Gambar rawak...
Mahathir menerima perlantikan daripada Tun Hussein Onn. Tetapi di hujung usianya, Tun Hussien Onn bergandingan dengan Tunku Abdul Rahman mengkritik Mahathir bagi pihak pembangkang pada ketika itu.
Tun Ghafar menjadi TPM sehingga tahun 1993. Kemudian Anwar menggantikan beliau, dan beliau meninggal dunia pada tahun 2006. Siapa menyangka pada tahun 2010, anaknya, Tamrin bin Ghafar akan berada sepentas dengan Anwar, namun bukan lagi di pentas UMNO.Mahathir lantang sejak muda lagi, Pernah bertelingkah dengan PM ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Beliau pernah tewas di dalam pilihanraya kepada Tuan Guru Yusuf Rawa yang kemudiannya menjadi Yang diPertua PAS.
Mahathir menerima perlantikan daripada Tun Hussein Onn. Tetapi di hujung usianya, Tun Hussien Onn bergandingan dengan Tunku Abdul Rahman mengkritik Mahathir bagi pihak pembangkang pada ketika itu.
Mahathir bergambar bersama cangkul. Beliau sememangnya seorang yang berjaya menempa nama sebagai seorang pemimpin yang berkarisma. Rekod sebagai Perdana Menteri negara yang paling lama berkhidmat pastinya sukar ditandingi, baik oleh Datuk Seri Najib sendiri yang nampak semakin goyah sejak akhir-akhir ini.
Tampil pula Anwar. Anak muda yang cepat meningkat naik dalam tangga politik tanah air. Ada orang kata ''kalau kita cepat naik, kita cepat turun''
Operasi Lalang 1987. Semasa Pak Lah diserang bertubi-tubi oleh Mahathir semasa menjadi PM, Pak Lah menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tidak akan melalukan perkara seperti Operasi Lalang.
Tun Dr M ditemani dua jururawat selepas pembedahan pintasan jantung pada tahun 1989, 2 tahun selepas UMNO diharamkan. Wajahnya tidak banyak berubah. Anak-anak muda yang lahir pada dekad 1980-an membesar dengan mengenali pemimpin mereka dengan hanya satu nama, iaitu Dr Mahathir...
Tun Ghafar Baba dikatakan sama-sama berjuang dengan Dr Burhanudin al Helmy. Cuma Dr Burhanudin Helmy pulang ke rahmatullah lebih awal. Tun Ghafar memegang rekod sebagai antara wakil rakyat paling lama menjadi YB, dan menyertai pilihanraya sejak tahun 1955!
Kemudian tiba pula era Dato Seri Anwar Ibrahim. Diberikan kepercayaan memegang jawatan Menteri Kewangan (kini PM yang memegang jawatan ini) dan hingga pernah memangku jawatan PM.
Almarhum Sultan Johor bersama Mahathir
Anwar dan Mahathir semasa perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Beza umur mereka 22 tahun, menjadikan hubungan mereka ibarat ayah dan anak.
Siapa menyangka pada suatu ketika di masa depan, tiada lagi senyuman dan tawa antara mereka? Siapa yang benar dan siapa yang bersalah, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Di tengah ialah Hamid Othman, penasihat agama pada zaman tersebut. Tak pasti di mana beliau kini.
Almarhum Sultan Johor bersama Mahathir
Almarhum Sultan Johor bersama Pak Lah. Perdana Menteri silih berganti. Sebaik naik menjadi PM, Pak Lah menjanjikan beberapa pembaharuan dan 'pembetulan', namun kepimpinan beliau tidak kekal lama.
Sempat lagi Anwar hadir majlis kahwin anaknya. Kemajuan teknologi kamera menjadikan gambar semakin jelas, cantik dan penuh warna.
Sampailah kita di zaman P Kamalanathan (yang namanya disifatkan TPM kini, Muhyidin Yassin sebagai simbol 1Malaysia (what??) ). Mahathir sudah berusia 41 tahun ketika Kamalanathan baru lahir, dan kini beliau sedang menjengah masuk sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru.
Kewujudan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang dlihat mustahil pada suatu ketikan dahulu. Malaysia menuju ke arah sistem dua parti.
Pemimpin datang, pemimpin pergi. Usia kita semua semakin bertambah. Ke mana kita arahnya setiap detik yang berlalu?
4 comments:
Entri yang informatif.
terima kasih
=)
post post diagramatik yang sangat dramatik.
cuma aku kurang jelas jika ada motif nyata disebalik entri ini. dan entri sebelumnya.
gambar pak lah macam telah diedit kepalanya.
Apa conclusion entry ni?
Post a Comment