Tuesday, October 28

Animated Tutorials: Molecular Biology

sedang mencari-cari laman web yang menceritakan mengenai ELISA, terjumpa sebuah laman yang agak menarik ni;

Animated Tutorials: Molecular Biology
banyak animasi molekular biologi yang sangattttttttttt menarik untuk mudah difahami. Sila2 lah klik kepada yang berminat.

ANIMASI

Ais atas rumput

Pagi yang sangat sejuk pada hari ini.

Semasa saya dan Ruzaini berjalan ke surau untuk solat Subuh, kelihatan frost di sekeliling di atas rumput. Embun di atas helaian daun rumput membeku disebabkan kesejukkan malam. MashaAllah..

Pada ketika ini, solat subuh jemaah dimulakan agak lewat..hehehe agak beruntung la kami berbanding di Malaysia. Jemaah bermula jam 615 pagi. Walaupun waktu Syuruk dalam jam 650 pagi, namun saya rasa waktu jemaah itu dipilih kerana Syuruk bakal berganjak ke depan lagi tidak lama lagi..

sehinggalah waktu maksimum syuruk di kawasan nottingham ini ialah 816 pagi..wow..fuiyo...subhanAllah! tak dapat ni di Alor Star!

hmm..boleh buat teka teki la waktu winter di sini.

Cerahnya lambat, gelapnya cepat,
puasanya pendek, subuhnya lewat.
Apa ia?

oklah. nak sambung buat ELISA.

Monday, October 27

Tangan tersumbat dalam toilet

TGV memang popular di seluruh dunia. Walaupun saya pernah sampai ke Perancis, masih belum berkesempatan nak menaiki tren ini. Iyalah..mahal harganya.

Ada berita di BBC hari ini. Seorang lelaki tersedut tangannya di dalam lubang tandas. MashAllah..huhu..bahaya betul.

Man's arm trapped in train toilet

TGV toilets are equipped with a powerful suction system
A passenger on a French train had to be rescued by firemen after having his arm sucked down the on-board toilet.
The 26-year-old victim was trapped when he tried to fish out his mobile phone, which had fallen into the toilet bowl, and fell foul of the suction system.
The high-speed TGV train had to stop for two hours while firemen cut through the train's pipework.
The man was carried away by emergency services, with the toilet still attached to his arm.
"He came out on a stretcher, with his hand still jammed in the toilet bowl, which they had to saw clean off," said Benoit Gigou, a witness to the man's plight.
The incident happened on Sunday evening, aboard a train travelling in western France from La Rochelle to Bordeaux.

Sunday, October 26

Sahabat SMAP Labu sedang koma

Ada juga menerima beberapa pesanan daripada YM sebelum ini. Kali daripada Cikgu Haima Yaakub, guru Bahasa Melayu yang sempat saya jupa semasa saya ke sekolah semasa cuti musim panas yang lalu. Cikgu Halimah tak sempat mengajar saya kerana masih baru di SMAPL, dan menariknya, beliau kini merupakan cikgu debat Bahasa Melayu sekolah.

assamulaikum.

kami warga SMAPL menerima berita bahawa Mohd Hafiz Ibrahim (SPM 2005) terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari rabu 22/10/08. ketika kami menerima berita tersebut, Mohd Hafiz dalam keadaan koma. bersama-samalah kita semua mendoakan kesejahteraan Mohd Hafiz.

Terima kasih
Halimah Yaakub
SMAPL

Hafiz Ibrahim ni pelajar tingkatan tiga semasa saya tingkatan lima pada tahun 2003 dahulu.
Sesungguhnya daripada Allah kta datang, dan kepadanya kita kembali. Semoga Allah ampunkan dosa Hafiz Ibrahim, dan sembuhkan beliau. Amin.


Andy yang baik

Jumaat lepas saya ada exam. Ini paper pertama saya. Nama kertas ini ialah Immunological Aspect of Allergy (IAA). Namun, tidak seperti tahun2 sebelumnya, saya tidak ada study leave. Isnin, Selasa, (dan sepatutnya, Rabu Khamis) masih ada tugasan lab seperti biasa.

Isnin
Pada hari Isnin, saya bertanya kepada Hester (co-worker saya);

"Can I take days off on Wednesday and Thursday?"

"I'm fine, but you'll have to check with Andy as well"

Lalu saya pun mencarilah Andy (supervisor) di biliknya, dan dia tiada. Maka, terpaksalah tunggu hari esoknya.

Selasa
Saya sedang membuat graf data ELISA saya di hadapan komputer apabila tiba2 Andy datang dan dia berkata,

"Do you wan days off? It's fine, go and get pass for ur exam. If you want me to harvest you cell for you, I can do it for you."

MashaAllah. segan pula dengan Andy ni. sanggup bagi cuti tu, tidak apalah lah. Terima kasih kerana bagi peluang nak prepare exam this Friday.

Namun sampai kerja yang kita ken buat dia nak buatkan, kita pun naik segan. Baik sungguh supervisor saya ni. Bagusnya kalau semua orang Islam sebegini, dan semua ummat manusia berakhlak Islam sebegini.

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku supervisor yang baik. Tinggal semoga dia mendapat hidayah Islam. Amin.

Palestine Conference yang super mantap!

Assalamualaykum wrt wbt

saya nak pergi ke conference ni sebab Dr Azzam Tamimi will be coming..wow...fuiyO...Allahu akbar!

The image “http://photos-p.friendster.com/photos/14/38/6648341/1_393710251l.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Wacana Hartal

http://azad282.files.wordpress.com/2008/10/hartal-poster.jpg

Aku yg jahil di Lab dan dunia

Lama benar tak update.

diam tak diam, dah sebulan lebih saya start tahun ketiga medicine di Nottingham ni. Research tahun ni memang mencabar.

Sepanjang sebulan, saya hanya membuat apa yang disuruh. Pipette solution ke dalam well, buat ELISA (sejenis teknik yang popular untuk detect molecule yang dihasilkan cell manusia), kultur cell barah di dalam media yang enak untuk pertumbuhan, menyejukbeku hasil cell di dalam peti sejuk yang mencapai - 180 darjah Celcius dan macam2 lagi.

Tapi saya masih tak faham, apa sebenarnya tujuan projek ini.

Sehinggalah saya di penghujung bulan pertama, Dr Andy (supervisor saya) dan Dr Hester (co-worker saya, seorang graduate Medicine daripada Nottingham pada 2005) duduk semeja dan berbincang, apakah yang saya perlu lakukan sebenarnya, ie, apakah matlamat utama.

Selama ni , agak sukar untuk mereka menerangkan kepada saya, matlamat projek. Saya kena ikut dan patuh kepada arahan, dan selepas sebulan, barulah tiba masa yang sesuai untuk pemahaman.

Saya rasa macam itulah juga dunia ini. kita lahir ke dunia yang sebelumnya (dan selamanya) bukan milik kita. Kita jahil. Begitulah jahilnya saya di lab pada sebulan pertama.

Namun saya kena patuh kepada panduan yang Andy dan Hester berikan sebab mereka lebih memahami dunia lab, reseacrh dan matlamat projek saya. Di dunia ini juga, saya kena patuh kepada panduan (al-Quran yang Allah berikan). Rasul diutus untuk explain the Kitab. Tetapi from time to time, saya kena tambah understanding saya terhadap tugas sebagai pelajar reseach. Begitu juga pemahaman sebagai tugas insan, perlu digilap dari masa ke masa.

MashaAllah.... rasa malu pula kepada Allah.kadang2 ada sifat ujub, riya` dan takabbur semasa duduk di dunia ni.... siapalah kita ni...kerdil sangat yea....