Wednesday, September 2

External Cephalic Version : berpusing dalam rahim

Seperti yang saya jangkakan dan tunggu-tunggu, pada Selasa lepas, saya berpeluang dalam kes External Cephalic Version. Bukan satu, malah dua ECV dapat saya saksikan!

Secara umumnya, ECV proses memusingkan bayi daripada keadaan songsang kepada keadaan normal, dengan menggunakan tangan daripada luar. Menarik bukan?

Bersama sang ibu
Ibu pertama, telah discan pada minggu lepas dan kedudukan bayi masih lagi Breech (songsang). Kalau songsang, lebih sukar untuk bayi ini dilahirkan secara normal.

Mengapa?

Kelahiran mudah apabila punggung bayi (bumps) berada di atas dan kepalanya di bawah. Apabila bidan mengeluarkan kepala dahulu, badang dan punggung lebih mudah untuk keluar.

http://img402.imageshack.us/img402/5004/brech.jpg

Bayi memang uni kerana kepalanya besar dan punggungnya kecil dan lembut. Manusia dewasa seperti anda yang sedang membaca kepala kecil daripada punggung anda.

Namun apabila kepala berada di atas, bayi berada dalam keadaan songsang. 3% kandungan ibu-ibu akan jadi macam ini ketika menghampiran 39 dan 40 minggu tempoh kandungan.

Saya memeriksa perut sang ibu untuk memastikan kandungan yang sudah mencecah 37 minggu ini masih lagi songsang atau tidak. Kalau masih songsang, kita akan pusingkan dia! Macam buat summersault di dalam uterus.

Ternyata masing songsang kedudukan bayi. Lalu sessi ECV pun dimulakan oleh consultant dan seorang senior registra. Perut sang ibu ditekan, ditekan dan ditekan dengan Ultrasound digunakan untuk memeriksa kedudukan terkini sang bayi.

tekan, tekan dan tekan......

Sehinggalah ke satu tahap, si ibu memang meraung, menangis. Allah...memang saya pun nak tumpang nangis sama...sehinggalah.....

''STOP HURTING HIM!!"

''we are not hurting him, he is fine, you can still the heart beating clearly'' si doktor menenangkan si ibu sambil menunjukan skrin ultra sound di hadapannya.

Subhanallah, sehingga ke tahap ini, perasa syahdu saya bertambah-tambah.

Rupanya raungan dan tangisan si ibu tadi itu bukanlah kerana kesakitan, tetapi semata-mata kerana risaukan anaknya. Sebenarnya dia masih tidak mengetahui jantina anaknya, nak surprise katanya....

Tapi cara dia nangis tu ibaratnya seperti seorang perempuan yang memang sakit sangat tapi tak tahu nak atasi kesakitan macam mana. Saya yang berada di sebelahnya pun tak tahu nak tolong macam mana. Namun rupanya raungan itu khas demi keselamatan anaknya. Subhanallah, besar sungguh kasih sayang ibu kepada anaknya, yang belum lahir lagi pun!

Bagaimana pula kasih sayang Allah kepada hamba-Nya? Maha suci Allah, mari kita sama-sama renungkan....

Kepada emak saya, di bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang, ingin saya pohon jutaan kemaafan...terima kasih mama!

1 comment:

anggerik melayu said...

alhamdulillah,baru je balik ward,clerk case for ONG case..tgah pk cmne dr pusingkan kpla baby tu..(ktrang tgok folder pt)hehe..dpt bljar term baru,ECV..tq