death is definite...=)

Tuesday, November 17

THEN....

http://www.tamilnow.com/movies/actors/rajnikanth/rajnikant-021.jpg

...and NOW

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/23/Rajinikanth_in_Chennai_2009.jpg

A very influential actor, known for his appeal and style in his films. Surely you must have heard of him from cinema hits such as Arunachallam, Muthu and Padayappa...


THEN....

http://welovecanada.files.wordpress.com/2009/04/margot-kidder.jpg

...and NOW
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d9/Margot_Kidder_cropped.JPG

Margot Kidder, fondly known to Superman fan as Louis Lane in the original series of Superman (1978) , now an American, diagnosed with bipolar disorder.


Physical beauty doesn't last forever. Inner 'beauty' does.


Allah says in the Quran, surah yaa Sin, (chapter 36, verse 68)

If We grant long life to any, We cause him to be reversed in nature:
Will they not then understand?


To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower,
Hold infinity in the palm of your hand,
And eternity in an hour.

Kanak-kanak yang malu

Pentas perubatan paediatrics sememangnya sangat menyibukkan , namun menyeronokkan. Peluang berkenalan, berjenaka dan bermain-main dengan budak-budak sememangnya satu peluang yang tak akan dikecapi dengan mudah sehinggalah seorang pelajar perubatan grad dan membuat rotation paed semasa housemanship nanti.

Malu
Semasa saya di community paeds, saya telah ditempatkan di klinik yang terletak di kawasan yang dodgy. Senang ceritanya kawasan orang-orang yang berpendapatan kurang sedikit berbanding kawasan-kawasan orang-orang yang lebih berada.

Satu dapatan yang saya perasan ialah kanak-kanak lelaki yang kami examine selalunya akan malu-malu apabila examination melibatkan kawasan alat sulitnya.

Ada satu insiden melibatkan seornag kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Semasa di bilik rawatan klinik, adik perempuannya yang berusia 3 tahun turut bersama dan duduk di pangkuan sang ibu. Apabila kami ingin examine kawasan inguinal kanak-kanak lelaki ini, (sempadan antara abdomen dan kaki) secara automatis tangan sang kanak-kanak ini ke tengah daripada sisi dan menutup kawasan alat sulitnya. (senyum lagi sekali)

Dan itulah yang kerap saya lihat di kalangan anak-anak yang sebaya dengannya di Nottingham ini, dan itulah yang sebaiknya. Entah mengapa, ini jarang saya lihat pada kanak-kanak perempuan di sini. Memang menjadi satu budaya bagi yang perempuan untuk memakai seluar yang bercawat rendah (lantas menampakkan bahagian belakang) dan habit ini terbawa-bawa sehingga si kanak-kanak perempuan besar panjang.....

Namun saya seribu kali sayang, sayang bukan kepalang....

Bagi kanak-kanak lelaki, semakin anak-anak ini membesar, rasa malu itu selalunya semakin hilang dan terhakis sedikit demi sedikit. Saya teringat kira-kira setahun yang lalu rakan satu jabatan dengan saya dengan bangganya menjual kalendar 2009 yang mempamerkan gambar kelab basikal yang bergambar tanpa sehelai benang pun!

Kanak-kanak lahir dengan sifat fitrah dan semulajadi untuk mempunyai rasa malu dan kehormatan diri yang tinggi, namun budaya dan cara pembawaan diri menghilangkan sifat mulia ini.

Benar sekali a saying from Muhammad the prophet;

Hayaa (modesty/shyness) is (a part) of Faith

Exams are around the corner...

Monday, November 9

Exams are around the corner...

Paeds,
A14CHH - Monday 30 Nov 2009 (10:00am -11.30am)
Rooms C19 & C20, Coates Building, the University of Nottingham

Obs & Gynae,
A14ONG - Wednesday 2 Dec 2009 (10:00am -11.30am)
Room C20 Coates Building, the University of Nottingham

New attachments

Selepas daripada exam, saya akan terus memulakan sessi pembelajaran yang baru. Di luar kawasan Nottingham masih di dalam Nottinghamshire.


King's Mill Hospital
Mansfield Road,
Sutton-In-Ashfield,
Nottinghamshire,
NG17 4JL

Jadualnya ialah;

Dermatology
07.12.09-18.12.09

ENT
04.01.10-15.01.10

Ophthalmology
18.01.10-29.01.10

Special Study Module: Female Cancer
01.02.10-26.02.10

Letih jadi doktor ni. Kawan saya cerita, dalam tahun pertama pekerjaan, dalam sebulan, ada satu weekend sahaja dia free.

Kawan saya pula cerita yang kakaknya letih sangat pulang bekerja sampai tertidur di dalam kereta sesampai ke rumah...tak sempat nak masuk rumah..

fewh~

My sense of smell conjured me up today..

Saturday, October 24

Semasa mengemas bilik setelah pulang daripada on call di hospital pada petang ini, saya terjumpa satu alat pewangi bilik yang diberikan oleh sahabat saya, saudara Rizal Zawawi semasa sebelum beliau pulang bercuti musim panas yang lalu.

Sebaik sahaja pewangi ini dipasang, ia mengingatkan saya kepada semua peristiwa sepanjang summer lalu..

Peperiksaan, bilik yang menjadi tumpangan barangan sahabat-sahabat, lawatan beberapa orang sahabat daripada luar Nottingham, pemergian pulang sahabat-sahabat dekat dan jauh, dan macam-macam lagi..perjalanan ke bumi Turki..dan seterusnya...

Sesungguhnya deria bau mempunyai hubung kait dengan daya ingatan. Satu perhubungan yang sungguh menakjubkan.

Indeed the smell conjured up my memories..all that happened last summer....

kucing di dalam kereta di Dunkirk

Wednesday, October 14

Kini saya sedang menjalani rotation pediatrics daripada obstetric and gynaecology sebelum ini. Daripada pentas perbidanan ke pentas perjuangan kanak-kanak.

Satu perkara menarik yang saya peroleh semasa minggu kedua attachement saya ialah, bidang paeds sangat istimewa kerana para doktor akan merawat golongan manusia yang akan memberikan kebaikan kepada pesakit untuk the rest of his life, Isn't that wonderful??

Kisah di suatu malam
Pada suatu pagi setelah on call, saya pulang bersendirian daripada Queens' Medical Centre menuju ke rumah saya yang jaraknya hanyalah 5 minit berjalan kaki. Semasa berada di Highfield Road, nun kiran-kira 70 meter di hadapan saya, saya terlihat seorang lelaki sedang bercakap dengan seseorang yang sedang duduk di dalam kereta. Nampaknya macam baru pulang daripada party atau clubbing, fikir saya sambil melihat jam telefon bimbit saya yang menunjukkan pukul 2.15 pagi.

Lelaki tersebut berlalu pergi sedang saya pula semakin menghampiri kereta tersebut. Semakin jelas kelihatan batang tubuh di dalam kereta tersebut sedang cuba hendak memandu keretanya pergi. Mukanya kelihatan seperti tikus kerena diconteng dengan misai-misai dan nampak garang. Pada ketika itu saya sudah berniat, kalau 'si tikus' ini menyerang saya, saya akan mengambil langkah seribu..hehehe..bukannya apa, malas nak berhadapan dengan ornag yang saya jangkakan mungkin sedikit mabuk ini.

Namun dengan tidak semena-mena, si tikus ini menjerit setelah saya menghampiri keretanya..

''Muhammad!!''

Saya tersentak dan kaget buat seketika, begitu juga dengan 'sang tikus'

''It's me Venessa (bukan nama sebenar)!!''

Saya mengambil masa beberapa minit untuk melihat betul-betul wajah si perempuan ini di dalam kegelapan yang hanya disimbahi lampu jalan yang malap kejinggaan. Kemudian barulah saya yakin, rupanya wanita tersebut selalu saya jumpa. Ku sangkakan tikus di tengah malam, rupanya course mate ku yang ku kenali.

''I know i look teribble.. I'm so embarassed'' kata Venessa dalam keadaan tersipu-sipu malu.

Saya terkejut pada mulanya kerana mengingatkan yang saya akan dikejar tikus ni. Rupanya mereka baru balik daripada satu party yang berakhir agak lewat. Memang lawak sungguh. Dan bertambah liar ceritanya kerana Venessa menerangkan yang beliau make up sebagai seorang kucing, bukannya tikus. lol

Namun apa yang mengagumkan saya, pada keesokkan pagi, Venessa masih mampu hadir ke Kelas kami yang bermula pada jam 9 pagi, walaupun tidur lewat. Lihat bagaimana satu budaya positif pelajar di sini yang sungguh komited terhadapan tugasan dan kelas. Sungguh saya kagumi.

Tapi pakai make up kucing pada jam 2.15 pagi tok sah dok buat la.... =)

POKOK PEREMPUAN

Monday, September 28

Pokok semalu pokok perempuan?

“Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya,” si bapa mula berfalsafah.

“Pokok perempuan? Pokok pun ada lelaki dan perempuan ke?” tanya anak saya lagi.

“Ada. Pokok semalu memang pokok perempuan. Yop dah besar nanti Yop faham le” saya menambah.

Di dalam amalan tradisional, pokok semalu memang terkenal sebagai pokok herba yang digunakan untuk manfaat kaum perempuan. Pokok berkenaan jika direbus bersama buah manjakani dan asam keping, airnya berguna untuk membersihkan anggota sulit kaum perempuan serta mengembalikannya ke sifat asal terutamanya selepas bersalin.

Itulah pokok semalu, yang sepatutnya bagus dimanfaatkan oleh kaum perempuan dan mesti diteladani sifatnya.

Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh. Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah serta pelihara aurat dan diri.

READ MORE

Adegan ''who you are determines what you see'' di pentas bersalin: Episod II

Wednesday, September 9

Semalam merupakan satu hari yang penuh bersejarah kerana sesuatu yang meningkatkan motivasi dan menimbulkan keinsafan di dalam diri saya telah berlaku. Ibu pertama melahirkan kembar tidak seiras dan ibu kedua melahirkan seorang bayi yang sungguh comel.

Melahirkan anak tanpa 'teman' di sisi
Ternyata walaupun si ibu kedua seorang yang selalu 'happy go lucky', dan gemar berjenaka, dan bakal melahirkan seorang bayi perempuan, namun pada saat beliau menanggung azab kesakitan hendak melahirkan anak, kenangan-kenangan dan masalah personal datang membelengu dan menghantui beliau.

Ternyata beliau sudah tidak sehaluan dengan suaminya, dan di dalam catatan rekod kesihatannya, nama bapanya diletakkan sebagai waris terdekat. Bahkan ketika sedang dalam proses kelahiran, beliau tidak membenarkan ibu tirinya untuk bersama-sama dalam detik kelahiran si bayi yang bakal lahir ke dunia itu. Dan akhirnya yang menjadi penemannya sepanjang proses contraction rahim sehinggalah si bayi terpacul keluar ialah pekerjanya, Rita (bukan nama sebenar) yang sungguh setia, dan pelawak juga.

Namun selawak-lawaknya, saya terkejut melihat Rita menangis teresak-esak sebaik sahaja doktor membuat potongan (episiotomy) di bahagian barat daya vagina (pukul 8) dan menarik dengan segala kekuatan agar sang bayi keluar, sehinggalah seluruh tubuh bayi keluar. Bukannya menangis kesedihan, namun tangisan ini tangisan terharuan dan tangisan kegembiraan menerima seorang lagi insan di dunia ini. Memang wanita kadang-kadang mudah menangis.

Proses kelahiran selalunya sukar pada proses melahirkan kepalanya, dan kebiasaannya, proses pengeluaran badan akan berlaku dengan pantas kerana saiz badan bayi yang lebih kecil. Namun ternyata bayi ini sangat besar, sehingga sang doktor terpaksa menarik si bayi.

Tarikkkkkkkk...

Si doktor menarik dengan meletakkan jari jemarinya di leher si bayi, dan terus menarik dan tarik lagi, manakala si ibu terus meneran bayi keluar.

''Push'' kata si doktor

''Well done!, lets do it again'' sambut kakak bidan (sebab muda lagi) memberikan inspirasi.

''Yes, a little bit more'' sambung saya pula

...Sehinggalah bayi terdampar nampak 'keletihan' di atas katil.

Alhamdulillah, semuanya selesai. Dan perlahan-lahan, saya melaungkan iqamah buat sang bayi. Biarlah kalimah mengagungkan tuhan kita semua didengari dahulu.

Wahai sang bayi, lahirmu kedunia tanpa mengetahui keperitan untuk memastikan engkau hidup dan menjadi seorang insan. Selalu dikatakan birth is the most dangerous journey most of us will ever make, dan layakkan kita untuk takabbur & sombong setelah dewasa?

Adegan ''who you are determines what you see'' di pentas bersalin : Episod I

Tuesday, September 8

Hari ini saya sungguh bertuah dapat bersama dalam sebuah pasukan doktor dan bidan melahirkan sepasang kembar tidak seiras.

Kembar tidak seiras tidak banyak bezanya daripada aspek rupa antara satu sama lain, kerana mereka berasal daripada dua ovum (telur wanita) dan dua sperma (telur lelaki) yang berbeza. Yang sama ialah mereka lahir pada waktu yang sama, dan berada dalam satu uterus yang sama dalam jangka masa yang sama.

Ibu 1 - kembar bertuah
Selaputnya telah pun pecah pada hari Sabtu yang lalu. dan setelah beberapa hari masih belum hendak melahirkan anak. Kalau melihat kepada umur kandungan, baru mencecah 36 minggu, dan kandungan biasanya akan dilahirkan pada minggu ke-40. Namun adalah menjadi kebiasaan untuk kandungan kembar dilahirkan awal, seawal 36 minggu.

Kakak kita ini nampak sungguh tenang, mungkin kerana telah melahirkan 3 orang anak sebelum ini. Katanya, memang dia bercadang untuk melahirkan 5 orang anak, namun tidak menyangka akan menerima yang ke-4 dan yang ke-5 secara serentak!

Biasanya kelahiran kembar lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang lebih berusia, seperti lebih 35 tahun. Mungkin kerana semakin berumur seseorang itu, semakin rajin ovari melepaskan telur sebelum kitar haid bulanan.

Saya memasangkan alat CTG di perutnya, dan ini memerlukan kemahiran menggunakan dua tangan serentak kerana amat penting untuk memastikan kedua-dua jantung bayi dapat di dengari, dan dapat di bezakan antara satu sama lain. Kelihatan di skrin, si bayi lahir yang kedudukannya lebih rendah dan dijangka akan keluar dahulu sedikit rendah degupan jantungnya, iaitu pada kadar 130 degupan seminit, mana si kembar perempuan pula menunjukkan degupan yang lebih meyakinkan pada kadar 170 degupan seminit.

Alhamdulillah bayi nampak sihat daripada luar!

Namun saat untuk meneran bayi keluar memang satu kesakitan yang sungguh mengazabkan. Dan si ibu pada kali ini akan menanggung kesakitan bukan satu, tetapi dua kali ganda kesakitan untuk menolak bayi keluar ke dunia ini. Namun apa yang mengejutkan saya ialah ketenangan yang dapat dilihat pada wajah sang ibu.

Sungguh tenang...

....dan semakin tampak jelas apa saya bandingkan dengan seorang lagi ibu di bilk sebelah yang turut saya ikuti kelahirannya bersama...

******

Ibu 2 - patah kandar?
Kesakitan mulai dirasai sejak jam 6 pagi tadi, dan saya mulai mengikuti beliau sejak jam 930 pagi, namun tidak banyak perubahan sehingga jam 6 petang. Hampir berjanggut saya menanti kelahiran anak perempuan si ibu ini....

Namun ini merupakan anak keduanya. Dan pada kebiasaannya anak kedua akan keluar dengan lebih mudah kerana ruang kelahiran bayi sudah pernah dilalui oleh bayi sebelumnya. Walau apa pun, kesakitan yang ditonjolkan sang ibu memang maha dahsyat!

Si ibu merupakan seorang bos di kedai gunting rambut, dan yang menemani si ibu ini ialah pekerjanya di kedai tersebut. Si ibu telah memberikan cuti kepada pekerjanya ini dan memintanya agar menemani sepanjang proses kelahirannya. Mungkin mereka berdua sangat baik dan rapat walaupun hubungannya ialah employer-employee.

Walaupun sangat sakit keadaannya, namun beliau ternyata seorang yang sungguh 'joker' dan gemar berjenaka, bahkan di kala beliau menangis-nangis sedang sakit, beliau sempat lagi berjenaka sehingga saya dan mak bidan bantai gelak sekali!

Namun ada di saat kesakitan memuncak, beliau terus nampak derita, dan derita ini ternyata bukannya datang daripada kesakitan sahaja. Masalah yang membelengu ternyata difikirkan berterusan sehingga menimbulkan keresahan pada emosi ibu ini.

Di manakah suami ibu kedua ini??

Bagaimanakah nasib bayi kembar ibu pertama?

Mengapa ibu pertama yang bakal melahirkan kembar lebih tenang daripada ibu kedua?

Nantikan kesudahan entry ini kerana saya kena masuk tidur awal sebab esok akan bermula shift seawal jam 630 pagi. =) Selamat malam!

..to be continued

Kerancakan sambutan pelajar baru bermula....

Thursday, September 3

Tanggal 3 September, atau lebih tepat lagi pada jam 2 petang waktu tempatan di Nottingham menyaksikan kehadiran barisan pelajar baru, menandakan pesta sambutan pelajar baru (Pesta SPB) Nottingham bermula dengan penuh gilang gemilang.

Saya telah dihubungi oleh wakil Nottingham Malaysian Society, saudari Liyana dan Suhaila untuk menjemput 3 orang sahabat baru yang baru, yang baru sahaja tiba pagi tadi iaitu Darren dan 2 orang lagi rakannya. Mereka akan menyambung pelajaran setelah berada di University of Nottingham Malaysian Campus sebelum ini.

Namun kerana saya baru dimaklumkan konsultan saya bahawa saya perlu hadir ke klinik gynaecologi (yang juga pada jam 2 petang), sahabat saya Hazwan Aziz telah menawarkan diri untuk menjemput mereka bertiga di Broadmash Bus Station, stesen bas lama yang baru mendapat lampu cahaya putih baru-baru ini.

Dan alhamdulillah, Darren dan seorang rakannya, Fen Hong (betuk ke eja nama ni?) dapat bersama-sama kami berbuka puasa anjuran Islamic Society di Portland Building, bangunan utama di mana letakknya prayer room tempat kami beramai-ramai menunaikan solat tarawih pada setiap malam.

Juadah chicken wrap yang disajikan, bukannya satu, bahkan dua untuk setiap orang sungguh menyelerakan kami. Ditambahkan dengan 3 ketul ayam yang sungguh cair di dalam mulut kami semua.

''I think the food court is selling this chicken wrap 2 pound plus''

komen Wei Han pelajar senior yang turut bersama kami semasa berbuka puasa.

''So our food nearly 5 pound per person then!'' respon saya yang agak terkejut, kerana tidak pernah memikirkan kos makanan iftar sebelum ini.

Iyalah, asyik makan free sahaja. hehe.
Namun sememangnya di bulan Ramadhan ini, rezeki sangat murah, dan ramai insan-insan yang bermurah hati memberikan sumbangan di bulan yang Nabi Muhammad sangat suka bersedekah.

Semasa pulang, Fen Hong bercerita pengalaman berbuka puasa bersama sisters pula.

''They speak so fast that I keep on saying 'pardon' ''

InshaAllah lama-kelamaan semakin biasalah dengan pace percakapan di sini. Mungkin agar sukar untuk menangkap pada awalnya. Apa-apa pun, bagi Fen Hong, iftar tersebut 'was the best food I had ever had in Nottingham!'

Setelah membawa mereka keliling kawasan kampus, Darren dan rakan-rakan pulang semula ke rumah yang mereka tumpangi sekarang, iaitu rumah kepada sahabat kami, Lik Jin, yang merupakan bekas presiden NMS sessi yang lalu. Dia kini berada di Melbourne untuk menyambung pelajarannya.

Ternyata menyambut insan-insan yang baru tiba dan membanjiri bumi Nottingham ini merupakan sebuah pengalaman yang sungguh istimewa dan menjanjikan kenangan yang terindah. Semuanya mengingatkan kepada apa yang saya rasa, lihat, dengar dan tidak keterlaluan saya katakan apa yang saya bau semasa saya baru tiba dahulu.

http://img156.imageshack.us/img156/1881/rumahmudikesan.png
Saffuan, pandai-pandai lah kau teka rumah aku yang mana. =)

Saya menerima sebuah emel 'kejutan' berserta gambar 'lukisannya' daripada sahabat yang baru saya kenali, Saffuan, yang bakal berhijrah ke Nottingham tidak lama lagi. Sebenarnya kami sudah lama 'berkenalan', namun belum pernah bersua muka di alam realiti lagi. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan beliau ke Nottingaham, the City of Light ini.

Selepas tarawih, saya menerima emel daripada JPA, penaja saya yang menyatakan maklumat kedatangan rombongan besar pelajar tajaan JPA beberapa minggu lagi. Jika pada tahun lepas saya dapat berkhidmat dengan International Office sebagai pegawai sambutan pelajar di universiti, namun pada tahun ini inshaAllah saya boleh menjemput sahabat-sahabat yang akan tiba di lapangan terbang nanti, inshaAllah.

Sekali bah, sekali pasir berubah. Kepada bakal warga Nottingham, datanglah membanjiri Nottingham ini, dan jangan risau, tidak akan tenggelam bumi ini kerana kami ada sistem perparitan yang cemerlang! =)

External Cephalic Version : berpusing dalam rahim

Wednesday, September 2

Seperti yang saya jangkakan dan tunggu-tunggu, pada Selasa lepas, saya berpeluang dalam kes External Cephalic Version. Bukan satu, malah dua ECV dapat saya saksikan!

Secara umumnya, ECV proses memusingkan bayi daripada keadaan songsang kepada keadaan normal, dengan menggunakan tangan daripada luar. Menarik bukan?

Bersama sang ibu
Ibu pertama, telah discan pada minggu lepas dan kedudukan bayi masih lagi Breech (songsang). Kalau songsang, lebih sukar untuk bayi ini dilahirkan secara normal.

Mengapa?

Kelahiran mudah apabila punggung bayi (bumps) berada di atas dan kepalanya di bawah. Apabila bidan mengeluarkan kepala dahulu, badang dan punggung lebih mudah untuk keluar.

http://img402.imageshack.us/img402/5004/brech.jpg

Bayi memang uni kerana kepalanya besar dan punggungnya kecil dan lembut. Manusia dewasa seperti anda yang sedang membaca kepala kecil daripada punggung anda.

Namun apabila kepala berada di atas, bayi berada dalam keadaan songsang. 3% kandungan ibu-ibu akan jadi macam ini ketika menghampiran 39 dan 40 minggu tempoh kandungan.

Saya memeriksa perut sang ibu untuk memastikan kandungan yang sudah mencecah 37 minggu ini masih lagi songsang atau tidak. Kalau masih songsang, kita akan pusingkan dia! Macam buat summersault di dalam uterus.

Ternyata masing songsang kedudukan bayi. Lalu sessi ECV pun dimulakan oleh consultant dan seorang senior registra. Perut sang ibu ditekan, ditekan dan ditekan dengan Ultrasound digunakan untuk memeriksa kedudukan terkini sang bayi.

tekan, tekan dan tekan......

Sehinggalah ke satu tahap, si ibu memang meraung, menangis. Allah...memang saya pun nak tumpang nangis sama...sehinggalah.....

''STOP HURTING HIM!!"

''we are not hurting him, he is fine, you can still the heart beating clearly'' si doktor menenangkan si ibu sambil menunjukan skrin ultra sound di hadapannya.

Subhanallah, sehingga ke tahap ini, perasa syahdu saya bertambah-tambah.

Rupanya raungan dan tangisan si ibu tadi itu bukanlah kerana kesakitan, tetapi semata-mata kerana risaukan anaknya. Sebenarnya dia masih tidak mengetahui jantina anaknya, nak surprise katanya....

Tapi cara dia nangis tu ibaratnya seperti seorang perempuan yang memang sakit sangat tapi tak tahu nak atasi kesakitan macam mana. Saya yang berada di sebelahnya pun tak tahu nak tolong macam mana. Namun rupanya raungan itu khas demi keselamatan anaknya. Subhanallah, besar sungguh kasih sayang ibu kepada anaknya, yang belum lahir lagi pun!

Bagaimana pula kasih sayang Allah kepada hamba-Nya? Maha suci Allah, mari kita sama-sama renungkan....

Kepada emak saya, di bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang, ingin saya pohon jutaan kemaafan...terima kasih mama!

Majlis Penghargaan Gemarak

majlis-berbuka-puasa-gemarak-copy


INFO LANJUT DI SINI

Salam Warga Nottingham : Episod II

Tuesday, September 1

1 hingga 6 Ramadhan di Nottingham

Friday, August 28

Sabtu, 1 Ramadhan
Ramadhan yang dijangkakan pada mulanya akan jatuh pada hari Jumaat, dimulakan pada hari Sabtu dengan sebuah suprise yang sungguh mengejutkan, dengan kehadiran sahabat saya daripada Jerman, KA dan Iqbal. Iqbal pernah pertama kali menziarahi saya pada spring yang lepas, namun pada kali ini beliau menelefon saya dan mengatakan akan membawa sebuah kejutan, iaitu KA pu ikut sekali. KA merupaka rakan sekolah menengah yang mana kami kali terakhir bertemu pada 2002.

Subhanallah, siapa menyangka kami bertemu kembali setelah 7 tahun di bumi Nottingham dan bersama-sama menyambut Ramadhan 1430 hijriyah. Mereka tiba pada hari Khamis, dan untuk Iftar yang pertama, saya membawa mereka berbuka di rumah keluarga Baharudin, sebuah famili post grad yang popular di Nottingham. Beliau merupakan mantan Penghulu persatuan Post-Grad di NOttingham.

Berbuka dengan Nasi Arab, Mee Hun goreng, ayam panggang dan beberapa hidangan Istimewa lain ternyata satu kelainan buat sahabat Jerman, yang..oh ya, terlupa untuk dinyatakan, yang mereka berkunjung ke NOttingham daripada Jerman dengan berbasikal. Ya, menaiki basikal selama seminggu!

Ahad, 2 Ramadhan
KA dan Iqbal pulang pada hari ini. Setelah basikal di masukkan ke dalam kotak, saya menghantar mereka pulang ke stesen bas, kerana mereka akan mengambil flight pulang ke Jerman pada tengaharinya.

Iftar hari ini sungguh istimewa, masakan Saudara Shafie dan Saudara Ariff Sodri. Daging tumbuk rasanya..

Isnin, 3 Ramadhan
Harus lebih bersungguh membaca Quran dan bersedekah. Terbaca di blog seorang pemimpin negara;

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi

Rugi rasanya kalau kadar (rate) sedekah kita bulan ini dan bulan sebelumnya sama sahaja...

Selasa, 4 Ramadhan
Kelas demi kelas yang dibatalkan (doktor puasa ke?) tidak melemahkan semangat saya. Kemenangan di Permatang Pasir ternyata memberikan sedikit sebanyak inspirasi, sebagai hadian dan ujian di madrasah Ramadhan, namun banyak lagi penambah baikan perlu dilakukan.
Iftar hari ini sungguh istimewa kerana menerima jemputan Dr Syed dan Kak Zue (serta Sumaiyah and her sister) untuk berbuka di rumah mereka, bersempena dengan pemergian Dr Syed, seorang doktor paedriatrik, ke Kenya untuk misi perubatan di sana. Subhanallah peluang yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau. Hidangan nasi kenduri sungguh membuka selera kami setelah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, bersama-sama dengan sahabat saya saudara Shafie dan saudara Alimin.

Bersolat tarawih di Masjid Madani, sebuah masjid pakistan yang bangunan asalnya merupakan sebuah gereja sungguh tenang rasanya, mendengar bacaan sang Imam yang sungguh sedap dan sempurna. Dalam perjalanan pulang daripada masjid, Dr Syed yang memandu saya pulang sempat memberikan beberapa nasihat berguna. Didoakan Dr Syed selamat dalam misi kemanusiaan di sana, inshaAllah.

Rabu, 5 Ramadhan
Selagi lagi Ramadhan tambah ceria dengan kehadiran dua orang rakan saya daripada Preston. Mereka baru saha menyambung pelajaran di UK setelah menghabiskan sessi pre-klinikal di IMU, Bukit Jalil. Azliana Alias belajar di kolej persediaan yang sama dengan saya dahulu, dan yan paling istimewa ialah Luqman Faiz, temah sesekolah dahulu. Pertemuan semula sejak 2003 sangat istimewa dan Iftar kami pada hari ini disediakan oleh saudara Shafie dengan menu yang bertajuk 'daging masak lemak'. Lembara kisah-kisah silam dibuka chapternya satu persatu...

Tazkirah oleh Brother Tajuddin setelah selesai 4 rakaat tarawih juga sungguh mengasyikan dan memberikan ilmu berguna dalam menjaga pemakanan dan bersederhana di bulan Ramadhan ini. Thanks bro...

Khamis, 6 Ramadhan
Ujian yang menduga keimanan di awal hari tidak melemahkan semangat untuk saya bersungguh-sungguh di Ante natal klinik. Dan alhamdulillah, Allah membuka peluang kepada saya untuk menyaksikan Extenal Cephalic Version yang akan dilakukan pada hari Selasa depan ke atas seorang wanita yang mengalami kandungan Breech (bayi songsang, kepala di atas).

Iftar istimewa hari inilah daging roti pita di Surau universiti yang sungguh mengasyikkan. Setelah makan, saya membawa Luqman ke rumah post grad untuk ziarah dan beramah mesra, dan berkenal-kenalan. Solat Isya' dan tarawih kami di Masjid Madani dikejutkan dengan pengumuman imam yang sedap bacaannya (antara sebab saya suka solat di masjid Madani) telah dikejarkan ke hospital kerana sakit loin sebelah kiri. Innalillahi....

Tak sempat Luqman nak bertemu dia. Tidak mengapa, kalau sudah tiada jodoh malam ini, mungkin ada rahsianya..

Tup..tup...esok menandakan sudah seminggu Ramadhan....sudah luluskah kita dalam Kolej Yayasan Ramadhan ini?

Perisytiharan Ramadhan untuk Nottingham

Friday, August 21

http://1.bp.blogspot.com/_unqLtqmtZWw/SOEdh89GvfI/AAAAAAAAAss/u5uBoSwSjXQ/s320/engku+ibrahim.bmp

Dengan ini saya dengan penuh konfidennya, mengisytiharkan, tarikh bermulanya puasa bagi kawasan Nottingham dan kawasan-kawasan yang sewaktunya dengannya jatuh pada 1 Ramadhan bersamaan 22 Ogos 2009, iaitu pada hari Sabtu.

Puasa, jangan tak puasa tau!

Hibur-hibur sikit...Al-Baqarah

Wednesday, August 19