Alhamdulillah berkesempatan pergi ke sessi Deen Intensive Dublin yang dianjurkan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland pada minggu lalu. Dah lama dah nak pergi (sejak first year) namun hanya setelah empat tahun, baru berkesempatan untuk sama-sama bertalaqqi belajar hadith 40 karangan Imam Nawawi bersama ustaz Wan Azhar.
Perjalanan ke Dublin pada kali ini merupakan satu manifestasi keinginan manusia untuk berukhuwah dan berkenal-kenalan. Kehebatan kembara Dublin saya pada kali ini bukanlah pada melihat bangunan batu, menyaksikan jalan raya yang lebar-lebar mahupun tiang-tiang tinggi, (baca: Spire) namun terletak kepada ketenangan hati dan kegembiraan bertemu dengan insan-insan yang hebat yang berada di bumi Dublin.
Destinasi ialah ke rumah sahabat saya, saudara Yusof. Ini rumah beliau.
Jumaat, 4 Jun
Hafiz, kita memang ditakdirkan untuk menunggu bas sekali!
Ustaz Wan Azhar yang didatangkan khas daripad Limerick. ''Baik, kita mula dengan hadith pertama yea, berkenaan niat. Apa niat masing-masing ke sini?''
Peluang bertemu dengan Farhan dan Ammar Faiz, junior SMAPL dulu.
Spire, menjadi simbol percintaan ribuan Irish.
Basikal tajaan E'e, presiden PPIMI. mengayuh ala-ala Rosman Alwi.
Sesampainya kami di Galway, kami berjumpa dengan ukiran anjing daripada pasir ini. mashaAllah cukup hebat dan cantik sekali. Bayangkan betapa hebat sang pencipta yang menjadikan anjing yang hidup, pastinya Maha Hebat!
Nik Arsyad yang berdebar menanti saat akad nikah oleh Syeikh Khalid. Di belakang ialah dulang-dulang hantaran. Saksi pernikahan ialah Usop dan Dr Fendi daripada Galway.
Antara mereka yang berdaftar ialah Syurahbil Abd Halim (kiri).
Ini wajah bujang beliau sebelum bernikah Julai ini.
Hadith 40 disusun Imam An Nawawi dalam susunan yang cukup menyeluruh dan meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.
Antara peserta yang menziarahi bilik Presiden PPIMI (kanan sekali). Yang di tengah dan memakai t-shirt 'PURDUE' ialah Imran daripada USA. Peserta paling jauh.
Sekalung perghargaan kepada saudara Anas Cik Nik yang bersungguh-sungguh memastikan majlis lancar
dan juga Yahya (yang berserban hitam putih) atas panduan berbasikal di Ireland =)
Syafiq 'Toy'
Pok, penceria rumah - kiri sekali.
Eros@ Affick, yang tolong kejutkan pada pagi terakhir sebelum berbasikal pulang ke Clonskeagh pada jam 3.45 pagi. Terima kasih daun keladi.
Dan kepada Nizam Ishak (berbaju hitam), maaf tak sempat jumpa. Suaramu tetap menjadi kenangan....
Kepada Imam Nawawi, terima kasih atas karya anda. Pasti banyak pahala dan ganjaran yang kau terima.
Dan kepada Rasulullah, terima kasih atas warisan sunnahmu!








