Thursday, August 30

Saya pada 26 Julai 2007

Secara umumnya, kesemua kampung-kampung yang kami pergi dalam Misi Kemanusiaan Kemboja 2007 terletak kira-kira di antara satu jam dan satu jam setengah perjalanan daripada pekan Kampong Cham. Ini kecuali kampung ketiga yang kami lawati, kerana kami menggunakan bot untuk sampai ke kampung dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja. Namun satu persamaan di antara semua kampung yang kami lawati ialah kehidupan mereka sangat daif.



KAMPUNG PERTAMA: Kg Ang Tung So

Kampung Ang Tung So secara literalnya bermaksud belut. Pada 26 Julai, kami bertolak seawal jam 7 pagi setelah bersarapan di pekan Kampong Cham. Perjalanan ke kampung ini adalah yang paling lama, dan jalan yang kami lalui menaiki van amat mencabar, kerana semakin kami menghampiri kampung ini, semakin teruk keadaan jalan yang sememangnya tidak berturap dengan tar. Permukaan jalan yang tidak rata bertambah buruk dengan adanya lopak-lopak air di sana sini. Namun begitu, sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan lagu-lagu bahasa Khmer dan bahasa Inggeris secara selang seli yang dimainkan oleh pemandu van kami, Encik Bon Ho.

Di pertengahan jalan, kami melalui Kg Krabai, sebuah kampung yang akan kami lawati pada hari kelima nanti. Ketibaan kami di Kg Ang Tung So lebih kurang jam 8.30 pagi mendapat sambutan meriah dari penduduk kampung yang telah menunggu ketibaan skuad kami, malah mereka telah mempersiap surau dan madrasah di sebelah surau sebagai tapak majlis khatan dan klinik.


Berhenti rehat sebentar di Masjid Kg Krabai. Kelihatan Abdus Salam, pelajar perubatan Kemboja mencekak pinggang.


Meriahnya! Tak sabar makcik-makcik ni nak mendapatkan rawatan kesihatan. Beginilah keadaan ketika kami tiba.


Berus gigi beserta ubat gigi percuma diedarkan kepada kanak-kanak sebelum mereka diajar teknik gosok gigi yang betul.

Kapten misi, saudara Amin menyerah sumbangan muqaddam kepada Imam Masjid Kg Ang Tung So, sambil disaksikan oleh Dr Mousin, presiden Persatuan Perubatan Islam Kemboja.


Dari pagi hingga ke waktu Asar, kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan, khatan, dan memberikan ubat-ubatan kepada penduduk kampung mengikut preskripsi dikeluarkan doktor-doktor yang bersama skuad kami seperti Dr Sokry (bakal doktor), Dr Mousin (sebut: Muhsin), dan Dr el-Boravy. Di samping itu, pada sessi pagi, pendidikan pergigian juga diberikan kepada penduduk kampung dengan sasaran utama ialah kanak-kanak. Seronok budak-budak tu dapat berus gigi dan ubat gigi percuma! Saudari Iza, pelajar pergigian di Cork, Ireland telah mengendalikan sessi tersebut dengan Dr el-Boravy telah bertindak selaku penterjemah kepada bahasa Cham. Dan selepas solat Asar pula, derma dalam bentuk kewangan dan al-Quran serta muqaddam diberikan masing-masing kepada ketua kampung dan imam surau.

Ketika menjaga meja pendaftaran klinik, saya menjangkakan akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dalam usaha mendapatkan nama dan umur daripada penduduk kampung. Namun begitu, kami beruntung kerana terdapat beberapa warga kampung yang fasih berbahasa Melayu. Yahoooooo! Memang seronok sangat.

Pada mulanya, saya telah bertanya kepada Farouqin, salah seorang pelajar perubatan yang bersama kami, maksud "siapakah nama awak?" dan "berapa umur" dalam bahasa Khmer. Jadi, apabila saya bertanyakan kepada penduduk kampung, situasinya lebih kurang begini;

Saya: Chemo ai? (Siapa nama?)
Timah* : Timmah
Saya: Agok pon man? (Berapa umur?)
Timah*: !#$%&€$
Saya: (alamak!)

