Sunday, August 17

Tun Syed Ahmad Shahabuddin

Majlis Bacaan Yaasin

Pada Jumaat yg lepas, saya berpeluang ke rumah Allahyarham Tun Syed Ahmad Shahabuddin. Mesti ramai yg pernah dengar nama beliau, tetapi tak mengenali sangat beliau. Majlis bacaan Yaa Sin diadakan selepas solat Jumaat. Lebih kurang 50 orang tuelah hadir.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 7 Julai yg lalu...baru lagi ni. Walaupun dia bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, namun dia ada rumah di Alor Setar kerana diabekas MB Kedah.

Rumah yg saya pergi ni ala-ala mewah tetapi kuno. Gaya-gaya klasik (rasanya anda dapat merasainya). Penghawa dingin pun jenis standing on the floor, bukan yg jenis terbaru seperti yg banyak digunakan sekarang ni. Banyak hadiah2 dan cenderahati yg diperoleh beliau yang ada dalma rumah tu, contohnya yg diperoleh semasa merasmikan sesuatu majlis atau program. Gambar Tun Mahathir pun ada.

Masa ini lah saya terfikir, harta, hadiah dan semua kemewahan dalam rumah tu tak dapat bersama-sama beliau ke dalam kubur...Semuanya stay dalam rumah je...tak bergerak....

Al-fatihah..semoga Allah berkati ruhnya...

Data pemergian beliau

Waktu meninggal dunia: 7.45 pagi
Sebab meninggal dunia: sakit tua
Balu: Toh Puan Marfuza Sheikh Mohd Osman.

Persemadian: Makam Pahlawan di Perkarangan Masjid Al-Azim, Melaka

Tarikh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka : 4 Disember 1984 hingga 3 Jun 2004
Adik beradik: anak ketiga dari lima beradik.


* semasa allahyarham menjadi MB Kedah dulu, mesti beliau tidak pernah menyangka yg beliau akan disemadikan di Melaka kan?

Biodata beliau

Allahyarham Tun dilahirkan di Kulim, Kedah pada 4 Mei 1925 telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim dari tahun 1932 hingga 1935.

Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke Kolej Sultan Abd Hamid dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1947 dan menamatkan pengajian di Universiti Pittsburgh, USA pada 1957 dalam bidang Pentadbiran Awam.

Allahyarham Tun berpengalaman luas dan aktif dalam politik. Beliau menjawat jawatan Penolong Setiausaha UMNO Negeri Kedah (1951 – 1954) dan sebagai Setiausaha UMNO Negeri Kedah dari 1954 hingga 1967.

Pada tahun 1967 hingga 1978, beliau dilantik sebagai Ketua dan Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kedah dan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Di samping memegang jawatan politik, beliau menyandang beberapa jawatan kerajaan. Beliau menjawat jawatan Menteri Besar Kedah pada tahun 1967 hingga 1978.

Pada tahun 1978, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan kemudian dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 1982 hingga 1984.

Pada 4 Disember 1984 beliau dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dan mengakhiri perkhidmatan pada 3 Jun 2004 setelah berkhidmat selama hampir 20 tahun.

Ketika hayatnya, Tun berkahwin dengan Toh Puan Sharifah Hanifah Syed Alwi pada tahun 1950 dan telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan empat perempuan.

Toh Puan kemudian meninggal dunia pada 5 Julai 1993 di Kuala Lumpur. Tun selepas itu berkahwin pula dengan Toh Puan Datuk Seri Utama Mahfuza Syed Sheikh Mohd Osman pada tahun 1960 dan dikurniakan empat cahaya mata iatu dua lelaki dan dua perempuan.

Di samping aktif dalam politik, Tun juga aktif dalam persatuan, di mana beliau telah memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi Majlis Kebangsaan Persatuan Jaksa Pendamai (JP) Malaysia, Pengerusi Persatuan JP Negeri Kedah dan beberapa jawatan lain lagi.

Dari segi aktiviti sosial dan sukan, Tun aktif dalam sukan golf, menembak, membaca dan melancong.

No comments: