Wednesday, April 29

suatu coretan...

Salam sahabat-sahabat,

Dunia ini dipenuhi dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang dirasakan tidak memenuhi citarasa kita. Ada perkara yang kita berhajat akannya, namun tidak menjadi milik kita. Ada sesuatu yang telah kita ketemu, namun kita akan berpisah juga akhirnya.

Lihatlah daun yang berwarna hijau, yang terang malar warnanya, akhirnya pasti akan menjadi kuning juga akhirnya. Sungguh banyak daun-daun hijau yang mematuhi kitaran alam ini, namun tidak ada sehelai pun yang akan berkekalan. Musim bunga yang menyaksikan tunas-tunas daun mula membesar, tidak menjanjikan sesuatu yang berkekalan kerana apabila musim luruh tiba, pasti daun-daun ini akan kembali meliang-liuk jatuh mengena bumi.

Lihatlah kepada makanan yang kita masak dengan penuh usaha dan ketekunan. Secantik dan sekemas mana pun hiasan kepada makanan, namun akan habis juga dijamah manusia kelaparan. Tidak kurang juga manusia yang 'djamah' kezaliman dan mati kelaparan dek kezaliman manusia yang angkuh dan tamak memenuhi poket diri dan dua tiga kerat pengikutnya. Kezaliman yang memisahkan insan dan ruhnya.

Lihatlah kepada si ibu yang membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang, sesuatu yang sukar digambarkan perasaan sebenarnya kepada sang anak apabila dia telah besar dewasa. Dukungan sebelum boleh berjalan, mengelap mulut yang comot dengan makanan, dan berjaga di malam hari lantaran terikan tanpa henti si anak merupakan sesuatu yang ada dalam rakaman di sisi Allah swt. Sampai waktunya, pasti si anak akan mengenangkannya dan menjadi pula si ibu dan begitulah seterusnya sehingga dihadapkan di hadapan Rabbu Jalil.

Percayalah, tidak ada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kita, melainkan telah sedia ada di dalam pengetahuan Pencipta kita, bahkan sebelum kita diciptakannya. Hal ini sesuatu yang menakjubkan kepada manusia namun demikianlah ia amat mudah bagi Allah swt..

Fahamilah wahai orang-orang yang boleh memahami dan semoga kefahaman itu datang daripada-Nya juga.

-primary sclerosing cholangitis-

Tuesday, April 28

Satu perkongsian

Sedikit perkongsian noktah tambahan ("top-up" note) yang saya sampaikan semasa memberikan taujihat mengenai Kewajipan Berjamaah kepada beberapa aktivis mahasiswa Islam baru-baru ini.



1. Sebelum berbicara mengenai "kewajipan" (outside-in factor) berjamaah, fikirkan dahulu soal "keperluan" (inside-out factor) berjamaah. Supaya kita seimbang antara rasional aqliyyah dan pedoman naqliyyah dari Allah dalam memahami tuntutan berjamaah dalam memperjuang Islam, agama dan cara hidup yang diredhai Allah.

Adalah menjadi fitrah manusia bahawa mereka perlukan “Jamaah”, dalam ertikata mudah hidup berkomuniti lantas sanggup berorganisasi untuk saling melengkapi untuk mengisi keperluan hidupnya. Usahkan Muslim, non-Muslim juga tahu hakikat fitrah ini.

Justeru tidak perlu pelik apabila pakar kepimpinan Barat, John C Maxwell turut berbicara mengenai kepentingan "berjamaah" pada Barat :




1. Teams involve more people, thus affording more resources, ideas and energy than would an individual.

2. Teams maximize a leader’s potential and minimize her weaknesses. Strengths and weaknesses are more exposed in individuals.
3. Teams provide multiple perspective on how to meet a need and reach a goal, thus devising several alternatives for each situation.
4. Teams share the credit for victories and the blame for losses. This fosters genuine humility and authentic community.
5. Teams keep leaders accountable for the goal.
6. Teams can simply do more than an individual.

Dari mana datangnya fitrah ini ? Setiap pagi Jumaat kita diajar oleh para imam solat Subuh yang membacakan surah as-Sajadah.

“Kemudian Ia memberikan bentuk (sebaiknya pada penciptaan manusia), dan MENIUPKAN ke dalamnya RUH-NYA, kemudian Ia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati…” (As-Sajdah : 9)

Ruh itu datang dari Allah, Allah itu Maha Indah, cukuplah 99 namanya di dalam al-Quran menggambarkan keindahan dan kehebatan-Nya. Salah satu namanya yakni sifatnya yang ditiup masuk ke dalam diri setiap manusia adalah :




Usahkan pejuang Islam, musuh-musuh Islam juga tahu kekuatan "berjamaah" ini untuk mencapai matlamat bersama.

Sebab itu para ulama haraki apabila bercakap mengenai kepentingan berjamaah, hujah mantik kerap dikemukakan iaitu musuh-musuh Islam sendiri bekerja untuk menghancurkan Islam secara "berjamaah". Hujah naqilyyah dari Tuhan sendiri telah mengesahkan kewujudan fitrah ini ini dalam diri orang-orang munafiq, mereka "bekerjasama" untuk amar mungkar nahi ma'ruf (mafhum at-Taubah : 67).

Soalnya, siapa yang lebih bijak menggunakan fitrah "berjamaah" ini untuk mencapai matlamat dan memenangkan perjuangan ? Pejuang Islam atau musuh Islam pada hari ini ?



2. Sebab itu analisa kasar saya kepada kertas-kertas kerja kewajipan berjamaah dan dalil-dalil yang digunakan, kebanyakan dalil-dalil yang kerap digunakan, Allah mahupun Rasul-Nya mendatangkan dalam laras bahasa berbentuk analogi ataupun cerita. Subhanallah !


Kenapa analogi ?

Antara dalil-dalil tersebut adalah :

“Sesungguhnya Allah mengasihi MEREKA yang berjuang di jalan-Nya dalam satu barisan yang TERSUSUN RAPI, seolah-olah mereka sebuah BANGUNAN yang tersusun kukuh.”
(As-Saff : 4)

“Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana kambing yang JAUH dan TERPENCIL. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri masjid”
(Hadis riwayat Ahmad)

“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jamaah walaupun sejengkal, sesungguhnya ia telah menanggalkan Islam dari LEHERnya. sekalipun ia solat, berpuasa dan menyangka dia Muslim.”
(Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Hibban)

“Beriltizamlah dgn jemaah Muslimin dan pemimpin mereka.” Huzaifah bertanya lagi: “Jika tidak ada jamaah dan imam?” Katanya: “Maka tinggalkanlah semua kumpulan yang ada sekalipun engkau terpaksa "berpaut dengan akar pokok" sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu.” (al-Hadis as-Sahih)

Dan banyak lagi dalil-dalil lain.


Seseorang tidak akan tahu cara mengukuhkan bangunan melainkan perlu ada sedikit keilmuan dalam senibina (arkitek) ataupun kejuruteraan (engineer). Seseorang tidak akan tahu mengenai fenomena serigala (karnivor) yang memakan kambing (herbivor) yang berseorangan melainkan perlu ada sedikit keilmuan mengenai sains gunaan (kajian haiwan). Seseorang tidak akan tahu mengenai kepentingan akar pokok melainkan perlu ada sedikit ilmu mengenai sains pertanian (botani). Seseorang tidak akan tahu kenapa jika salah satu anggota tubuh itu ditimpa sakit, maka seluruh tubuh boleh berlaku demam jika tiada sedikit ilmu mengenai tubuh badan (biologi).


Justeru, apa mesejnya selain mesej tersurat dari ayat-ayat Allah dan Rasulnya ?


Lantaran Allah semacam mahu berbisik kepada penggerak dakwah dan perjuangan Islam bahawa perjuangan Islam secara berjamaah bukan sekadar tuntutan Syariatullah - mukmin perlu mentaati segala dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah mengenai perjuangan Islam, tetapi juga tuntutan Sunnatullah di alam ini - yakni menjadi peraturan Allah di alam ini bahawa jatuh bangun, menang kalah sebuah perjuangan bergantung kepada penguasaan ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang atau strategi untuk memenangkan perjuangan. Sebab itu tidak pelik jika Muhamad al-Fateh bukan sekadar bergantungharap pada doa dan iman yang teguh pada hadis pembukaan Konstantinople, tetapi juga beliau faham benar siapa yang menguasai taktik perang di lautan dan bukit, dia pasti akan menang.


Kenapa pula ayat-ayat berjamaah banyak dalam bentuk "penceritaan" sebuah "pasukan" agama Allah ?

Contohnya :


“Dan ingatlah ketika Isa bin Maryam berkata kepada Hawariyyun, siapakah dari kalangan kamu yang mahu menjadi pembantu agama Allah ? Berkatalah Hawariyyun : Kamilah pembantu agama Allah”
(As-Saff : 14)

"Merekalah (Al-Kahfi) pemuda-pemuda yang beriman teguh kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk Kami kepada mereka, dan Kami ikat hati-hati mereka ketika mereka bangun (di hadapan Daqyanus) lantas menyatakan : Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi..." (Al-Kahfi : 21)

Kenapa cerita ?

Kerana cerita di dalam al-Quran semuanya adalah peristiwa yang benar-benar telah berlaku. Hanya kesarjanaan manusia sahaja yang lemah untuk mencarigali dokumen-dokumen yang benar mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah.

Cerita atau kisah di dalam al-Quran mahupun hadis adalah "historical facts" dan "universal prove" yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, termasuk pejuang Islam. Sebab itu musuh-musuh Islam cukup takut jika umat Muhammad ini membelek sejarah mereka di era 300 kurun yang pertama. Sebab itu tidak pelik musuh-musuh Islam menjadikan perpustakaan dan gedung ilmu umat Islam sebagai sasaran serangan dahsyat mereka dahulukala.

Jangan kita lupa pada 1257M tentera Mongol diketuai oleh Hulagu Khan menerajang Baghdad dan memusnahkan 'Bait al Hikmah', sebuah perpustakaan awam pertama di dunia yang berjaya membongkar (terjemah) khazanah ilmu dari Greece dan Yunani. Adalah dikatakan dalam serangan Hulagu Khan, sungai Tigris menjadi warna merah bercampur darah manusia. manakalah Euphratis menjadi hitam selama 6 bulan kerana dipenuhi arang dari kitab-kitab ilmu yang dimusnahkan. 200,000 orang insan tidak berdosa dari kalangan penguasa, profesional seperti hakim, jurutera dan para ilmuan lain menjadi korban. Seluruh tamadun yang dibangunkan oleh Islam musnah.


Justeru, apa mesej di sebalik pendekatan "bercerita" dalam ayat-ayat "jamaah" ?

Itulah bisikan Ilahi, bahawa perjuangan Islam jangan mengalpakan soal sejarah dan jejak generasi silam dalam mempelopori rentak perjuangan mereka. Kemenangan generasi dahulu adalah kerana kukuhnya perpaduan, disiplin organisasi dan kejelasan visi antara kepimpinan dan para tenteranya. Sejarah tidak akan menipu dan ia pasti berulang. Tidak akan berlaku perubahan pada sunnatullah mengenai jatuh atau bangun sebuah kemenangan dan peradaban.



3. Akhir sekali, apa itu berjamaah sebenarnya ? Saya cuba mendefinisikannya secara tidak terlalu simplistik ataupun tekstual, tetapi dengan harapan dan garapan para aktivis melihatnya dengan tasawwur tepat dan lebih jauh ke hadapan.

Justeru, saya paparkan seketika 2 video klip ringkas sebagai modul shift-paradigm (ubah cara berfikir) kepada peserta. Satu dari Timur, satu dari Islam. Klip pertama mengenai Red Clif, 30 ribu tentera menang ke atas 200 ribu tentera atas faktor strategi dan perancangan yang rapi. Klip kedua mengenai Muhammad al-Fateh dan 200 ribu tenteranya menang ke atas Konstantinople selepas 800 tahun percubaan untuk membenarkan sabda Rasul gagal. Apakah titik persamaan antara dua kejadian bersejarah itu ? Iaitulah gabungan kepakaran, kebijaksanaan, kekuatan individu disatukan dalam satu pasukan untuk mencapai satu matlamat organisasi.


"Itulah "BERJAMAAH". Jika tiada elemen "tanzim" atau sistematik dalam pengurusan arahan dan sinergi kekuatan antara pimpinan di atas dan tentera di bawah, itu bukanlah "jamaah", itu adalah "jam'iyyah" atau persatuan biasa.", saya mula melakukan misi pencerahan minda pada adik-adik aktivis.



Kejelasan tentera yang pelbagai posisi dan kepakaran
dengan visi Ketua adalah sebab Rasulullah memuji tentera
al-Fateh dengan anugerah piala “nikma’ jaisy”.
Jelaslah, Islam itu takkan menang jika bergantungharap kepada
kekuatan individu seperti al-Fateh semata-mata.


Kita mungkin sangat mengagungkan Stephen R Covey, Peter Drucker, Anthony Robbins, Edward de Bono dan ramai lagi dari pakar pengurusan organisasi Barat. Namun kita lupa, Nabi kita Muhammad S.A.W adalah manusia paling agung dalam semua aspek, khususnya dalam aspek pengurusan organisasi.





Ya, kita mungkin kagum dengan kata-kata terkemuka pakar-pakar leadership training iaitu “It’s easy to get the players; but getting them to play together that’s the tough part.” Namun lupakah kita Nabi Muhammad S.A.W sudah menyatakan suatu analogi indah mengenai asas kepada kekukuhan jamaah dan organisasi apabila menyebut “Perumpamaan orang-orang beriman itu dalam berkasih sayang, mereka ibarat satu jasad. Apabila mengadu sakit salah satu anggota, satu jasad akan terasa demamnya”.

Indah bukan bicara Nabi S.A.W. Nabi sedang berbicara seolah-olah terserlah pada baginda seperti seorang pakar psikologi dan sakit "jiwa" dalam birokrasi organisasi. Nabi cuba menggambarkan kelemahan seseorang atau sesuatu lajnah dalam jamaah itu sebagai "sakit" yang mesti dirasai (empati), bukan sekadar diketahui (simpati). Nabi cuba menyatakan kepentingan "helicopter-view" (mission-centrix) berbanding "street-view" (lajnah-centrix) kepada penggerak amal Islam yang bernama mukminin ini.

Kenapa Nabi cuba menyentuh soal emosi dan elemen "rasa" sakit itu ? Kerana di sinilah kita akan ketemu "the root causes" atau "the real problem" dalam karenah berorganisasi. "Penyakit hati" dalam jamaah sukar untuk dikenalpasti, melainkan ia terzahir dalam bentuk tindakan yang sama ada komited atau pasif sebagai penggerak jamaah.

Itulah uniknya Nabi. Baginda tidak mahu berbicara seperti pakar-pakar pengurusan Barat yang hanya banyak menyebut mengenai masalah pengurusan organisasi secara "external treatment" atau "surface side" sahaja. Stephen R Covey sendiri menulis Tabiat ke 8 walaupun telah terkenal di dunia dengan formula 7 Tabiat Manusia Berkesan tersebut. Rupanya Tabiat ke 8 muncul sebagai satu percubaan beliau untuk masuk ke dalam "jiwa" manusia, menyelami "suara hati" para pekerja organisasi dan mula berbicara mengenai "the God Spot" dalam otak manusia.


Itulah mukjizat ayat-ayat dan hadis-hadis mengenai "jamaah". Kenapa ayat-ayat yang berkaitan alam semesta, kejadian manusia dan segala aspek saintifik di dalam al-Quran sahaja dilihat sebagai mukjizat ?

