjukkan jalan ke Maqam Abu Ayub al-Ansari. Bahkan semasa di suatu tempat yang lain, belum ditanya, terus kami sekawan disapa. Mungkin kerana muka kami pada ketika itu nampak lost...

Berbalik kepada cerita pasangan suami isteri tadi, seronok melihat wajah gembira mereka dapat ke Fracture Clinic pada pagi ini. Ternyata satu ilmu baru juga kepada saya kerana saya belum pernah sampai ke Fracture Clinic..mungkin akan dapat posting di sini selepas ini ke...siapa tahu?

"this is young lad has very kindly shown us the way here'' si wanita tadi bercerita sakan kepada para volunteer yang berada berhampiran klinik tersebut. Bersemangat sungguh makcik ini..

''Thank you sir'' kata si suami kepada saya.

Kemudian saya berlalu pergi dengan penuh rasa puas pada pagi ini. Namun setelah beberapa langkah, saya baru tersedar, macam mana nak kembali ke main entrance? haha..saya pun tersesat sekejap...hehehe.

Apa-apa pun, sunnatullah mengatakan, what you give, you get back. Provided that we are ikhlas and sincere ini our job. inshaAllah.

The Filament SHOP

http://img406.imageshack.us/img406/8646/poster1u.jpg

To All warga Nottingham,

InshaAllah there'll be a charity sale, will plenty of CHEAP stuff!!

The stall is named as the Filament Shop, and you can find Files, Lampu Stadi dan Mentol on sale there. Please kindly refer to the poster for others stuff.


Monday, August 10

tuition fees

Course tuition fees for international students for 2009/10 are £14,660 per year for years 1 and 2.

Years 3, 4, and 5 will be set at the clinical rate applicable for 2011/12. For guidance, the clinical fees for 2009/10 are £25,480 per year.

(£14,660 x 2) + ( £25,480 x 3) = £105, 760

This is how much money is spent on medical students in Nottingham. And this is only the cost for tuition fees....

(Baik aku belajar sungguh-sungguh..)

Sunday, August 9

Keputusan peperiksaan

Para pelajar Kolej Yayasan UEM (kolej saya dahulu kala..) akan menerima keputusan peperiksaan A-Level dalam masa beberapa jam sahaja lagi...

Ini emel inspirasi daripada saudara Zaim, sahabat saya di Australia.

Salam,

Dalam FB hari nie,

sikit-sikit Result
sikit-sikit Cuak

Hahahahaha!

Pepun~ ingat yang nie 2:216!

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

DAN

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu `anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?

Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.

Kepada semua yang bakal menerima keputusan peperiksaan, all the best!


Ummat islam mesti Kaizen

http://img511.imageshack.us/img511/7260/90576057nc8.gif

Untuk bergerak mara ke hadapan, Ummat Islam mesti selalu kaizen.

Ambil yang jernih, buang yang keruh, dan create new things.

Banyak ajaran Islam di dalam perumpamaan ini. Antaranya ialah muhasabah. KIta disuruh untuk menghisab diri kita setiap hari menjelang tibanya saat yang PASTI.. apa lagi kalau bukan kematian.

Kepada sahabat saya saudara Ruzaini, saya mengucapkan terima kasih daripada bumi Nottingham atas gambarajah di atas. May Allah give you strength and wisdom.

Muslim Overseas Camp video



The event first started in 2005, organised by Hazman Hadi's batch. I was just thinking that they must have gained a lot of rewards from Allah for initiating such a wonderful dan beneficial pre-departure program that will inshaAllah continue in years to come.

Congratulation from Taman Dunkirk Jaya

http://img8.imageshack.us/img8/6610/tamandunkirkjayacopy.jpg

Saturday, August 8

Hiroshima



Berapa ramai yang mati katak dengan bom atom ni?

Thursday, August 6

Yang akan datang

notts by you.

Terjumpa di internet, dalam akhbar tempatan. Tahniah kepada yang akan datang Nottingham. Selamat datang ke medan latihan untuk kembali berkhidmat di tanah air.

Budaya dunia

Image and video hosting by TinyPic

Sehingga kini, di jalanan, graffiti Tok Guru Nik Aziz terus menjadi tema utama Mike dan rakan-rakan dalam usaha 'menghias' kawasan lorong sempit di sini.

Welcome Malaysia

http://img515.imageshack.us/img515/6662/firdauslisa.jpg

Semasa zaman renaissance, lukisan mona lisa dilukis. Lukisan ini kini dimiliki oleh kerajaan Perancis pada ketika ini. KAlau ke muzium the Louvre, boleh lah jumpa gambar ni, memang cukup popular, saya pun tak tahu apasal, padahal gambar ni tak bergerak pun. Macam perempuan tapi ada misai.

