Wednesday, August 5

Melihat bayi lahir seorang demi seorang, dan mati.

Apabila satu sperma bersatu dengan satu ovum, dan satu sel yang terbentuk bercambah menjadi 2, dan kemudian 4 dan kemudian 16..dan seterusnya 'melekatkan' dirinya di dinding rahim si ibu, bayi yang bakal lahir hanya sekadar membawa kegembiraan kepada si ibu dan ayahnya.

Apabila saya melihat bayi lahir seorang demi seorang, tangisan si bayi yang sungguh kecil, comel dan matanya masih lagi belum mampu dibuka mengingatkan saya kepada tanggungjawab yang berat yang bakal ditempuh oleh insan baru dalam masyarakat manusia ini. Sang bidan (midwife) menyambut si bayi dengan penuh kegembiraan, dilapkan saki baki amniotic fluid dan diperiksa satu persatu bahagian-bahagian bayi untuk memastinyanya lahir sempurna. Manakala seorang lagi nurse yang bertugas pula mencatatkan di papan putih waktu yang tepat kelahiran si bayi yang sangat comel.

Sayangnya bayi yang lahir di sini tidak di azankan. Oh, sungguh sedih dan ruginya si bayi kerana lahir dalam keluarga yang belum lagi Islam. Tugasan dakwah perlu diperkasakan lagi agar si bayi dapat menerima dakwah Islam suatu hari nanti.

Ada sekali saya berkesempatan bersama seorang wanita yang baru sahaja kehilangan bayinya pada bulan Januari yang lalu. Dan bakal menjalani c-section dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Semasa bius dikenakan kepada si ibu pada bahagian tulang belakangnya, dia menangis teresak-esak, mungkin juga kesakitan, tetapi mungkin kerana teringatkan si anak yang telah meninggal dunia yang mananya gambarnya digenggam erat oleh si ibu. Adus, penuh drama dan masyuk sungguh...

Namun sayang sekali ada bayi yang tidak sempat memberikan kegembiraan kepada ibunya, sepertimana yang saya lihat pada pagi ini di klinik kesihatan wanita.

http://www.abort73.com/HTML/AbortionPictures/images/abortion-08-01.jpg
Janin pada usia 8 minggu

Sang gadis yang berusia 14 tahun, hadir dengan 'best friend' yang berusia 13 tahun, kini berada dalam ketakutan kerana telah didapati mengandung 7 minggu. Subhanallah, malang sungguh nasib si anak!

Gadis dalam usia sementah ini datang untuk membincangkan dan seterusnya menjalani teknik pengguguran janin yang dipilihnya. Biasanya ada dua cara yang boleh dilakukan, iaitu dengan cara surgery (penbedahan, yang mana pesakit akan ditidurkan) atau cara medicine, yang menjadi pilihan si gadis kerana dia hanya perlu memakan pil dan pendarahan laksana datang haid yang lebat akan berlaku, yang akan mengandungi janin yang tidak berdosa tersebut...

Tidak berani dia untuk menceritakan kejadian yang berlaku kerana takut akan emaknya. Hanya seorang makcik dan rakannya (yang hadir bersama) yang menjadi tempat meluahkan perasaan dan berkongsi ketakutan yang membelenggu diri.

Subhanallah..where is the amir of the ummah?

Tahun lepas sahaja kotaraya Nottingham menyaksikan lebih 3000 pengguguran janin yang dilakukan. Bukanlah saya ingin membincangkan berapa had umur untuk abortion, atau apa-apa polemik yang berkaitan, namun.....

Inilah barah masyarakat seantero dunia. Ianya juga sedang berlaku di negara Malaysia yang terchenta. Apabila anak-anak muda hanya dihidangkan di media cetak dan massa akan budaya seks sebagai tujuan hidup. Apabila seks menjadi gaya hidup tanpa berfikir panjang akan kesan selanjutnya selepas itu.

Inilah negara kita


Monday, August 3

Seks yang membunuh secara senyap

Hari ini saya ke Bestwood Park, sebuah kawasan terpencil, kira-kira 20 minit menaiki bas daripada pusat bandar Nottingham untuk sessi outreach contraception and sexual health (CASH) clinic.

Sebenarnya klinik ini bukanlah klinik sebenar. Merupakan sebuah klinik yang direka di sebuah youth club. Ia merupakan sebuah pusat santai tempat anak-anak muda datang dan berekreasi di waktu petang (selepas jam 6 petang). Terdapat sebuah dewan serbaguna dan dilengkapi dengan pemain muzik, gelanggang futsal, snoker dan bola keranjang.

Ini memang merupakan taktik dan skil Primary Care Trust, dengan meletakkan klinik contraceptive di kawasan sebegini. Klinik diletakkan di kawasan perumahan golongan bawahan, dan mudah diakses oleh penduduk sekitar. Klinik dibuka seawal 5 petang, dan dewan serba guna ini hanya dibuka pada jam 6. Oleh yang demikian, kepada mereka yang ingin hadir secara bersembunyi tanpa kelibatan kawan-kawan yang lain, boleh hadir pada jam 5 petang tersebut.

Ada remaja berusia 14 yang baru sahaja mengenali seorang jejaka beberapa bulan, lalu datang ke klinik ini untuk mendapatkan kondom. Dia menyatakan hasrat untuk melakukan hubungan seks dengan jejaka berusia 17 tahun tersebut. Maka menjadi tugas staf klinik untuk memberikan nasihat yang sewajarnya, dan panduan menggunakan alat contraceptive, seperti mengajarkan cara menggunakan kondom, dan cara memakan pil (tidak semudah makan pil dan minum air suam)

Ada seorang remaja wanita yang berusia 15 tahun, yang apabila ditanya dia tinggal dengan siapa, dia menyatakan dia tinggal bersama ibu dan partner kepada ibunya... ayahnya hilang ke mana pun, kita tak tahu. Dia pun sekarang mempunyai hubungan dengan seorang jejaka, namun dia masih lagi sexually inactive. Kalau mak makan roti canai, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke....??

Ada seorang lagi remaja wanita, apabila ditanya tentang sexual history, pada bulan 3, dia masih belum pernah melakukan sebarang hubungan kelamin, namun menjelang Disember pada tahun yang sama, dia sudah berkali-kali melakukan hubungan seks pada usia 15 tahun. Jadi klinik ini menjadi tumpuannya untuk mendapatkan perkhidmatan pil contraceptive dan kondom buat pasangannya. Waduh, waduh, sungguh mudah maruah anak mudah tercalar, macam budak-budak nakal calrkan kereta cikgu disiplin yang mereka marahkan!

Seorang lagi remaja berusia 14 tahun yang hadir membincangkan masalah terkininnya - just had a recent split - dengan teman lelakinya kerana didapati unfaithful...begitulah sifat lelaki yang 'mengganas' dengan hawa nafsunya, saling tukar wanita dengan sewenang-wenangnya.

Inilah dia lumrah kehidupan sebenar warga barat, nun jauh di ceruk. Apabila berada di kawasan universiti, atau di kawasan bandar seperti bandar besar London, secara superficial kita dapat melihat segala yang positif belaka. Cantik, kebersihan, budi bahasa, kemajuan, dan serba serbi lagi sifat-sifat yang baik. Namun yang tidak kelihatan ialah barah yang semakin kronik di dalam masyarakat, yang melahiran golongan muda yang tiada aspirasi, dan kehilangan individu untuk mereka jadikan role model.

"I'm amazed to see all these stunning records'', kata saya kepada Joanna, CASH nurse di klinik tersebut yang berpakaian serba casual, demi untuk tidak kelihatan terlalu jururawat di kawasan sebegitu.

''Well, you should'' katanya sambil tersenyum.

''I can't see any solution for these problem. It did happened 20 years back, but it seems that more and more teenagers are having sex at an earlier age''

Beritulah luahan hati seorang nurse yang berhadapan dengan realiti masyarakat sebegini setiap hari. Dia juga berasal daripada kawasan tersebut, dan mengenali kebanyakkan daripada remaja-remaja yang datang, dan mengklasifikasikan remaja-remaja yang dirasakan Fraser Competent. Anak-anak muda semakin mabuk lantas tenggelam dalam dunia sendiri lantaran dunia yang semakin meninggalkan nilai-nilai sejagat.

Klinik ini habis pada jam 8 malam, dan sepanjang perjalanan di dalma bas, realiti masyarakat ini terus saya hadam dan fikir-fikirkan.

Ini sedang berlaku bukan sahaja di negara barat, bahkan saya berani mengata it is happening right under our nose. Anak-anak muda belia di Malaysia yang kehilangan tujuan hidup, tiada aspirasi dan wawasan for the ultimate end, sedang di ambang kerosakan..

Adus...ada segolongan yang lain pula sibuk dengan hal masing-masing. Betapa angkuh dan pentinkan diri sendiri insan...

Friday, July 31

Heathrow in memory

Video penghargaan sempena sahabat yang sudah habis belajar di University of Nottingham, dan sudah pulang 'for good' ke tanah air....

Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.
Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan

Tuesday, July 28

tiga generasi

''And I.... will always love you''

Tarik Whitney Houston.

''klik..klik...klik...''

Bunyi gunting di bilik bedah terus berbunyi...

''I will always love you...''

Suara lantang Whitney terus kedengaran memenuhi bilik bedah..

''klik..klik...klik...''

Gunting terus 'dihayun' memotong rahim sang ibu pada pagi itu. Sebuah prosedur hysterectomy sedang sedang berlangsung pada petang tersebut.

Jumaat lepas menyaksikan hari yang sedikit istimewa kepada saya kerana pada pagi harinya kami scan seorang ibu, dengan penuh harapan meyaksikan fetusnya sedang membesar dengan sihat, walaupun dia diserang jangkitan parvivirus.

Petangnya pula selepas solat Jumaat, kami terlibat dalam pembuangan rahim (uterus) seorang ibu yang malang..Lepas ni tak boleh nak mengandung dah..

Petangnya pula seorang anak muda telah menjalani proses labiotomy...terlalu obses dengan kecantikan....

3 generasi yang berbeza...

Friday, July 17

indecisive

Sekembalinya saya daripada Turki, persoalan mengapa Empayar yang hebat, gagah, dan besar ini boleh tumbang terus bermain di minda saya.

Terus berfikir, berfikir dan terus berfikir...

Nampaknya apabila sebuah rumah yang besar, cantik dan bersih bertukar penghuni, tidak ada jaminan bahawa rumah tersebut akan terus besar, cantik dan bersih.

Apabila sebuah kereta enjin berprestasi tinggi, cantik dan bersih bertukar pemilik, tidak ada jaminan bahawa kereta tersebut akan terus berprestasi tinggi, cantik dan bersih.

Bertukarnya sultan dan khalifah, siapa yang mengemudi empayar memberikan impak empayar tersebut.

Seorang pemimpin perlu menghadapi situasi membuat keputusan. Sepanjang pengalaman saya (yang tidak sebanyak mana), decision making sangat kritikal dalam sesebuah pasukan.

Ada leader yang pandai membuat keputusan, ada yang tidak pandai membuat keputusan lantas membuat keputusan yang salah untuk anak buahnya. Ada yang indecisive, tidak tahu nak buat keputusan. Orang macam ni sepatutnya in the first place tidak layak pun jadi pemimpin. Semua menunggu keputusannya, tapi tak ada juga...

Indecision, management yang lemah, semua ini menghantui ummat Islam pada ketika ini. Ada orang lari daripada membuat keputusan. Di dalam keluarga, kampung, persatuan, sekolah, universiti, negeri dan negara.

Islam meletakkan keutamaan ilmu sebelum amal. Nak menjadi pembuat keputusan yang baik, kena ada ilmu. Cari pengalaman. Jangan hancurkan keluarga anda nanti dengan keputusan-keputusan yang lemah.

Rujuk 47:19.

Tak boleh nak tulis panjang, City Hospital, 30 minit daripada rumah, untuk meneruskan rotation Obstetrics and gynecology, menyambut jiwa-jiwa muda yang lahir ke dunia.

