''Ahmad Yaasin''
Subhanallah, nama memang Islamik betul, melihat kepada wajahnya, tak pasti saya daripada mana asal pemuda yang saya jumpa di Portland Prayer Room selepas solat Asar tadi.
''Where are from brother?''
''I'm from China''
MashaAllah..memang terkejut beruk juga saya dibuatnya mendengar lelaki ini memperkenalkan dirinya dari China semasa saya memandu nya berjalan menuju ke perhentian bas untuk ke stesen keretapi.
''So, are you a Chinese?''
''Yes I am. I'm an Uighurs''
Hampir 3 tahun saya berada di UK, rasanya ini kali pertama saya ketemu dengan Cina Muslim. Memang agak sukar bertemu dengan golongan ini walaupun sungguh ramai sekali pelajar Cina di University of Nottingham daripada tanah besar China. Memang sungguh ironik. Saya bertanyakan perkara yang sama kepada Yasin petang itu, dan beliau mengakui. Katanya, memang bangsa Uighurs menerima tekanan yang hebat daripada kerajaan China.
Remaja berusia 18 tahun tidak dibenarkan ke masjid, perempuan juga tidak dibenarkan ke masjid. Apatah lagi peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, jauh panggang dari api!
Baru-baru ini semasa saya berada di Turki, saya sempat mendengar berita penindasan bangsa Uighurs di utara China. Oleh kerana capaian teknologi maklumat yang amat terhad, saya hanya sempat membaca lebih lanjut sekembalinya daripada sana. Masalah ini bukanya sekadar isu seorang dua dibunuh, ia sebuah barah yang on-going, berterus sejak sekian lama, tetapi dipendam dan menunggu masa untuk meletup!
Subhanallah.. lemah sungguh kita pada hari ini. Beratus orang Uighurs di bunuh dengan sewenang-wenangnya...bahasa Uighurs mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Turki. Melihat raut wajah Yaasin pun, saya merasakan mukanya macam antara orang Turki dan Orang Cina.
Ada satu malam semasa saya di Istanbul, saya bermimpi..
Semakin ramai ummat Islam di China dibunuh. Salah seorang Panglima Uighurs menghantar emel kepada wakil Khalifah di Barat. Berita ini sampai ke Khalifah Islam yang berpusat di Istanbul. Khalifah sangat murka!
Lalu sang Khalifah memberikan kata dua kepada kerajaan China. Undur atau tempur!
Sayangnya, itu hanya sekadar mimpi. Mimpi, mimpi dan terus bermimpi...
Adanya khalifah menjadi tempat ummat ini bergantung harap. Keadilan bukan sahaja tersebar kepada ummat Islam, namun dinikmati oleh bukan Islam, bahkan segenap penghuni alam. Sayangnya, Khalifah ummat Islam yang terakhir paling berkuasa telah diturunkan pada 1908, seratus satu tahun yang lalu.
Mari kita bacakan al-fatihah untuk Sultan Abdul Hamid II. Al-fatihah..
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
No comments:
Post a Comment