*bukan nama sebenar

Saya tak tahu angka dalam bahasa Khmer. Dalam keadaan saya terpinga-pinga, tiba-tiba kedengaran suara di sekitar saya berkata: "50!". Tersenyum sendiri saya pada ketika itu melihat kanak-kanak perempuan yang telah membantu saya itu, kerana dengan adanya 'penterjemah' macam ni, senang sikit kerja sepanjang hari ni! Sebenarnya, kanak-kanak perempuan tersebut sedang menunggu giliran, jadi setelah sampai gilirannya untuk pendaftaran, dan dia berlalu pergi untuk ke meja seterusnya iaitu meja untuk pemeriksaan tekanan darah, saya ingatkan sudah hilang 'penterjemah' saya. Namun sangkaan saya meleset, kerana ada pula seorang kakak membantu saya menterjemahkan bagi penduduk kampung yang tidak boleh berbahasa Melayu. Begitulah keadaannya sehingga ke waktu petang. Kadang-kadang tu, sampai 2-3 orang terjemah serentak...baik betul diorang ni......


Ramainya menunggu giliran. Sekarang turn adik botak berbaju merah pula.....


Faiz sedang tekun menyedia local anesthetic untuk khatan


kami telah dijamu dengan makanan tradisi. Ulam Je dan kuah kacang pasti menjadi hidangan di setiap kampung yang kami singgah


walaupun pada mulanya agak malu-malu, akhirnya adik berbaju kuning dan bertudung merah ini yang telah menjadi penterjemah saya telah sudi bergambar bersama sebelum pulang.

Wednesday, August 29

FAKTA KAMPONG CHAM

Kampong Cham merupakan sebuah wilayah di Kemboja. Kalau di Malaysia, kita panggil negeri.

Apa bezanya Negeri (state) dan wilayah (province)? Saya rasa, negeri ada pentadbiran dan sedikit undang-undang sendiri, sperti di malaysia, setiap negeri ada sultan. manakala wilayah pula, hanya kawasan yang di satukan di bawah satu pentadbiran dan pemerintahan

Pusat bandar Kampong Cham ialah Kampong Cham. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di Kemboja dengan penduduk seramai 63,771 orang (2006). Ia merupakan sebuah pekan yang strategik kerana terletak di Sg Mekong, dan terletak kira-kira 124 kilometer di timur laut bandaraya Phnom Penh. Jadi kalau nak ke Kampong Cham, boleh guna jalan darat atau melalui Sg Mekong yang popular itu. Semasa Misi Kemanusiaan Kemboja bersama Persatuan Perubatan Islam Kemboja, kami telah berada di Kampong Cham selama 7 hari dan telah menjelajah masuk ke lima buah kampung untuk menjalankan klinik bergerak, dan majlis khatan secara percuma kepada penduduk kampung.


23 Julai- Tiba di Phnom Penh
25 Jul - Bertolak ke Kampong Cham menaiki van
26 Jul - Masuk Kg Ang Tung So
27 Jul - Masuk Kg Serai Ville
28 Jul - Masuk Kg Ban Pbrul
29 Jul - Masuk Kg Po Ti An
30 Jul - Masuk Kg Krabai
31 Jul - Bertolak ke Siem Reap
1 Ogos - Ke Tasik Tonle Sap
2 Ogos - Ke Angkor Wat
3 Ogos - Pulang ke Kuala Lumpur


seterusnya....5 kampung sekilas pandang

tonle sap

"akak, macam mana nak kayuh ni, banyak halangan?"

Gambar ini saya ambil ketika menaiki bot di pinggir Tasik Tonle Sap, Kemboja. Dua kanak-kanak miskin yang hidup susah sejak kecil, dan mungkin akan terus kekal hidup sebegini sampai dewasa. Tasik ni selalunya hanya seluas 2,500 km persegi. Walaupun perkataan 'hanya' digunakan, tetapi kita kena ingat, keluasan negeri Perlis pun ialah lebih kurang 810 km persegi. Jadi, tasik ni memang dah sangat luas, dah macam laut pun kalau kita yang kecil ni tengok sendiri dari bot.

Namun begitu, ketika musim monsun, Sungai Tonle Sap yang menghubungkan Sg Mekong ynag panjang tu dan tasik ini akan mengalir dalam arah yang bertentangan. Jadi, air dari Sg Mekong akan mengalir masuk ke utara ke Tasik Tonle Sap, menjadikan keluasan tasik ini kepada 12,000 km persegi! Manakala kedalamannya pula ialah 9 meter. Keluasan negeri Kedah pun ialah 9,426 km persegi. Kelantan pula 14,922 km persegi. Bayangkan hampir seluruh Kelantan daripada Kota Bharu ke Gua Musang penuh air je....

Jadi, di pinggir tasik yang luas sungguh ni, banyak perkampungan terapung atas air. Saya telah berpeluang ke Kampung terapung Chong Khneas, kampung yang paling dekat dengan bandar Siem Reap, kota yang popular dengan Angkor Wat-nya. Sekarang merupakan masa air sedang naik, jadi mereka akan berpindah ke sebuah bukit berdekatan untuk sementara sahaja. Ya, untuk temporary sahaja, kerana selepas air surut, mereka akan kembali ke tapat air yang sama. Penduduk kampung ini bukannya tak mahu berpindah dari Tonle Sap ni, cuma tak ada duit nak beli tanah, apatah lagi nak buat rumah.


beginilah cara hidup mereka yang miskin. mandi bukan di tepi tasik, tetapi di atas tasik!

Sepanjang perjalanan menaiki bot, di kiri kanan penuh dengan rumah-rumah, kedai, klinik, sekolah, malah gelanggang bola keranjang yang pelbagai guna yang semuanya terapung di atas air.

Beberapa fakta menarik:

1. Kebanyakkan penghuni kampung ini terdiri daripada orang Vietnam yang datang mencari makan di sini. Mereka boleh dibezakan daripada orang Khmer dan Champa (dua bangsa utama Kemboja) melalui susuk tubuh yang lebih kecil dan mata yang lebih sepet.

mereka mengejar bot pelancong di sini, dan menjual makanan dan minuman. ini lebih baik dari suatu masa dulu, apabila mereka sekadar meminta sedekah dengan memautkan sampan mereka ke bot pelancong. namun, kehidupan mereka tetap sukar.

2. Untuk mengenali bot-bot yang dimiliki oleh orang Vietnam sangat mudah. Bot mereka memiliki lukisan mata ikan di hujung sebelah hadapan bot.

salah sebuah bot dengan mata ikan di hadapanya, kiri dan kanan.


3. Terdapat 27 keluarga muslim di Kg Chong Khneas ini, dan terdapat sebuah surau. Mereka mengambil wuduk dengan tunduk mengambil air dari tasik. Hah, siapa yang tak biasa dengan teknik mereka, kalau silap cara, jatuh lah dalam air.


makcik ni rumahnya sebelah surau. Langkah sebelah kaki je dari surau, sampai rumah dia. Anak dia yang uruskan surau.

hujan di alor star

Cuaca di Alor Star dan kawasan berdekatan asyik hujan lebat. Memang lebat sangat dan berterusan. Dah lah sambutan kemerdekaan semakin dekat. Bukan apa, kalau berterusan macam ni, tak boleh lah pasukan-pasukan yang berlatih kawad perbarisan meneruskan latihan.

Lebih teruk lagi kalau semasa hari perbarisan 31 Ogos nanti, hujan lebat! Kesian kat diaorang yang penat berlatih, dan kepada pengurusan yang sibuk menguruskan persiapan sambutan peringkat negeri kedah di Pekan Rabu nanti.

cari mentol putih


Sebelum nak kembali ke UK 20 September, saya ingat nak cari mentol putih untuk lampu meja ni. Sebelum balik dari UK jun lalu, saya sempat beli lampu meja klasik ni di jualan but kereta di Derby. harganya GBP 1.50 je. Sepanjang tahun lepas, hall dah siapkan lampu meja, jadi bila masuk rumah sessi akan datang ni, lampu meja kene sendiri lah.

Tapi lampu meja ni mentolnya warna oren. Jadi, kena cari mentol berwarna putin jenis skru. InshaAllah, senang nak studi tahun depan.

20 September makin dekat



Tak lama lagi, saya inshaAllah akan balik ke UK kembali. Tahun kedua akan bermula. Gambar kat atas ialah ketika perjalanan pulang kami dari UK ke Malaysia pada pertengahan Jun lepas. Masa tu di Lapangan Terbang Gatwick, London.

Kepada yang tak kenal Asma dan Pie, mereka berdua ni belajar perubatan di Notts juga. Sayang betul Pie dan Asma' dengan famili diorang. Sebab tu lama betul memilih minyak wangi untuk mereka. Bagus betul diorang ni.

Wednesday, August 8

Mantap sungguh Kedah

Mantap betul pasukan Kedah tahun ni. Harap-harap, menang juga Piala Malaysia nanti!