Salam perpaduan.

Tuesday, July 14

Apabila MJ meninggal dunia

Salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian,

Perasan tak, apabila Michael Jackson mati secara mengejut kerana serangan jantung, ia menjadi satu fenomena seantero dunia.

Dailymail UK melaporkan;

The internet came alive like never before as people around the world logged on to follow the stunning news of Michael Jackson's death.

Meet the Uighurs

''What's your name brother?''

''Ahmad Yaasin''

Subhanallah, nama memang Islamik betul, melihat kepada wajahnya, tak pasti saya daripada mana asal pemuda yang saya jumpa di Portland Prayer Room selepas solat Asar tadi.

''Where are from brother?''

''I'm from China''

MashaAllah..memang terkejut beruk juga saya dibuatnya mendengar lelaki ini memperkenalkan dirinya dari China semasa saya memandu nya berjalan menuju ke perhentian bas untuk ke stesen keretapi.

''So, are you a Chinese?''

''Yes I am. I'm an Uighurs''

Hampir 3 tahun saya berada di UK, rasanya ini kali pertama saya ketemu dengan Cina Muslim. Memang agak sukar bertemu dengan golongan ini walaupun sungguh ramai sekali pelajar Cina di University of Nottingham daripada tanah besar China. Memang sungguh ironik. Saya bertanyakan perkara yang sama kepada Yasin petang itu, dan beliau mengakui. Katanya, memang bangsa Uighurs menerima tekanan yang hebat daripada kerajaan China.

Remaja berusia 18 tahun tidak dibenarkan ke masjid, perempuan juga tidak dibenarkan ke masjid. Apatah lagi peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, jauh panggang dari api!

Baru-baru ini semasa saya berada di Turki, saya sempat mendengar berita penindasan bangsa Uighurs di utara China. Oleh kerana capaian teknologi maklumat yang amat terhad, saya hanya sempat membaca lebih lanjut sekembalinya daripada sana. Masalah ini bukanya sekadar isu seorang dua dibunuh, ia sebuah barah yang on-going, berterus sejak sekian lama, tetapi dipendam dan menunggu masa untuk meletup!

Subhanallah.. lemah sungguh kita pada hari ini. Beratus orang Uighurs di bunuh dengan sewenang-wenangnya...bahasa Uighurs mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Turki. Melihat raut wajah Yaasin pun, saya merasakan mukanya macam antara orang Turki dan Orang Cina.

Ada satu malam semasa saya di Istanbul, saya bermimpi..

Semakin ramai ummat Islam di China dibunuh. Salah seorang Panglima Uighurs menghantar emel kepada wakil Khalifah di Barat. Berita ini sampai ke Khalifah Islam yang berpusat di Istanbul. Khalifah sangat murka!

Lalu sang Khalifah memberikan kata dua kepada kerajaan China. Undur atau tempur!

Sayangnya, itu hanya sekadar mimpi. Mimpi, mimpi dan terus bermimpi...

Adanya khalifah menjadi tempat ummat ini bergantung harap. Keadilan bukan sahaja tersebar kepada ummat Islam, namun dinikmati oleh bukan Islam, bahkan segenap penghuni alam. Sayangnya, Khalifah ummat Islam yang terakhir paling berkuasa telah diturunkan pada 1908, seratus satu tahun yang lalu.

Mari kita bacakan al-fatihah untuk Sultan Abdul Hamid II. Al-fatihah..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Wednesday, July 1

Makluman

Selamat berpuasa rejab kepada Mama, Ayah dan seluruh ummat Islam sedunia. Blog ini akan ditutup (mungkin untuk baik pulih).

Sebarang permasalahan, sila hubungi labuan_star@yahoo.com.sg

Friday, June 26

Ke hadapan MJ

Joseph Mikael mengucapkan ''may you RIP'' kepada Mikael Jackson.

Kalau sempat masuk Islam, Alhamdulillah....ringanlah timbangan anda lantaran Allah yang Maha Pengasih.

http://celebrity-blogger.com/images/michael-jackson-is-madman.jpg

Saturday, June 20

Al Wala' dan al Bara': Satu Aplikasi Harmoni di Era Pakatan Rakyat

Siri kedua ( akhir )
Allah berfirman:

Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung hukum hakam Allah).[1]

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa wala’ dari seorang muslim hanya boleh diberikan kepada tiga golongan iaitu;

Allah
Rasulullah
Mukminin (orang-orang beriman)

Namun tidak semua orang yang mengaku beriman harus diberikan Wala’ kepada mereka. Ini kerana Allah mengikatnya dengan tiga syarat iaitu;

Yang menunaikan solat,
Yang mengeluarkan zakat,
Yang tunduk-patuh kepada Syari’at Allah.

Dalam suasana hari ini, Wala’ kepada orang-orang beriman secara umumnya merangkumi beberapa pengertian;

1. Wala’ kepada kelompok orang-orang beriman iaitu memberi kesetiaan kita kepada ummah mukminin. Contohnya; dalam pertembungan antara kuasa Islam dan kuffar hari ini, jiwa, perasaan dan hati-sanubari kita adalah bersama dengan kelompok beriman walau di mana saja mereka.

2. Wala’ kepada jama’ah atau kelompok orang beriman yang memperjuangkan Islam iaitu dengan menyertai jama’ah tersebut dan menjadi sebahagian dari anggotanya.

3. Menta’ati pemimpin Islam yang menta’ati Allah sama ada pemimpin umum sekelian kaum muslimin (iaitu Khalifah) atau pemimpin jama’ah yang menerajui gerakan Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

ثلاثة لا تسأل عنهم: رجل فارق الجماعة وعصى إمامه ومات عاصيا، وأمة أو عبد أبق من سيده فمات، وامرأة غاب عنها زوجها وقد كفاها مؤونة الدنيا تزوجت بعده، فلا تسأل عنهم

“Tiga golongan jangan engkau bertanya tentang mereka (kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang bakal musnah) iaitu;

1. Orang yang berpisah dengan jamaah dan menderhakai imamnya serta mati dalam maksiat,
2. Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya lalu menemui kematian,
3. Seorang perempuan yang suaminya keluar bermusafir dan telah dicukupinya biaya keduniaannya lalu ia bertabarruj sesudahnya (untuk menarik perhatian lelaki lain).
[2]

4. Aplikasi Al Wala’ di dalam Tahaaluf Siasi

4.1 Al Wala’ dan Tahaluf Siasi

Tahaluf Siasi atau perjanjian politik yang berlaku antara sesebuah jemaah Islam dengan gerakan politik lain tidak sama sekali menyebabkan berlakunya pertindihan Wala’. Wala’ yang diberikan oleh ahli jamaah kepada jamaah Islam dan kepimpinannya sebenarnya akan mengharmonikan lagi sesebuah pakatan atau perjanjian politik.

Ini kerana ahli gerakan Islam sepatutnya memahami tuntutan Wala’ kepada gerakan Islam seperti mana telah disebutkan sebelum ini di dalam Al-Quran:

( Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu[3].

Juga hadis:

«اسمعوا وأطيعوا وإنِ استعملَ عليكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسه زَبيبة».

Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti kismis.[4]

Namun begitu, syarat-syarat perjanjian yang telah disebutkan oleh para Fuqaha’ mestilah dipatuhi bagi memberikan wala’ sedemikian. Antara yang terpenting adalah:

الصّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ المُسْلِمِينَ. إلاّ صُلْحاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً.
والمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إلاّ شَرْطاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً

Perjanjian harus antara orang Islam, melainkan perjanjian yang mengharamkan yang halal, atau yang menghalalkan yang haram. Orang Islam patuh pada syarat-syarat mereka melainkan syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram[5].

Ini kerana, tidak ada ketaatan pada sesuatu perkara yang haram, seperti yang disebutkan di dalam hadis:

لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللّه . إنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Tiada ketaatan pada maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan hanya kepada yang makruf.”[6]

Selain itu jika perjanjian itu dapat mendorong ke arah kebaikan atau mempertahankan kebenaran maka ia diterima dan dibenarkan oleh Islam . Sementara perjanjian dalam perkara yang dilarang dan merugikan Islam maka ia bertentangan dengan Islam .

Al Imam an Nawawi Rhm berpendapat :

Yang dilarang ialah mengadakan perjanjian (tahaaluf) untuk memberikan hak perwarisan dan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam . Adapun perjanjian (tahaaluf) yang berasaskan ketaatan kepada Allah , menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dianjurkan oleh Agama.

Perlu diberi perhatian, Tahaaluf bukan bererti memberikan wala’ mutlak kepada kesemua kepimpinan yang bersama-sama di dalam tahaaluf tersebut. Wala’ masih lagi perlu diberikan kepada pemimpin Jamaah Islam. Ini kerana tahaaluf yang berlaku hanyalah satu perjanjian yang melibatkan jamaah dengan organisasi lain, dan bukan penggabungan mutlak.

4.2 Akibat Wala’ bukan kepada pemimpin jamaah

Antara perkara yang boleh terjadi jika memberi wala’ bukan kepada pemimpin Jamaah Islam adalah:

1. Kasih kepada orang lain dan membantu mereka menghancurkan jamaah samaada secara langsung mahupun tidak.

2. Mengatakan syariat Islam sudah ketinggalan zaman, serta tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini.

3. Menggunakan undang-undang ciptaan manusia dan meninggalkan undang-undang Allah.

4. Syak dan ragu-ragu terhadap Sunnah Rasulullah serta cuba memutarbelitkan kefahaman sunnah tersebut dan meragui kesahihan sesuatu hadis.

5. Menghina, memfitnah ulamak dan meragui kemampuan mereka dalam memimpin sesebuah kerajaan.

6. Merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat melalui pelbagai saluran yang ada.

7. Mewujudkan semangat perkauman dan taksub kepada bangsa atau negara tertentu.

8. Menggunakan fahaman-fahaman penjajah seperti sekularisme, kapitalisme, liberlasime dan sebagainya.

9. Taat kepada arahan kuffar dan sentiasa meminta buah fikiran mereka.

Keharmonian Al Wala’ dan Al Bara’ di Era Pakatan Rakyat

Era Pakatan Rakyat yang menyaksikan persefahaman politik antara PAS, PKR dan DAP, memerlukan kefahaman yang jelas kepada konsep Al Wala’ dan Al Bara’, samaada oleh ahli PAS mahupun dari parti-parti yang lain, bagi mencapai keharmonian.

5.1 Al Wala’ dan Al Bara’ adalah fitrah organisasi

Seperti mana yang disebutkan sebelum ini wala’ adalah meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan. Perkara ini suatu kewajipan kepada mana-mana jua ahli di dalam organisasi di seluruh dunia, samaada gerakan Islam mahupun tidak. Setiap organisasi tentu sekali meminta agar ahli atau pekerjanya memberikan kesetiaan dan penghormatan yang tertinggi kepada kepimpinan dan organisasi tersebut.

Oleh kerana itu, pihak lain di dalam Pakatan Rakyat perlulah memahami konsep wala’ yang dipegang oleh ahli PAS dan tidak mempersoalkan apabila kepimpinan PAS menyebut dan menuntut hal ini daripada ahli-ahlinya.

5.2 Perbezaan Al Wala’ dan hubungan baik

Apabila disebutkan bahawa wala’ hanya boleh diberikan kepada Allah, Rasul dan orang yang beriman, bukanlah bererti tidak boleh mengadakan hubungan yang baik dengan non-muslim. Wala’ dan muamalah adalah dua perkara yang berbeza.

Allah Ta’ala berfirman:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil[7].

Sayidah Asma’ binti Abi Bakr Radhiyallahu ‘Anha pernah bertanya Rasulullah adakah dibolehkan baginya untuk menyambung silaturrahim dengan ibunya yang masih musyrikah. Maka Rasulullah menjawab:

نعم صلي أمك

Ya, sambunglah (silaturrahim) dengan ibumu![8]

Ibnu Hajar menukilkan kata-kata Alkhattabi berkenaan hadis ini:

Hadis ini menunjukkan seorang Kafirah disambung silaturrahimnya dengan harta dan sebagainya seperti mana silaturrahim dengan seorang muslimah. Ia juga menunjukkan wajibnya nafkah ibu bapa non-muslim walaupun anaknya muslim[9].

