Saturday, April 9

Rakyat mahukan lebih banyak Forum Buku Jingga



1. Tahniah kepada RTM atas keberanian untuk menerbitkan siaran secara langsung Forum Buku Jingga ini. Ini adalah satu langkah positif dan perlu diikuti dengan program-program yang menarik kepada rakyat sebegini.

2. Pasca 2008 menyaksikan satu lanskap politik negara yang sungguh berbeza apabila mentaliti bahawa 'hanya Barisan Nasional yang reti memerintah' sudah runtuh dan lebur. Rakyat Malaysia kini semakin percaya kepada prinsip keadilan dan semakin matang menilai kualiti pemerintah yang ingin dipilih. Dan juga kita melihat satu suasana sistem dua parti yang cukup menarik. Rentetan 16 Pilihanraya Kecil membuktikan keadaan ini apabila masyarakat mula berdiskusi kebarangkalian samada BN ataupun PR yang akan memenanginya. Sebelum ini semuanya didominasi oleh UMNO-BN dan mereka dijangka akan pasti menang. Dan budaya membanding beza polisi sudah mula kita lihat pada hari ini.

3. Moderator forum ada suara yang bagus tapi gagal mengawal perbincangan terutamanya apabila YB Kamalanathan mencelah secara tiba-tiba menyatakan ketidaksetujuan beliau. Apa yang lebih JELAS ialah beliau ternyata gagal bersikap neutral sepanjang perbincangan. Ini amat mengecewakan.

4. Berkenaan pemilihan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan selaku panel pertama - saya merasakan RTM sudah tersalah pilih orang. Secara ironinya beliau menyatakan beliau seorang yang 'focus' tetapi beliaulah panel yang paling tersasar jauh daripada tajuk perbincangan. Barangkali beliau bukan pakar dalam tajuk ini. No offence YB, tapi saya rasa anda telah mengecewakan ramai pengundi Hulu Selangor anda pada malam itu.

5. Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Datuk Mahani Zainal Abidin - good to have her as part of the forum.

6. Rasanya yang paling menyerlah semasa program ini pastinya Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli. Bekas pelajar MCKK, ternyata hujah beliau amat bernas dan mampu menepis dengan bergaya tiga serangan bola api (termasuk daripada moderator) setiap kali beliau diajukan pertanyaan. Saya yakin keyakinan beliau dapat dikongsikan dengan jutaan rakyat Malaysia yang dahagakan pembaharuan dalam sistem pemerintahan negara dan mengidamkan perubahan yang lebih mapan dan berterusan.


7. Pengakhiran forum ini agak mengejut dan saya yakin bahawa moderator diarahkan untuk tidak memberikan peluang kepada saudara Rafizi bercakap demi menafikan beliau tambahan beliau meyakinkan para penonton RTM. Nice try namun pastinya rakyat mampu mengadili dengan bijak.


8. Usaha reformasi dan transformasi ekonomi tidak akan berlaku sekiranya tiada kesungguhan dalam membawa reformasi politik di negara ini. Dan tanggungjawab kita sebagai rakyat kelas pertengahan, marilah sama-sama kita mempertingkatkan kefahaman dan ilmu semasa melalui pembacaan perancangan ETP, GTP dan sebagainya, termasuk menganalisa Buku Jingga. Siapa tahu anda mungkin akan menjadi sebahagian daripadanya secara langsung!


Boleh baca Buku Jingga daripada sini.

Antara 'Ubah' dan ' Transformasi'

Sejak daripada perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang portfolio Menteri Pelajaran, saya sudah rasa 'pelik' kerana beliau tidak diberikan dengan jawatan kementerian yang lebih 'kanan'. Kebiasaannya seorang TPM akan memegang jawatan yang lebih utama , mungkin samada sebagi Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan ataupun Menteri Dalam Negeri. Namun tidak mengapa, kerana pastinya Datuk Seri Najib ada perancangan beliau tersendiri dan beliau ada hak untuk menentukan percaturan kabinet beliau.

Dan akhbar Utusan Malaysia pada 9 April 2011 melaporkan di bawah tajuk 'Manifesto Pembangkang Bahaya'.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sarawak tentang bahaya slogan manifesto 'Jom ubah Sarawak' yang diuar-uarkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa perubahan itu mampu menjanjikan kebaikan.

Sedangkan, kata beliau, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyebut perkataan 'ubah' yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat.

Sebaliknya, perkataan terkini yang digunakan kerajaan adalah transformasi yang membuktikan banyak pencapaian dari segi kemakmuran dan kestabilan dikecapi rakyat masa ini."

Jika laporan Utusan Malaysia ini tepat, maka status beliau beliau Menteri Pendidikan amat diragui. Izinkan saya bertanya kepada YAB Tan Sri, apakah perbezaan kedua perkataan ini?

Kalau dirujuk kepada Kamus Dewan terbitan DBP, perkataan 'transformasi' bermaksud 'perubahan rupa, bentuk, sifat dll'. Perkataan 'transformasi' ini sendiri merupakan satu kata nama pinjaman daripada bahasa Inggeris yang berasal pula daripada bahasa Perancis dan bahasa Latin klasik.

Adakah beliau ingin memberikan petunjuk bahawa penggunaan kata nama pinjaman lebih 'maju', moden dan bergaya? Atau beliau tidak tahu bahawa kedua perkataan ini sama maksudnya? Atau adakah beliau cuba memperlekehkan rakyat Sarawak seolah-olah mereka tidak mahir berbahasa Melayu?

