Tuesday, September 30

Raya di Nottingham

Alhamdulillah, Eid Mubarak kepada semua ummat Islam.

Kami di Nottingham raya pada hari Selasa 30 September 2008. Sehari lebih awal daripada tarikh di Malaysia yang jatuh pada 1 Oktober. Semalam selepas solat Maghrib, Zamri, si Presiden Islamic Society mengumumkan yang raya jatuh esok. Terasa sedih sangat pada saat itu sebab rasa cepat sangat Ramadhan berlalu......

Kadang2 saya rasa kita ni selalu sangat buat kerja last minit...Ramadhan Allah dah bagi 30 hari (atau 29 sebagaimana kami di Notts ini), tapi dah nak habis baru la rasa nak usaha lebih.....Ya Allah...ampukan dosa kami ni...semoga dapat la jumpa Ramadhan yang akan datang...


Yang menariknya, kawan2 di Birmingham dan Warwick serta di Belfast akan beraya esok....jangan marah yea.......

Malam tadi, sebaik sahaja tahu yang raya jatuh esok, kami yang undergrad beramai2 bergerak ke rumah Post Grad untuk takbir beramai2 daripada rumah ke rumah. Semua sekali telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan kumpulan saya bermula di rumah abang Fadhil. Undergrad lain dengan saya ialah Jamal Pharmacy, Rizal Pharmacy dan Akashah si Cikgu Fizik.

Best sangat dapat jumpa abang2 post-grad ni. ada muka2 baru. Makanan pun boleh tahan. Namun apa yang paling istimewa ialah ziarah mengeratkan hubungan silaturrahim...yelah, bila lagi nak berjumpa ramai2, ziarah rumah dan beramah mesra kan?

Sampai pukul 1 pagi lebih kami bertakbir...rumah last merupakan rumah pertemuan kedua2 kumpulan, iaitu di rumah Abang Ahmad Azani.

Pagi ni pula, solat raya bermula jam 8.30 pagi di Sports Centre. Saya dan Arif Sodri bergerak agak awal kerana ingin membantu apa2 yang boleh dibantu di sana (walaupun kami agak lambat..~). Selepas solat dan khutbah, saya terus rush ke bus stop untuk pulang ke rumah dan menukar pakaian (sebab ada lab hari ni), dan terus menaiki bas Medilink untuk ke City Hospital....we have a BIG job to be done today on the day of Eid.....

Semasa tengah menaip di hospital ni, Dr Khalel, rakan di Department ini baru sahaj memberikan chocolate Cadbury kepada saya...mashaAllah...first time dapat makan di sini..yelah sebab masa mula dulu dah bulan puasa...

petang ni kalau ada masa, inshaAllah akan melawat rumah2 post grad....

No comments: