Thursday, September 3

Kerancakan sambutan pelajar baru bermula....

Tanggal 3 September, atau lebih tepat lagi pada jam 2 petang waktu tempatan di Nottingham menyaksikan kehadiran barisan pelajar baru, menandakan pesta sambutan pelajar baru (Pesta SPB) Nottingham bermula dengan penuh gilang gemilang.

Saya telah dihubungi oleh wakil Nottingham Malaysian Society, saudari Liyana dan Suhaila untuk menjemput 3 orang sahabat baru yang baru, yang baru sahaja tiba pagi tadi iaitu Darren dan 2 orang lagi rakannya. Mereka akan menyambung pelajaran setelah berada di University of Nottingham Malaysian Campus sebelum ini.

Namun kerana saya baru dimaklumkan konsultan saya bahawa saya perlu hadir ke klinik gynaecologi (yang juga pada jam 2 petang), sahabat saya Hazwan Aziz telah menawarkan diri untuk menjemput mereka bertiga di Broadmash Bus Station, stesen bas lama yang baru mendapat lampu cahaya putih baru-baru ini.

Dan alhamdulillah, Darren dan seorang rakannya, Fen Hong (betuk ke eja nama ni?) dapat bersama-sama kami berbuka puasa anjuran Islamic Society di Portland Building, bangunan utama di mana letakknya prayer room tempat kami beramai-ramai menunaikan solat tarawih pada setiap malam.

Juadah chicken wrap yang disajikan, bukannya satu, bahkan dua untuk setiap orang sungguh menyelerakan kami. Ditambahkan dengan 3 ketul ayam yang sungguh cair di dalam mulut kami semua.

''I think the food court is selling this chicken wrap 2 pound plus''

komen Wei Han pelajar senior yang turut bersama kami semasa berbuka puasa.

''So our food nearly 5 pound per person then!'' respon saya yang agak terkejut, kerana tidak pernah memikirkan kos makanan iftar sebelum ini.

Iyalah, asyik makan free sahaja. hehe.
Namun sememangnya di bulan Ramadhan ini, rezeki sangat murah, dan ramai insan-insan yang bermurah hati memberikan sumbangan di bulan yang Nabi Muhammad sangat suka bersedekah.

Semasa pulang, Fen Hong bercerita pengalaman berbuka puasa bersama sisters pula.

''They speak so fast that I keep on saying 'pardon' ''

InshaAllah lama-kelamaan semakin biasalah dengan pace percakapan di sini. Mungkin agar sukar untuk menangkap pada awalnya. Apa-apa pun, bagi Fen Hong, iftar tersebut 'was the best food I had ever had in Nottingham!'

Setelah membawa mereka keliling kawasan kampus, Darren dan rakan-rakan pulang semula ke rumah yang mereka tumpangi sekarang, iaitu rumah kepada sahabat kami, Lik Jin, yang merupakan bekas presiden NMS sessi yang lalu. Dia kini berada di Melbourne untuk menyambung pelajarannya.

Ternyata menyambut insan-insan yang baru tiba dan membanjiri bumi Nottingham ini merupakan sebuah pengalaman yang sungguh istimewa dan menjanjikan kenangan yang terindah. Semuanya mengingatkan kepada apa yang saya rasa, lihat, dengar dan tidak keterlaluan saya katakan apa yang saya bau semasa saya baru tiba dahulu.

http://img156.imageshack.us/img156/1881/rumahmudikesan.png
Saffuan, pandai-pandai lah kau teka rumah aku yang mana. =)

Saya menerima sebuah emel 'kejutan' berserta gambar 'lukisannya' daripada sahabat yang baru saya kenali, Saffuan, yang bakal berhijrah ke Nottingham tidak lama lagi. Sebenarnya kami sudah lama 'berkenalan', namun belum pernah bersua muka di alam realiti lagi. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan beliau ke Nottingaham, the City of Light ini.

Selepas tarawih, saya menerima emel daripada JPA, penaja saya yang menyatakan maklumat kedatangan rombongan besar pelajar tajaan JPA beberapa minggu lagi. Jika pada tahun lepas saya dapat berkhidmat dengan International Office sebagai pegawai sambutan pelajar di universiti, namun pada tahun ini inshaAllah saya boleh menjemput sahabat-sahabat yang akan tiba di lapangan terbang nanti, inshaAllah.

Sekali bah, sekali pasir berubah. Kepada bakal warga Nottingham, datanglah membanjiri Nottingham ini, dan jangan risau, tidak akan tenggelam bumi ini kerana kami ada sistem perparitan yang cemerlang! =)

No comments: