Monday, September 28

POKOK PEREMPUAN

Pokok semalu pokok perempuan?

“Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya,” si bapa mula berfalsafah.

“Pokok perempuan? Pokok pun ada lelaki dan perempuan ke?” tanya anak saya lagi.

“Ada. Pokok semalu memang pokok perempuan. Yop dah besar nanti Yop faham le” saya menambah.

Di dalam amalan tradisional, pokok semalu memang terkenal sebagai pokok herba yang digunakan untuk manfaat kaum perempuan. Pokok berkenaan jika direbus bersama buah manjakani dan asam keping, airnya berguna untuk membersihkan anggota sulit kaum perempuan serta mengembalikannya ke sifat asal terutamanya selepas bersalin.

Itulah pokok semalu, yang sepatutnya bagus dimanfaatkan oleh kaum perempuan dan mesti diteladani sifatnya.

Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh. Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah serta pelihara aurat dan diri.

READ MORE

Wednesday, September 9

Adegan ''who you are determines what you see'' di pentas bersalin: Episod II

Semalam merupakan satu hari yang penuh bersejarah kerana sesuatu yang meningkatkan motivasi dan menimbulkan keinsafan di dalam diri saya telah berlaku. Ibu pertama melahirkan kembar tidak seiras dan ibu kedua melahirkan seorang bayi yang sungguh comel.

Melahirkan anak tanpa 'teman' di sisi
Ternyata walaupun si ibu kedua seorang yang selalu 'happy go lucky', dan gemar berjenaka, dan bakal melahirkan seorang bayi perempuan, namun pada saat beliau menanggung azab kesakitan hendak melahirkan anak, kenangan-kenangan dan masalah personal datang membelengu dan menghantui beliau.

Ternyata beliau sudah tidak sehaluan dengan suaminya, dan di dalam catatan rekod kesihatannya, nama bapanya diletakkan sebagai waris terdekat. Bahkan ketika sedang dalam proses kelahiran, beliau tidak membenarkan ibu tirinya untuk bersama-sama dalam detik kelahiran si bayi yang bakal lahir ke dunia itu. Dan akhirnya yang menjadi penemannya sepanjang proses contraction rahim sehinggalah si bayi terpacul keluar ialah pekerjanya, Rita (bukan nama sebenar) yang sungguh setia, dan pelawak juga.

Namun selawak-lawaknya, saya terkejut melihat Rita menangis teresak-esak sebaik sahaja doktor membuat potongan (episiotomy) di bahagian barat daya vagina (pukul 8) dan menarik dengan segala kekuatan agar sang bayi keluar, sehinggalah seluruh tubuh bayi keluar. Bukannya menangis kesedihan, namun tangisan ini tangisan terharuan dan tangisan kegembiraan menerima seorang lagi insan di dunia ini. Memang wanita kadang-kadang mudah menangis.

Proses kelahiran selalunya sukar pada proses melahirkan kepalanya, dan kebiasaannya, proses pengeluaran badan akan berlaku dengan pantas kerana saiz badan bayi yang lebih kecil. Namun ternyata bayi ini sangat besar, sehingga sang doktor terpaksa menarik si bayi.

Tarikkkkkkkk...

Si doktor menarik dengan meletakkan jari jemarinya di leher si bayi, dan terus menarik dan tarik lagi, manakala si ibu terus meneran bayi keluar.

''Push'' kata si doktor

''Well done!, lets do it again'' sambut kakak bidan (sebab muda lagi) memberikan inspirasi.

''Yes, a little bit more'' sambung saya pula

...Sehinggalah bayi terdampar nampak 'keletihan' di atas katil.

Alhamdulillah, semuanya selesai. Dan perlahan-lahan, saya melaungkan iqamah buat sang bayi. Biarlah kalimah mengagungkan tuhan kita semua didengari dahulu.

Wahai sang bayi, lahirmu kedunia tanpa mengetahui keperitan untuk memastikan engkau hidup dan menjadi seorang insan. Selalu dikatakan birth is the most dangerous journey most of us will ever make, dan layakkan kita untuk takabbur & sombong setelah dewasa?

Tuesday, September 8

Adegan ''who you are determines what you see'' di pentas bersalin : Episod I

Hari ini saya sungguh bertuah dapat bersama dalam sebuah pasukan doktor dan bidan melahirkan sepasang kembar tidak seiras.

Kembar tidak seiras tidak banyak bezanya daripada aspek rupa antara satu sama lain, kerana mereka berasal daripada dua ovum (telur wanita) dan dua sperma (telur lelaki) yang berbeza. Yang sama ialah mereka lahir pada waktu yang sama, dan berada dalam satu uterus yang sama dalam jangka masa yang sama.

Ibu 1 - kembar bertuah
Selaputnya telah pun pecah pada hari Sabtu yang lalu. dan setelah beberapa hari masih belum hendak melahirkan anak. Kalau melihat kepada umur kandungan, baru mencecah 36 minggu, dan kandungan biasanya akan dilahirkan pada minggu ke-40. Namun adalah menjadi kebiasaan untuk kandungan kembar dilahirkan awal, seawal 36 minggu.

Kakak kita ini nampak sungguh tenang, mungkin kerana telah melahirkan 3 orang anak sebelum ini. Katanya, memang dia bercadang untuk melahirkan 5 orang anak, namun tidak menyangka akan menerima yang ke-4 dan yang ke-5 secara serentak!

Biasanya kelahiran kembar lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang lebih berusia, seperti lebih 35 tahun. Mungkin kerana semakin berumur seseorang itu, semakin rajin ovari melepaskan telur sebelum kitar haid bulanan.

Saya memasangkan alat CTG di perutnya, dan ini memerlukan kemahiran menggunakan dua tangan serentak kerana amat penting untuk memastikan kedua-dua jantung bayi dapat di dengari, dan dapat di bezakan antara satu sama lain. Kelihatan di skrin, si bayi lahir yang kedudukannya lebih rendah dan dijangka akan keluar dahulu sedikit rendah degupan jantungnya, iaitu pada kadar 130 degupan seminit, mana si kembar perempuan pula menunjukkan degupan yang lebih meyakinkan pada kadar 170 degupan seminit.

Alhamdulillah bayi nampak sihat daripada luar!

Namun saat untuk meneran bayi keluar memang satu kesakitan yang sungguh mengazabkan. Dan si ibu pada kali ini akan menanggung kesakitan bukan satu, tetapi dua kali ganda kesakitan untuk menolak bayi keluar ke dunia ini. Namun apa yang mengejutkan saya ialah ketenangan yang dapat dilihat pada wajah sang ibu.

Sungguh tenang...

....dan semakin tampak jelas apa saya bandingkan dengan seorang lagi ibu di bilk sebelah yang turut saya ikuti kelahirannya bersama...

******

Ibu 2 - patah kandar?
Kesakitan mulai dirasai sejak jam 6 pagi tadi, dan saya mulai mengikuti beliau sejak jam 930 pagi, namun tidak banyak perubahan sehingga jam 6 petang. Hampir berjanggut saya menanti kelahiran anak perempuan si ibu ini....

Namun ini merupakan anak keduanya. Dan pada kebiasaannya anak kedua akan keluar dengan lebih mudah kerana ruang kelahiran bayi sudah pernah dilalui oleh bayi sebelumnya. Walau apa pun, kesakitan yang ditonjolkan sang ibu memang maha dahsyat!

Si ibu merupakan seorang bos di kedai gunting rambut, dan yang menemani si ibu ini ialah pekerjanya di kedai tersebut. Si ibu telah memberikan cuti kepada pekerjanya ini dan memintanya agar menemani sepanjang proses kelahirannya. Mungkin mereka berdua sangat baik dan rapat walaupun hubungannya ialah employer-employee.

Walaupun sangat sakit keadaannya, namun beliau ternyata seorang yang sungguh 'joker' dan gemar berjenaka, bahkan di kala beliau menangis-nangis sedang sakit, beliau sempat lagi berjenaka sehingga saya dan mak bidan bantai gelak sekali!

Namun ada di saat kesakitan memuncak, beliau terus nampak derita, dan derita ini ternyata bukannya datang daripada kesakitan sahaja. Masalah yang membelengu ternyata difikirkan berterusan sehingga menimbulkan keresahan pada emosi ibu ini.

