Namun begitu, ketika musim monsun, Sungai Tonle Sap yang menghubungkan Sg Mekong ynag panjang tu dan tasik ini akan mengalir dalam arah yang bertentangan. Jadi, air dari Sg Mekong akan mengalir masuk ke utara ke Tasik Tonle Sap, menjadikan keluasan tasik ini kepada 12,000 km persegi! Manakala kedalamannya pula ialah 9 meter. Keluasan negeri Kedah pun ialah 9,426 km persegi. Kelantan pula 14,922 km persegi. Bayangkan hampir seluruh Kelantan daripada Kota Bharu ke Gua Musang penuh air je....
Jadi, di pinggir tasik yang luas sungguh ni, banyak perkampungan terapung atas air. Saya telah berpeluang ke Kampung terapung Chong Khneas, kampung yang paling dekat dengan bandar Siem Reap, kota yang popular dengan Angkor Wat-nya. Sekarang merupakan masa air sedang naik, jadi mereka akan berpindah ke sebuah bukit berdekatan untuk sementara sahaja. Ya, untuk temporary sahaja, kerana selepas air surut, mereka akan kembali ke tapat air yang sama. Penduduk kampung ini bukannya tak mahu berpindah dari Tonle Sap ni, cuma tak ada duit nak beli tanah, apatah lagi nak buat rumah.
beginilah cara hidup mereka yang miskin. mandi bukan di tepi tasik, tetapi di atas tasik!
Sepanjang perjalanan menaiki bot, di kiri kanan penuh dengan rumah-rumah, kedai, klinik, sekolah, malah gelanggang bola keranjang yang pelbagai guna yang semuanya terapung di atas air.Beberapa fakta menarik:
1. Kebanyakkan penghuni kampung ini terdiri daripada orang Vietnam yang datang mencari makan di sini. Mereka boleh dibezakan daripada orang Khmer dan Champa (dua bangsa utama Kemboja) melalui susuk tubuh yang lebih kecil dan mata yang lebih sepet.
mereka mengejar bot pelancong di sini, dan menjual makanan dan minuman. ini lebih baik dari suatu masa dulu, apabila mereka sekadar meminta sedekah dengan memautkan sampan mereka ke bot pelancong. namun, kehidupan mereka tetap sukar.
salah sebuah bot dengan mata ikan di hadapanya, kiri dan kanan.
3. Terdapat 27 keluarga muslim di Kg Chong Khneas ini, dan terdapat sebuah surau. Mereka mengambil wuduk dengan tunduk mengambil air dari tasik. Hah, siapa yang tak biasa dengan teknik mereka, kalau silap cara, jatuh lah dalam air.makcik ni rumahnya sebelah surau. Langkah sebelah kaki je dari surau, sampai rumah dia. Anak dia yang uruskan surau.
No comments:
Post a Comment