Nah, wahai-wahai pejuang-pejuang Islam, saksikan dan saksikan mukjizat ayat-ayat, hadis-hadis Rasul mengenai jamaah. Jangan hanya sekadar menghafal untuk tujuan "selamat" bila ditanya oleh pimpinan di atas. Rasalah mukjizat itu di dalam hatimu, emosimu, jiwamu. Lantaran al-Quran itu mukjizat secara holistiknya. "Kami tidak menurunkan al-Quran itu untuk menyusahkan hatimu." (Taha : 2)

Sumber: http://rijal82.blogspot.com/2009/04/kewajipan-berjamaah-lampiran-bernafas.html

Wednesday, April 22

Terima Kasih Daun Celery

1. Sejak datang ke UK, dah banyak kali saya mendengar nama celery. Bukan nama artis, tapi nama sejenis sayur.

2. Tapi tak pernah terdetik dan 'melamar' nya di pasaraya ASDA berdekatan. Bukannya apa, segan....

3. Tadi sebaik tiba dari derby pada jam 615 petang, housemate saya, Arif Sodri meminta saya mengambilnya dari pasaraya. Antara yang dibelinya ialah daun celery.

4. Sebagai chef yang bertugas pada petang ini, saya mencuba daun celery untuk dimasukkan di dalam masakan kami pada hari ini. Ternyata daun ini manis sekali!

5. Kepada yang ada penyakit darah tinggi, celery mungkin bagus untuk anda. Darah tinggi ibarat paip getah siram pokok bunga yang di cerut. Ia boleh mencapai tahap paip getah itu pecah!

6. Ada kajian di Amerika mendapati celery boleh melambatkan proses nyanyuk. Ini membolehkan celery dikategorikan di dalam kumpulan 'superfood' yang melambatkan proses pengecutan otak.

7. Celery juga merupakan antara sayur popular yang duduk sebaris dengan bawang, lobak dan ubi kentang di arena memasak. Makan sahaja pun sedap sebab ranggup!

8. Apa agaknya celery di dalam bahasa Melayu?

Sunday, April 19

Jin bertandang

1. Mari kita hidupkan 'semangat' yang diceritakan di dalam Surah al-Ahqaf, ayat 29 - 32.

2. Ini merupakan kisah sekumpulan Jin yang 'bertandang' mendengar Rasulullah membacakan al-Quran. Yang menariknya, kisah ini berlaku setelah penduduk Ta'if menolak dakwah Nabi. Bukan sahaja, menolak, baklah nabi ditebarkan kata-kata nista dan dibaling batu...kesian...

3. Berlaku kemudian doa Nabi yang masyhur agar Allah melahirkan mukmin daripada keturunan warga Ta'if. Tak jadi malaikat nak melagakan dua bukit untuk menghancurkan penduduk ta'if.

4. Kemudian, berlaku kisah jin ini. Ini sungguh ironik, kerana masyarakat Ta'if yang merupakan manusia dan berbahasa Arab, menolak Islam, tetapi Jin (yang bahasanya kita pun tak pasti) takjub dan bersungguh berdakwah.

i) sekumpulan jin mendenga Rasulullah membacakan Quran.

ii) semasa mendengar, sesetengah Jin berpesan kepada yang lain " listen in silence!" , membayangkan betapa attentive dan bersungguhnya jin mendengar kuliah2, pengisiaan dan al-quran itu sendiri. (surah al-ahqaf)

iii) setelah mendengar, jin terus respon "this is amazing!" (surah Jin)

iv) kemudian mereka kembali kepada 'geng' mereka dan terus menyampaikan dakwah Islam!!! wahh..semangatnya. ...

5. Kalau Jin bersemangat menyebarkan dakwah kepada semua, mengapa tidak kita yang Allah gelar "ahsanul kholiqin" (sebaik-baik kejadian)?


Surah al-Ahqaf
[29]
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! " Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
[30]
Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)

Surah Jin
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
[2]
`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

Doktor seorang daie

Alkohol memang membawa banyak mudarat. Di dalam perubatan, memang sangat diakui yang alkohol dam consumption yang sedikit, ada membawa kebaikan. Tetapi ia satu 'virus' yang sedang membunuh masyarakat barat pada ketika ini.

Acute Pancretitis (radang pancreas) merupakan sebuah penyakit yang sangat berleluasa di Barat, dan penyebabkan tidak lain dan tidak bukan ialah ALKOHOL.

Kalau anda tidak biasa dengan istilah pancreas, untuk memudahkan ingatan, pancreas popular kerana ialah ialah tempat 'kelahiran' insulin, jadi ia ada berkaitan dengan diabetes.

Banyak peluang dakwah dalam setiap kerjaya yang kita ceburi. As the saying goes,

'who you are determines what you see'

Kalau kita seorang materialis yang bergelar doktor, selepas jadi doktor, kita nampak duit, duit, dan duit sahaja.

Kalau kita kaki perempuan yang jadi ustaz mengajar di sekolah, amalan mata keranjang tu pastinya akan berterusan kalau masih lagi kaki perempuan.

Kalau

Tetapi kalau kita seorang daie yang tak kisah lah bergelar apa-apa pun, inshaAllah kita mesti akan mencari peluang untuk berdakwah.

http://img404.imageshack.us/img404/393/logotoofad2009.jpg

Thursday, April 16

Hilang barang

1. Kadang-kadang kita tak menghargai sesuatu yang berada dekat dengan kita. Apabila tiada, barulah kita akan mula tarasa kehilangan dan terkenangkannya.

2. Apabila kita hilang sesuatu barang, memang kita akan risau pada mulanya. Tidak kurang ada juga yang marah. Marahkan diri sendiri gamaknya, for being so clumsy.

3. Hari ini semasa di perpustakaan Hospital Derby, saya baru tersedar yang thumb drive yang selalunya berada di kocek kiri saya tidak ada di tempatnya. Lepas tu saya terfikir, kalau betul lah hilang thumb drive ini, jadi saya tidak perasa pun kehilangannya sejak kali terakhir saya menggunakannya iaitu semalam.

4. Lalu saya bertanyakan kepada akak perpustakawati

''I'm not sure whether I'd left my thumb drive here yesterday or not''

''could you please describe it for me, please?''

''it's a Toshiba, white in colour''

5. Alhamdulillah, akak perpustakawati terus meluru ke bilik di belakangnya dan mengambilkan sebuah thumbdrive yang serupa macam saya punya. Lega rasanya.

6. Seronok rasanya menjumpai barang yang telah kita hilang. Saya pernah mengalami satu pengalaman yang sama semasa di tempat wudu' Lapangan Terbang Birmingham, UK. Saya tertinggal jam di tempat wudu', dan apabila kembali ke tempat itu semula, jam tangan tersebut sudah tiada.

7. Namun, apabila ke kaunter 'lost and found', ternyata ada individu yang bak hati telah menyerahkan jam saya di sana. Memang takjub juga saya pada mulanya, tetapi itulah kisahnya!

8. Inilah nilai-nilai Islam yang wajib kita contohi. Terasa selamat dan mengembirakan hati jika kita hidup hidup dalam masyarakat yang amanah, jujur dan hormat-menghormati.

9. Teringat satu lagi pengalaman ketika hari pertama saya tiba di Malaysia semasa cuti musim panas yang lalu. kira-kira bulan Jun 2008.

10. Telefon bimbit saya tercicir semasa dalam proses membuat nombor baru di salah sebuah kedai syarikat telekomunikasi tanah air di Alor Star. Apabila saya patah balik, telefon telah lesap entah ke mana! Apabila ditanya kepada pakcik jaga di situ, katanya

''kalau jatuh, habih la adik oi''

11. Memang frust, tetapi teringat sebuah hadith Nabi ''sabar pada 'tamparan' pertama''

12. Kesimpulannya sahabat-sahabat sekalian, kalau hilang benda, jangan frust. Banyak lagi benda kita tak hilang. Paling penting, Islam dan Iman kita tak hilang lagi.

Cheers!

Wednesday, April 15

Demam Hitam

1. kala azar is black fever in Hindi language.
2. Visceral leishmaniasis, is the name of the disease when the protozoan parasites have migrated to organs.
3. the vector of the disease is sandfly. Vector is the ''pembawa'' of the protozoa.
4. Males are more commonly infected than females, most likely because of their increased exposure to sandflies.
5. boleh mati!, if left untreated.
6. the name of this organism is Leishmania donovani, named after a Scottish doctor, William Leishman and an Irish physician, Charles Donovan, who made research on it simultaneously and independently.
7. Indeed, the Scottishs have itqan in pursuing knowledge. How about the Muslims?

Tuesday, April 7

''Your Koran is right!''