Allah berfirman:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, Ibnu Sabil, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri[10].

Ibn Qayyim menyebutkan:

Setiap golongan yang disebutkan di dalam ayat ini wajib ditunaikan haknya, walaupun non-muslim[11].

Jelas di sini, walaupun wala’ hanya boleh diberikan kepada orang Islam, namun kasih sayang dan hubungan baik dengan bukan Islam dibolehkan, malah dituntut seperti mana yang disebutkan kepada golongan di atas.

5.3 Berkerjasama atau meminta bantuan dari non-muslim

Islam membenarkan penganutnya mengambil manfaat daripada non-muslim pada ilmu kimia, fizik, teknologi, astronomi, perubatan, pembuatan, pertanian, pengurusan dan sebagainya[12].

Ini berdasarkan hadis sahih, bahawa Rasulullah dan Abu Bakr Assiddiq pernah meminta bantuan daripada seorang dari Bani Dayyal dan kemudian daripada Bani ‘Abd bin ‘Adi yang belum memeluk Islam dalam urusan hijrah ke Madinah[13].

Akan tetapi Islam tidak membenarkan penganutnya daripada mengambil urusan aqidah, tafsir dan sebagainya daripada orang yang tidak beriman dengan Islam.[14]

5.4 Hukum memberi dan menjawab salam non-muslim

Terdapat hadis yang melarang seorang muslim memberi salam kepada non-muslim[15], namun begitu terdapat pula sebuah hadis lain yang menunjukkan Rasulullah memberi salam kepada non-muslim[16]. Malah ia juga dilakukan oleh para sahabat.

Maka para ulamak menyimpulkan bahawasanya larangan tersebut adalah jika memberi salam tanpa sebab dan keperluan. Manakala jika ada sebab dan keperluan, maka tidaklah dilarang memberi salam kepada non-muslim[17].

Adapun menjawab salam non-muslim, maka terdapat perbezaan pendapat para ulamak. Majoriti ulamak menyatakan wajib menjawab salamnya. Rasulullah ada bersabda:

Jika diberi salam ke atas engkau oleh seorang Ahli Kitab, maka katakanlah, Wa ‘Alaikum (juga ke atas kamu)[18]

5.5 Hukum menziarahi non-muslim

Anas Radhiyallahu ‘Anh meriwayatkan bahawa seorang khadam Nabi beragama Yahudi sakit, lalu diziarahi oleh Baginda[19]. Selain itu, Abu Talib ketika sakit dan hampir meninggal dunia, turut diziarahi oleh Baginda[20].

Ibn Hajar menyebutkan bahawa hukum menziarahi non-muslim berbeza mengikut tujuan-tujuannya[21].

5.6 Hukum menyerupai non-muslim

Islam bukan sahaja menitik beratkan agar orang Islam berbeza dari sudut kandungan Islam semata-mata, akan tetapi juga aspek luaran seorang Islam serta masyarakatnya. Oleh kerana itu Islam melarang penganutnya menyerupai non-muslim. Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menyebutkan perkara ini. Rasulullah bersabda dengan jelas:

من تشبه بقوم فهو منهم

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka[22].

Islam melarang ummatnya menyerupai non-muslim dari sudut zahir kerana ia akan menyebabkan kepada kerosakan dalaman pula. Ini kerana jiwa manusia amat mudah cenderung dan meniru perkara di sekitarnya.

5.7 Al Wala’ tidak menyebabkan jumud

Wala’ kepada jamaah Islam dan kepimpinan jamaah Islam sama sekali tidak menyebabkan pemikiran yang beku dan jumud seperti mana disangka oleh sebahagian pihak. Ini kerana Islam sentiasa mengalu-alukan pemikiran ummatnya, malah sering kali Allah berfirman di dalam Alquran dengan ayat seperti (أفلا تعقلون) dan (أفلا تتفكرون).

Wala’ melahirkan pengikut yang benar-benar mengasihi kepimpinan dan jamaah, menyebabkan pengikutnya lebih kuat berfikir untuk kebaikan jamaahnya. Ia sekali gus akan dapat membuka lagi minda para pengikut.

Namun ketaatan kepada pemimpin dan jamaah mengatasi idea individu yang tidak maksum. Wala’ yang tidak berbelah bahagi sebenarnya melahirkan ahli yang dapat mengenengahkan ideanya dengan lebih baik dan tersusun mengikut saluran organisasi yang tepat.

Jika wala’ yang kurang, maka berlakulah unsur tidak berpuas hati dengan keputusan jamaah hingga meluahkan idea-ideanya yang bercanggah di luar saluran yang tepat.

Kesimpulannya wala’ tidak menyempitkan pemikiran anggota jama’ah, akan tetapi membuka minda jama’ah lalu disalurkan mengikut saluran yang sempurna.

6.0 Penutup

Semoga al Wala’ dan al Bara’ yang difahami secara jelas dan benar akan meletakkan kita sebagai anggota Gerakan Islam dilandasan yang betul bersama perjuangan Islam tanpa mengurungnya dalam serkap yang sempit dan tidak pula ia bebas dan tersasar ke tengah padang lapang tanpa tujuan dan arah yang jelas dan tepat.

Sekian .

