Thursday, June 11
from zero to hero
Pujangga mengatakan, from zero to hero. Tetapi bukanlah di sini bermaksud sudden rise in popularity, tetapi sebuah HIJRAH.
Daripada;
- sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
- rumah saya penuh dengan patung-patung
Kepada;
- Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati.
- Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
- Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai
- semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
READ
May Allah makes us all Hero in the hereafter, inshaAllah.
Wednesday, December 17
Kisah dua lelaki
Setelah ditangkap, En Muntadar telah dibelasah sehingga patah tangan, tulang rusuk dan berlaku pendarahan dalaman. Sebab: Membaling kasut kepada Bush si kejam. sumber: Shoe thrower 'beaten in custody'
Di Amerika
Si dermawan (Philanthropist), penasihat Wall Street, En Bernard Madoff, telah ditangkap atas kesalahan menipu dan dan menjalankan skim piramid gergasi Ponzi. Dia tipu sebanyak AS$50 bilion (RM174.45 bilion). Baca betul-betul. Bukan AS$50 milion, tetapi AS$50 bilion! sumber: Banks hit worldwide by US 'fraud'
Untuk memahami betapa besarnya jumlah itu, kita buat satu perbandingan;
Kos Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah RM 3 bilion. Dengan penipuan sebanyak ini, kita boleh bina ~58 buah jambatan lagi. Setiap jambatan ~24 km. Maka, kita boleh bina jambatan sepanjang ~1400 km. Kalau pengiraan saya betul, kita hampir boleh buat jambatan daripada Eropah ke Amerika merentasi Atlantik! Subhanallah... kalau ada la jambatan ni, habis gulung tikar Sir Richard Branson berserta Virgin Atlantik beliau..haha.
Nak mudah faham lagi tentang isu Madoff, baca tulisan Che Det, yang membuat persamaan dengan kes Pak Man Telo yang popular zaman saya sekolah rendah dulu.
Hasil tangan 'gatal' Madoff, antara yang dijangka mengalami kerugian ialah;
- Clients of Santander, Sepanyol - $3.1bn (Ini merupakan bank terbesar di Sepanyol, dan memiliki high street banks di UK seperti Abbey, Alliance & Leicester dan Bradford & Bingle. Kalau jalan-jalan kat UK ni, selalu la nampak nama-nama ni)
- HSBC, UK - $1bn
- Natixis, Perancis - $605m
- Royal Bank of Scotland, UK - $601m
- BNP Paribas, Perancis - $460m
- BBVA, Sepanyol - $400m
- Man Group, UK - $360m
- Reichmuth & Co, Switzerland - $325m
- Nomura, Jepun - $303m
Amboi, mudah benar ye kalau ada duit. Kau tipu duit berjuta orang (baca: ramai), lepas macam tu je. (perbicaraan akan berlangsung..hope so~).
Yang baling kasut kepada si pembunuh dan penjenayah perang (baca: seorang) separuh nyawa terseksa.
Inilah duniaku..... setuju dengan saudara Muhamin Sulam..penakut!
Muntadar, Wartawan Hebat!
Muntadar, Wartawan Hebat!
Thursday, December 11
kenali tiga keluarga
Mari mengenali dua jenis keluarga;
Keluarga pertama Mereka tidak mampu membayar sewa rumah RM 50 sebulan, lalu terhumban ke reban ayam.
Keluarga kedua Mereka mendiami istana dengan sewaan RM 345,833.33 sebulan, dan anda yang membayar sewa rumahnya.
Keluarga pertama ialah rakyat
keluarga kedua ialah pemimpin.
Begitulah hakikatnya walaupun pahit, terpaksa ditelan jua.
Rumah anda
Bagaimana pula dengar rumah anda? Kerap kali kita mendengar manusia mengherdik pemimpin yang membazir. Ialah, membazir itu satu hal, namun bagaimana pula dengan insan yang bercakap tu? Jangan lihat rumah yang ingin anda ingin miliki, lihat sahaja di sekeliling anda sekarang. Penuh dengan kekayaan material atau telah banyak disalurkan kepada perkara kebajikan?
Mari renung kisah dua rumah ini, dan fikir-fikirkan, di mana kedudukan anda,
Keluarga 1: Air lombong jadi minuman
KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai untuk sepasang suami isteri dan lapan anak mereka termasuk seorang yang baru berusia tiga minggu yang tinggal di sebuah rumah tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di sini.
Zakaria Deraman, 42, dan Nurhamizah Mat Jusoh, 34, dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu berhijrah ke sini, empat tahun lalu, untuk mencari rezeki dengan harapan dapat mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kedaifan.
Bagaimanapun, apa yang dicari bukan saja masih belum ditemui, malah pasangan itu bersama anak-anaknya Nur Ain Emylia Janora, 13; Mohd Zulfikar, 11; Rosol Azi, 9; Nurain Juliana, 7; Nuratiqah, 5; Mohd Saro, 3 dan Puteri Zazani, 2, dan Fitri berusia tiga minggu terpaksa menempuh hidup lebih getir dan melarat di bandar.
Keluarga daif ini yang pernah tinggal di Kampung Seri Fajar, dekat Gambang, tiga tahun lalu dengan sewa RM50 sebulan, terpaksa menyisihkan diri ke kawasan bekas lombong itu kerana tidak mampu membayar sewa, selain dikatakan menjadi punca masalah denggi di kampung itu apabila besi buruk dikumpul untuk dijual didakwa menjadi tempat pembiakan aedes.
Agak menyedihkan keadaan isterinya baru bersalin dan belum habis pantang, manakala bayi mereka berusia tiga minggu terpaksa berdepan kehidupan yang menyulitkan di pondok usang yang turut dihurungi nyamuk dan lalat.
Pondok mereka diami di kawasan lombong itu terletak dalam persekitaran semak samun dan kotor, tiada kemudahan elektrik dan air bersih.
Kawasan bekas lombong dihuni pelbagai jenis hidupan air termasuk udang galah, ikan baung dan keli itu menjadi punca rezeki utama keluarga itu, manakala air lombong dijadikan sumber minuman, selain untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh pakaian.
Rezeki diperoleh tidak menentu, kadang kala dalam tempoh seminggu baru dia dapat mengumpul dua kilogram udang galah yang dijual RM25 bagi setiap kilogram, selain pelbagai jenis ikan untuk makanan harian.
“Siapa yang mahu hidup begini miskin, susah dan melarat. Orang pandang hina pada kita. Ketika tinggal di Kampung Seri Fajar anak-anak saya bermain di sekitar kawasan kampung dipandang jijik.
“Besi buruk yang saya kumpul di rumah untuk dijual dikatakan menjadi punca pembiakan aedes. Saya sedar dan akur terhadap pandangan sinis masyarakat kampung dan terpaksa mencari kawasan lain untuk dijadikan tempat berteduh mungkin buat sementara waktu.
Zakaria sekeluarga yang hidup `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, berkata, terdesak dengan kedaifan hidup, dia pernah menyerahkan seorang daripada anaknya kepada orang lain, kononnya mahu membantu meringankan beban.
“Malangnya, orang yang diharap meringankan beban kami sekeluarga mahukan satu perjanjian dibuat dan tidak membenarkan kami menyentuh zuriat yang kami berikan kepadanya sebagai anak angkat.
“Saya tidak boleh terima perjanjian seperti ini. Dia tidak boleh putuskan tali perhubungan kami sekeluarga. Jadi, saya terpaksa mengambil semula anak saya itu dan menyerahkan kembali motosikalnya.
“Saya sudah bertekad susah senang, makan atau tidak, biarlah kami hidup sekeluarga bersama,” katanya.
Oleh kerana ketiadaan kenderaan, Zakaria terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk keluar ke jalan besar sebelum meminjam motosikal rakannya di Taman Perumahan Rakyat Gambang untuk ke bandar seperti dilakukan sebelum ini.
“Saya berharap dapat motosikal untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana ketiadaan kenderaan, kerap anak saya tidak bersekolah,” katanya yang tidak mahu pulang ke kampung mengadukan penderitaannya kerana keluarganya juga susah.
“Sekarang, lombong inilah yang menjadi sumber rezeki utama saya. Di lombong inilah saya hidup, mencari rezeki, mendapatkan sumber air, mandi dan sebagainya, walaupun orang kata di sini ada buaya.
“Syukur Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak berdepan musibah seperti terserempak atau diserang haiwan itu,” katanya.
Ditanya pernahkah dia mencari pekerjaan tetap untuk mengubah nasib keluarganya, Zakaria yang agak pemalu berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan, tetapi kadang kala dia membuat keputusan yang kurang bijak.
“Saya mengaku, kadang kala tersilap buat keputusan dalam hidup. Nak buat macam mana, semuanya sudah ditentukan Allah SWT. Lebih-lebih lagi sekarang, isteri saya masih dalam pantang,”katanya.
Sumber: Berita Harian 8 Jun 2007
Keluarga 2: Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM
RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari! Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
BACA LANJUT
Keluarga 3: Kau telah membuat letih pemimpin selepasmu, Abu Bakar...
Izinkan saya berkongsi sebuah kisah para sahabat, sebagai kisah keluarga ketiga. Bagi saya, tidak jemu menitiskan air mata membaca kisah kezuhudan para sahabat radiAllahu anhum.
Wafatnya Abu Bakr
Selepas kewafatan Khalifah Abu Bakr, ummat Islam mencari apa yang dimilikinya, ternyata mereka tidak menemui dari harta peninggalannya selain keldai, unta betina dan dua helai baju. Harta itu diterima Umar untuk dimasukkan ke Baitul Mal.
Imar menangis dan berkata; "Engkau telah membuat letih para khalifah selepasmu, wahai Abu Bakr.
