Tuesday, April 20

Melayu, Islam dan Arak

1. Mula-mula saya hairan juga, apa maksud kempen BN semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor P094 yang berbunyi 'kaki botol'

2. Rupanya ditujukan kepada calon PKR Zaid Ibrahim, bekas menteri UMNO yang kini bertanding atas tiket PKR.

3. Entah mengapa, wartawan nak ambil komen Ibrahim Ali (yang mencarut 3 kali semasa interview al jazeera).

4. Apa-apa pun, kepada pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Uk dan Eire, yang bakal menjadi menteri, CEO, YB dan apa jua sekalipun, berhentilah minum arak.

5. Kami para pelajar perubatan dan doktor di sekolah perubatan di UK 'letih' mendengar 'rintihan' dan 'tanggungan' besar kesan alkohol kepada kesihatan, dan kos kesihatan.

6. Kalau orang sini (baca:Mat saleh yang bukan Islam) minun arak, tak apalah, mereka tidak mengerti. Kalau tak mengerti, kita educate. Kalau kita pun tak mengerti juga, sama-sama kita tambah kefahaman.

7. Kalau ada Menteri yang minum arak dulu, sama-sama kita bertaubat. Kita semua tak lepas dairpada kesilapan..

8. Kalau ada lah...

No comments: