Ramai pelajar baru sampai ke Nottingham pada sessi ini. Ada yang saya sempat jumpa semasa aktiviti-aktiviti yang pelbagai di Malaysia seperti WOW dan MOC dan ada yang saya baru jumpa ketika bertugas sebagai Student Assistant untuk Welcoming Program University of NOttingham.
Rasanya pasti seronok bagi pelajar2 baru untuk berada dalam suasana dan environment baru ini. Teringat akan diri saya sendiri semasa baru mula2 sampai dulu. Antara orang2 penting yang menyambut ketibaan kami semasa saya tiba dahulu pada tahun 2006 dalam rombongan JPA ialah Ustaz KAsyfullah (kini sudah pulang ke Malaysia), Abang Rafitz (sudah berpindah daripada Notts), Akmal Roji dan Muaz (masih 'menyemak' di Notts..hehe~) dan Abang Bahar (juga sudah pulang ke tanah air).
Sekarang pada tahun 2008, saya sekali lagi berada dalam suasana dan environment yang baharu. Pada semester ke-5 ini, saya akan membuat research di City Hospital. Tiada lagi lecture di Lecture Theatre 1 di Medical School. Teringat lagi, masa saya first time datang ke City Hospital ni, memang sesat juga, sebab hospital ini agak kuno dan klasik, dan banyak bangunan yang kecil-kecil (tidak seperti QMC yang besar dan seperti maze).
Setiap hari saya akan menaiki bus Medilink (alhamdulillah bas ini percuma) daripada University Hospital (QMC) selama 30 minit untuk sampai ke City Hospital. Kini saya ditempatkan di Jabatan Onkologi Akademik di Tingkat 1. Mula-mula terasa agak berat sebab perlu commute setiap hari dan akan berada di sini lebih kurang daripada jam 9 sehingga 5 petang setiap hari selama 5 hari seminggu! Namun, alhamdulillah, berkat daripada Allah, saya mula rasa seronok berada di Jabatan ini untuk menhasilkan sesuatu dalam masa 3 bulan mendatang.
Seronok rasanya apabila bertemu dengan Dr Andrew Jackson atau lebih dikenali dengan nama Andy (mcm nama watak Toy Story). Saya pernah bertemu dengan beliau sebelum cuti musim panas kira2 2 bulan yang lalu membincangkan projek yang akan kami jalankan, namun pertemuan pertama saya selepas cuti menyaksikan saya menerima projek baru. Andy kata, atas sebab2 tertentu, saya akan menjalankan kajian baru yang sama menarik, dan tambah seronok lagi, Dr Hester Frank akan berkerja bersama2 saya. Dr Hester Frank merupakan bekas graduate University of NOttingham pada tahun 2005 (setahun sebelum saya masuk med school). Memang baik sangat. Semasa saya berdua bersama Andy, beliau berkata ''Hester is an asset for your project''. Memang ternyata beliau (Hester) sangat2 membantu dalam seminggu pertama saya dalam kajian ini..
Ramai juga Muslim di Jabatan ini. Mula2 sekali saya berjumpa dengan Ismail. Rupa2nya dia tinggal berdekatan dengan rumah saya di Dunkirk (Beeston), dan sering ke Tarawih di prayer room university bersama saya...mashaAllah..what a small world. Selepas itu ada Kak mAsyitah (Malaysian, isteri abang Khairy), Ahmed, Muhammad Zubir dan Dr Khaleel.
mashaALlah..tak sabar nak habiskan reseacrh ini..
No comments:
Post a Comment