......
"Abu Bakr, Umar, engkau telah membuat letih pemimpin ummat islam sekarang, dalam mencontohi ibadah dan hubungan kamu dengan Allah..."
Saturday, November 29
Belasungkawa Datuk Razali Ismail
-Tuan Guru Hadi Awang, yang sedang berada di Makkah untuk mengerjakan haji-
"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat),"
- Mat Sabu, yang ditewaskan Allahyarham ketika Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dengan 628 undi-
"Semasa arwah jatuh terlentang, Allahyarham sempat menyebut kalimah Allahuakbar, kami yang berada di situ agak panik dan bergegas telefon ambulans serta polis untuk mendapatkan bantuan,"
-Azmi Ariffin, saksi kejadian-
"Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan beliau meninggal dunia,"
-Pak Lah, perdana menteri malaysia ke-5-
sebuah kisah benar yang dikongsikan oleh sahabat saya, Faisal Zulkifli @ Cha. Beliau merupakan anak Terengganu yang kini tinggal di Shah Alam, Selangor.
In the name of ALLAH, the most Gracious and Merciful GOD..
Salam semua
Sewaktu pulang ke rumah tadi selepas solat Jumaat, saya dikejutkan dengan satu message daripada bonda tercinta, yang mengatakan Datuk Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah pada jam 630 ptg waktu Malaysia sebentar tadi..
Untuk pengetahuan semua Allahyarham adalah merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu mewakili BN dan juga merangkap jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ketika ini...sebak sebentar saya ketika mendengar berita tersebut, dan allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton bersama rakan2...Innalillah
Saya masih dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka berita tersebut diterima pada penghulu hari nih...saya kenal rapat dengan anak nya, yang kini belajar di US...mengenangkan Allahyarham yang merupakan seorang yang sangat rendah diri dan baik hati..terngiang2 di kepala saya nih bila teringatkan satu ketika semasa mkn tenghari bersamanya, walaupun die seorang MP (tym tuh die masih lg pengerusi ptptn), tetapi kerendahan diri dan tutur bicara Allahyarham benar2 membuatkan saya kagum...dan hak bes tuh mkn duk sebelah die, kongsi budu semangkuk ngan die...malah die sentiasa tidak lupa utk ajak drebar die mkn satu meja (sbb die sendri dtg dr keluarga y sederhana)..
mmg allah lebih sayangkan allahyarham dlm usia yang muda itu...sama2 la kite muhasabah balik, mati tidak mengenal usia dan bila2 masa saje boleh menjemput kite yang kerdil nih..
ps- ak pelik kenapa depa sebok nak persoalkan isu sajak kematian, n mahukan ia di hentikan serta merta di sekolah2, tp kite lupa yang kita tiada kuasa untuk hentikan kematian itu sendri kan..so sama2 la kite renungkan..
Alasannya mudah je, mengingati mati adalah sebaik-baik peringatan!
Sabda Nabi SAW:
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)” Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.
Sunday, September 2
Pinjaman kepada biasiswa
Akhirnya, pinjamannya yang berjumlah RM 80,000 telah ditukarkan kepada biasiswa. Walaupun ini berlaku sekelip mata, namun ia pastinya tidak semudah itu. Mari sama2 kita baca keratan akhbar ini;
Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten
Oleh Norliza Abdullah
BANGI: Graduan terbaik keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Ke-10, Mohd Fairuz A Gani, menganggap penukaran pinjaman pendidikan Yayasan Tenaga Nasional Berhad berjumlah RM80,000 kepada biasiswa sebagai satu hadiah begitu bermakna dalam hidupnya.Mohd Fairuz, 23, lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang kini Eksekutif Kanan di Bank Negara berkata, sebahagian daripada pendapatan yang sepatutnya diguna untuk membayar balik pinjaman pendidikan itu akan menjadi tabungan bagi meneruskan pengajian dalam program profesional.
"Biasiswa ini adalah satu pemberian paling bermakna dalam hidup saya kerana saya seolah-olah menerima wang yang begitu banyak tanpa perlu membayarnya semula selepas menamatkan pengajian," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan wakil graduan pada majlis konvokesyen itu.
Majlis itu disempurnakan Canselor Uniten, Yang di-Pertua Negeri Pulaul Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas.
Hadir sama dua Pro Canselornya, Tan Sri Dr Abu Zarim Omar dan Tan Sri Dr Amar Leo Moggie serta Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mashkuri Yaacob.
Pada konvokesyen selama dua hari yang bermula semalam itu, seramai 607 graduan menerima Ijazah dan Diploma masing-masing.
Mohd Fairuz, anak ketiga daripada empat beradik yang berasal dari Pontian, Johor, mencatatkan nilai purata gred keseluruhan 3.73 dan pencapaian cemerlang itu mencerminkan kesungguhannya untuk menjadi yang terbaik di kalangan pelajar Uniten sepanjang tempoh pengajian.
