Thursday, May 24

Mengapa Portugis tak serang utara Semenanjung?

Alkisahnya....
1508
: Afonso de Albuquerque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis King Manuel I untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera


1509
: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana


Oct 1511
: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) Ini menjadi mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah hampir 15,000 orang askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...


1512
: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang pada ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Menurut riwayat, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Selepas seminggu...


Feb 1512
: perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1,2,3
: Selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso
: Selamat pagi

Perisik 1
: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2
: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3
: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang, ....macam macam lagi hang ada kat sana..... Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

(muahahahahas)

Sekadar jenaka. Yang bukan jenaka ialah, kewujudan Kesultanan Aceh di utara Sumatra telah menyelamatkan bumi Semenanjung. Serangan kerajaan Aceh pada ketika itu telah meyibukkan 'Benggali Putih' ini, dan ini secara tidak langsung menghalang Portugis daripada terus menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Kesultanan Aceh telah terus menegakkan kerajaan Islam dengan nilai2 murninya, hingga menjadikannya pusat tumpuan pedagang selepas jatuhnya kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Aceh menggabungkan dirinya dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda, Aceh gagah sebagai pusat ilmu di rantau Nusantara. Ramai ulama2 pada zaman ni terus berusaha nak sebarkan ajaran Islam yang adil dan saksama itu kepada seluruh bangsa manusia. Islamnya Muslim di kawasan Nusantara pada hari ini berkat kesungguhan ulama2 ini menyampaikan Islam untuk semua.

Namun, kini segala-galanya telah berubah.

Aceh masih lagi menangis. Aceh masih lagi derita. Aceh terus sengsara. Kesian kat orang Aceh sekarang. Mengapa sampai begitu sekali ujian Allah menimpa? Walaupun sudah lebih dua tahun tsunami 2004 berlalu, jangan kita senang-senang melupakan peristiwa tu. Masih banyak yang boleh kita fikirkan, ambil iktibar dan lakukan sesuatu untuk membantu. Jangan tunggu tarikh 26 Disember baru nak mengenang kembali kisah tsunami sebagai iktibar kepada kita. Bila sudah 27 Disember, dah tak rasa apa2...





Berapa yakin anda dengan doktor hari ini?


Ahmad Izwan baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Kumar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.

"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Ah Lim yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Wednesday, May 23

Apa hal mangga besar gajah ni?



Gambar selipar Jepun suatu ketika dahulu. Punyalah usaha mamat empunya selipar ini, sampai mangganya lebih berat dari selipar. BAhkan, mangga tu lagi mahal daripada selipar tu! Bayang betapa tertekannya sang pemilik selipar tu, banyak kali dah hilang selipar...

Memang susah kalau asyik hilang selipar je. Zaman kat SMAP labu dulu, dalam tempoh lima tahu di asrama, memang tak ingat berapa banyak selipar dah hilang. Yang pastinya, memang lebih dari 15 pasang (purata 3 pasang setahun). Kalau tak ada selipar, kenalah ke bilik mandi pakai kasut sukan. Kena pulak bilik air kat tinggat 2, blok A asrama putera tu asyik tersumbat je. Memang confirm kasut basah punya.


Tapi sepanjang saya berada di Nottingham ni selama lapan bulan, tak pernah terfikir akan kehilangan kasut semasa ke surau. Mungkin kerana itulah amalan kebiasaan kat sini. Bahkan sebagai contoh, baru-baru ini, kawan saya, Shafie teringgal jam tangannya (yang sangat mahal!!) di tempat wudu' surau QMC (Queen's Medical Centre, Nottingham), dia dah serba tak kena dibuatnya. Apabila saya kembali ke surau untuk mencari kembali jam tersebut, saya tak perlu mengambil masa yang lama. Jam tersebut diletakkan kemas di atas rak bersebelahan tempat wudu'.

Alhamdulillah.

Tiada tangan-tangan gatal yang tak reti nak membezakan hak sendiri dan hak orang lain! (Nasib baik kau Pie). Sikap seperti inilah yang akan membawa kepada tertegaknya negara Islam nanti.

Jadi, kepada yang pernah tibai selipar di mana sahaja, dulu atau kini, minta ampun lah kepada Allah.

"Yang mengampuni dosa dan menerima taubat.”

Al-Quran, Surah Ghaafir, ayat 3 (juga dikenali sebagai surah Al-Mu'min)

Serangan bakteria normal flora


The image “http://www.eyeofscience.de/eos2/english/gallery/templates/galeriepics/baktviren/ecoliviren.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Dalam kurikulum pembelajaran semester ini, saya ada belajar mengenai normal human flora. Mereka ini ialah mikro organisma yang hidup secara normal dalam tubuh badan manusia. Biasanya bakteria, tetapi fungi, parasit, dan virus pun boleh juga hidup dalam tubuh badan manusia, tanpa memudaratkan kesihatan, bahkan mungkin memberi manafaat kepada tubuh manusia!

Kita lihat sahaja jumlah mikro organisma pada tubuh manusia:


1012 (1,000,000,000,000) dia atas kulit

1010 (10,000,000,000) di dalam mulut

1014 (100,000,000,000,000) di dalam usus!


Tetapi di antara semua mikro organisma ini, terdapat satu golongan yang di panggil opportunists, golongan yang mengambil kesempatan. Mereka ini;

a) tak mampu menceroboh sistem tubuh badan yang normal

b) tetapi mampu mengganas dan menmusnahkan tisu tubuh apabila terdapat toleransi di dalam sistem immuniti tubuh


Ini antara contoh yang mudah:


Apabila kulit anda melecur, lapisan pelindung fizikal telah musnah, dan lapisan fibronectin kini akan terbuka kepada serangan bakteria. Akibatnya, Staphylococcus aureus atau b - haemolytic streptococci akan berpaut kepada lapisan fibronectin ini dan mula bermaharajalela dan merosakkan tubuh badan.

Di mulut anda pula, apabila anda mengambila antibiotik yang pada asalnya untuk merawat sakit yang lain, ini akan memusnahkan normal flora dan ini memberi peluang kepada pertumbuhan pesat Candida albican, bak kata pepatah, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ini akan menyebabkan thrush. Situasi yang sama boleh berlaku di vagina dan kadang-kadang di dalam usus.


Itulah hakikatnya. Apabila pertahanan kita lemah dan longlai, maka senang sangatlah bagi musuh untuk memusnahkan kita. Muslim diserang dari segenap aspek.

Sebab itulah hati kita (terutamya saya) lemah. Teringat pula lagu Obat hati, yang pertama sekali baca Quran dan maknanya. Nampak sangat Muslim hari ini tak habis baca Quran dan maknanya lagi.

“Negara Islam asyik kena serang je. Sampai bila??”

Tulah pasal. Kita kita ni ramai, tetapi lemah longlai. Seharusnya kita mengambil manfaat dari kekuatan tenaga manusia (manpower) kita, seperti yang dajarkan Jamaluddin al-Afghani (1838 - 1897, dan disemadikan di Universiti Kabul, Afghanistan)

Katanya:

“Jika kekuatan jutaan kamu itu berupa lalat yang meraung-raung di telinga Inggeris, tentu kamu akan berhasil memecahkan telinga mereka”.


Salam Sejahtera semua. selamat membaca!