Sunday, September 2

Pinjaman kepada biasiswa

Saya merupakan salah seorang pelajar yang ditaja oleh kerajaan Malaysia. Kadang-kadang, sayang terlupa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan melalui rezeki ini, sehinggalah saya disedarkan. Dan apabila terbaca laporan akhbar Berita Harian pada 2 September 2007, saya betul-betul terharu dan mengharapkan saya lebih bersyukur dan ingin juga nak ucapkan tahniah kepada saudara Fairuz kita ni, best student dari UNITEN.

Akhirnya, pinjamannya yang berjumlah RM 80,000 telah ditukarkan kepada biasiswa. Walaupun ini berlaku sekelip mata, namun ia pastinya tidak semudah itu. Mari sama2 kita baca keratan akhbar ini;

Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten

Oleh Norliza Abdullah

BANGI: Graduan terbaik keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Ke-10, Mohd Fairuz A Gani, menganggap penukaran pinjaman pendidikan Yayasan Tenaga Nasional Berhad berjumlah RM80,000 kepada biasiswa sebagai satu hadiah begitu bermakna dalam hidupnya.

Mohd Fairuz, 23, lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang kini Eksekutif Kanan di Bank Negara berkata, sebahagian daripada pendapatan yang sepatutnya diguna untuk membayar balik pinjaman pendidikan itu akan menjadi tabungan bagi meneruskan pengajian dalam program profesional.

"Biasiswa ini adalah satu pemberian paling bermakna dalam hidup saya kerana saya seolah-olah menerima wang yang begitu banyak tanpa perlu membayarnya semula selepas menamatkan pengajian," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan wakil graduan pada majlis konvokesyen itu.

Majlis itu disempurnakan Canselor Uniten, Yang di-Pertua Negeri Pulaul Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas.

Hadir sama dua Pro Canselornya, Tan Sri Dr Abu Zarim Omar dan Tan Sri Dr Amar Leo Moggie serta Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mashkuri Yaacob.

Pada konvokesyen selama dua hari yang bermula semalam itu, seramai 607 graduan menerima Ijazah dan Diploma masing-masing.

Mohd Fairuz, anak ketiga daripada empat beradik yang berasal dari Pontian, Johor, mencatatkan nilai purata gred keseluruhan 3.73 dan pencapaian cemerlang itu mencerminkan kesungguhannya untuk menjadi yang terbaik di kalangan pelajar Uniten sepanjang tempoh pengajian.

Katanya, beliau bersyukur kerana usaha bersungguh-sungguh sepanjang 10 semester mengikuti pengajian membolehkannya menimba banyak ilmu dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dengan rakan serta pensyarah.

"Petua kejayaan saya ialah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dewan kuliah di samping mewujudkan kumpulan ketika belajar," katanya.


*********************************************************************
Ada di antara sahabat saya yang tidak berjaya menempatkan diri ke universiti di luar negara, dan kini menuntut di UNITEN. Hah, ini sebenarnya cabaran buat korang. Gagal sekali tak semestinya terus gagal je.

2 comments:

Muqreez said...

Oh..i think i know him..hes my junior..a well polished and polite boy...dah terputus hubungan

saleh said...

fairuz gani tu satu floor office ngan aku...tehehe