Katanya, beliau bersyukur kerana usaha bersungguh-sungguh sepanjang 10 semester mengikuti pengajian membolehkannya menimba banyak ilmu dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dengan rakan serta pensyarah.
"Petua kejayaan saya ialah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dewan kuliah di samping mewujudkan kumpulan ketika belajar," katanya.
*********************************************************************
Ada di antara sahabat saya yang tidak berjaya menempatkan diri ke universiti di luar negara, dan kini menuntut di UNITEN. Hah, ini sebenarnya cabaran buat korang. Gagal sekali tak semestinya terus gagal je.
Thursday, July 19
Smoking is bad!
That was a statement made by Datuk Seri Nazri Aziz, after launching a Nur Sejahtera Programme hosted by the National Population and Family Development Board to raise awareness of breast cancer.
I do personally think this was a not so good statement made by a minister like him. We will never feel the heavy burden that a cancer patient feels until we be one. Cancer is bad, and it has been scientifically proven all over the world that smoking could leads to cancer, and human haven't found any absolute treatment for it.
So, to make it simple, avoid smoking, and if you're a smoker, kill it, or it'll kills you!
Finally, this is a very touching true story about a man who died from cancer. He wanted the world to know his story, so please spread the word. My lecturer, Steven Burr was the one who told us this sad story during one of our lecture, and this article was published in iluvislam.com.
Gambar ini diambil pada hari kematian beliau pada 3 Jun. Isteri beliau, Bobbie dan anak lelakinya, Bryan setia di sisinya.
ST. PETERSBURG -- Cigarette smoke hangs in the air in the room where Bryan Lee Curtis lies dying of lung cancer.
His head, bald from chemotherapy, lolls on a pillow. The bones of his cheeks and shoulders protrude under taut skin. His eyes are open, but he can no longer respond to his mother or his wife, Bobbie, who married him in a makeshift ceremony in this room three weeks ago after doctors said there was no hope.
In Bryan's emaciated hands, Bobbie has propped a photograph taken just two months ago. It shows a muscular and seemingly healthy Bryan holding his 2-year-old son, Bryan Jr. In the picture, he is 33. He turned 34 on May 10.
A pack of cigarettes and a lighter sit on a table near Bryan's bed in his mother's living room. Even though tobacco caused the cancer now eating through his lungs and liver, Bryan smoked until a week ago, when it became impossible.
Across the room, a 20-year-old nephew crushes out a cigarette in a large glass ashtray where the butt joins a dozen others. Bobbie Curtis says she'll try to stop after the funeral, but right now, it's just too difficult. Same for Bryan's mother, Louise Curtis.
"I just can't do it now," she says, although she hopes maybe she can after the funeral.
Bryan knew how hard it is to quit. But when he learned he would die because of his habit, he thought maybe he could persuade at least a few kids not to pick up that first cigarette. Maybe if they could see his sunken cheeks, how hard it was becoming to breathe, his shriveled body, it might scare them enough.
So a man whose life was otherwise unremarkable set out in the last few weeks of his life with a mission.
* * *
Bryan started when he was just 13, building up to more than two packs a day. He talked about quitting from time to time, but never seriously tried.
Plenty of time for that, he figured. Older people got cancer. Not people in their 30s, not people who worked in construction, as a roofer, as a mechanic.
He had no health insurance. But he was more worried about his mother, 57, who had smoked since she was 25.
"He would say, "Mom, don't worry about me. Worry about yourself. I'm healthy,' " Louise Curtis remembers. "You think this would happen later, when you're 60 or 70 years old, not when you're his age."
He knew, only a few days after he went to the hospital on April 2 with severe abdominal pain, how wrong he had been. He had oat cell lung cancer that had spread to his liver. He probably had not had it long. Also called small cell lung cancer, it's an aggressive killer that usually claims the lives of its victims within a few months.
While it seems unusual to the Curtis family, Dr. Jeffrey Paonessa, Bryan's oncologist, said he is seeing more lung cancer in young adults.
"We've seen lung cancer earlier and earlier because people are starting to smoke earlier and earlier," Paonessa said. Chemotherapy sometimes slows the process, but had little effect in Bryan's case, he said.
Bryan also knew, a few days after the diagnosis, that he wanted somehow to try to save at least one kid from the same fate. He sat down and talked with Bryan Jr. and his 9-year-old daughter, Amber, who already had been caught once with a cigarette. But he wanted to do more. Somehow, he had to get his story out.
When he still had some strength to leave the house, kids would stare.
"They'd come up and look at him because he looked so strange," Louise Curtis said. "He'd look at them and say, "This is what happens to you when you smoke.'
"The kids would say, "Oh, man. I can't believe it,' " Louise Curtis said.
In the last few weeks, Bryan's mother has been the agent for his mission to accomplish some good with the tragedy. She has called newspapers and radio and television stations, seeking someone willing to tell her son's story, willing to help give him the one thing he wanted before he died. Bryan never got to tell his story to the public. He spoke for the last time an hour before a visit from a Times reporter and photographer.