Bagi saya apa yang paling mengecewakan ialah apabila seorang Menteri Pendidikan gagal menjadi contoh yang baik dan secara tanpa disedari memberikan petunjuk yang songsang kepada rakyat, lebih-lebih lagi kepada kami golongan pelajar dan anak muda. Cuba kita lihat nasib bahasa kebangsaan yang kini menjadi nyawa-nyawa ikan - siapa yang akan menyelamatkan?

Tiada salahnya kita memperbanyak kata nama pinjaman sebagai tanda bahasa kita bahasa yang terbuka kepada perkembangan dan ilmu semasa pada era globalisasi ini. Namun apa yang merbahaya ialah apabila isyarat 'apa yang bunyi Barat lebih hebat' ditunjukkan, ini ialah satu kegagalan sebagai seorang pemimpin. Kita mesti menjadi satu bangsa yang yakin dengan kebolehan sendiri dan mampu membawa perubahan per se.

Dan bukanlah slogan per se yang akan menentukan kemakmuran dan pencapaian negara, namun aqidah kita sebagai seorang Muslim Allah lah yang mengurniakan kejayaan kepada kita berbekalan usaha gigih dan kepimpinan yang matang, cekap dan amanah.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin perlu menyelak kembali lembaran kamus dewan, atau kalau ada masa terluang lebih lagi boleh menelaah kembali Tatabahasa Dewan karangan Nik Safiah!

Friday, April 8

Justice for Ahmad Sarbani

Apabila mayat mendiang Teoh Beng Hock didapati tertiarap di atas bumbung berhampiran kaki Plaza Masalam di Shah Alam iaitu bangunan yang menempatkan SPRM Selangor, ramai yang terkejut. Beng Hock ketika itu adalah Setiausaha Sulit kepada ahli EXCO dan Pengerusi DAP Selangor ketika itu Ean Yong.

Tetapi oleh kerana atas sebab-sebab tertentu yang saya percaya didorong kuat oleh alasan politik maka kita dipaparkan dengan kemungkinan kononnya mendiang jatuh atau bunuh diri.

Dan terkadang saya mungkin keterlaluan tetapi dapat mersasai ia bertukar menjadi isu perkauman. Seolah nyawa seorang hamba Allah tidak berharga semata-mata kerana beliau seorang bukan Melayu bukan Islam dan datang pula dari parti politik yang bukan Umno bukan BN. (kiri gambar dari sebuah portal berita menunjukkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor menyentuh keranda Allahyarham Ahmad Sarbini)

Lantaran itu tiadalah menyeluruh sentimen rakyat dalam isu ini. Masyarakat Cina saya yakin tersinggung dan kecewa sehingga insiden ini mempengaruhi beberapa pkeputusan pilihanraya kecil apabila masyarakat ini terbabit sebagai pengundi. Tetapi bagi masyarakat Melayu ia sekadar dijinjing oleh orang-orang PAS, yang lain cuma panjang remeh .

Hari ini Suruhanjaya Diraja yang menyiasat akibat kematian mendiang masih bersidang.

Dengan takdir Allah swt tiba-tiba kita berhadapan dengan satu lagi insiden yang sama. Juga di kaki bangunan SPRM. Yang meninggal kali ini ini seorang pegawai kastam berbangsa Melayu. Pegawai yang dikatakan sedang disiasat oleh SPRM atas pertuduhan rasuah tiba-tiba didapati meninggal dunia secara mengejut. Ramai khasnya kaum keluarga dan kenalan Allahyarham marah dan tidak puas hati apabila punca kematian dikataka bunuh diri.

Sama seperti mendiang Beng Hock kematian ini mahu disimpulakn sebagai bunuh diri sedangkan mereka yang rapat dan mengenali Allahyarham tahu bahawa Allahyarham seorang yang baik pekertinya, warak tak mungkin mahu membunuh diri walau tertekan bagaimana pun.

Kini apa yang dilalui oleh kaum keluarga dan kenalan Beng Hock turut ditanggung oleh kaum keluarga dan kenalan Allahyarham. Saya mendoakan agar sentimnt orang-orang Melayu terus bangkit dan menuntut keadilan untuk Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed.

Jika dulu lantang kedengaran “Justice for Teoh Beng Hock” sekarang mari kita bangkit dan tuntut “Justice for Ahmad Sarbani”

Mari kita tuntut keadilan ini kerana semalam Beng Hock hari ini Ahmad Sarbani dan esok lusa entah siapa lagi. Rakyat tidak harus membenarkan kematian seumpama ini berlaku sedang kalau didapati bersalah sekalipun kedua-dua hamba Allah ini tidak akan diihukum gantung sampai mati! Bayangkan jika mereka tidak bersalah.

Alfatihah.

Sumber

Sajak 'Ada apa dengan bajuku'

Ada apa dengan bajuku,
Bajuku cantik berenda-renda,
Renda bajuku pelbagai warna,
Manik berjuntai menyapu lantai,
Berkelip-kelipan menyilau, merantai.

Ada apa dengan seluarku,
Seluarku ketat nampak segala,
Seluarku koyak timbul lututnya,
Cawatku kecil hilang seninya,
Seluarku panjang namun berbisa,

Ada apa dengan kasutku,
Tumitnya tinggi mengetuk lantai,
Selesai lantai, hati pun berkecai,
Ketuk, ketuk dan terus ketuk,
Kasutku menarik, dan terus mengetuk.

