Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Showing posts with label Cambodia. Show all posts

Thursday, August 30

Saya pada 26 Julai 2007

Secara umumnya, kesemua kampung-kampung yang kami pergi dalam Misi Kemanusiaan Kemboja 2007 terletak kira-kira di antara satu jam dan satu jam setengah perjalanan daripada pekan Kampong Cham. Ini kecuali kampung ketiga yang kami lawati, kerana kami menggunakan bot untuk sampai ke kampung dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja. Namun satu persamaan di antara semua kampung yang kami lawati ialah kehidupan mereka sangat daif.



KAMPUNG PERTAMA: Kg Ang Tung So

Kampung Ang Tung So secara literalnya bermaksud belut. Pada 26 Julai, kami bertolak seawal jam 7 pagi setelah bersarapan di pekan Kampong Cham. Perjalanan ke kampung ini adalah yang paling lama, dan jalan yang kami lalui menaiki van amat mencabar, kerana semakin kami menghampiri kampung ini, semakin teruk keadaan jalan yang sememangnya tidak berturap dengan tar. Permukaan jalan yang tidak rata bertambah buruk dengan adanya lopak-lopak air di sana sini. Namun begitu, sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan lagu-lagu bahasa Khmer dan bahasa Inggeris secara selang seli yang dimainkan oleh pemandu van kami, Encik Bon Ho.

Di pertengahan jalan, kami melalui Kg Krabai, sebuah kampung yang akan kami lawati pada hari kelima nanti. Ketibaan kami di Kg Ang Tung So lebih kurang jam 8.30 pagi mendapat sambutan meriah dari penduduk kampung yang telah menunggu ketibaan skuad kami, malah mereka telah mempersiap surau dan madrasah di sebelah surau sebagai tapak majlis khatan dan klinik.


Berhenti rehat sebentar di Masjid Kg Krabai. Kelihatan Abdus Salam, pelajar perubatan Kemboja mencekak pinggang.


Meriahnya! Tak sabar makcik-makcik ni nak mendapatkan rawatan kesihatan. Beginilah keadaan ketika kami tiba.


Berus gigi beserta ubat gigi percuma diedarkan kepada kanak-kanak sebelum mereka diajar teknik gosok gigi yang betul.

Kapten misi, saudara Amin menyerah sumbangan muqaddam kepada Imam Masjid Kg Ang Tung So, sambil disaksikan oleh Dr Mousin, presiden Persatuan Perubatan Islam Kemboja.


Dari pagi hingga ke waktu Asar, kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan, khatan, dan memberikan ubat-ubatan kepada penduduk kampung mengikut preskripsi dikeluarkan doktor-doktor yang bersama skuad kami seperti Dr Sokry (bakal doktor), Dr Mousin (sebut: Muhsin), dan Dr el-Boravy. Di samping itu, pada sessi pagi, pendidikan pergigian juga diberikan kepada penduduk kampung dengan sasaran utama ialah kanak-kanak. Seronok budak-budak tu dapat berus gigi dan ubat gigi percuma! Saudari Iza, pelajar pergigian di Cork, Ireland telah mengendalikan sessi tersebut dengan Dr el-Boravy telah bertindak selaku penterjemah kepada bahasa Cham. Dan selepas solat Asar pula, derma dalam bentuk kewangan dan al-Quran serta muqaddam diberikan masing-masing kepada ketua kampung dan imam surau.

Ketika menjaga meja pendaftaran klinik, saya menjangkakan akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dalam usaha mendapatkan nama dan umur daripada penduduk kampung. Namun begitu, kami beruntung kerana terdapat beberapa warga kampung yang fasih berbahasa Melayu. Yahoooooo! Memang seronok sangat.

Pada mulanya, saya telah bertanya kepada Farouqin, salah seorang pelajar perubatan yang bersama kami, maksud "siapakah nama awak?" dan "berapa umur" dalam bahasa Khmer. Jadi, apabila saya bertanyakan kepada penduduk kampung, situasinya lebih kurang begini;

Saya: Chemo ai? (Siapa nama?)
Timah* : Timmah
Saya: Agok pon man? (Berapa umur?)
Timah*: !#$%&€$
Saya: (alamak!)

