Friday, August 29

Karpet baru Pudu

http://arizaldi.files.wordpress.com/2008/02/pudu-raya-bus-terminal.jpg
Ini gambar lama. Sekarang dah ada karpet

Assalamualaykum wrt wbt

Lama tak menulis...kali ni bukan sebab malas...~fewh~ tapi sebab tak dapat nak berada di dunia online atas kekangan tertentu.

Teringat saya ada sekali saya ke surau Puduraya di Kuala Lumpur baru-baru ini...dan berpermaidani sekarang. Terima kasih lah kepada yg menyediakan kemudahan. All in all, mari kita berterima kasih kepada Allah yg bagi kemudahan kepada kita untuk beribadah...Yahooo!!

Banyak kenangan tersimpan di surau ini..sejak dari tapak lamanya (di tingkat yg sama juga)

Semoga makin ramai orang2 di sekitar Pudu akan bersolat di sini....Amin

p/s: sedih melihat ramai yg buat dek masa azan Subuh di sini..





Sunday, August 17

Qadariyah, Jabariyah, Muktazilah

PERNAH dengar istilah2 di atas? Tahukah anda apa itu ilmu Kalam? Kalau tak pernah, pernah dengar pula Ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin? Mesti pernah kan?

Tujuan penulisan ini ialah untuk membantu diri saya dan para sahabat yg membaca, yg ingin memahami persoalan ilmu kalam secara ringkas. Jika anda ingin berdebat, bertanya soalan lanjut, sila bertanya kepada yg lebih arif yea...~fewh~ Saya ni debu di kasut Ustaz Haron Din pun tak sampai....

Buat pengetahuan sahabat2, saya membuat ringkasan buku Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 5 terbitan tahun 1995...buku lama...sekarang pelajar2 F5 dah ada buku baru...warna warni lagi.~

Makcik Kiah: Amende Ilmu Kalam ni?

Pak Ali: Ilmu kalam ialah ilmu yg mengandungi perbahasan yg berkaitan dengan aqidah Islam dengan menggunakan dalil aqli dan naqli.

Mari kita tengok perkembangannya.

http://msp270.photobucket.com/albums/jj96/jbtiger/Number1.jpg

Zaman Rasulullah

Pada zaman ini, Ummat islam menerima hukum secara langsung daripada Rasulullah. Jika terdapat kemusykilan, mereka akan langsung bertanya kepada Rasulullah

Dalam hal2 yg berkaitan dengan aqidah, para sahabat beriman sepenuhnya dengan apa yg ada di dalam al-Quran dan As-Sunnah..mashaAllah..rindunya zaman ni. Mesti best kan? ~

***********

Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin

Juga pada zaman ini, ummat Islam masih berpegang teguh kepada ajaran aqidah yg diwarisi dari zaman Nabi

Cuma pada zaman Khalifah ke-3 dan ke-4, berlaku perbezaan pendapat dalam siasah. Hasilnya, terbentuk tiga golongan, iaitu ahlu sunnah, puak khawarij dan Syiah. Pada asalnya, ini hanyalah merupakan perbezaan pandangan politik, namum akhirnya berlarutan kepada perbezaaan dalam mentafsir beberapa masalah aqidah.

Contoh:

Isu dosa Besar

Adakah menjadi kafir atau masih kekal Islam orang yg melakukan dosa besar?

Khawarij menghukumkan kafir.

****************************

http://vox2.cdn.amiestreet.com/album-art/A-Picture-of-the-Three-of-Us-at-the-Gate-to-the-Garden-of-Eden-by-These-United-States_63879_full.jpg

Zaman Umayyah

Masalah aqidah yg asalnya tidak diperbahaskan pada zaman sebelumnya kerana mematuhi larangan syara’ mula diperbincangkan.

Maka muncullah beberapa golongan;

  1. Ma’bad al-Juhani (di Basrah)
    1. Membawa fahaman Qadariyah
    2. Berpendapat bahawa manusia mempunyai kebebasan penuh dalam melakukan sesuatu serta menolak taqdir Allah
  2. Jahmu bin Safwan
    1. Pelopor fahaman Jabariyyah
    2. Menafikan kebebasan berusaha dan berpendapat segala perbuatan manusia berlaku secara terpaksa (the opposite of Qadariyah)
  3. Wasil bin Ato’
    1. Pelopor Muktazilah
    2. Ekoran perselisihan pendapat dengan gurunya , Hasan al-Basri
    3. Ceritanya begini: Hasan al-Basri berkata, orang yg melakukan dosa besar ialah mukmin yg fasiq, bukan kafir. Tetapi ini tidak dipersetujui oleh Wasil b. Ato’. Beliau berpendapat, mereka ini berada di antara du marbtabat, iaitu Islam dan kafir, yg dikenali sebagai ’al-Manzilatu baina al-Munzilatain. Lalu, beliau mengasingkan diri bersama beberapa orang pemgikut dan membentuk group baru, al-Muktazilah (kumpulan yg mengasingkan diri)

Zaman Abbasiyah

Satu perkara penting berlaku pada zaman ini: penterjemahan buku2 falsafah dan mantiq Yunani ke dalam bahasa Arab (hasil galakan Khalifah). Maka para ulama’ mula mempelajari ilmu falsafah.

Mengapa mereka mempelajarinya? Antara faktornya ialah: Menolak serangan terhadap aqidah oleh musuh2 Islam.

Pada zaman ini, oleh kerana mereka mahir berbahas, golongan Muktazilah telah berjaya mempengaruhi beberapa orang khalifah sehingga ada yg menganut fahaman mereka.

Cth: al-Makmun, al_mu’tasim, al-Wathaq. Pada zaman ini pengaruh mencapai kemuncak kegemilangan.

Banyak masalah timbul:

Cth: Muktazilah berpendapat ‘kalam Allah’ adalah makhluk, maka dengan itu al-Quran adalah makhluk.

Golongan Muktazilah cuba menyebarkan fahaman ini kepada masyarakat dengan menggunakan Khalifah Abbasiyah yg berfahaman ini. Para ulama’ ahli Sunnah apa lagi...mereka pun bangkit menentang fahaman Muktazilah ini sehingga ada yg dipenjara dan diseksa sehingga maut.....

Ini berakhir pada zaman Khalifah al-Mutawakil yg mengembalikan kebebasan berfikir kepada masyarakat. Alhamdulillah, di sini pentingnya mempunyai pemerintah yg adil, dan memainkan peranannya sebagai pemerintah.

Akhir abad ke-3

2 tokoh lahir: Abu Hassan al-Asya’ri dan Abu Mansur al-Maturidi

Mereka berusaha menegakan aqidah yg haq dan menentang fahaman sesat menggunakan hujah berasaskan al-Quran, as-Sunnah serta dalil2 aqli. Daripada huraian yg dibuat kedua-dua2 tokoh ini dalam berhujah, maka lahirlah mazhab ahli Sunnah wal Jamaah.

Rasanya ingin nak mengenali lebih lanjut our two sheikhs here...InshaAllah, i'll seek information for this dynamic duo.

Perkahwinan Aliff

Assalamualaykum wrt wbt

Baru seminggu balik daripada perkahwinan Aliff. Tahniah kepada
pasangan pengantin baru.

Pada 9hb Ogos 2008 bersamaan 8 Sya'baan 1429 Hijrah

di No 323, Jalan e2/6 Taman Ehsan,
Kepong 52100 Kuala Lumpur.
Nak mengucapkan terima kasih kepada Nik Ahmad Amru,
Faizatul Anum dan Sharifah kerana sudi ambil saya di Dugang Resort (pre-departure Islamic Medical Association of MAlaysia (IMAM))
untuk ke Kepong.

Dan kepada Radin Hazwan Radin Harir kerana sudi hantar
ke stesen Komuter Kepong Sentral.

Bersama Alif dan isteri by labuan_star.

LINK to Aliff

Wonderful Overseas Weekend (WOW) 2008

Assalamualaykum wrt wbt

Alhamdulillah. WOW 2008 telah berakhir pada 3 Ogos lalu.

WOW merupakan sebuah program persediaan kepada para pelajar yg bakal melanjutkan pelajaran di luar negara. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yg sudi membantu.

1. KRIM memang banyak memberikan bantu dalam penganjuran WOW pada kali ini. Tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih lagi...

2. Kepada semua FC yg sudi meluangkan masa, membantu adik-adik yg bakal fly. Diakui, agak sukar untuk medapatkan FC kerana saya akui ramai yg sibuk terbeban dengan pelbagai tugasan lain. Ada yg kena repeat exam, ada yg ke Kem Explorasi Minda Borneo, ada yg ke KIBAR, ada yg ada pre-departure IMAM, ada yg sibuk dengan pre-departure UMNO, dan banyak lagi. Maka, thanks kepada yg sudi hadir.

3. Berikan komen anda mengenai WOW di sini

4. Baca cerita-cerita pengalaman WOW 2008 di sini

1. Intan
2. Maryam
3. Syazwan
4. Syafika
5. Miminapis

survivor wow 2008 by labuan_star.

Tun Syed Ahmad Shahabuddin

Majlis Bacaan Yaasin

Pada Jumaat yg lepas, saya berpeluang ke rumah Allahyarham Tun Syed Ahmad Shahabuddin. Mesti ramai yg pernah dengar nama beliau, tetapi tak mengenali sangat beliau. Majlis bacaan Yaa Sin diadakan selepas solat Jumaat. Lebih kurang 50 orang tuelah hadir.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 7 Julai yg lalu...baru lagi ni. Walaupun dia bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, namun dia ada rumah di Alor Setar kerana diabekas MB Kedah.

Rumah yg saya pergi ni ala-ala mewah tetapi kuno. Gaya-gaya klasik (rasanya anda dapat merasainya). Penghawa dingin pun jenis standing on the floor, bukan yg jenis terbaru seperti yg banyak digunakan sekarang ni. Banyak hadiah2 dan cenderahati yg diperoleh beliau yang ada dalma rumah tu, contohnya yg diperoleh semasa merasmikan sesuatu majlis atau program. Gambar Tun Mahathir pun ada.

Masa ini lah saya terfikir, harta, hadiah dan semua kemewahan dalam rumah tu tak dapat bersama-sama beliau ke dalam kubur...Semuanya stay dalam rumah je...tak bergerak....

Al-fatihah..semoga Allah berkati ruhnya...

Data pemergian beliau

Waktu meninggal dunia: 7.45 pagi
Sebab meninggal dunia: sakit tua
Balu: Toh Puan Marfuza Sheikh Mohd Osman.

Persemadian: Makam Pahlawan di Perkarangan Masjid Al-Azim, Melaka

Tarikh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka : 4 Disember 1984 hingga 3 Jun 2004
Adik beradik: anak ketiga dari lima beradik.


* semasa allahyarham menjadi MB Kedah dulu, mesti beliau tidak pernah menyangka yg beliau akan disemadikan di Melaka kan?

Biodata beliau

Allahyarham Tun dilahirkan di Kulim, Kedah pada 4 Mei 1925 telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim dari tahun 1932 hingga 1935.

Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke Kolej Sultan Abd Hamid dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1947 dan menamatkan pengajian di Universiti Pittsburgh, USA pada 1957 dalam bidang Pentadbiran Awam.

Allahyarham Tun berpengalaman luas dan aktif dalam politik. Beliau menjawat jawatan Penolong Setiausaha UMNO Negeri Kedah (1951 – 1954) dan sebagai Setiausaha UMNO Negeri Kedah dari 1954 hingga 1967.

Pada tahun 1967 hingga 1978, beliau dilantik sebagai Ketua dan Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kedah dan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Di samping memegang jawatan politik, beliau menyandang beberapa jawatan kerajaan. Beliau menjawat jawatan Menteri Besar Kedah pada tahun 1967 hingga 1978.

Pada tahun 1978, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan kemudian dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 1982 hingga 1984.

Pada 4 Disember 1984 beliau dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dan mengakhiri perkhidmatan pada 3 Jun 2004 setelah berkhidmat selama hampir 20 tahun.

Ketika hayatnya, Tun berkahwin dengan Toh Puan Sharifah Hanifah Syed Alwi pada tahun 1950 dan telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan empat perempuan.

Toh Puan kemudian meninggal dunia pada 5 Julai 1993 di Kuala Lumpur. Tun selepas itu berkahwin pula dengan Toh Puan Datuk Seri Utama Mahfuza Syed Sheikh Mohd Osman pada tahun 1960 dan dikurniakan empat cahaya mata iatu dua lelaki dan dua perempuan.

Di samping aktif dalam politik, Tun juga aktif dalam persatuan, di mana beliau telah memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi Majlis Kebangsaan Persatuan Jaksa Pendamai (JP) Malaysia, Pengerusi Persatuan JP Negeri Kedah dan beberapa jawatan lain lagi.

Dari segi aktiviti sosial dan sukan, Tun aktif dalam sukan golf, menembak, membaca dan melancong.

Selepas Setahun

Assalamualaykum wrt wbt

lama betul tak update blog ni...rasanya sayalah orang yg paling malas mengemas kini blog si seluruh dunia ni~...mungkin lah kot.

Macam-macam seudah berlaku dalam masa setahun ini...

Semalam hari penamaan calon untuk plihanraya kecil Permatang Pauh - ada sesiapa ingat Permatang Pauh ni P berapa ya?



Dari segi umur - mari kita buat ranking;

Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61
Datuk Arif Shah Omar Shah, 52,
AKIM, Hanafi Mamat, 51.

Berkenaan umur Hanafi Mamat ni, semalam di NTV 7 melaporkan umurnya sebagai 61 tahu, sama seperti Anwar. Tetapi saya masih bersumberkan Utusan Malaysia. Datuk Arif Shah ni boleh berbahasa Mandarin, ini satu 'added value' yg beliau ada. Tahniah!

Secara keseluruhanya, Datuk Seri Anwar yang kelihatan akan menang setakat ini, kerana popularitinya yang utuh di tempat tradisi beliau dan situasi semasa yg semakin memihak kepada beliau. Apa2 pun, kita kena tunggu la sampai 26 hb ini, iaitu hari mengundi.