Ada apa dengan tudungku,
Tudungku indah berbunga-bunga,
Berputar-putar bagaikan ular,
Keluar masuk, dan kembali keluar,
Tudungku jarang pendek ekornya,
Tudungku singkat nampak semua.

Ya Allah,
Selamatkanlah bajuku dan si pemakai,
Walaupun kami terlalu santai,
Masih pakaian syorga idaman hati,
Di busana Akhirat yang kekal abadi.

p/s: Sajak ini ku karang khas kepada semua ummat Islam, muslimin dan muslimat, agar mencapai kesempurnaan dalam pemakaian. Kita semua akan mati dan semoga semasa kita mati, pakaian kita adalah yang terbaik dan paling sempurna untuk kita bertemu yang Maha Esa.

Lebih Biru dari Biru

Lucah sana, lucah sini,
Terpampang sudah segenap segi,
Jelas terpapar dedahan asli,
Sekali tonton rasa nak lagi.

Siapa gerangan pelakon utama,
Perutnya boroi membuyut dada,
Bertuala panjang badan perkasa,
Namun identiti masih rahsia.


Wawasan 2020 semakin dihampiri,
Kini namanya wawasan pornografi,
Anak muda dihidang aksi,
sebelum belajar buat sendiri.

Zaman remaja mengenal dunia,
Belajar dari telunjuk yang tua,
Porno hadir hidangan utama,
Lazat dan bertenaga si anak muda.

Video merangsang darah si muda,
Yang tidak mengerti, tahu segala,
Yang jahil, peroleh idea,
Senyap-senyap intai tandas wanita,
Waktu malam pecah masuk asrama,
Rogol, sumbang mahram dan juga berzina,
Semakin bertambah 'permata' negara.


Inilah lumrah politik negara,
Kalau naik angin nak londeh semua,
Londeh sini dan londeh sana,
Yang penting kekal terus berkuasa,
Maruah negara belakang kira.


Dedah-mendedah dah jadi budaya,
Semua nak jadi berita utama,
Akhbar perdana dua kali lima,
Tanpa mengira sempadan agama,
Yang penting kami buat kerja.

Ya Allah Yang Maha Adil Saksama,
Tunjukkan kebenaran buat kami semua,
Yang zalim pasti Kau azab dan laknat,
Yang benar pasti Kau kurnia rahmat.


Kebenaran pasti akan tersurat,
Semoga yang bersabar beroleh berkat,
Di akhirat kelak beroleh rehat..

p/s: Sajak ini ku karang kesan daripada kekechewaan dengan dengan sikap parti pemerintah yang gagal berpolitik secara matang dan mempertaruhkan kami anak muda demi pangkat dan kuasa.

Facebook Syurgaku

Facebook,
Ku suka like sana dan sini,
Ku suka tag begitu dan begini,
Ku suka komen macam tu dan macam ni,
Semua tempat ku suka komen,
Memang daku pakar komen.


Facebook
Aku suka komen lelaki dan perempuan,
Walaupun bukan mahram aku buat tak heran,
Diriku peramah di mata rakan,
Semua perlu ku sembang sakan,
Whats up, dah makan?
Cuti ini tak pergi jalan-jalan?
Ikhtilat atau bukan, itu bukan persoalan.


Facebook,
Aku suka bubuh gambar terbaru dan bergaya,
Gambar ku semuanya kacak belaka,
Lenggok badan mesti kongsi dengan semua,
Lesung pipitku mencairkan manusia,
Senyum manisku menawan hatinya.
Gambarku, gambarmu juga.

Facebook,
Aku suka bermain status,
Semua kata-kata ku pasti bagus,
Selepas satu status, datang status seterusnya,
Mari semua pakat like aku punya,
Ini dakwah, ini tazkirah, tak faham sila tanya.
Pendapat aku betul semuanya,
Pendapat lain standard kedua.


Aduhai dinda Facebook,
Kaulah kekasih awal dan akhir.
Bangun pagi terus ku sembahmu,
Sebelum tidur kutatap wajahmu,
Wahai Facebook, berikan aku kesejahteraan,
Wahai Facebook, berikan aku kekuatan iman,
Wahai Facebook, berilah aku cukup makan,
Wahai Facebook, berikan hambamu ini cukup pakaian.


Terima kasih Facebook atas segala nikmat dan ketenangan,
Engkaulah syurga, engkaulah tuhan,
Kurnia syafaatmu menjadi harapan

p/s: Sajak ini ku karang sebagai nasihat kepada diri sendiri dan semua teman-teman seperjuangan. Jangan tunduk layu dan jangan tumbang dengan ujian-ujian sepanjang perjalanan.

Thursday, February 3

Jawapan anak muda kepada tulisan Tun Dr M

Tun Dr M yang dihormati,


Kami ialah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.


Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi negara dan kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.


Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.


Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.


Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada'missing piece of jigsaw puzzle'.




Rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.


Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.


Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.


Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.



Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.


Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.


Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.


Yang benar,

Anak Muda.



Friday, October 22

Membezakan di antara menegur kerajaan dan menyokong pembangkang

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas. Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang. Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah. Jika keputusan yang baik diambi oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat
Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL
ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia
iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat
iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir
v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;
i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi
ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar
iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek
iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;
i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek..
ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?
iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini.
iv) Kos awal RM 5b, confirm naik punya, macam projek istana negara, atas 'sebab-sebab' tertentu.

Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' pula meyusul
Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF). Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.
ii) Namun begitu, kalau dilihat dalma konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar. Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?



Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda. Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.

Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

Monday, September 13

Eid Mubarak 1431 H

Salam Eidul Fitri. Nampaknya sudah hampir 1500 tahun kita merayakan Aidilfitri sejak Rasulullah berhijrah ke Madinah bersama para sahabat baginda. Dan alhamdulillah seluruh dunia sekarang sedang menikmati nikmat Islam yang baginda wariskan kepada kita.

Saya sendiri sangat bertuah pada kesempatan Aidilfitri kali ini kerana dapat berdendang perantau di tiga buah negara dalam tiga hari. Pada hari terakhir berbuka puasa, 30 Ramadhan, saya berkesempatan berbuka di Dublin Mosque di Dublin, Ireland. Satu Syawal dirayakan di Galway, Ireland, hari raya kedua di Belfast, Nothern Ireland dan hari raya ketiga di Nottingham, England. Syukur kepada Allah atas anugerah Eidul Fitri kali ini , terima kasih kepada semua yang menceriakan hari raya kali ini dan semoga ditemukan dengan Ramadhan akan datang.


Warga London, England beraya di dalam London Tube. Kereta api bawah tanah diserikan dengan pakaian indah dan baharu.


Sambutan hari raya komoniti Malaysia di Nottingham. Orang kata ini merupakan 'the second largest Malaysian Community after Manchester'. Kelibat anak-anak menceriakan majlis.


Majlis sambutan hari raya turut diselitkan dengan majlis penghargaan kepada anak-anak pelajar Malaysia yang mengikuti kelas pengajian al-Quran anjuran Nottingham Malaysian Community (NMC). Sesuai benar dengan semangat tarbiyah Ramadhan.


2 orang pelajar Malaysia sedang berhari raya di tebing Little Venice di Paddington, London. Ini merupakan salah satu pusat tarikan pelancong yang mirip kawasan Venice di Itali.


'Gathering' Hari raya Aidilfitri di utara, kali ini di bandaraya Glasgow, Scotland. Cuba lihat peranan warna dan senyuman dalam menghasilkan keceriaan gambar dan suasana.


Sambutan hari raya oleh persatuan pelajar di Cork, Ireland. Kebanyakan pelajar Malaysia di sini ialah pelajar perubatan di samping para doktor yang bertugas di perantauan. Rasanya ini sessi ucapan hari raya.


Solat hari raya di kedutaan besar Malaysia di London. Khutbah disampaikan oleh pegawai jabatan penuntut Malaysia yang berpusat di London, England.


Solat hari raya aidilfitri di kawasan padang terbuka oleh komuniti Muslim di Hyson Green, Nottingham, England sebagai bukti kesatuan ummat Islam dan tanda tunduk dan patuh kepada Allah.


Solat hari raya di Jerman oleh para pelajar Malaysia. Tongkat yang tiada tak menhalang kayu mop dipegang semasa khutbah hari raya.


Sambutan hari raya di Belfast, Ireland Utara. Majlis diadakan di Malaysian Student Centre berdekatan dengan Lisburn Road. Majlis turut disajikan dengan ucapan perpisahan pelajar doktor falsafah yang akan pulang tidak lama lagi setelah menamatkan pengajian.


Hari raya bukan penghalang kepada doktor pakar diabetes untuk meneguk segelas teh tarik dan satu kon ais krim semasa sambutan hari raya di Belfast, Ireland Utara.


Menjenguk dan berziarah dari rumah ke rumah di Leeds, England. Leeds mencatatkan keunikannya yang tersendiri dengan menyambut hari raya sehari lebih awal daripada kebanyakkan kawasan di United Kingdom dan seluruh dunia iaitu pada hari Khamis.


Majlis Rumah Terbuka anjuran persatuan pelajar di Cardiff, Wales. Lapisan pakaian ekstra, fesyen rambut merupakan antara kelainan suasana hari raya di perantauan.


Pelajar Malaysia bergambar hari raya di bangunan Quadrangle, bangunan utama di National University of Ireland, Galway di Ireland.


Majlis sambutan hari raya di Leicester, England di rumah Ustaz Zaharuddin (di tengah berjubah coklat muda), penulis di laman web zaharuddin.net. Khutbah hari raya telah disampaikan oleh Ustaz Izzam Khazar (di sebelah kiri Ustaz Zaharuddin)


Penuntut Malaysia menyediakan juadah sate untuk majlis rumah terbuka di kawasan Dunkirk, Nottingham, England. Sate ini dinamakan sate Hj Samudin bersempena ketua mereka, Hisyamudin.


Jalur Gemilang turut dikibarkan oleh penuntut Malaysia di kota metropolitan Manchester pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri di sini. Juga bersempena dengan sambutan hari Malaysia pada 16 September ini.

Salam Eid Mubarak kepada seluruh ummat Islam!

Thursday, September 2

YB Teo tak boleh masuk masjid.

Akhbar online Malaysiakini melaporkan seperti berikut;

Timbalan setiausaha DAP Teo Nie Ching berkata, walaupun beliau mendapat amaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung lawatannya ke surau Al-Huda di Kajang, program semua wakil rakyat parti itu tidak terjejas sama sekali.

Setelah 53 tahun merdeka, isu ini baru timbul. Ini hanya menggambarkan dua perkara;

1. Setelah separuh abad, barulah non Muslim mula mendekati masjid. Apa yang orang Muslim 'letak' di masjid-masjid di tanah air sampai orang takut sangat nak dekat?

2. Dan usaha mendekati masjid ini kita halang dan terus halang dengan tindakan sedemikian oleh MAIS.

Tahniah!

Tak ramai antara Muslim yang benar-benar mendekatkan diri kepada Allah, namun apabila orang lain nak menggunakan nama 'Allah', kita melenting...

Tak ramai antara Muslim yang nak ke masjid/surau, namun apabila non Muslim ke masjid, kita naik angin.....

Tak ramai antara Muslim yang ikhlas mahu menyampaikan sumbangan sedekah, namun apabila non-Muslim sampaikan sumbangan di Masjid kita marah....

Have we forgot the story of an Arab Badwi who urinated in the mosque in the time of the Prophet Muhammad (s.a.w.). The companions became very angry and wanted to rebuke him harshly and swiftly, but Muhammad prevented them from doing so. He then himself cleaned the urine.....

MashaAllah , this is a pertinent example of kindness, gentleness, and wisdom shown by the prophet. Likewise in YB Teo's case, Muslims should make some effort to give her some tudung or selendang as a give, and not to bluntly criticise and make fuss of her good effort and starts going bananas..

Hence, apologise to our non Muslims colleagues for the ridiculous comments, ignorance demonstrated and blunt racism. This is not what Islam teaches us.

Monday, August 30

Perang terbesar dalam sejarah

Pada hari ini (17 Ramadan) tahun kedua hijrah telah berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang tidak wajar dilupakan oleh seluruh umat Islam. Peristiwa tersebut ialah peristiwa peperangan Badar Al-Kubra yang merupakan satu pertembungan antara tentera yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan tentera kuffar Quraisy.

Peristiwa ini adalah merupakan permulaan operasi jihad al-qital di dalam Islam dan tenteranya yang berjumlah 313 orang daripada kalangan sahabat merupakan batalion syuhada yang menyaksikan seramai 14 orang sahabat Rasulullah telah menemui syahid. Bermula peperangan ini gerakan jihad di dalam Islam tidak pernah berakhir dan akan berterusan sehinggalah hari Qiamat.


Walaupun peperangan ini bukanlah satu peperangan yang besar dari segi jumlah, masa dan saiznya kerana tidak berlarutan lebih daripada sehari manakala jumlah korbannya hanya 14 di pihak muslimin dan 70 di pihak musyrikin, tetapi kesan yang diperolehi daripadanya amat besar. Ianya tidak sama dengan peperangan lain yang memakan masa selama bertahun-tahun bahkan berpuluh tahun serta angka korban yang mencapai angka puluhan ribu kerana apa yang dinilai ialah objektif peperangan ini yang melakar sejarah permulaan pertembungan berdarah antara kebenaran dan kebatilan, antara tauhid dan juga syirik sehingga digelar dalm al-quran sebagai yaum al-furqan (hari pemisahan):

(وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان)


“Dan tidaklah kali turunkan kepada hamba kami pada hari Al-Furqan pada Hari pertemuan dua pihak”
Rasulullah s.a.w sendiri telah menzahirkan kepentingan dan kehebatan peperangan ini dengan satu doa baginda sehingga kain rida’ yang dipakai baginda terjatuh daripada bahunya ketika mengangkat tangan kerana bersungguh-sungguh dalam doanya yang mana ianya berbunyi:

"اللهم انصر هذه العصابة، اللهم إن تهلك هذه العصابة فلن تُعبد في الأرض بعد اليوم"

“Ya Allah, Kau Berilah kemenangan kepada kaum ini, Ya Allah sekiranya hancurnya kaum ini maka nescaya Engkau tidak lagi disembah di muka bumi selepas hari ini”

Maksud yang ingin dinyatakan oleh baginda dalam doa ini adalah kepenting peperangan yang sedang dihadapi kaum muslimin yang mana ia akan menentukan nasib agama Islam dan tauhid serta ibadah kepada Allah kerana kumpulan muslimin tersebut merupakan kumpulan sahabat yang membawa agama Allah yang terakhir dan tiada lagi Nabi selepas Muhammad serta tiada lagi kitab selepas Al-Quran serta tiada lagi syariat selepas syariat Islam. Sekiranya kumpulan badar ini tewas nescaya akan tewaslah Islam dan berakhirlah agama tauhid di muka bumi ini.

Dalam peperangan ini telah berlaku beberapa babak-babak yang membuktikan ketinggian keimanan para sahabat baginda Rasulullah s.a.w dan kejayaan baginda mentarbiyah para jamaah muslimin samada kaum ansar dan muhajirin yang dibentuk di dalam madrasah nabawiyyah selama 13 tahun di Makkah dan selepas 2 tahun di Madinah.