Di manakah suami ibu kedua ini??

Bagaimanakah nasib bayi kembar ibu pertama?

Mengapa ibu pertama yang bakal melahirkan kembar lebih tenang daripada ibu kedua?

Nantikan kesudahan entry ini kerana saya kena masuk tidur awal sebab esok akan bermula shift seawal jam 630 pagi. =) Selamat malam!

..to be continued

Thursday, September 3

Kerancakan sambutan pelajar baru bermula....

Tanggal 3 September, atau lebih tepat lagi pada jam 2 petang waktu tempatan di Nottingham menyaksikan kehadiran barisan pelajar baru, menandakan pesta sambutan pelajar baru (Pesta SPB) Nottingham bermula dengan penuh gilang gemilang.

Saya telah dihubungi oleh wakil Nottingham Malaysian Society, saudari Liyana dan Suhaila untuk menjemput 3 orang sahabat baru yang baru, yang baru sahaja tiba pagi tadi iaitu Darren dan 2 orang lagi rakannya. Mereka akan menyambung pelajaran setelah berada di University of Nottingham Malaysian Campus sebelum ini.

Namun kerana saya baru dimaklumkan konsultan saya bahawa saya perlu hadir ke klinik gynaecologi (yang juga pada jam 2 petang), sahabat saya Hazwan Aziz telah menawarkan diri untuk menjemput mereka bertiga di Broadmash Bus Station, stesen bas lama yang baru mendapat lampu cahaya putih baru-baru ini.

Dan alhamdulillah, Darren dan seorang rakannya, Fen Hong (betuk ke eja nama ni?) dapat bersama-sama kami berbuka puasa anjuran Islamic Society di Portland Building, bangunan utama di mana letakknya prayer room tempat kami beramai-ramai menunaikan solat tarawih pada setiap malam.

Juadah chicken wrap yang disajikan, bukannya satu, bahkan dua untuk setiap orang sungguh menyelerakan kami. Ditambahkan dengan 3 ketul ayam yang sungguh cair di dalam mulut kami semua.

''I think the food court is selling this chicken wrap 2 pound plus''

komen Wei Han pelajar senior yang turut bersama kami semasa berbuka puasa.

''So our food nearly 5 pound per person then!'' respon saya yang agak terkejut, kerana tidak pernah memikirkan kos makanan iftar sebelum ini.

Iyalah, asyik makan free sahaja. hehe.
Namun sememangnya di bulan Ramadhan ini, rezeki sangat murah, dan ramai insan-insan yang bermurah hati memberikan sumbangan di bulan yang Nabi Muhammad sangat suka bersedekah.

Semasa pulang, Fen Hong bercerita pengalaman berbuka puasa bersama sisters pula.

''They speak so fast that I keep on saying 'pardon' ''

InshaAllah lama-kelamaan semakin biasalah dengan pace percakapan di sini. Mungkin agar sukar untuk menangkap pada awalnya. Apa-apa pun, bagi Fen Hong, iftar tersebut 'was the best food I had ever had in Nottingham!'

Setelah membawa mereka keliling kawasan kampus, Darren dan rakan-rakan pulang semula ke rumah yang mereka tumpangi sekarang, iaitu rumah kepada sahabat kami, Lik Jin, yang merupakan bekas presiden NMS sessi yang lalu. Dia kini berada di Melbourne untuk menyambung pelajarannya.

Ternyata menyambut insan-insan yang baru tiba dan membanjiri bumi Nottingham ini merupakan sebuah pengalaman yang sungguh istimewa dan menjanjikan kenangan yang terindah. Semuanya mengingatkan kepada apa yang saya rasa, lihat, dengar dan tidak keterlaluan saya katakan apa yang saya bau semasa saya baru tiba dahulu.

http://img156.imageshack.us/img156/1881/rumahmudikesan.png
Saffuan, pandai-pandai lah kau teka rumah aku yang mana. =)

Saya menerima sebuah emel 'kejutan' berserta gambar 'lukisannya' daripada sahabat yang baru saya kenali, Saffuan, yang bakal berhijrah ke Nottingham tidak lama lagi. Sebenarnya kami sudah lama 'berkenalan', namun belum pernah bersua muka di alam realiti lagi. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan beliau ke Nottingaham, the City of Light ini.

Selepas tarawih, saya menerima emel daripada JPA, penaja saya yang menyatakan maklumat kedatangan rombongan besar pelajar tajaan JPA beberapa minggu lagi. Jika pada tahun lepas saya dapat berkhidmat dengan International Office sebagai pegawai sambutan pelajar di universiti, namun pada tahun ini inshaAllah saya boleh menjemput sahabat-sahabat yang akan tiba di lapangan terbang nanti, inshaAllah.

Sekali bah, sekali pasir berubah. Kepada bakal warga Nottingham, datanglah membanjiri Nottingham ini, dan jangan risau, tidak akan tenggelam bumi ini kerana kami ada sistem perparitan yang cemerlang! =)

Wednesday, September 2

External Cephalic Version : berpusing dalam rahim

Seperti yang saya jangkakan dan tunggu-tunggu, pada Selasa lepas, saya berpeluang dalam kes External Cephalic Version. Bukan satu, malah dua ECV dapat saya saksikan!

Secara umumnya, ECV proses memusingkan bayi daripada keadaan songsang kepada keadaan normal, dengan menggunakan tangan daripada luar. Menarik bukan?

Bersama sang ibu
Ibu pertama, telah discan pada minggu lepas dan kedudukan bayi masih lagi Breech (songsang). Kalau songsang, lebih sukar untuk bayi ini dilahirkan secara normal.

Mengapa?

Kelahiran mudah apabila punggung bayi (bumps) berada di atas dan kepalanya di bawah. Apabila bidan mengeluarkan kepala dahulu, badang dan punggung lebih mudah untuk keluar.

http://img402.imageshack.us/img402/5004/brech.jpg

Bayi memang uni kerana kepalanya besar dan punggungnya kecil dan lembut. Manusia dewasa seperti anda yang sedang membaca kepala kecil daripada punggung anda.

Namun apabila kepala berada di atas, bayi berada dalam keadaan songsang. 3% kandungan ibu-ibu akan jadi macam ini ketika menghampiran 39 dan 40 minggu tempoh kandungan.

Saya memeriksa perut sang ibu untuk memastikan kandungan yang sudah mencecah 37 minggu ini masih lagi songsang atau tidak. Kalau masih songsang, kita akan pusingkan dia! Macam buat summersault di dalam uterus.

Ternyata masing songsang kedudukan bayi. Lalu sessi ECV pun dimulakan oleh consultant dan seorang senior registra. Perut sang ibu ditekan, ditekan dan ditekan dengan Ultrasound digunakan untuk memeriksa kedudukan terkini sang bayi.

tekan, tekan dan tekan......

Sehinggalah ke satu tahap, si ibu memang meraung, menangis. Allah...memang saya pun nak tumpang nangis sama...sehinggalah.....

''STOP HURTING HIM!!"

''we are not hurting him, he is fine, you can still the heart beating clearly'' si doktor menenangkan si ibu sambil menunjukan skrin ultra sound di hadapannya.

Subhanallah, sehingga ke tahap ini, perasa syahdu saya bertambah-tambah.

Rupanya raungan dan tangisan si ibu tadi itu bukanlah kerana kesakitan, tetapi semata-mata kerana risaukan anaknya. Sebenarnya dia masih tidak mengetahui jantina anaknya, nak surprise katanya....

Tapi cara dia nangis tu ibaratnya seperti seorang perempuan yang memang sakit sangat tapi tak tahu nak atasi kesakitan macam mana. Saya yang berada di sebelahnya pun tak tahu nak tolong macam mana. Namun rupanya raungan itu khas demi keselamatan anaknya. Subhanallah, besar sungguh kasih sayang ibu kepada anaknya, yang belum lahir lagi pun!

Bagaimana pula kasih sayang Allah kepada hamba-Nya? Maha suci Allah, mari kita sama-sama renungkan....

Kepada emak saya, di bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang, ingin saya pohon jutaan kemaafan...terima kasih mama!

Majlis Penghargaan Gemarak

majlis-berbuka-puasa-gemarak-copy


INFO LANJUT DI SINI