Wahai teman, wahai rakan yang dimuliakan,
Pada suatu ketika jika anda rasa terbeban dengan kerja-kerja..
Klik butang syukur, kerana anda masih mempunya kerja,
Untuk meraih rezeki yang halal menyara keluarga.
Andai pada suatu ketika rasa terbeban untuk belajar,
Segeralah memakai topi syukur kerana Allah masih memberikan peluang belajar,
Jauhilah perasaan malas, rasa 'tak boleh' dan sukar,
Allah sayangkan anda, lalu Allah berikan nikmat belajar,
lalu ditambah dengan ujian belajar.
Bayangkan betapa ramai yang dinafikan nikmat menuntut ilmu,
Berapa ramai yang tiada upaya untuk belajar
Lantaran menghidap 'learning disability'
Betapa ramai yang tiada panca indera untuk melihat mendengar dan menyebut,
Lautan ilmu utk ditimba hanya tinggal cita-cita sahaja..
Betapa ramai yang tiada upaya kewangan untuk belajar di sekolah,
Betapa ramai yang daripada menara gading mereka dinyah,
Gagal peperiksaan dan disepak keluar,
Tiada mampu lagi untuk belajar.
Belajarlah wahai teman,
Belajarlah wahai rakan,
Jelajahilah sempadan timur dan barat,
Cari semula pertama-pertama yang hilang,
Emas dan kekayaan ilmu yang disodok keluar.
Jangan belajar kerana bongkak,
Kesan daripada hati yang rosak,
Rasa nafsu mahu superior,
Orang lain lebih inferior,
Orang yang belajar kerana pangkat dan kuasa semata,
Akan terkena paku buah keras.
Tatkala dirinya superior, dia rasa dialah yang teratas. Dia yakin adanya kasta sedemikian rupa.
Dirinya belajar luar negara, fasih berkata dan berbahasa antarabangsa.
Namun jika pada suatu ketika nikmat ditarik ujian melanda,
Dirinya pula akan terkena. Saat itu dirinya sudah inferior.
Superior-inferior ini wujud dalam alam maya dalam dirinya. Terperangkap, tak mampu tak lari ke mana.
Namun bagi mukmin ini berbeza.
Ilmu adalah tuntutan ugama,
Besar ilmu menjadikan lebih mengenal sang Pencipta.
Kecil ilmu menuntut dirinya lebih berusaha,
Sebagai satu ibadah mendekatkan diri kepadaNya.
Ya Allah, terimalah ibadah kami,
Berkatilah ilmu. Moga bermanfaat kepada seluruh alam.
3 comments:
Assalamualaikum
Apa khabar?
Hehe :)
Sajak ini buat sendiri kan?!
Hebat kau Daus :)
Mantop!
kata2 yg sngt bermakna.
Post a Comment