Ketika mana Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat berkaitan kesediaan mereka untuk pergi berperang maka salah seorang daripada mereka yang bernama saidina Miqdad bin Al-Aswad berkata:


: يا رسول الله والله لا نقول لك كما قالت بنو إسرائيل لموسى اذهب أنت وربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون، بل نقول لك اذهب أنت وربك فقاتلا إنا معكما مقاتلون


“Wahai Rasulullah, Demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana seperti mana berkatanya Bani Israel kepada Nabi Musa: Pergilah kamu dan tuhanmu dan berperanglah kamu berdua sedangkan kami ingin tinggal di sini, tetapi kami berkata kepadamu: Pergilah kamu dan tuhanmu maka berperanglah sesungguhnya kami akan berperang bersama kamu berdua”
Berkata pula saidina Saad Bin Muaz yang mewakili kaum Ansor:

يا رسول الله كأنك تريدنا، والله يا رسول الله لقد آمنا بك وصدَّقناك وأيقنا أن ما جئت به هو الحق، والله لو استعرضت بنا هذا البحر فخضته لخضناه وراءك ما تخلف منا رجل واحد وإنا لصُبُر في الحرب، صُدُق عند اللقاء، سالم بنا من شئت وحارب بنا من شئت لعل الله يريك منا ما تقر به عينك


“Wahai Rasulullah, seolah-olah kamu menginginkan kami. Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya kami beriman pada denganmu dan kami membenarkan kamu dan kami yakin sesungguhnya apa yang dibawa kamu adalah kebenaran. Demi Allah sekiranya dibentangkan kepada kami lautan luas kemudian engkau merentasinya nescaya kami akan merentasinya bersama di belakangmu dan tidak akan ada orang yang tertinggal walaupun seorang. Sesungguhnya kami orang-orang yang sabar dalam peperangan, benar dalam pertemuan, berdamailah dengan sesiapa pun yang engkau mahu bersama kami dan perangilah sesipa pun yang engkau mahu bersama kami semoga Allah menunjukkan apa yang menyejukkan matamu.”

Sumber

Kemarau kejuaraan badminton dunia berpanjangan

Nampaknya Malaysia sekali lagi gagal memenangi kejuaraan dunia dalam Kejohan Badminton Dunia yang baru sahaja berakhir di Paris. Sedih rasanya tahun demi tahun menanti, namun kejuaraan sulung buat negara masih tidak kunjung tiba. Kali ini harapan disandarkan kepada Datuk Lee Chong Wei dan pasangan sensasi Kien Kiat-Boon Heong, namun Chong Wei tewas di suku akhir dan pasangan negara tersungkur di halangan terakhir di tangan Cai Yun-Fu Haifeng yang memenangi kejuaraan dunia ke-3 mereka.

Agak pelik Malaysia selaku antara kuasa besar dunia tak pernah sama sekali memenangi sebarang kejuaraan dunia...sejak daripada zaman 'the Sidek Brothers', Kok Keong, Ewe Hock, Hock Kin, Roslin, Hafiz dan kini Chong Wei, satu gelaran pun kita tak pernah menang. Hairan bin ajaib. Mungkin hikmahnya ialah nak menanti kerajaan baru bertukar tangan, baru kita dapat lihat kelahiran sulung kejuaraan buat negara.

Teringat semasa Soon Kit-Kim Hock tewas di final 1997 di Glasgow. Semasa itu saya darjah 5 dan ternanti-nanti laporan di buletin 1.30 TV3 & akhbar the Star (lambat kerana time difference), ternyata kekecewaan berpanjang sampai 13 tahun.

Nak buat lagu mana, kalah menang adat pertandingan.

Namun kepada Datuk Lee dan Kien Kiat-Boon heong, jangan putus asa dan teruskan istiqamah dalam latihan. Juga kepada barisan pelapis badminton negara. Jangan baru menang peringkat negeri sudah syok sendiri goyang kaki. Lagu motivasi ini ditujukan buat anda;

Tuesday, August 17

Vasculitis, explained

DEFINISI
Vaskulitis adalah suatu kumpulan gejala klinis dan patologis yang ditandai adanya proses inflamasi dan nekrosis dinding pembuluh darah. Pembuluh darah yang terkena dapat arteri atau vena dengan berbagai ukuran.

KLASIFIKASI
Walaupun banyak pembagian mengenai vaskulitis akan tetapi klasifikasi yang banyak dianut adalah pembagian menurut Consensus Chapel Hill (1994) yang melibatkan berbagai ahli sehingga dapat diterima dari berbagai sudut pandang.

VASKULITIS SEKUNDER

  • Vaskulitis yang berhubungan dengan penyakit infeksi (endokarditis bakterial, viral, mikrobakterial dan riketsia)
  • Vaskulitis yang berhubungan dengan penyakit kolagen (lupus eritematosus sistemik, artritis, reumatoid, sindrom Sjögren’s, dermatomiositis)
  • Vaskulitis oleh karena obat (drug induced vasculitis)
  • Vaskulitis yang berhubungan dengan keganasan
  • Vaskulitis yang berhubungan dengan penyakit sistemik (hepatitis kronik aktif, sirosis biliaris primer)

VASKULITIS PRIMER (Vaskulitis menurut konsensus Chapel Hill 1994
Vaskulitis pembuluh darah besar

Arteritis Temporal (giant cell arteritis) :
Arteritis granulomatosa aorta serta cabang-cabang yang besar dengan predileksi pada cabang ekstra kranial arteri karotis. Sering mengenai arteri temporalis. Umumnya terjadi pada pasien usia lebih dari 50 tahun dan sering dihubungkan dengan polimialgia reumatika.

