Pagi yang sangat sejuk pada hari ini.
Semasa saya dan Ruzaini berjalan ke surau untuk solat Subuh, kelihatan frost di sekeliling di atas rumput. Embun di atas helaian daun rumput membeku disebabkan kesejukkan malam. MashaAllah..
Pada ketika ini, solat subuh jemaah dimulakan agak lewat..hehehe agak beruntung la kami berbanding di Malaysia. Jemaah bermula jam 615 pagi. Walaupun waktu Syuruk dalam jam 650 pagi, namun saya rasa waktu jemaah itu dipilih kerana Syuruk bakal berganjak ke depan lagi tidak lama lagi..
sehinggalah waktu maksimum syuruk di kawasan nottingham ini ialah 816 pagi..wow..fuiyo...subhanAllah! tak dapat ni di Alor Star!
hmm..boleh buat teka teki la waktu winter di sini.
Cerahnya lambat, gelapnya cepat,
puasanya pendek, subuhnya lewat.
Apa ia?
oklah. nak sambung buat ELISA.
No comments:
Post a Comment