*bukan nama sebenar

Saya tak tahu angka dalam bahasa Khmer. Dalam keadaan saya terpinga-pinga, tiba-tiba kedengaran suara di sekitar saya berkata: "50!". Tersenyum sendiri saya pada ketika itu melihat kanak-kanak perempuan yang telah membantu saya itu, kerana dengan adanya 'penterjemah' macam ni, senang sikit kerja sepanjang hari ni! Sebenarnya, kanak-kanak perempuan tersebut sedang menunggu giliran, jadi setelah sampai gilirannya untuk pendaftaran, dan dia berlalu pergi untuk ke meja seterusnya iaitu meja untuk pemeriksaan tekanan darah, saya ingatkan sudah hilang 'penterjemah' saya. Namun sangkaan saya meleset, kerana ada pula seorang kakak membantu saya menterjemahkan bagi penduduk kampung yang tidak boleh berbahasa Melayu. Begitulah keadaannya sehingga ke waktu petang. Kadang-kadang tu, sampai 2-3 orang terjemah serentak...baik betul diorang ni......


Ramainya menunggu giliran. Sekarang turn adik botak berbaju merah pula.....


Faiz sedang tekun menyedia local anesthetic untuk khatan


kami telah dijamu dengan makanan tradisi. Ulam Je dan kuah kacang pasti menjadi hidangan di setiap kampung yang kami singgah


walaupun pada mulanya agak malu-malu, akhirnya adik berbaju kuning dan bertudung merah ini yang telah menjadi penterjemah saya telah sudi bergambar bersama sebelum pulang.

Wednesday, August 29

FAKTA KAMPONG CHAM

Kampong Cham merupakan sebuah wilayah di Kemboja. Kalau di Malaysia, kita panggil negeri.

Apa bezanya Negeri (state) dan wilayah (province)? Saya rasa, negeri ada pentadbiran dan sedikit undang-undang sendiri, sperti di malaysia, setiap negeri ada sultan. manakala wilayah pula, hanya kawasan yang di satukan di bawah satu pentadbiran dan pemerintahan

Pusat bandar Kampong Cham ialah Kampong Cham. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di Kemboja dengan penduduk seramai 63,771 orang (2006). Ia merupakan sebuah pekan yang strategik kerana terletak di Sg Mekong, dan terletak kira-kira 124 kilometer di timur laut bandaraya Phnom Penh. Jadi kalau nak ke Kampong Cham, boleh guna jalan darat atau melalui Sg Mekong yang popular itu. Semasa Misi Kemanusiaan Kemboja bersama Persatuan Perubatan Islam Kemboja, kami telah berada di Kampong Cham selama 7 hari dan telah menjelajah masuk ke lima buah kampung untuk menjalankan klinik bergerak, dan majlis khatan secara percuma kepada penduduk kampung.


23 Julai- Tiba di Phnom Penh
25 Jul - Bertolak ke Kampong Cham menaiki van
26 Jul - Masuk Kg Ang Tung So
27 Jul - Masuk Kg Serai Ville
28 Jul - Masuk Kg Ban Pbrul
29 Jul - Masuk Kg Po Ti An
30 Jul - Masuk Kg Krabai
31 Jul - Bertolak ke Siem Reap
1 Ogos - Ke Tasik Tonle Sap
2 Ogos - Ke Angkor Wat
3 Ogos - Pulang ke Kuala Lumpur


seterusnya....5 kampung sekilas pandang

Monday, July 23

Cambodia oh Cambodia....

Alhamdulillah, we arrived in Phnom Penh International Airport safe and sound yesterday. This Airport, formerly known as Pochentong International Airport, is relatively very small, having just four gates with aerobridges and another 2 with bus access to board a flight.

MP Dr Mousine (he is one of the MPs here!), who is the president of Islamic Medical Association of Cambodia (IMAC) was willing enough to greet us with the transport to Puncak Hotel, the place in which we will stay for the first two days. This is a fomerly Malaysian owned Hotel, just near to River Tonle Sap.

This is an interesting fact about how Phnom Penh got it's name: Wat Phnom Daun Penh (known now as just the Wat Phnom or Hill Temple), built in 1373 to house five statues of Buddha on a man made hill 27 meters high. It was named after Daun Penh (Grandma Penh), a wealthy widow.

After we had a fruitful 2 hours meeting in the Malaysian Embassy, and also we had met several medical students from IMAC. There is one brother named Ali, and the thing that amazed me most is that he has the ability to speak a very good Arabic and French, apart from
English and his mother tongue, Khmer language.

I can't online too long, as Internet canm only be used from 7 pm to 7 am, and now it is already 6.37 local time. And inshaAllah today we make a respectful visit to The Killing Fields, a place which no stands as a symbol to the horrible Khmer Rouge regime which killed 1.7 to 2.3 million out of a population of around 7 million between 1975-1979.