Wednesday, June 9

Dublin - what DID i do? - Episode I

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs336.ash1/28941_1384782233029_1636203204_877002_4335427_n.jpg

Alhamdulillah berkesempatan pergi ke sessi Deen Intensive Dublin yang dianjurkan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland pada minggu lalu. Dah lama dah nak pergi (sejak first year) namun hanya setelah empat tahun, baru berkesempatan untuk sama-sama bertalaqqi belajar hadith 40 karangan Imam Nawawi bersama ustaz Wan Azhar.

Perjalanan ke Dublin pada kali ini merupakan satu manifestasi keinginan manusia untuk berukhuwah dan berkenal-kenalan. Kehebatan kembara Dublin saya pada kali ini bukanlah pada melihat bangunan batu, menyaksikan jalan raya yang lebar-lebar mahupun tiang-tiang tinggi, (baca: Spire) namun terletak kepada ketenangan hati dan kegembiraan bertemu dengan insan-insan yang hebat yang berada di bumi Dublin.

Khamis, 3 Jun 2010
Destinasi ialah ke rumah sahabat saya, saudara Yusof. Ini rumah beliau.


http://img229.imageshack.us/img229/6051/dsc03700.jpg


http://img228.imageshack.us/img228/1166/dsc03689m.jpg
Sebelum ke rumah Usop, saya telah bertemu dengan Anas Cik Nik, Pok, Ala dan Syafiq 'Toy' yang sedang dalam misi membeli makanan ringan untuk sessi DID pada keesokkan harinya. Ini sebuah kedai barang makanan Muslim yang terletak di City Centre. Ternyata ramai bangsa Cina dan daripada Filipina di bandaraya Dublin.

http://img413.imageshack.us/img413/3646/dsc03690q.jpg
Bagus juga kalau semua kedai ada poster macam ini. Boleh translate barangan dapur yang tak diketahui namanya di dalam bahasa Inggeris atau Urdu.

Rupanya hari ketibaan saya di Dublin merupakan hari graduasi beberapa buah universiti di Dublin. Antara yang grad pada hari ini ialah akhi Ateeq dan akhi Jhazkitaro.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs617.snc3/32473_397382436686_586591686_4410606_183485_n.jpg
Kacak bergaya. Kini bergelar Dr Ateeq. Bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Teringat semasa kali pertama bertemu dengan Ateeq semasa pre-departure Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) pada tahun 2006 di Janda Baik. Ateeq sungguh keletihan setelah pulang berbasikal daripada jamuan makan malam graduasi. Jutaan tahniah kepada Ateeq!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs332.snc3/29190_432600130803_642165803_6030548_3570824_n.jpg
Akhi Jhazkitaro dengan sijil besarnya. Sijil ini tertulis dalam bahasa latin. Anda hanya boleh faham bahagian nama penerima sahaja. Jhazkitaro merupkan penulis blog terkenal yang baru-baru ini menerbitkan buku pertama beliau. Memang rasa sungguh bertuah dan 'tak sangka' apabila dapat berjumpa dengan beliau secara face-to-face.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs536.snc3/30391_1332128955291_1593058454_30891785_2079123_n.jpg

Paling tidak dilupakan ialah Faizul, yan baru sahaja selesai rotation Medicine dan Surgery. Kami di Nottingham belum pun mula lagi.

http://img163.imageshack.us/img163/9861/dsc03696y.jpg
Yang berkaca mata ini, namanya Nabil Ali al-Belfasty. Turut sama memeriahkan rumah Faizul di samping ikhwah daripada Southampton.

Jumaat, 4 Jun

http://sphotos.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v372/207/78/1644751157/n1644751157_25799_1136.jpg

Daripada Clonskeagh, saya perlu mengambil bas ke Dublin Mosque di South Circular Road untuk sessi Deen Intensive Dublin - hari pertama. Hafiz telah menjadi teman kembara untuk ke sana. Pada mulanya, dia hanya menunjukkan jalan sehingga ke RCSI sahaja, dan saya bergerak sendiri ke sebuah perhentian bas untuk menantikan bas nombor 19 (atau 128). Namun tunggu punya tunggu, bas tak datang, dan akhirnya bertemu sekali lagi dengan Hafiz yang sudah selesai akan urusan beliau di RCSI.

