Perasan tak, apabila Michael Jackson mati secara mengejut kerana serangan jantung, ia menjadi satu fenomena seantero dunia.
Dailymail UK melaporkan;
The internet came alive like never before as people around the world logged on to follow the stunning news of Michael Jackson's death.
The story created such a surge in online traffic that Google returned an 'error message' for searches of the singer's name as it assumed it was under attack.
Telegraph pula melaporkan;
Within an hour of his death being confirmed, terms related to Jackson filled nine of the top 10 slots on Google Trends, which tracks the most popular search terms in the US.
BBC pula melaporkan;
"It's true that between approximately 2.40PM Pacific and 3.15PM Pacific, some Google News users experienced difficulty accessing search results for queries related to Michael Jackson and saw the error page," said Google spokesman Gabriel Stricker.
It was around this time that the singer was officially pronounced dead.
Google's trends page showed that searches for Michael Jackson had reached such a volume that in its so called "hotness" gauge the topic was rated "volcanic".
Nampak tak? sampai ke tahap VOLCANIC!!Ketika hari kejadian, kami sendiri baru habis halaqah di rumah Muaz, senior perubatan di sini. Lebih kurang jam 11 selepas habis halaqah, kami dikejutkan dengan berita ini.
Sebenarnya seluruh insan di serata dunia memerlukan seseorang untuk mereka sanjung, tumpahkan kasih sayang, idolize, berikan ketaatan dan lontarkan pujaan. Mudah & sukar untuk seorang artis seperti Michael Jackson menjadi fenomena sedunia sedemikian rupa. Sukar kerana tidak semua artis memberikan impak kepada dunia sebagaimana beliau telah lakukan, dan mudah kerana beliau tidak ada kepentingan politik.
Bayangkan kalau President Amerika, Obama meninggal dunia, hanya penyokong Obama sahaja yang akan bersedih. Begitu juga kalau Presiden Honduras, Roberto Micheletti meninggal dunia, hanya para penyokong beliau yang meratapi pemergiannya. Para penyokong bergantung kepada berapa peratusan..mungkin 45%, mungkin 50%..atau kalau pemimpin itu popular sedikit, jadilah 75% (agak mustahil mencapai tahap ini).
Bahkan para penyokong di dalam parti pemimpin tersebut, tidak semua yang sedih sangat pun kalau pemimpin mereka pergi..Iyalah, kan orang kata, pemimpin datang pemimpin pergi, patah tumbuh hilang berganti!
Jadi situasinya berbeza dengan artis yang boleh jadi popular dengan mudah. Kurang sebab untuk orang benci atau kutuk dengan sekeras-kerasnya. Habis tu, tak perlulah jadi pemimpin?
Ummah ini merindui khalifah kepada ummah. Seorang pemimpin untuk kita tumpahkan kasih sayang dan berikan ketaatan. Kalau khalifah kata delima, maka delima lah semuanya. Kalau gangsa, maka gangsa belakalah semuanya!
Di mana dia pemimpin yang kita cari....
1 comment:
apabila daus kembali menulis...
Post a Comment