Semalam merupakan satu hari yang penuh bersejarah kerana sesuatu yang meningkatkan motivasi dan menimbulkan keinsafan di dalam diri saya telah berlaku. Ibu pertama melahirkan kembar tidak seiras dan ibu kedua melahirkan seorang bayi yang sungguh comel.
Melahirkan anak tanpa 'teman' di sisi
Ternyata walaupun si ibu kedua seorang yang selalu 'happy go lucky', dan gemar berjenaka, dan bakal melahirkan seorang bayi perempuan, namun pada saat beliau menanggung azab kesakitan hendak melahirkan anak, kenangan-kenangan dan masalah personal datang membelengu dan menghantui beliau.
Ternyata beliau sudah tidak sehaluan dengan suaminya, dan di dalam catatan rekod kesihatannya, nama bapanya diletakkan sebagai waris terdekat. Bahkan ketika sedang dalam proses kelahiran, beliau tidak membenarkan ibu tirinya untuk bersama-sama dalam detik kelahiran si bayi yang bakal lahir ke dunia itu. Dan akhirnya yang menjadi penemannya sepanjang proses contraction rahim sehinggalah si bayi terpacul keluar ialah pekerjanya, Rita (bukan nama sebenar) yang sungguh setia, dan pelawak juga.
Namun selawak-lawaknya, saya terkejut melihat Rita menangis teresak-esak sebaik sahaja doktor membuat potongan (episiotomy) di bahagian barat daya vagina (pukul 8) dan menarik dengan segala kekuatan agar sang bayi keluar, sehinggalah seluruh tubuh bayi keluar. Bukannya menangis kesedihan, namun tangisan ini tangisan terharuan dan tangisan kegembiraan menerima seorang lagi insan di dunia ini. Memang wanita kadang-kadang mudah menangis.
Proses kelahiran selalunya sukar pada proses melahirkan kepalanya, dan kebiasaannya, proses pengeluaran badan akan berlaku dengan pantas kerana saiz badan bayi yang lebih kecil. Namun ternyata bayi ini sangat besar, sehingga sang doktor terpaksa menarik si bayi.
Tarikkkkkkkk...
Si doktor menarik dengan meletakkan jari jemarinya di leher si bayi, dan terus menarik dan tarik lagi, manakala si ibu terus meneran bayi keluar.
''Push'' kata si doktor
''Well done!, lets do it again'' sambut kakak bidan (sebab muda lagi) memberikan inspirasi.
''Yes, a little bit more'' sambung saya pula
...Sehinggalah bayi terdampar nampak 'keletihan' di atas katil.
Alhamdulillah, semuanya selesai. Dan perlahan-lahan, saya melaungkan iqamah buat sang bayi. Biarlah kalimah mengagungkan tuhan kita semua didengari dahulu.
Wahai sang bayi, lahirmu kedunia tanpa mengetahui keperitan untuk memastikan engkau hidup dan menjadi seorang insan. Selalu dikatakan birth is the most dangerous journey most of us will ever make, dan layakkan kita untuk takabbur & sombong setelah dewasa?
8 comments:
well, i'm not modern, i guess. so, what is "patah kandar"?
pegang dkat leher lagi selamat eh time tarik baby tu instead of pegang kepala? i was thinking yang nanti baby tu suffocated plak. skull masih tak ckop kuat eh utk dipegang for pulling purpose? hoho.
boleh ke iqamahkan baby org tu? I mean, dont they feel awkward?
satu pembacaaan yg membawa keinsafan..
baby tu macrosomia ke? dystocia? oh...
erm, lepas raya nnt sy akan praktikal di labour room...
this is my 1st experience in labour room..so, kene prepare mentally n physically...
nice to read ur experience.
hai abang daus.. hensem la abg daus.. boleh berkenalan..???
dalam banyak2,nama Rita jugak yang dipilih..
dekat dengan nama maritha jiran sebelah rumah kot~
bestnyer dapat jadi doktor...
Post a Comment