"I'm too skinny. I can't fight anymore," he whispered to his mother at 9 a.m. June 3. He died that day at 11:56 a.m., just nine weeks after the diagnosis.
Bryan Lee Curtis Sr. was buried at Memorial Park Cemetery in St. Petersburg on June 8, a rare cloudy day that threatened rain.
At the funeral service at nearby Blount, Curry and Roel Funeral Home, Bryan's casket was open and 50 friends and relatives could see the devastating effects of the cancer.
Addiction is more powerful.
As the graveside ritual ended, a handful of relatives backed away from the gathering, pulled out packs of cigarettes and lit up.
Al-Fatihah
Jenazah Laskar Udara Muhammad Ridzuan Ahmad, 27, salah seorang mangsa nahas pesawat NURI yang terhempas di Genting Sempah.
Beliau meninggalkan balu, Raflah Hussin, 24.
Kronologi ketibaan jenazah Allahyarham di Alor Star;
7.45 malam: Jenazah Allahyarham berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang dan diiringi sembilan ahli keluarga
8.55 malam: Tiba di Kolej Tentera Udara di Pangkalan TUDM, Kepala Batas, Alor Star
9.30 malam: Jenazah Muhammad Ridzuan kemudiannya di bawa naiki van jenazah dan tiba di rumahnya di Kampung Kelut, Mukim Jabi, Pokok Sena, Alor Star.
Jenazah Allahyarham berada kira-kira 15 minit di rumahnya bagi membolehkan ahli keluarganya memberi penghormatan terakhir.
9.45 malam: Jenazah Allahyarham kemudian diusung ke masjid Cik Mat Zain, Kampung Kelut untuk disembahyangkan yang diimamkan oleh bapa mertuanya, Husin Salleh.
10.45 malam: selamat dikebumikan pada pukul ini di tanah perkuburan Islam Kampung Kelut, Pokok Sena.
AQ, episod II
JOHAN
Kedua
Mohamad Hafas Ali dari Terengganu
Ketiga
Mohd. Muslim Ali (Kuala Lumpur)
Saguhati
Mohd. Mawardi Jamaludin (Kedah)
Hanimzah Jalaluddin (Pahang)
Nor Faizah Panut (Selangor)
(*kalau saya silap taipkan keputusannya, sila beritahu)
Anuar Hasin ni merupakan salah seorang peserta final tahun lalu, dan berjaya mendapat hadiah saguhati. Tahun, percubaan beliau tidak sia-sia- selain memantapkan bacaannya, dia berjaya mengondol hadiah tempat pertama!Anuar membawa pulang wang tunai RM30,000 serta barangan elektrik ECE bernilai RM20,000. ECE menaja TV dalam Buletin Utama terbitan TV3. Sementara itu, ada seorang peserta wanita, saya tak pasti yang mana satu di atas, wajahnya mirip-mirip penyanyi Aishah. Pada mulanya, saya ingatkan Aishah yang masuk bertanding. Pemenang tempat kedua dan ketiga, Hafas Ali dan Muslim Ali merupakan pasangan adik-beradik. Beruntung famili mereka ni.
Berbeza dengan program realiti lain yang berasaskan SMS (khidmat pesanan ringkas), juara AQ2 ditentukan menerusi konsep pemarkahan sebanyak 40 peratus untuk tajwid manakala 30 peratus masing-masing untuk qiraat dan taranum serta lagu. Bagus sangatlah tu. Dok guna SMS ni, banyak pembazirannya!
Para hakim terdiri daripada;
Nazri Abdullah - juri qiraat
Radzi Kamarul Hailan - juri taranum
Pertandingan akhir ini telah ke udara secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya bermula pukul 9 malam selama dua jam setengah. Memang lama betul siarannya. Saya sendiri tidak pasti bagaimana penerbit boleh membiayai rancangan sebegini. Memang alhamdulillah boleh menarik penonton, tetapi adakah jumlah penontonya cukup besar? Marilah sama-sama kita memberi sokongan kepada rancangan-rancangan sebegini. Tidak rugi...untuk ilmu di dunia dan saham di akhirat nanti!
Sunday, July 15
CUCMS
From what I know, it was founded in 2005, in line with our government's aspiration to further improve the healthcare of Malaysians. It has been said that it has a state-of-the-art educational technology and training in medical sciences. Well, we could expect all structure in and facilities in Cyberjaya is superb !
I'd hope this meeting will be a fruitful one, as the team still have a few unresolved problems. After our meeting, then comes this most interesting bit: Sunathon guide session at 5 pm. Muahahahahas... I just can't wait, although as I'm still a first-year-going-to-second-year medical student, and are not expected to do much on the circumcision, but I'm sure there could be something that I could learn and practice.
Syarahan Tun Razak
Syarahan Tun Abdul Razak yang bertajuk “Recipe for National Unity in a Changing World” yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, PJ pada 11 Julai lepas memang sangat menarik bagi saya. Bukannya apa, dapat bertemu kembali dengan ramai rakan-rakan lama. Setelah tiba dari Alor Star pada jam 1725, saya terus bergerak ke Subang Jaya. Kali terakhir saya bertemu dengan kawan-kawan yang seangkatan dengan saya (kecuali Irina, Zaffan, dan Dodoe) ialah pada March 2004..hmmm… 3 tahun lepas. Lama juga tu…. Cumanya, tidak ramai yang tidak dapat datang. Terima kasih lah kepada Joon Her ( pakatr IT ni!) Yoga (sekarang di UTP), Hamidi (actuarial scientist), Josephine Jarit (UKM), Fadhli (doctor), Naza (yang memang dah lain sangat), Jauharah (physicist in UTM) dan Zaffan, Dodoe dan Irina. Seronok dapat berjumpa dengan semua, walapun sekejap sangat kerana saya terpaksa (bukan sengaja) keluar awal meninggalkan majlis untuk mengejar kereta api. Tak dapat nak berbual panjang. Kepada kawan-kawan yang lain di luar
Pada malam itu juga, barulah saya mengetahui bahawa Yayasan Tun Razak (YTR) ini telah ditubuhkan hanya 5 minggu setelah Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia, dan pada julai tahun yang sama, Parlimentelah meluluskan Akta Yayasan Tun Razak 1976 (Akta 178) yang telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Yang di-Pertauan Agong. Wow..siap ada peruntukan dalam undang-undang lagi….
Majlis dimulakan dengan ucapan mengalu-alukan kedatangan Tun Mohammed Hanif Omar selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTR, dan ikuti oleh ucap utama oleh bekas Timbalan Perdana Menteri pada zaman Mahathir sebelum saya lahir lagi, iaitu Tun Musa Hitam. Tun rupanya ada Degree dalam Literature.
Sebelum bermulanya majlis, saya berpeluang mengiringi dan berbual mesra dengan beberapa tokoh terkenal negara. Bukan senang beb!!
Antaranya ialah Puan Azah Aziz, salah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah YTR dan juga merupakan isteri kepada Prof Diraja Ungku Aziz. Beliau duduk di meja 8. Selain itu, Tan Sri Dato’ Wan Mokhtar Ahmad, bekas MB Terengganu sebelum PAS menang di Terengganu pada tahun 1999. Kata beliau, kini beliau berualng alik di dalam negara sahaja sejak tidak lagi menjadi Duta
Alhamdulillah, makanan pada malam tersebut sangat sedap. Terima kasih kepada chef-chef dan pelayan yang baik budiman.
Semoga aktiviti yayasan pada masa mendatang akan terus memberi impak kepada rakyat. Jangan seronok sendiri sahaja. Sememang perpaduan antara rakyat
Tuesday, June 19
Babar Ahmad's story
Last Tuesday, FOSIS condemned the decision by the House of Lords which has allowed for the extradition of Babar Ahmad to the United States.
Who is this guy named Babar Ahmad? Babar Ahmad is a British citizen who was born in London in 1974. He grew up and went to school in South London. He is a computer expert who no still lives in Tooting, south London. In December 2003 Babar was arrested under the Terrorism Act 2000. He is being accused of running websites supporting terror and of urging Muslims to fight a holy war. But now, the UK is sending him to the US for the judgement to be held there, in the US. This is the statement released by FOSIS;
“The decision by the House of Lords is incredibly disappointing. The fact that a British Citizen can be extradited to the United States without a single piece of evidence being brought against him is shocking. If Babar Ahmad is suspected of any criminal activity then evidence should be brought forward and as a British citizen he should be tried within the legal system of the United Kingdom.”
To know more about his story and news, log on to FREE Babar Ahmad
1. These are what the Parliament in the UK consist of. The House of Lords is the upper house of the Parliament of the United Kingdom and is also commonly referred to as "the Lords". So, The Sovereign (the Queen!), the House of Commons (which is the lower house of Parliament and referred to as "the Commons"), and the Lords together comprise the Parliament.
Monday, June 18
Nahr al-Bared
It has been a busy and hectic week for me and my colleagues. We are busy packing, moving out and wrapping souvenirs for our families and friends back home in Malaysia.
Before it become lost from my mind, I'd like to share another fund-raising that were made after the Friday prayer last week. This time, another brother from the famous Human Appeal International made a reminder that the post war Lebanon is still in crisis. Urgent donations are required from all regardless Muslims or non-Muslims. I still remember that he keep on repeating while holding the donation bucket -"Do not hesitate in helping our brothers". It doesn't really matter whether we differ in political point of view, of whether we believe in different faith, but extending our hand for help and aware of other's predicament must always happen.
For us to fathom the real situation, here is a basic fact for us to ponder upon ;
Did you know that over 40,000 Palestinian refugees have fled from the Nahr Al-Bareed refugee camp?
To understand this fact better, we must first know what is Nahr Al-Bareed. Literally in Arabic, it means Cold River. It is a Palestinian refugee camp in northern Lebanon, near the port city of Tripoli. Some 30,000 displaced Palestinians and their descendants live at the camp, which was named after the river that runs south of the camp. Can you imagine how far have they traveled from Palestine?? And currently, due to the war, these people who have already lost their home, had to fled away because the camp became a centre of fighting in May 2007.
Now they are desperate. They need urgent emergency relief of food, water, medical aid, temporary shelter, mattresses and baby milk! And at the same time, thousands more are still trapped in their homes.
According to Human Appeal International (HAI), they had allocated more than GBP 100,000 (thats about RM 700,000!!) for emergency relief for the current crisis.
So, don't think twice. click here to know more from HAI.
Sunday, June 10
Wafa Relief
Basically, it is charity body established in Manchester since 2003, whose primary focus is to help relief the suffering of the destitute communities in Africa. This is where the poorest of the poor live.
Their annual projects include Ramadhan appeal, Eid ul-Adha appeal and emergency relief wherever a crisis erupts. Their humanitarian aids in time of crisis are endless.
For the time being, Wafa's area of operation covers Ethiopia, Ghana, Mozambique, Nigeria, Northern Africa, Somalia and Sierra Leone, and they are planning to extend their field of work to include other African countries.
The good thing about Wafa Relief is that they work through equitable partnership with other charitable body, thus this will ensure a more effective assistance for the places which require immediate aid. For further info, feel free to visit them.
So, after this, to you who have read this, please have confidence with Wafa Relief and do not hesitate in donating to those who are really in need!! We've nothing to lose, as this will be our share in the Hereafter, after we die.
Salam.
Saturday, June 9
boycott Israeli academic
Certain “pro-israeli occupation” groups have been trying to undemocratically over turn this motion.
Thus, peace-loving people out there, we need your help by signing this petition to stop these attempts.
The vehement opposition to the UCU’s motion to boycott Israeli Academics is ever intensifying. The US are now involved, threatening to take action against British academia should this motion not be reversed. Tony Blair in person requested from the UCU to ‘overturn’ this motion. Undoubtedly the UCU now find them selves under potentially unbearable pressure.
Fosis is urging all members of the public to take the following simple actions:
1. Visit this online petition and sign it
2. Write letters of support to Sally Hunt, Gen Sec of UCU at shunt@ucu.org.uk and CC President, Linda Newman (preident@ucu.org.uk). A template for the letter is provided at the bottom of this alert.
---------------------------------------------------------
Letter to Sally Hunt, Gen. Sec. UCU (TEMPLATE)
Dear Sally Hunt
I write to you to commend the UCU for their stance regarding the boycott of Israeli academics. This motion sends a strong message of solidarity and support to the Palestinian people who’ve been suffering at the hands of the Israeli occupation for more than 5 decades.
Academics play an instrumental role in shaping the perceptions and world views of a population. By standing on the fringe and refusing to actively condemn the continuous brutality of the occupation and its implications on the welfare and future of the Palestinian people, Israeli Academics are complicit in this heinous crime.
We take pride in seeing our academics taking a principled stance on this issue and supporting the struggle to attain justice for the oppressed away from the distortions and contaminations of the media and politics. This is the true spirit of academia, and we are certain that this stance by the British UCU will set an example for all such institutions around the world.
We trust that as secretary of the Union you will do whatever is in your power to ensure all such democratic decisions are duly implemented.
Regards,
(*Your name*)
----------------------------------------------------------------------------------
1. FOSIS (est. 1962) is the umbrella organisation of student groups in colleges and universities throughout the UK and Ireland, representing over 90,000 Muslim students.
2. UCU is the largest trade union and professional association for academics, lecturers, trainers, researchers and academic-related staff working in further and higher education throughout the UK
Thursday, June 7
Murahnya roti canai!
90 sen untuk roti canai, roti jala, teh O
Oleh MUHD. NIZAM ABD. HAMID
ALOR STAR 6 Jun – Mungkin ramai yang beranggapan nilai RM1 terlalu kecil ketika ini lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian, namun di Restoran Nasi Kandar Aina di sini nilai itu mencukupi untuk membayar harga sarapan pagi yang lengkap dengan minuman.
Dengan 90 sen sahaja, pengunjung restoran yang terletak di Pekan Simpang Kuala itu boleh menikmati tiga jenis menu iaitu sekeping roti canai, sekeping roti jala dan segelas air teh O.
Pengurus restoran itu, Abd. Nasir Abd. Ghaffar berkata, harga baru tersebut yang menyaksikan penurunan kira-kira 50 peratus daripada harga asal telah bermula sejak semalam.
Saiz roti canai yang dihidangkan tetap sama seperti sebelum ini.