Nasrudin bin Hassan at Tantawi .
Syed Abdul Kadir Aljoofre

[1] Al-Maidah : 55
[2] Imam at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Fadhalah bin ‘Abid r.a.
[3] An-Nisa’ : 59
[4] Sahih Bukhari, jld 6,hadis 6723
[5] Tirmizi, hasan sahih
[6] Sahih Muslim, jld 3, hadis no. 1840
[7] Surah Al-Mumtahanah : 8
[8] Sahih Albukhari, jld 5, m.s 233, no. hadis 2620 dan Sahih Muslim, jld 2, m.s 696, hadis no. 1003
[9] Fathul Bari, jld 5, m.s 234
[10] An-Nisa : 36
[11] Ahkam Ahlizzimmah, jld 2, m.s 417-418
[12] Sayyid Qutub, Ma’alim Fittoriq, m.s 131-132
[13] Sahih Albukhari, jld 4, m.s 42, no. hadis 2263
[14] Sayyid Qutub, Op.cit, m.s 131
[15] Sahih Muslim, jld 4, m.s 1707, no. hadis 2167 dan Abu Daud, jld 5, m.s 384, no. hadis 5205
[16] Sahih Al-Bukhari, jld 11, m.s 38, no. hadis 6254 dan Sahih Muslim, jld 3, m.s 1422, no. hadis 1798
[17] Tafsir Al-Qurthubi, jld 11, m.s 112
[18] Sahih Al-Bukhari jld 11, m.s 42, no. hadis 6258 dan Sahih Muslim, jld 4, m.s 1705, no, hadis 2163
[19] Sahih Al-Bukhari, jld 3, m.s 219, no. hadis 1356
[20] Sahih Al-Bukhari, jld 3, m.s 222, no. hadis 1360
[21] Fathul Bari, jld 10, m.s 119
[22] Sunan Abi Daud, jld 4, m.s 314, no. hadis 4031

Sumber

Friday, June 19

Usus besar

Your colon is a vital organ.
Its role in your body makes its function and purpose crucial.

If the colon is sick, the body is sick. If the colon is healthy, the body is healthy.

Another name for the colon is "the garbage can or dumping grounds." Waste from all over the body ends up here.

If this waste is not removed, it is only a matter of time before "backup" occurs and makes you ill, sick, or bring you close to death.

http://www.mobyhealth.com/sub/graphics/colon.jpg

The moral of the story is, banyakan bersyukur dengan apa yang ada. Elakkan memasukkan makanan yang haram samada secara zahiriyyah ataupun secara maknawi.

Angin, tiuplah angin kemaafan..

Ada sebuah kisah tentang persahabatan dua insan manusia. Suatu hari, dua sahabat ini melakukan sebuah perjalanan di padang gurun pasir yang sangat luas. Di tengah2 perjalanan, sahabat pertama telah terpijak kaki sahabatnya yang satu lagi. Lalu, sahabat kedua menampar pipi sahabat pertama karena kesalahan yang dilakukannya. Tentu sahabat pertama kesal dengan hal itu. Tanpa berkata2, sahabat pertama langsung mengambil ranting pohon dan menuliskan sesuatu di atas pasir : "Hari ini sahabat terbaikku telah menamparku".

Dua insan manusia ini melanjutkan perjalanan hingga akhirnya menemukan sebuah oasis. Mereka pun beristirahat, melepas lelah, minum dan mandi. Ketika sahabat pertama hendak mengambil air dari sumber oasis, ia terjerembab ke dalam lumpur hisap. Sahabat kedua yang melihat hal itu langsung mengulurkan tangannya dan menarik tubuh sahabat pertama agar keluar dari lumpur hisap. Sahabat pertama pun terselamatkan. Kemudian, tanpa berkata2, sahabat pertama mengambil sebuah batu dan menuliskan sesuatu di atas batu itu: "Hari ini sahabat terbaikku telah menyelamatkan nyawaku".

Melihat hal itu, sahabat kedua pun bingung dan bertanya kepada sahabat pertama; "Apa maksudmu dengan melakukan hal itu? Kenapa saat aku menamparmu, kamu menuliskannya di atas pasir, lantas ketika aku menarik tubuhmu dari lumpur isap, kamu menuliskannya di atas batu?!"

Sahabat pertama pun menjawab: "Ketika kamu menamparku, aku menuliskannya di atas pasir agar angin kemaafan dapat menerbangkan debu-debu pasir itu dan tulisanku akan terhapus sehingga aku bisa dengan cepat melupakan kesalahan yang kamu lakukan padaku. Ketika kamu menarik tubuhku dari lumpur hisap itu, aku menuliskannya di atas batu agar tulisan itu tidak hilang di tiup angin atau badai besar sekalipun sehingga aku seluruh dunia akan berterusan mengingat kebaikan yang telah kamu lakukan padaku."

http://www.floridaflorida.org/Beach1.jpg

Tuesday, June 16

kelahiran sebelum exam

Salah seorang sahabat saya, Dan Gosling baru sahaja mendapat seorang anak perempuan hari ini. Wah, seronoknya! Tahniah saya ucapkan. Dann merupakan pelajar perubatan Graduate Entry Medicine (GEM), iaitu beliau telah mempunyai degree yang lain sebelum membuat keputusan untuk membuat medicine.

Ana beliau lahir pada jam 850 pagi ini setelah penat 'berperang' sejak semalam di hospital yang sama kami ditempatkan, iaitu Derby City General Hospital.

Namun terkejut juga saya kerana hari kelahiran anaknya ialah adalah seminggu sebelum peperiksaan Clinical Phase I yang bakal 'meletup' Isnin hadapan. Rasanya Dann pastinya sudah membuat persediaan rapi menjelang saat ini. At least, tekanan exam sedikit reda menerima ornag baru dalam keluarga mereka.

Memang mencabar.. nak mengurus anak pertama, anak isteri dan pelbagai keperluan lain, dan menghadapi exam sebesar ini dalam waktu yang sama.

Teringat saya kisah Dr Hamdy, salah seorang motivator yang sempat saya jumpa semasa beliau hadir memberikan motivasi di KYUEM. Sehari sebelum examnya, isterinya melahirkan anak, dan tidak sempat untuk beliau revise.

Namun berkata kesungguhan belajar, beliau sangat cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Adakah berkeluarga ketika belajar merupakan seseuatu yang menyusahkan? Ada pelbagai pendapat yang boleh diutarakan, namun jawapan yang terbaik ada pada setiap individu. Anda yang menentukan jalan yang akan anda tempuh.

http://img.dailymail.co.uk/i/pix/2008/02_04/babyDM2702_468x343.jpg

Monday, June 15

Al Wala' wa Al Bara' : Satu Aplikasi Harmoni di Era Pakatan Rakyat


Siri Pertama :
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و واله

1.0 Muqaddimah
Konsep al Wala’ dan al Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim amnya dan pemimpin Gerakan Islam khasnya. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi .

2.0 Pengertian Al Wala’ dan Al Bara’

2.1 Pengertian Al Wala’ dari segi bahasa

Berasal daripada perkataan ولى- يلى- وليا ولاية ولاءyang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya[1].

2.2 Pengertian Al Bara’ dari segi bahasa

Berasal daripada perkataan برئ- يبرأ- براء براءة yang membawa maksud bebas, peringatan, tajarrud atau berlepas diri[2].

2.3 Pengertian Al Wala’ dari segi istilah

Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Al Wala’ biasa ditakrifkan sebagai meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk nyata atau tidak.

Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;

Memberikan kasih-sayang
Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
Mengangkat sebagai pemimpin,
Mengormati,
Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
Memberi kepercayaan,
Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan

2.4 Al Bara’ dari segi istilah

Syaikh Muhammad Al Qahtani menyebutkan Al Bara’ adalah[3]:

“Menjauhkan dan mengasingkan diri, bermusuhan setelah memberi peringatan”

Ia juga boleh difahami sebagai, tidak meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan, seterusnya membenci, menamatkan hubungan dan mengadakan permusuhan sama ada berbentuk nyata atau tidak

3.0 Konsep Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jama’ah Islam

3.1 Kepentingan Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jamaah Islam

Wala’ merupakan asas terpenting dalam sesebuah jamaah Islam. Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan wala’ kepada pimpinan kerana tanpa wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja. Saidina Umar ada menyatakan:

لا إسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا أمير ولا أمير بلا طاعة

Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan.

Islam mewajibkan penganutnya memberikan wala, ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu[4].

Rasulullah juga menjelaskannya di dalam hadis Baginda:

حدَّثنا مسدَّد حدَّثَنا يحيى بن سعيد عن شعبةَ عن أبي التيّاح عن أَنس بن مالك رضيَ اللَّه عنه قال: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم: «اسمعوا وأطيعوا وإنِ استعملَ عليكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسه زَبيبة».

Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti kismis.[5]

Di dalam kitab النظام السياسى فى الاسلام Doktor Muhammad Abdul Qodir Abu Faris ada menyatakan tentang empat rukun utama kepada siasah atau pemerintahan Islam yang sebenar. Setiap pentadbiran atau kerajaan yang tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, tidak boleh dinamakan dengan pentadbiran atau kerajaan Islam.

Rukun tersebut ialah:

1- الحاكمية لله
2-العدل والمساواة
3-الطاعة
4-الشورى

3.2 Syarat-syarat Al Wala’

Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Al Wala’ dan Al Bara’ merupakan suatu perkara yang sangat ditekankan oleh Islam. Namun, wala’ kepada pimpinan bukan berbentuk mutlak seperti Al-Wala’ yang diberikan kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Ia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1- Pemimpin tersebut hendaklah menjalankan syariat Islam. Mana-mana pemimpin yang menolak hukum Allah SWT, maka haram kita memberikan wala’ kepada mereka. Firman Rabbul Izzati:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya[6].

Ulamak tafsir menyatakan bahawa perkataan أطيعوا tidak diletakkan sebelum perkataan أولى الأمر kerana tidak semua pemimpin mesti ditaati. Seterusnya mereka menyatakan bahawa sekiranya pemimpin tidak mengikut syariat Islam maka rakyat yang berada di bawah tidak boleh taat dan hendaklah kembali kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.

2- Pemimpin tersebut mestilah memerintah dengan adil dan saksama bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Maka kita hendaklah berlepas diri (bara’) daripada pemimpin yang zalim, melakukan penyelewengan dan tidak memerintah dengan adil. Kata Khaliq Azza Wa Jalla:

Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat[7].

3- Pemimpin tersebut hendaklah sentiasa menyuruh rakyatnya melakukan kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan maksiat. Ketaatan tidak boleh diberikan kepada pemimpin yang menyuruh atau menggalakkan rakyatnya melakukan maksiat seperti mendirikan pusat-pusat pelacuran, hiburan, judi dan sebagainya.

Imam Muslim meriwayatkan satu kisah yang berlaku kepada utusan Nabi Muhammad S.A.W. yang diperintahkan oleh pemimpin mereka untuk masuk ke dalam api yang dinyalakan:

حدّثنا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَ ابْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لابْنِ الْمُثَنَّىٰ. قَالاَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ. حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَـٰنِ عَنْ عَلِيَ ، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ بَعَثَ جَيْشاً وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً. فَأَوْقَدَ نَاراً. وَقَالَ: ادْخُلُوهَا. فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا. وَقَالَ الآخَرُونَ: إنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا. فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللّهِ فَقَالَ، لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا: «لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ» وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَناً. وَقَالَ: لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللّهِ. إنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Nabi bersabda kepada golongan yang ingin mentaati perintah tersebut: “Sekiranya kamu masuk ke dalamnya nescaya kamu akan kekal di dalamnya sehingga hari kiamat.” Dan bersabda kepada mereka yang mengingkarinya dengan kata-kata yang baik: “Tiada ketaatan pada maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan hanya kepada yang makruf.”[8]

Al-Imam ِAs-Syahid Hasan Al-Banna ada menyatakan:

"Apabila kerajaan itu dapat menunaikan kewajipan-kewajipan ini dengan sempurna, maka wajiblah ke atas rakyat seluruhnya menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadanya serta memberikan pelbagai pertolongan dengan jiwa raga dan harta benda. Kita juga harus memahami bahawa pemimpin berhak menyuruh orang bawahannya melakukan perkara-perkara yang wajib, sunat dan harus. Manakala dalam masalah khilafiyah, rakyat wajib akur kepada arahan atau ijtihad pimpinan meskipun arahan atau ijtihad tersebut bercanggah dengan pendapat mereka supaya jamaah Islam tetap utuh dan tidak tergolong ke dalam mereka-mereka yang di murkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW".