Arteritis Takayasu
Suatu proses inflamasi granulomatosa aorta dan cabang-cabang utama. Umumnya didapat pada pasien usia < 50 tahun.

Vaskulitis pembuluh darah sedang

Poliarteritis nodosa (poliarteritis nodosa klasik)
Inflamasi dan nekrosis pembuluh darah sedang atau kecil tanpa glomerulonefritis atau vaskulitis di arteriol, kapiler atau vena kecil.

Penyakit Kawasaki
Arteritis yang mengenai pembuluh darah besar, sedang dan kecil serta berhubungan dengan sindrom mukokutaneus kelenjar getah bening. Pembuluh darah koroner sering terkena. Umumnya penyakit ini terjadi pada anak-anak.

Vaskulitis pembuluh darah kecil

Granulomatosis Wagener
Suatu inflamasi granulomatosa yang mengenai saluran napas dan vaskulitis nekrosis pembuluh darah kecil dan sedang (kapiler, venul, arteriol dan arteri) Glomerulonefritis nekrosis sering dijumpai.

Sindrom Churg-Strauss
Hipereosinofilia dan inflamasi granulomatosa yang mengenai saluran napas dan vaskulitis nekrosis yang mengenai pembuluh darah kecil dan sedang serta berhubungan dengan asma dan hipereosinofilia.

Poliarteritis Mikroskopik
Vaskulitis nekrosis dengan sedikit atau tanpa deposit imun yang dapat terjadi pada pembuluh darah kecil (kapiler, venul dan arteriol). Arteritis nekrosis pembuluh darah kecil dan sedang sering ditemukan, glomerulonefritis nekrosis dan kapileritis pembuluh darah paru.

Purpura Henoch-Schönlein
Vaskulitis dengan deposit imun IgA yang terjadi pada pembuluh darah kecil (kapiler, venul, atau arteriol). Kelainan tersebut sangat khas, mengenai kulit, saluran cerna, glomerulus dan bukan artralgia & artritis.

Vaskulitis krioglobulinemia esensial
Vaskulitis dengan deposit imun krioglobulin mengenai pembuluh darah kecil (kapiler, venul atau arteriol) dan dihubungkan dengan krioglobulin dalam serum. Organ yang sering terkena ialah kulit dan glomerulus.

Angiitis kutaneus leukositoklastik
Angiitis kutaneus leukositoklastik yang terisolasi tanpa vaskulitis sistemik atau glomerulonefritis.

5th night of Ramadhan



5th night of Ramadhan in Nottingham.

Tazkirah oleh Ustadz Dr Amali, Presiden Nottingham Malaysian Community bersempena Iftar Picnic Madrasah Ramadhan 2010.

1. Mari kita berpuasa dengan penuh iman dan pengharapan.

Sabda Nabi: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu.

2. Definisi Taqwa;

Khauf minal Jalil (takut akan al Jalil)
Amalu bi at- Tanzil (beramal dengan at-Tanzil (al-Quran)
Ar redho bil qalil(redho dengan rezeki yang sedikit)
Isti'dad li yaumil Rahil ( bersiap untuk hari Pembalasan)

4th night of Ramadhan


4th night of Ramadhan in Nottingham

Tazkirah by Bro Muhammad Iskandari, PhD student in Pathology, after 4 rakaats of Taraweeh


1. 1 thing that we give away in the way of Allah will be rewarded up to 700 times more. (Al Baqarah, verse 261)

2. In an hadith, Rasulullah said that Allah will cover seven people with His shade, on the Day when there will be no shade but His, and one of them is....a man who gives in charity and hides it, such that his left hand does not know what his right hand gives in charity..

3. Rasulullah was very generous, and he became more generous during Ramadhan.

4. The companions used to compete among each other in giving infaq fi sabilillah. Eg: Abu Bakr and Umar.

3rd night of Ramadhan



Tazkirah by bro Ibrahim Danby after 4 rakaats of taraweeh. (converted to Islam in 1990s)

Topic: Planning for Ramadhan.

1. Do easy things.
Eg: Forgive somebody who has wronged you.
Eg: Say Subhanallahi wa bihamdih

2. Increase worship to Allah , with small things but continuously.

3. Make a dua list for Ramadhan, then we will never forget. Write it down.

4. Identify our objective, method and motivator for this Ramadhan.

Objective: I want to pray all sunnah prayer.
Method: will spend extra 5 minutes after each fardu prayer.
Motivator: Hadith no 38 from Matan arbai'n.

Objective: I want to finish reading the Quran
Method: will read 4.5 pages of Quran after prayer
Motivator: Quran will speak for me in the day of judgement, and 1 letter will be rewarded 10 ajr.

2nd night of Ramadhan



Tazkirah by Uthman Muqbel in University of Nottingham prayer room.

Al Baqarah 185

The month of Ramadân in which was revealed the Qur'ân, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between right and wrong). So whoever of you sights (the crescent on the first night of) the month (of Ramadân i.e. is present at his home), he must observe Saum (fasts) that month

Another reason for fasting is because this is the month in which the Quran was revealed.

1st night of Ramadhan



Allahamdulillah in Nottingham we started our Ramadhan on Wednesday, the same as friends and family in Malaysia. Every night, we have 5 minutes tazkirah by brother Uthman Muqbel after 4 rakaat of taraweh.

Topic: Definition of Taqwa. From al Baqarah verse 183.

Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that ye may become righteous (achieve Taqwa)

Fasting Ramadan and the observation of Taqwa (fearing Allah) in Ramadan, both form a coherent relationship.

Monday, August 16

Mahasiswa berpolitik

Selaku mahasiswa atau masyarakat umum, kita jangan terperangkap dengan tajuk polemik nasional ini iaitu ''kewajaran membenarkan mahasiswa berpolitik''.

Pada hemat saya secara peribadi selaku seorang pelajar yang sudah bergelar mahasiswa hampir 4 tahun, hasil daripada perbahasan ini bukanlah agar semua mahasiswa menyertai partai politik pilihan mereka. Bukan juga semua mesti turun berdemo di jalanan dan berteriakan meminta itu dan ini daripada pihak kerajaan. Dan bukan juga kita menuntut mahasiswa naik ke pentas-pentas ceramah politik untuk berkempen bagi calon-calon pujaan mereka semasa musim pilihanraya.

Namun apa yang kita sama-sama hasratkan ialah satu kondisi telus dalam tegur menegur berteraskan goresan sabda Nabi di dalam sunan-sunan yang masyhur yang berbunyi;

Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia itu dari kalangan mereka

Kita mahu melahirkan barisan mahasiswa yang bertenaga dan tidak gusar dalam menyampaikan pandangan, atas hasrat ingin melihat sebuah kerajaan yang lebih progresif dan dinamik. Pendek kata, kita mahu golongan muda yang berprinsip dan kalau ini berjaya dicapai, kita tidak aka lari jauh kerana secara tuntasnya, kita semua berpegang kepada prinsip sejagat yang sama.

Pokoknya, kita mahu golongan mahasiswa yang karakternya ampuh dan berani, serta berbisa. Bukannya golongan yang lesu dan patah taringnya. Juga ibarat merpati putih yang patah sayapnya. Mustahil mampu terbang tinggi!

Analogi yang menarik ialah kisah si anak gajah yang dirantai.

http://farm1.static.flickr.com/85/214276574_79dd9f2ce7_m.jpg

Pada suatu ketika, si anak gajah yang masih kecil dirantai kakinya, agar dia tak dapat lari ke mana-mana. Lalu apabila si anak gajah mencoba memutuskan rantainya, dia akan jatuh lantaran kuatnya rantai itu. Cubaan demi cubaan menemui kegagalan. Ini membawa ke satu peringkat si anak gajah berhenti berusaha dan berkata kepada dirinya ''aku tidak boleh memutuskan rantai ini''. Setelah beberapa tahun, si anak gajah membesar dan menjadi sang gajah yang gagah perkasa, namun kakinya masih dirantai kerana mentalitinya masih sama seperti yang dahulu, iaitu ''aku tidak boleh''.

Hasilnya, mahasiswa jadi endah tidak endah akan isu-isu nasional. Isu-isu seperti rasuah, kenaikan harga tol, kebejatan sosial (buang anak, liwat, haruan makan anak), kenaikan harga minyak, pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris disifatkan sebagai isu politik dan mahasiwa dilarang daripada berbicara soal ini. Dan pada waktu yang sama, negara dilanda gejala hedonisme yang tidak terkawal yang mahasiswa DIBOLEHKAN pula untuk melibatkan diri. Justeru, diri mahasiswa yang dikosongkan daripada isu-isu penting dan agung diriuhkan dengan wabak-wabak yang bakal merosakkan diri mereka dan seterusnya generasi harapan ini.

Walhasil, pihak yang menekan golongan mahasiswa mungkin boleh bergembira atas kejayaan sementara ini, namun harga yang terpaksa dibayar amat mahal, iaitu menggadaikan generasi masa depan yang akan memimpin anak cucu kita. Generasi yang ditumpulkan mindanya!

Konklusinya, marilah kita wujudkan mahasiswa yang berpegang kepada prinsip dan mampu menyuarakan pendapat secara telus dan ikhlas. Kematangan mahasiswa boleh kita lihat JIKA suasana yang matang diwujudkan oleh pihak kerajaan dan pentadbiran universiti. Mereka tidak boleh direncatkan potensi dan wataknya dengan larangan-larangan yang tidak masuk akal yang menghasilkan golongan mahasiwa yang tidak masuk akal wataknya - bersifat kebudak-budakan dan tidak mampu berdikari dan hanya mampu mengikut apa yang disuruh.

Sunday, July 4

Badminton di Dundee

Salam,

Dulu semasa zaman anak-anak Sidek, teruk mereka dikritik. Gelaran-gelaran seperti 'jaguh kampung' selalu digembar-gemburkan di akhbar-akhbar tempatan di sisipan sukan. Terutamanya Rashid Sidek, yang cemerlang memenangi gelaran Terbuka Malaysia beberapa kali tetapi kantoi di gelanggang antarabangsa.

Namun zaman itulah ketika Malaysia memenangi Piala Thomas, dengan diketuai oleh Rashid Sidek sendiri yang tidak kalah walaupun satu perlawanan pada ketika itu. Gelora Stadium Negara yang menyaksikan Malaysia menjulang piala idaman pemain badminton seluruh dunia pada ketika itu masih menjadi kenangan dan mimpi indah buat negara. Chong Wei boleh memenangi lebih banyak kejohanan, namun tanpa Piala Thomas, beum jadi lagenda....

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs015.ash2/34136_1511946075751_1147360645_1509446_3448069_n.jpg