‘‘Saya mahu menyahut cabaran kerajaan agar peniaga tidak menaikkan harga barangan ekoran daripada kenaikan gaji kakitangan awam,” katanya ketika ditemui di restorannya di sini hari ini.
Menurutnya, langkah sesetengah peniaga menaikkan harga barangan termasuk roti canai pada kadar yang tidak berpatutan mungkin menyebabkan orang ramai dan kakitangan awam tidak dapat merasai kesan positif kenaikan pendapatan mereka.
Abd. Nasir berkata, beliau percaya tindakannya menurunkan harga itu tidak akan membawa kerugian kepada Restoran Nasi Kandar Aina kerana perniagaannya tidak terlalu bergantung kepada jualan roti canai.
‘‘Saya percaya lebih ramai pelanggan akan datang ke restoran ini dan kami juga menawarkan pelbagai makanan lain terutama nasi kandar dan lauk pauk masakan kampung,” ujarnya.
Beliau telah mengusahakan restoran itu sejak tahun 1998 dan menerima kira-kira 1,000 pengunjung setiap hari.
Katanya, kos sekeping roti canai mungkin kira-kira 29 sen sekeping.
‘‘Bagi peniaga yang bergantung sepenuhnya pada jualan roti canai, mereka mungkin tidak dapat menjual pada harga 30 sen sekeping kerana kos bahan mentah dan pekerja tetapi saya mempunyai makanan lain untuk dijual,” ujarnya.
Abd. Nasir yang turut mengekalkan harga makanan lain bagaimanapun mengakui kenaikan harga barang mentah antara 20 hingga 30 peratus ketika ini berbanding harga tahun lalu menyebabkan keuntungan peniaga makanan turut menurun.
‘‘Saya berharap kerajaan dapat mengambil tindakan mengawal harga barang terutama memastikan pihak pemborong dan pembekal makanan tidak menaikkan terlalu tinggi harga barang yang dibekalkan,” ujarnya.
Wednesday, June 6
Selamat Pengantin Baru Pak Lah!
After living alone since the demise of his wife, Malaysian Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will marry Jeanne Abdullah, 53, on this Saturday. My friend Udon text me a message from Warwick early in the morning at 0844 Uk time, informing me about this wonderful news. The original press release was announced by the Prime Minister’s Office.
This is the official announcement from the Prime Minister's Office.
KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA MENTERI
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.
Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.
Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene. Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Indeed, we all believe that this is the strongest of bonds, in which Allah unites the two Muslim partners, who come together on the basis of love, understanding, co-operation and mutual advice. We know it was hard for Pak Lah (the name he is fondly known as) to live with the absence of a supporter and his greatest joy. Pak Lah had always needed a strong motivator and to a person who could renew his energy so that he may fulfill his mission of steering the country.
I've never met Jeanne before, but based from the widely circulated photo of her it seems that she doesn't wear hijab. This no good, but I hope that Pak Lah will ask her to do so after their solemnization of marriage. Hijab is a must in Islam and Muslims must obey God's word. Even I'm sure Jeanne will look more beautiful in a nice proper tudung!
Congratulation to both of them and I hope that Jeanne will be respectful towards Pak Lah and is always eager to please him and make him happy to lead the country.
Sunday, June 3
The King
I didn't got the chance to congratulate His Royal Highness Sultan Mizan when he was formally enthroned as the new King of Malaysia on the 26th of April as this blog was still under construction at that time. So now, as the first Saturday in June is the Kings official birthday, I would say 'Congratulation' and 'Happy Birthday' to him. In Malaysia, the king is officially known as the Yang di-Pertuan Agong and he is elected to a five-year term among the nine Sultans of the Malay states. Malaysia are one of the few countries which practices true elective monarchies. Other countries are Kuwait, Cambodia and Vatican City.
I'm very pleased and chuffed with our new King. I'm very happy that his consort, Her Royal Highness Sultanah Nur Zahirah wears the proper hijab as a true Muslim woman should wear. Well, this precisely is the just Islamic dress whose features have been clearly defined by the Qur'an and Sunnah. This had made her character distict, and indeed she clearly epitomises the current generation of modest Muslim women not only in Malaysia, but all over the world.
Some women wear hijab because it is a tradition or custom enherited or only to be worn on special occasion only. For instance, when a live telecast of a death of a well known person is aired, the woman news presenter will surely wears hijab. But on the very next day, everything is gone and her blond hair can be clearly seen. Now you see it, now you don't! But believe it or not!
Muslim woman wears hijab on the basic belief that this is a command from the One, Allah. If this is God's word, no wasting time...true Muslim will practice it swiftly.
Finally, may under the reign of HRH Sultan Mizan and Permaisuri Nur Zahirah, women in Malaysia will continue to participate in public affairs, playing vital role in strong family which is a core subunit of a good community, and not merely women who think sex appeal is everything.
Daulat Tuanku!!