Hafiz, kita memang ditakdirkan untuk menunggu bas sekali!

http://img689.imageshack.us/img689/8417/dsc03732n.jpg
Ustaz Wan Azhar yang didatangkan khas daripad Limerick. ''Baik, kita mula dengan hadith pertama yea, berkenaan niat. Apa niat masing-masing ke sini?''

http://img413.imageshack.us/img413/7251/dsc03736v.jpg
Dr Hafyz (baru sahaja grad sehari sebelumnya) yang banyak bertanyakan soalan kepada ustaz. Segak berserban biru dan merupakan peserta bertuah yang telah menjamu semua peserta lelaki makan tengahari pada hari pertama. Di hadapan beliau ialah Aus yang tekun mendengar.

http://img227.imageshack.us/img227/8135/dsc03731k.jpg
Antara daripada yang ramai-ramai hadir ialah Zulfiqri yang merupakan antara yang sentiasa terawal hadir dan aktir mengambil gambar. Dan Syazwan Al-Belfasty (berbaju hitam). Kagum dengan semangat mereka.

http://img267.imageshack.us/img267/2586/dsc03716r.jpg
Wakil team UK - daripada kanan- abe Mat, abe Daus & abe Amrul

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs529.ash1/31063_399072033526_591153526_4275926_5722564_n.jpg
Peluang bertemu dengan Farhan dan Ammar Faiz, junior SMAPL dulu.

Sabtu, 5 Jun
Hari ini merupakan hari Majlis perkahwinan sahabat kami, akhi Nik Arsyad dan pasangannya, ukhti Farhana. Saya dan Usop berbasikal seawal pagi ke Spire di City Centre untuk mengambil bas terus ke Galway. Perjalanan ke Galway mengambil masa kira-kira 3 jam.

http://www.e-architect.co.uk/images/jpgs/dublin/spire_dublin_ir4.jpg
Spire, menjadi simbol percintaan ribuan Irish.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30128_1385980742797_1630392991_905661_5342042_n.jpg
Basikal tajaan E'e, presiden PPIMI. mengayuh ala-ala Rosman Alwi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30128_1385980982803_1630392991_905666_5423349_n.jpg
Sesampainya kami di Galway, kami berjumpa dengan ukiran anjing daripada pasir ini. mashaAllah cukup hebat dan cantik sekali. Bayangkan betapa hebat sang pencipta yang menjadikan anjing yang hidup, pastinya Maha Hebat!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs297.snc3/28507_1499249644055_1318571520_1356822_1421067_n.jpg
Di majlis perkahwinan, bertemu dengan akhi Ikhwan dan Fahmi yang merupakan antara tetamu terawal yang hadir ke rumah. Akhi Ikhwan juga bakal melangsungkan perkahwinan pada summer ini. Tahniah diucapkan.



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs530.snc3/30128_1385981342812_1630392991_905674_4080759_n.jpg
Nik Arsyad yang berdebar menanti saat akad nikah oleh Syeikh Khalid. Di belakang ialah dulang-dulang hantaran. Saksi pernikahan ialah Usop dan Dr Fendi daripada Galway.


Ahad, 6 Jun
http://img708.imageshack.us/img708/3466/dsc03707e.jpg

DID hari ini berlangsung di Clonskeagh Mosque, berhampiran dengan University College Dublin, UCD. Siapa sangka semasa pada zaman Tok Kenali, pengajian talaqqi akan menggunakan komputer+kitab?

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs234.snc3/22150_234716944669_538674669_3013517_8041061_n.jpg
DID hari ini diserikan dengan kehadiran Irfan @ Ipe. Tukang masak yang bertanggungjawab menghasilkan SUP@Tom Yam.



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs234.snc3/22150_234716399669_538674669_3013456_6761097_n.jpg
Antara mereka yang berdaftar ialah Syurahbil Abd Halim (kiri).
Ini wajah bujang beliau sebelum bernikah Julai ini.

Isnin, 7 Jun

Hadith 40 disusun Imam An Nawawi dalam susunan yang cukup menyeluruh dan meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs351.snc3/29181_398244547894_646272894_4425634_6598184_n.jpg
Antara peserta yang menziarahi bilik Presiden PPIMI (kanan sekali). Yang di tengah dan memakai t-shirt 'PURDUE' ialah Imran daripada USA. Peserta paling jauh.




http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs339.ash1/29131_396229097894_646272894_4368456_6265913_n.jpg
Sekalung perghargaan kepada saudara Anas Cik Nik yang bersungguh-sungguh memastikan majlis lancar


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs447.snc3/25637_117708394912801_100000209244032_284653_7674423_n.jpg
dan juga Yahya (yang berserban hitam putih) atas panduan berbasikal di Ireland =)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs065.snc3/13318_1360049370870_1520618208_1217260_5299648_n.jpg
Syafiq 'Toy'

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31701_1523555446934_1176049164_31573506_8115046_n.jpg
Pok, penceria rumah - kiri sekali.



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs638.snc3/32034_430003422447_565137447_5487749_280552_n.jpg

Dan paling istimewa juga, ialah peluang bertemu dengan Syahir (kiri) yang saya sendiri first time berjumpa, semasa di DID, dan sahabat lama, Azril @ Salam. Seronok bersembang kenangan lama semasa di KYUEM terutamanya kisah hantu di Chalet.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs617.snc3/32473_397488706686_586591686_4412712_4752202_n.jpg
Eros@ Affick, yang tolong kejutkan pada pagi terakhir sebelum berbasikal pulang ke Clonskeagh pada jam 3.45 pagi. Terima kasih daun keladi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs261.snc3/27728_1371395378172_1630392991_868056_3099182_n.jpg
Dan kepada Nizam Ishak (berbaju hitam), maaf tak sempat jumpa. Suaramu tetap menjadi kenangan....

Akhir kata, DID di Dublin pada Jun 2010 sememangnya sungguh menarik dan menginsafkan. Teori dan pengalaman disatukan untuk menghasilkan satu kekuatan amal dan ingatan yang kuat kepada sang Pencipta kita.

Kepada Imam Nawawi, terima kasih atas karya anda. Pasti banyak pahala dan ganjaran yang kau terima.

Dan kepada Rasulullah, terima kasih atas warisan sunnahmu!

http://img693.imageshack.us/img693/473/dsc03741cf.jpg

Thursday, June 3

Putaran roda kehidupan..

Gambar rawak...


http://img34.imageshack.us/img34/7817/keluargamahathir.jpg
Mahathir lantang sejak muda lagi, Pernah bertelingkah dengan PM ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Beliau pernah tewas di dalam pilihanraya kepada Tuan Guru Yusuf Rawa yang kemudiannya menjadi Yang diPertua PAS.

http://img408.imageshack.us/img408/2016/50510194.jpg

Mahathir menerima perlantikan daripada Tun Hussein Onn. Tetapi di hujung usianya, Tun Hussien Onn bergandingan dengan Tunku Abdul Rahman mengkritik Mahathir bagi pihak pembangkang pada ketika itu.


http://img10.imageshack.us/img10/3015/94957052.jpg
Mahathir bergambar bersama cangkul. Beliau sememangnya seorang yang berjaya menempa nama sebagai seorang pemimpin yang berkarisma. Rekod sebagai Perdana Menteri negara yang paling lama berkhidmat pastinya sukar ditandingi, baik oleh Datuk Seri Najib sendiri yang nampak semakin goyah sejak akhir-akhir ini.


http://img687.imageshack.us/img687/6043/anwardalamabim1980.jpg
Tampil pula Anwar. Anak muda yang cepat meningkat naik dalam tangga politik tanah air. Ada orang kata ''kalau kita cepat naik, kita cepat turun''

http://img687.imageshack.us/img687/3361/opslalang2.jpg
Operasi Lalang 1987. Semasa Pak Lah diserang bertubi-tubi oleh Mahathir semasa menjadi PM, Pak Lah menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tidak akan melalukan perkara seperti Operasi Lalang.

http://img139.imageshack.us/img139/94/tunditemaniduaorgjurura.jpg
Tun Dr M ditemani dua jururawat selepas pembedahan pintasan jantung pada tahun 1989, 2 tahun selepas UMNO diharamkan. Wajahnya tidak banyak berubah. Anak-anak muda yang lahir pada dekad 1980-an membesar dengan mengenali pemimpin mereka dengan hanya satu nama, iaitu Dr Mahathir...

http://img594.imageshack.us/img594/1975/ghafarbaba.jpg
Tun Ghafar Baba dikatakan sama-sama berjuang dengan Dr Burhanudin al Helmy. Cuma Dr Burhanudin Helmy pulang ke rahmatullah lebih awal. Tun Ghafar memegang rekod sebagai antara wakil rakyat paling lama menjadi YB, dan menyertai pilihanraya sejak tahun 1955!


http://img535.imageshack.us/img535/9558/sendbinaryx.jpg
Tun Ghafar menjadi TPM sehingga tahun 1993. Kemudian Anwar menggantikan beliau, dan beliau meninggal dunia pada tahun 2006. Siapa menyangka pada tahun 2010, anaknya, Tamrin bin Ghafar akan berada sepentas dengan Anwar, namun bukan lagi di pentas UMNO.


http://img156.imageshack.us/img156/9341/mahathiranwaribrahim4.jpg

Kemudian tiba pula era Dato Seri Anwar Ibrahim. Diberikan kepercayaan memegang jawatan Menteri Kewangan (kini PM yang memegang jawatan ini) dan hingga pernah memangku jawatan PM.

http://img684.imageshack.us/img684/9360/anwarmahathir2.jpg

Anwar dan Mahathir semasa perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Beza umur mereka 22 tahun, menjadikan hubungan mereka ibarat ayah dan anak.

http://img340.imageshack.us/img340/4782/anwarmahathir1.jpg
Siapa menyangka pada suatu ketika di masa depan, tiada lagi senyuman dan tawa antara mereka? Siapa yang benar dan siapa yang bersalah, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Di tengah ialah Hamid Othman, penasihat agama pada zaman tersebut. Tak pasti di mana beliau kini.


http://img85.imageshack.us/img85/1656/sultan024.jpg

Almarhum Sultan Johor bersama Mahathir

http://img517.imageshack.us/img517/8964/sultan036.jpg

Almarhum Sultan Johor bersama Pak Lah. Perdana Menteri silih berganti. Sebaik naik menjadi PM, Pak Lah menjanjikan beberapa pembaharuan dan 'pembetulan', namun kepimpinan beliau tidak kekal lama.

http://img692.imageshack.us/img692/6224/anwarazizahizzah.jpg
Sempat lagi Anwar hadir majlis kahwin anaknya. Kemajuan teknologi kamera menjadikan gambar semakin jelas, cantik dan penuh warna.


http://img709.imageshack.us/img709/6025/kamalanathandandrm.jpg
Sampailah kita di zaman P Kamalanathan (yang namanya disifatkan TPM kini, Muhyidin Yassin sebagai simbol 1Malaysia (what??) ). Mahathir sudah berusia 41 tahun ketika Kamalanathan baru lahir, dan kini beliau sedang menjengah masuk sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru.

http://img689.imageshack.us/img689/803/anwarandprcolleagues.jpg
Kewujudan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang dlihat mustahil pada suatu ketikan dahulu. Malaysia menuju ke arah sistem dua parti.

Pemimpin datang, pemimpin pergi. Usia kita semua semakin bertambah. Ke mana kita arahnya setiap detik yang berlalu?

Lest We Forget

Teringat Syeikh Ahmad Yassin yang syahid pada tahun 2004. Beliau tidak sempat menghabiskan pengajian di Universiti Ain Shams kerana dihantar pulang ke Gaza oleh kerajaan Mesir selepas ditahan sebulan di penjara kerana penglibatannya bersama gerakan Ikhwanul Muslimin.








Monday, May 31

Flotilla attack: Episode I

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs589.snc3/31058_431024236071_510111071_6096931_3317279_n.jpg

Deklarasi Istanbul Mengecam Israel

بسم الله الرحمن الرحيم

31 ‏/05‏/2010 إستانبول

بيان صادر عن مؤتمر" المنتدي الشبابي الدولي" "الخامس للتعاون الثقافي بين الشباب المسلم" ، المنعقد في استنانبول، بحق الجريمة البشعة التي ارتكبت صباح هذا اليوم ، قال تعالى "أذن للذين يقاتلون بأنهم ظلموا وإن الله على نصرهم لقدير"

يتابع العالم أجمع ومنهم ممثلو شباب العالم الإسلامي في المنتدى الشبابي الدولي الخامس، ما تقترفه الأيدي الغاشمة من مزيد الظلم والعدوان، الذي لا تقره شريعة سماوية ولا حضارة بشرية ولا قيمة إنسانية بحق الشعب المحاصر الأعزل في قطاع غزة، والذي يقبع في سياجه أكثر من مليون ونصف مليون إنسان بلا أدنى حق من حقوق الحياة التي وُهبت للإنسانية دون غذاء ولا علاج ولا مأوى.

إن ما قام به جنود الكيان الصهيوني الغاصب فجر هذا اليوم من اعتداء واحتلال لسفن أسطول الحرية التي حملت جزءًا من معاني الحياة الرمزية لأهل غزة؛ بأن هناك بقية من ضمائر على هذه الأرض لم تنس ولن تنسى الأحرار المظلومين في القطاع، إلا أن يد الغدر والعدوان أصرت على وأد هذه الروح الطاهرة قبل وصولها للجسم المحاصر، ح يث هاجمت السفن بإنزال عسكري وأطلقت الرصاص على المدنيين الأحرار، فأوقعت منهم الشهداء والجرحى وأوقفت الأكسجين العابر إلى القطاع، لتضيف جريمة أخرى إلى السجل العدواني الإرهابي المتغطرس.

إن المنتدى الشبابي الدولي فى هذه الواقعة الأليمة، لَيُخاطِب المجتمع الدولي بضرورة التدخل العاجل لوقف الجريمة النكراء بالوقوف في وجه الوحش الصهيوني المفترس وقفة تميط اللثام عن الوجه القبيح لهذا الكيان الغاصب وترفع الظلم عن المحاصرين ، أهل الحق والأرض والتاريخ.

كما أننا نطالب منظمة المؤتمرالإسلامي وجامعة الدول العربية بعدم الوقوف مكتوفة الأيدي أمام ما لقيه ويلقاه هؤلاء المظلومين من عدوان وحرمان امتثالا لقوله تعالى "وإن استنصروكم في الدين فعليكم النصر".

وإننا أيضا ندعو كل الأحرار في العالم إلى التظاهر والانتفاض في الشوارع مستنكرين ومنددين بهذه الجريمة التي لم تحترم أي إنسان على وجه الأرض ، ولدفع الأنظمة الرسمية لاتخاذ مواقف جريئة في اتجاه الضغط على هيئة الأمم المتحدة وكل أطراف المجتمع الدولي لردع الكيان الصهيوني ووقف جرائمه المتلاحقة بحق الشعب الفلسطيني وكل المناصرين له.

"ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين"

"ولله العزة ولرسوله وللمؤمنين"

المنتدى الشبابي الدولي

الرئيس العام

حسن بيتماز


Source