Ada satu zaman, kerajaan turki menghantar pelajarnya belajar di Perancis. Ada yang balik, dia bawa pemikiran demokrasi tulen yang baru nak naik dan berkembang pada zaman tersebut. Yang tak balik pun ada juga, sebab selesa dengan kehidupan 'moden' di Perancis pada ketika itu.

Zaman sekarang pun ramai juga pelajar luar negara yang tak balik. Tapi yang balik pun tak menyumbang apa2 kepada negara. Jadi kenapa bazirkan duit berjuta-juta menghantar pelajar ke luar negara?

Wednesday, August 5

Melihat bayi lahir seorang demi seorang, dan mati.

Apabila satu sperma bersatu dengan satu ovum, dan satu sel yang terbentuk bercambah menjadi 2, dan kemudian 4 dan kemudian 16..dan seterusnya 'melekatkan' dirinya di dinding rahim si ibu, bayi yang bakal lahir hanya sekadar membawa kegembiraan kepada si ibu dan ayahnya.

Apabila saya melihat bayi lahir seorang demi seorang, tangisan si bayi yang sungguh kecil, comel dan matanya masih lagi belum mampu dibuka mengingatkan saya kepada tanggungjawab yang berat yang bakal ditempuh oleh insan baru dalam masyarakat manusia ini. Sang bidan (midwife) menyambut si bayi dengan penuh kegembiraan, dilapkan saki baki amniotic fluid dan diperiksa satu persatu bahagian-bahagian bayi untuk memastinyanya lahir sempurna. Manakala seorang lagi nurse yang bertugas pula mencatatkan di papan putih waktu yang tepat kelahiran si bayi yang sangat comel.

Sayangnya bayi yang lahir di sini tidak di azankan. Oh, sungguh sedih dan ruginya si bayi kerana lahir dalam keluarga yang belum lagi Islam. Tugasan dakwah perlu diperkasakan lagi agar si bayi dapat menerima dakwah Islam suatu hari nanti.

Ada sekali saya berkesempatan bersama seorang wanita yang baru sahaja kehilangan bayinya pada bulan Januari yang lalu. Dan bakal menjalani c-section dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Semasa bius dikenakan kepada si ibu pada bahagian tulang belakangnya, dia menangis teresak-esak, mungkin juga kesakitan, tetapi mungkin kerana teringatkan si anak yang telah meninggal dunia yang mananya gambarnya digenggam erat oleh si ibu. Adus, penuh drama dan masyuk sungguh...

Namun sayang sekali ada bayi yang tidak sempat memberikan kegembiraan kepada ibunya, sepertimana yang saya lihat pada pagi ini di klinik kesihatan wanita.

http://www.abort73.com/HTML/AbortionPictures/images/abortion-08-01.jpg
Janin pada usia 8 minggu

Sang gadis yang berusia 14 tahun, hadir dengan 'best friend' yang berusia 13 tahun, kini berada dalam ketakutan kerana telah didapati mengandung 7 minggu. Subhanallah, malang sungguh nasib si anak!

Gadis dalam usia sementah ini datang untuk membincangkan dan seterusnya menjalani teknik pengguguran janin yang dipilihnya. Biasanya ada dua cara yang boleh dilakukan, iaitu dengan cara surgery (penbedahan, yang mana pesakit akan ditidurkan) atau cara medicine, yang menjadi pilihan si gadis kerana dia hanya perlu memakan pil dan pendarahan laksana datang haid yang lebat akan berlaku, yang akan mengandungi janin yang tidak berdosa tersebut...

Tidak berani dia untuk menceritakan kejadian yang berlaku kerana takut akan emaknya. Hanya seorang makcik dan rakannya (yang hadir bersama) yang menjadi tempat meluahkan perasaan dan berkongsi ketakutan yang membelenggu diri.

Subhanallah..where is the amir of the ummah?

Tahun lepas sahaja kotaraya Nottingham menyaksikan lebih 3000 pengguguran janin yang dilakukan. Bukanlah saya ingin membincangkan berapa had umur untuk abortion, atau apa-apa polemik yang berkaitan, namun.....

Inilah barah masyarakat seantero dunia. Ianya juga sedang berlaku di negara Malaysia yang terchenta. Apabila anak-anak muda hanya dihidangkan di media cetak dan massa akan budaya seks sebagai tujuan hidup. Apabila seks menjadi gaya hidup tanpa berfikir panjang akan kesan selanjutnya selepas itu.

Inilah negara kita


Monday, August 3

Seks yang membunuh secara senyap

Hari ini saya ke Bestwood Park, sebuah kawasan terpencil, kira-kira 20 minit menaiki bas daripada pusat bandar Nottingham untuk sessi outreach contraception and sexual health (CASH) clinic.