Sabda Rasulullah SAW:

حدّثنا أبو النُّعمان حدَّثنا حمادُ بن زيدٍ عن الجَعدِ أبي عثمانَ حدَّثني أبو رجاءٍ العُطارديُّ قال: سمعت ابنَ عباسٍ رضي اللَّهُ عنهما عنِ النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: «من رأى من أميرِه شيئاً يكرَهه فلْيصبرْ عليه، فإِنه من فارقَ الجماعةَ شبراً فمات إلا مات مِيتةَ جاهليةً

Sesiapa yang melihat pemimpinnya perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang memecah-belahkan jamaah walaupun sejengkal lalu mati, maka tidaklah matinya itu kecuali mati dalam keadaan jahiliyyah.[9]

Dan sabdanya lagi:

وَأَنَا آمُرُكُمْ بِخَمْسٍ الله أَمَرَنِي بِهِنَّ: السَّمْعِ وَالطَاعَةِ وَالْجِهَاد وَالْهِجْرَةِ وَالْجَمَاعَةِ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ قِيْدَ شِبْرٍ، فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ إِلاَّ أَنْ يرَجِعَ. وَمَنْ ادَّعَى دَعْوَى الْجَاهِلِّيةِ، فَإِنَّهُ مِنْ جُثَى جَهَنَّمَ، فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولُ الله وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ؟ فَقَالَ وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ. فَادْعُوا بِدَعْوَى الله الَّذِي سَمَاكُم المُسْلِمِينَ المُؤْمِنينَ عِبَادَ الله...

“Aku menyuruh kamu dengan lima perkara yang Allah memerintahkan aku dengannya: Dengar, taat, jihad, hijrah dan jama’ah. Sesungguhnya sesiapa yang memecah belahkan jama’ah walau sejengkal, maka ia telah mencabut Islam dari lehernya, kecuali jika dia kembali. Sesiapa yang menyeru dengan seruah jahiliyyah, maka sesungguhnya dia sedang berjengket di atas neraka”. Lalu berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulallah, walaupun dia solat dan puasa?” Jawab baginda: “Walaupun dia solat dan puasa. Serulah Allah yang menamakan kamu sekalian Muslimin Mukminin sebagai hamba-hamba Allah.”[10]

Kaedah menyebutkan:

الولاء لأهل الحق والبراء من أهل الباطل

al Wala' bagi ahli Haq ( orang yang perjuangkan kebenaran ) dan al Bara' daripada ahli batil ( orang yang melakukan kebatilan )

[1] Lihat Ibnu Manzur, Lisanul Arab, jld 3, m.s 985 – 986 dan Alfairuz Abadi, Alqamusul Muhit, jld 4, m.s 294, cet. 3
[2] Ibid, Ibnu Manzur, jld 1, m.s 183, ibid, Alfairuz Abadi, jld 1, m.s 8
[3] Lihat, Al Wala’ Wal Bara’ Fil Islam, m.s 90
[4] Surah An Nisa’ : 59
[5] Sahih Bukhari, jld 6,hadis 6723
[6] Surah An-Nisa : 59
[7] Surah An-Nisa : 58
[8] Sahih Muslim, jld 3, hadis no. 1840
[9] Sahih Bukhari, jld 6, hadis no. 6646
[10] Sunan Tirmizi, jld 8, hadis no. 2941

Sumber:

Saturday, June 13

Nottingham yang sunyi...

Kira-kira setahun yang lalu, ketika saya sedang sibuk sibuk berkemas dan memindahkan barang di rumah Muaz (senior perubatan), saya terkejut melihat Muaz tekun sedang stadi.

''Eh Muaz, kau stadi apa ni?''

''Aku ada exam kot...''

Ya Allah!! Ketika semua orang sedang dalam mood untuk packing, membeli cenderamata untuk keluarga, bergegas ke tren, menunggu pesawat untuk pulang, pelajar perubatan tahun 3 pada ketika itu sedang bertunggus lumus dengan peperiksaan Clinical Phase I!!

''Habis la aku setahun lagi...'' bisik hati saya.

Dan setahun itu akan genap dalam tempoh 10 hari lagi. Doakan saya yang bakal menempuh peperiksaan tidak lagi, tatkala kotaraya Nottingham dan Taman Dunkirk Jaya semakin sunyi....deserted....

Namun ujian ini tidak seberat yang menimpa dua rakan sekolah saya, Akram dan Abdul Rahman Ramazan, pelajar perubatan tahun 3 di Mesir, yang ditimpa kecelakaan jalan raya 3 hari lepas. Seorang lagi rakan mereka maut.

Masih saya ingat jelas semasa menjadi pengawas floor mereka. Waktu itu saya form 3, mereka form 1. Kepada Akram yang sedang koma dan Abdul Rahman yang cedera teruk, semoga cepat sembuh.

Thursday, June 11

from zero to hero

Saudara-saudari,

Pujangga mengatakan, from zero to hero. Tetapi bukanlah di sini bermaksud sudden rise in popularity, tetapi sebuah HIJRAH.

Daripada;

- sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

- rumah saya penuh dengan patung-patung

Kepada;

- Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati.

- Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

- Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai

- semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

READ

May Allah makes us all Hero in the hereafter, inshaAllah.

Erythrocyte sedimentation rate

1. Ada satu ujian ke atas darah. Namanya Erythrocyte Sedimentation Rate. (ESR)

2. ''can I have an ESR done on this patient please'' ESR. Sebut betul-betul. ESR. How quick erythrocyte (sel sarah merah) akan menjadi sediment?

3. Kalau ada inflammation (serangan sistem badan ke atas jangkitan kuman), nilai ESR akan naik.

4. Kalau individu ada sickle cell anemia, polycythemia, dan congestive heart failure, nilai ESR akan rendah sedikit daripada normal.

5. Yang menariknya, nilai normal perempuan kebiasaannya akan lebih tinggi daripada lelaki.

6. Nampaknya lelaki-perempuan tidak akan sama. Cuba buktikan fakta physiology manusia yang banyak ini salah.

Banyak lagi ni dikongsikan ni....