Tahun berganti tahun, maka hari ibu datang lagi pada tahun ini. Saya teringat dalam satu terbitan Komik 'Kawan' pada 1990-an, muka depannya memberikan penghargaan kepada ibu yang bergelar guru kerana bulan ini merupakan dwi-sambutan kepada mereka - termasuk hari Guru yang disambut pada 16 Mei.
Ibu saya bukan seorang guru, namu ibu saya ialah guru saya.
Kadang-kadang saya terfikir bahawa Allah menciptakan semua manusia seorang ibu sebagai tanda Allah mahu menunjukkan kewujudan-Nya. Apabila memikirkan kasih sayang dan pengorbanan ibu kita, terasa kerdil sangat pembalasan yang boleh kita buat. Ibu sebagai jalan nak mengenal Allah. Kalau kasih sayang ibu magnitudnya ialah satu, bayangkan betapa besar kasih sayang sang Pemberi Kasih Sayang? Ibu kita penyayang, Allah Maha Penyayang.
Saya terkenang kesungguhan ibu saya datang melawat saya di Labu, dan kemudian keluar bersama-sama ke Kuala Lumpur, terutamanya di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Ibu saya membelikan buku dan makanan untuk dibawa pulang ke asrama. Salah satunya masih saya ingat lagi ialah kamus bahasa Arab, kerana kecintaan saya yang tinggi untuk mempelajari bahasa Arab. Buku itu masih lagi saya simpan.
Banyak kenangan semasa berada di Labu selama lima tahun, dan ibu (dan ayah) saya memwarnai episod espisod penting di dalamnya.
Pastinya lebih banyak kenangan-kenangan lalu, yang ibu saya pastinya lebih tahu.
Banyak salah silap telah lakukan pada masa lalu, semoga mama saya memaafkan saya, agar Allah juga dapat memaafkan saya. Seperti yang saya selalu beritahu kepada adik-adik saya - ''everyday is a Mother's Day to me''
Selamat Hari Ibu Mama.
No comments:
Post a Comment