Sebenarnya klinik ini bukanlah klinik sebenar. Merupakan sebuah klinik yang direka di sebuah youth club. Ia merupakan sebuah pusat santai tempat anak-anak muda datang dan berekreasi di waktu petang (selepas jam 6 petang). Terdapat sebuah dewan serbaguna dan dilengkapi dengan pemain muzik, gelanggang futsal, snoker dan bola keranjang.

Ini memang merupakan taktik dan skil Primary Care Trust, dengan meletakkan klinik contraceptive di kawasan sebegini. Klinik diletakkan di kawasan perumahan golongan bawahan, dan mudah diakses oleh penduduk sekitar. Klinik dibuka seawal 5 petang, dan dewan serba guna ini hanya dibuka pada jam 6. Oleh yang demikian, kepada mereka yang ingin hadir secara bersembunyi tanpa kelibatan kawan-kawan yang lain, boleh hadir pada jam 5 petang tersebut.

Ada remaja berusia 14 yang baru sahaja mengenali seorang jejaka beberapa bulan, lalu datang ke klinik ini untuk mendapatkan kondom. Dia menyatakan hasrat untuk melakukan hubungan seks dengan jejaka berusia 17 tahun tersebut. Maka menjadi tugas staf klinik untuk memberikan nasihat yang sewajarnya, dan panduan menggunakan alat contraceptive, seperti mengajarkan cara menggunakan kondom, dan cara memakan pil (tidak semudah makan pil dan minum air suam)

Ada seorang remaja wanita yang berusia 15 tahun, yang apabila ditanya dia tinggal dengan siapa, dia menyatakan dia tinggal bersama ibu dan partner kepada ibunya... ayahnya hilang ke mana pun, kita tak tahu. Dia pun sekarang mempunyai hubungan dengan seorang jejaka, namun dia masih lagi sexually inactive. Kalau mak makan roti canai, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke....??

Ada seorang lagi remaja wanita, apabila ditanya tentang sexual history, pada bulan 3, dia masih belum pernah melakukan sebarang hubungan kelamin, namun menjelang Disember pada tahun yang sama, dia sudah berkali-kali melakukan hubungan seks pada usia 15 tahun. Jadi klinik ini menjadi tumpuannya untuk mendapatkan perkhidmatan pil contraceptive dan kondom buat pasangannya. Waduh, waduh, sungguh mudah maruah anak mudah tercalar, macam budak-budak nakal calrkan kereta cikgu disiplin yang mereka marahkan!

Seorang lagi remaja berusia 14 tahun yang hadir membincangkan masalah terkininnya - just had a recent split - dengan teman lelakinya kerana didapati unfaithful...begitulah sifat lelaki yang 'mengganas' dengan hawa nafsunya, saling tukar wanita dengan sewenang-wenangnya.

Inilah dia lumrah kehidupan sebenar warga barat, nun jauh di ceruk. Apabila berada di kawasan universiti, atau di kawasan bandar seperti bandar besar London, secara superficial kita dapat melihat segala yang positif belaka. Cantik, kebersihan, budi bahasa, kemajuan, dan serba serbi lagi sifat-sifat yang baik. Namun yang tidak kelihatan ialah barah yang semakin kronik di dalam masyarakat, yang melahiran golongan muda yang tiada aspirasi, dan kehilangan individu untuk mereka jadikan role model.

"I'm amazed to see all these stunning records'', kata saya kepada Joanna, CASH nurse di klinik tersebut yang berpakaian serba casual, demi untuk tidak kelihatan terlalu jururawat di kawasan sebegitu.

''Well, you should'' katanya sambil tersenyum.

''I can't see any solution for these problem. It did happened 20 years back, but it seems that more and more teenagers are having sex at an earlier age''

Beritulah luahan hati seorang nurse yang berhadapan dengan realiti masyarakat sebegini setiap hari. Dia juga berasal daripada kawasan tersebut, dan mengenali kebanyakkan daripada remaja-remaja yang datang, dan mengklasifikasikan remaja-remaja yang dirasakan Fraser Competent. Anak-anak muda semakin mabuk lantas tenggelam dalam dunia sendiri lantaran dunia yang semakin meninggalkan nilai-nilai sejagat.

Klinik ini habis pada jam 8 malam, dan sepanjang perjalanan di dalma bas, realiti masyarakat ini terus saya hadam dan fikir-fikirkan.

Ini sedang berlaku bukan sahaja di negara barat, bahkan saya berani mengata it is happening right under our nose. Anak-anak muda belia di Malaysia yang kehilangan tujuan hidup, tiada aspirasi dan wawasan for the ultimate end, sedang di ambang kerosakan..

Adus...ada segolongan yang lain pula sibuk dengan hal masing-masing. Betapa angkuh dan pentinkan diri sendiri insan...