Lama benar tak update.
diam tak diam, dah sebulan lebih saya start tahun ketiga medicine di Nottingham ni. Research tahun ni memang mencabar.
Sepanjang sebulan, saya hanya membuat apa yang disuruh. Pipette solution ke dalam well, buat ELISA (sejenis teknik yang popular untuk detect molecule yang dihasilkan cell manusia), kultur cell barah di dalam media yang enak untuk pertumbuhan, menyejukbeku hasil cell di dalam peti sejuk yang mencapai - 180 darjah Celcius dan macam2 lagi.
Tapi saya masih tak faham, apa sebenarnya tujuan projek ini.
Sehinggalah saya di penghujung bulan pertama, Dr Andy (supervisor saya) dan Dr Hester (co-worker saya, seorang graduate Medicine daripada Nottingham pada 2005) duduk semeja dan berbincang, apakah yang saya perlu lakukan sebenarnya, ie, apakah matlamat utama.
Selama ni , agak sukar untuk mereka menerangkan kepada saya, matlamat projek. Saya kena ikut dan patuh kepada arahan, dan selepas sebulan, barulah tiba masa yang sesuai untuk pemahaman.
Saya rasa macam itulah juga dunia ini. kita lahir ke dunia yang sebelumnya (dan selamanya) bukan milik kita. Kita jahil. Begitulah jahilnya saya di lab pada sebulan pertama.
Namun saya kena patuh kepada panduan yang Andy dan Hester berikan sebab mereka lebih memahami dunia lab, reseacrh dan matlamat projek saya. Di dunia ini juga, saya kena patuh kepada panduan (al-Quran yang Allah berikan). Rasul diutus untuk explain the Kitab. Tetapi from time to time, saya kena tambah understanding saya terhadap tugas sebagai pelajar reseach. Begitu juga pemahaman sebagai tugas insan, perlu digilap dari masa ke masa.
MashaAllah.... rasa malu pula kepada Allah.kadang2 ada sifat ujub, riya` dan takabbur semasa duduk di dunia ni.... siapalah kita ni...kerdil sangat yea....
No comments:
Post a Comment