Pokok semalu pokok perempuan?
“Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya,” si bapa mula berfalsafah.
“Pokok perempuan? Pokok pun ada lelaki dan perempuan ke?” tanya anak saya lagi.
“Ada. Pokok semalu memang pokok perempuan. Yop dah besar nanti Yop faham le” saya menambah.
Di dalam amalan tradisional, pokok semalu memang terkenal sebagai pokok herba yang digunakan untuk manfaat kaum perempuan. Pokok berkenaan jika direbus bersama buah manjakani dan asam keping, airnya berguna untuk membersihkan anggota sulit kaum perempuan serta mengembalikannya ke sifat asal terutamanya selepas bersalin.
Itulah pokok semalu, yang sepatutnya bagus dimanfaatkan oleh kaum perempuan dan mesti diteladani sifatnya.
Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh. Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah serta pelihara aurat dan diri.
No comments:
Post a Comment