Thursday, April 16

Hilang barang

1. Kadang-kadang kita tak menghargai sesuatu yang berada dekat dengan kita. Apabila tiada, barulah kita akan mula tarasa kehilangan dan terkenangkannya.

2. Apabila kita hilang sesuatu barang, memang kita akan risau pada mulanya. Tidak kurang ada juga yang marah. Marahkan diri sendiri gamaknya, for being so clumsy.

3. Hari ini semasa di perpustakaan Hospital Derby, saya baru tersedar yang thumb drive yang selalunya berada di kocek kiri saya tidak ada di tempatnya. Lepas tu saya terfikir, kalau betul lah hilang thumb drive ini, jadi saya tidak perasa pun kehilangannya sejak kali terakhir saya menggunakannya iaitu semalam.

4. Lalu saya bertanyakan kepada akak perpustakawati

''I'm not sure whether I'd left my thumb drive here yesterday or not''

''could you please describe it for me, please?''

''it's a Toshiba, white in colour''

5. Alhamdulillah, akak perpustakawati terus meluru ke bilik di belakangnya dan mengambilkan sebuah thumbdrive yang serupa macam saya punya. Lega rasanya.

6. Seronok rasanya menjumpai barang yang telah kita hilang. Saya pernah mengalami satu pengalaman yang sama semasa di tempat wudu' Lapangan Terbang Birmingham, UK. Saya tertinggal jam di tempat wudu', dan apabila kembali ke tempat itu semula, jam tangan tersebut sudah tiada.

7. Namun, apabila ke kaunter 'lost and found', ternyata ada individu yang bak hati telah menyerahkan jam saya di sana. Memang takjub juga saya pada mulanya, tetapi itulah kisahnya!

8. Inilah nilai-nilai Islam yang wajib kita contohi. Terasa selamat dan mengembirakan hati jika kita hidup hidup dalam masyarakat yang amanah, jujur dan hormat-menghormati.

9. Teringat satu lagi pengalaman ketika hari pertama saya tiba di Malaysia semasa cuti musim panas yang lalu. kira-kira bulan Jun 2008.

10. Telefon bimbit saya tercicir semasa dalam proses membuat nombor baru di salah sebuah kedai syarikat telekomunikasi tanah air di Alor Star. Apabila saya patah balik, telefon telah lesap entah ke mana! Apabila ditanya kepada pakcik jaga di situ, katanya

''kalau jatuh, habih la adik oi''

11. Memang frust, tetapi teringat sebuah hadith Nabi ''sabar pada 'tamparan' pertama''

12. Kesimpulannya sahabat-sahabat sekalian, kalau hilang benda, jangan frust. Banyak lagi benda kita tak hilang. Paling penting, Islam dan Iman kita tak hilang lagi.

Cheers!

2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Salam.... Bila baca kisah ni saya tertarik dan nak kongsi pengalaman saya tentang barang hilang ni. Bukan nak perkecilkan rakyat Malaysia tapi itulah hakikat yang kita kena terima masa kini di bumi yang bernama Malaysia. Tahun lepas setiap bulan saya travel ke Korea untuk satu projek disana. Ada 2 peristiwa yang terjadi. Yang pertama saya tertinggal duit dalam matawang Korean Won sebanyak lebih kurang 1 juta lebih yakni RM3000++. Memang saya lupa sebab perasaan saya katakan duit tu ada dalam beg sandang saya. Bila saya balik hotel, receptionist tu terus sapa saya then serahkan duit tersebut pada saya. Masa tulah saya tahu yang duit saya tu takde didalam beg. Peristiwa kedua, masa di factory diorang saya tertinggal Digital caliper dan Digital camera Samsung di kawasan production. Selepas sehari meeting kat luar kitorang balik semuala ke factory tapi yang kitorang respek benda tu tetap ada ditempat yang kitorang tinggalkan tu. Padahal terlalu ramai operator dikawasan tu tapi semua jenis jujur then wat tak tahu je tentang barang tu. Mak oiiii.. memang saya respek ngan kejujuran diorang. Lagi satu benda yang ingin saya kongsikan tentang laptop. Kalau kat Malaysia janganlah sesekali tinggalkan laptop didalam kereta. Mesti pecah cermin kereta tu. Tapi bila saya ke Korea, Jepun and Taiwan diorang kat sana pelik bila kita tanya safe or not when leave it laptop in car. Kadang2 malu beb nak tanyer....

Anonymous said...

nak share jugak . teringat 2 tahun yang lepas , dalam Komuter yang sangat padat dengan manusia. sekeliling saya semua laki.. plus x der tempat bertaut. u know what , dalam keadaan yang sesak tu ada seorang perempuan menghulurkan tangan dan bersedia membantu saya , walhal saya x kenal dia pun. bg saya itu sesuatu yg menakjubkan. sedikit demi sedikit dia menarik saya kehadapan dan akhirnya saya benar2 berada dihadapan dia. she's so sweet macam candy. bukan setakat menghulurkan tangan , tetapi dia menarik saya keluar dari keadaan yang sangat batil itu. Allah hu rabbi . orang islam ni sangt bagus dan beretika.