Pagi ini saya bersama Dr Alistair Moodie, Seorang Consultant di Department of Accident & Emergency. Ini merupakan sebuah department yang menjadi persinggahan pertama dalam sesebuah kes kecemasan.

''Muhammad, I want you to meet a woman who was admitted here because of alcohol''

''Okay'' jawab saya ringkas.

Alistair membawa saya bertemu dengan seorang perempuan yang nampaknya kesakitan, dan terbaring secara tegak 90 darjah kerana mempunyai lining (salur memasukkan cecair ke dalam saluran darah) yang dimasukkan di lehernya. Keadaan wanita ini memang nampak teruk.

Apabila ditanya samada dia telah berumah tangga, wanita ini menjawab yang dia telah bertunang semenjak lima tahun yang lalu. Apabila ditanya di manakah fiance nya, dia tidak tahu dan mengatakan tunangnya itu juga seorang heavy drinker. Apabila ditanya berapa anak yang dia ada, dia menjawab sebanyak 3 orang, dan yang paling tua ialah 22 tahun manakala yang paling muda ialah 13 tahun, dan wanita ini tidak mengetahui di manakah mereka semua!

Paling mengejutkan perempuan ini baru berusia 37 tahun, padahal saya menjangkakan dia berumur 62 tahun!

Memang dia nampak sangat kesakitan dan baru menerima dos morfin sebanyak 30g, namun masih lagi merasakan kesakitan. 30 g ni sudah dikira banyak. Kalau anda yang sihat walafiat menerima dos sebanyak ini, memang 'kebal' habis la...

Mendengar jawapan wanita ini satu persatu, saya semakin sebak melihat sendiri kesan negatif alkohol. Dia mengalami masalam emosi, lalu mengambil alkohol untuk melupakan masalah, tetapi itu hanyalah penyelesaian sementara kerana masalah emosi yang terganggu semakin bertambah buruk.

Selesai berjumpa wanita ini, saya dan Alistair meneruskan perbincangan. Beliau sangat-sangat menekankan kesan "aging promotion" daripada alkohol, selain daripada diabetes dan bersalin banyak kali yang turut menyumbang kepada seseorang nampak tua berbanding umur sebenarnya. Beliau juga turut menceritakan yang alkohol, jika diambil secara sedikit akan menyumbang kepada kebaikan sepeti sebuah perkampungan di Perancis yang menuang sedikit red wine di dalama makanan mereka untuk penjagaan kesihatan.

Lalu, saya pun berkongsi dengan Alistair;

''you see, in the Koran, if you know, it is stated that there are some benefits of alcohol. BUT its' disadvantages outweight the benefits"

Dengan tidak semena-mena, Alistair menjawab;

"yes, Your Koran seems to be quite right"

Kemudian, Alistair berterusan menceritakan bagaimana alkohol memecah belahkan keluarga, dan seperti dalam kes wanita tersebut, menyumbang kepada pancreatitis, sejenis penyakit kepada pancreas.

"She doesn't even know where her 13 year-old son is!" tambah Alistair. Rebecca yang baru hadir menyertai kami berdua menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Yes, I agree with you. Your Koran is right!" tegas Alistair. Ayat ini diulang empat kali oleh sang doktor pada pagi ini.

Ternyata sekali, sebanyak mana fitnah dilontarkan kepada Islam, sejauh mana orang nak lari daripada Islam, seburuk mana pun persepsi cuba dilakar berkenaan Islam, Islam will always prevails!

Firman Allah di dalam al-Baqarah : 219

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.

Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?

Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Dan sebaik sahaja saya keluar daripada Emergency Department pada tengah harinya, saya menerima text daripada sahabat saya, Jamal yang berbunyi;

" Nizar menang...takbir!!"

"Allahu Akbar!!" balas saya.

Monday, April 6

endoscopy

Hari ni saya belajar endoscopy, dan tertidur semasa melihat kawan saya melakukan demonstrasi.

"Are you alright there?" dyspepsia nurse specialist menyapa saya.

Terkejut beruk dibuatnya.

Nasib baik tidur semasa belajar. Bayangkan kalau tertidur semasa melakukan prosedur endoscopy suatu hari nanti.......

Kepada warga Malaysia, jangan tertidur semasa mengundi esok.