1. Baru-baru ini empat orang pelajar SMA Persekutuan Labu menjuarai satu pertandingan debat Bahasa Arab peringkat kebangsaan. PAsukan ini mendapat bimbingan daripada Ustazah Salwa, salah seorang ustazah yang pernah mengajarku dahulu. Maklum balas daripada bekas pelajar kepada satu status Facebook di Group Alumni SMAPL sungguh menakjubkan - masing-masing mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Salwa.
2. Ini jelas menunjukkan bagaimana penghargaan dan penghormatan tinggi yang manusia suka berikan kepada 'ilmu'. Ini kekuatan ilmu kepada manusia. Manusia akan kasih dan menghormati insan yang lain atas kerana ilmu yang pernah diajarkan.
3. Barangkali jika seorang guru berkongsikan harta, seperti belanja makan dan sebagainya, pelajar masih boleh mengingati jasa baik guru tersebut. Namun ilmu meninggalkan impak dan kesan yang lebih luar biasa. Ilmu menguatkan rasa kasih seseorang kepada yang pernah memberikannya, walaupun setelah jangka masa yang lama.
4. Semasa kami di Nottingham mengajarkan anak-anak post graduate membaca al-Quran, saya terkenangkan guru-guru yang telah mendidik kami semua membaca Quran. Pahala yang diterima mereka sangat besar tidak terhitung.
5. Kami baca, dia (si guru) mendapat pahala. Kami mengajar generasi kedua, dia mendapat pahala. Generasi kedua membaca, dia mendapat pahala. Generasi kedua mengajar generasi seterusnya, masih dia mendapat pahala.
6. Ini belum dicampur pahala mengamalkannya.
MashaAllah. May Allah bless us all.
0 comments:
Post a Comment