Monday, August 8

Wanita dan budaya orang Asia

Saya teringat penganalisa politik Dr Muhaimin Sulam ada pernah menceritakan bagaimana suasana politik Asia yang secara tradisi boleh mengangkat wanita sebagai pemimpin utama yang timbul daripada adat menghormati ahli keluarga pemimpin tersebut. Masyarakat hormat akan ahli keluarganya lalu tak kisah dan boleh menerima wanita ini sebagai pemimpin.

Dan dengan rasminya perlantikan Yingluck Shinawatra sebagai PM Thailand, menarik utk kita analisa fenomena ini dengan lebih terperinci, termasuk melihat pemimpin-pemimpin terdahulu di Asia.

Antara yang paling 'famous' mestinya Aung San Suu Kyi, anak kepada Jeneral Aung San, bapa kemerdekaan Burma. Beliau baru sahaja dilepaskan daripada tahanan rumah ada tahun lepas.

Sebelum ini kita ada Allahyarhamah Benazir Bhutto pernah menjadi PM Pakistan sebanyak dua kali, dan ayah beliau sendiri merupakan PM Pakistan sebelum ini (Zulfikar Ali Bhutto).

Gloria Macapagal-Arroyo
merupakan bekas President Filipina, anak bekas presiden Macapagal yang terbabit dalam konfrontasi tuntutan ke atas Sabah dengan Malaysia.

Di India pula ada Sonia Gandhi yang mengetuai Indian National Congress Party (INCP) dan pernah dilantik sementara sebagai PM mengetuai kerajaan campuran pada 2004, tapi dengan secara hormatnya melantik Manmohan Singh sebagai PM kerana sentimen rakyat yang tak boleh terima individu kelahiran 'asing' sebagai PM (beliau lahir di Italy). Beliau merupakan isteri Rajiv Gandhi, bekas PM India.

Sebelum ini juga kita ada Indira Gandhi, PM India pada era 1960-an yang merupakan anak kepada Jawaharlal Nehru, PM pertama India.

Begitu juga di Indonesia kita ada Megawati Setiawati Sukarnoputri, anak bekas Presiden pertama Indonesia.

Di Sri Lanka pula ada Sirimavo Bandaranaike, PM pada era 1990-an, isteri bekas PM dan ayahnya pula merupakan bekas Presiden.

Utk lebih memahami adat dan budaya politik ini, kita boleh lihat dalam masyarakat kita sendiri. Datuk Seri Wan Azizah sendiri diangkat menjadi MP Permatang Pauh mengantikan suaminya Anwar Ibrahim, dan kemudian Presiden Parti dan seterusnya Ketua Pembangkang Wanita pertama negara. Walaupun beliau merupakan seorang yang soft spoken. Anak mereka iaitu Nurul Izzah sendiri menang di kawasan Parlimen yang besar , Lembah Pantai, mengalahkan 'gergasi Wanita Umno ' iaitu Datuk Sharizat (yang merupakan Ketua Wanita Umno!).

Dan paling terkini kita melihat sendiri Yingluck Shinawatra diangkat menjadi PM wanita pertama dalam sejarah panjang Thailand. Abang beliau pasti masih dikenali bekas PM yang ditumbangkan tentera iaitu Thaksin Shinawatra.

Barangkali menarik utk kita lihat bagaimana wanita2 muda beraksi sebagai pemimpin utama. Orang kata wanita sukar mengawal emosi dan sebagainya. Boleh ke jadi PM yang bagus? Barangkali boleh diulas dalam tulisan yang lain.

Yingluck
pun baru sahaja berusia 44 tahun, jauh lebih muda daripada PM kita Datuk Najib. Baru-baru ini perlantikan Hina Khar sebagai Menteri Luar Pakistan agak mengejutkan ramai pihak. Umurnya masih muda (34 tahun!) dan masih lagi cantik bergaya dan muda belia, bagaimana agaknya mereka ini bertindak sebagai pemimpin utama. Kalau tak salah ayah Hina Khar juga merupakan bekas pemimpin politik.

Margaret Thatcher (the Iron Lady) bekas PM Britain pada zaman Mahathir baru naik dahulunya (1980-an) mula berkuasa pada usia 50-an..barangkali memang beliau memang 'besi habis' sehingga mampu bertahan lama sebagai pemimpin nombor satu antara kuasa besar dunia.

Andai dirimu dilanda rasa malas

Wahai teman, wahai rakan yang dimuliakan,
Pada suatu ketika jika anda rasa terbeban dengan kerja-kerja..
Klik butang syukur, kerana anda masih mempunya kerja,
Untuk meraih rezeki yang halal menyara keluarga.

Andai pada suatu ketika rasa terbeban untuk belajar,
Segeralah memakai topi syukur kerana Allah masih memberikan peluang belajar,
Jauhilah perasaan malas, rasa 'tak boleh' dan sukar,
Allah sayangkan anda, lalu Allah berikan nikmat belajar,
lalu ditambah dengan ujian belajar.

Bayangkan betapa ramai yang dinafikan nikmat menuntut ilmu,
Berapa ramai yang tiada upaya untuk belajar
Lantaran menghidap 'learning disability'

Betapa ramai yang tiada panca indera untuk melihat mendengar dan menyebut,
Lautan ilmu utk ditimba hanya tinggal cita-cita sahaja..

Betapa ramai yang tiada upaya kewangan untuk belajar di sekolah,
Betapa ramai yang daripada menara gading mereka dinyah,
Gagal peperiksaan dan disepak keluar,
Tiada mampu lagi untuk belajar.

Belajarlah wahai teman,
Belajarlah wahai rakan,
Jelajahilah sempadan timur dan barat,
Cari semula pertama-pertama yang hilang,
Emas dan kekayaan ilmu yang disodok keluar.

Jangan belajar kerana bongkak,
Kesan daripada hati yang rosak,
Rasa nafsu mahu superior,
Orang lain lebih inferior,

Orang yang belajar kerana pangkat dan kuasa semata,
Akan terkena paku buah keras.
Tatkala dirinya superior, dia rasa dialah yang teratas. Dia yakin adanya kasta sedemikian rupa.
Dirinya belajar luar negara, fasih berkata dan berbahasa antarabangsa.
Namun jika pada suatu ketika nikmat ditarik ujian melanda,
Dirinya pula akan terkena. Saat itu dirinya sudah inferior.

Superior-inferior ini wujud dalam alam maya dalam dirinya. Terperangkap, tak mampu tak lari ke mana.

Namun bagi mukmin ini berbeza.
Ilmu adalah tuntutan ugama,
Besar ilmu menjadikan lebih mengenal sang Pencipta.
Kecil ilmu menuntut dirinya lebih berusaha,
Sebagai satu ibadah mendekatkan diri kepadaNya.

Ya Allah, terimalah ibadah kami,
Berkatilah ilmu. Moga bermanfaat kepada seluruh alam.

Perjuangan seorang doktor muda