Sunday, December 27
FUIYO dalam kenangan : Episod I
''Yes this is Muhammad speaking, who's this?''
''This is Joanne from the Youth Hostel Association''
Terus saya kenal akan nama ini, akak yang banyak membantu dalam tempahan tempat untuk FUIYO 2009.
''owh yes, I remember you. How are you Joanne?'' tanya saya kepada Kak Joanne, sambil melihat kepada jam yang menunjukkan pukul 9 pagi
''I'm good, but your booking is not good'' balas Kak Joanne di hujung talian telefon.
Pada saat ini debaran saya bermula, apa pula yang tidak kena dengan tempat utama FUIYO 2009 anjuran iLuvislam pada kali ini.
Rupa-rupanya tempat asal FUIYO iaitu di Gradbach telah diliputi snow yang amat tebal sehinggakan kenderaan mahupun kereta sekalipun tidak dapat masuk. Menurut Kak Joanne, salji sangat tebal, dan kenderaan hanya dapat sampai paling dekat pun 5 batu ke tempat program!
Carian saya di Ustaz Google telah menunjukkan perjalanan kaki sejauh 5 batu boleh mengambil masa hampir 2 jam! Wow! Seingat saya, ini bagaikan jarak daripada Kolej Yayasan UEM (kolej saya dahulu) ke Tanjung Malim, tempat outing kami suatu ketika dahulu.
Tergamam saya dibuatnya, kerana FUIYO akan bermula esok iaitu pada 22 Disember 2009, tarikh di jam tangan saya semak sekali lagi, sememangnya jelas menunjukkan 21 Disember, namun tempat tak dapat digunakan. Saya terus bertanya kepada Kak Joanne pilihan yang ada sekarang. Malang sekali pada ketika itu, dia berkata bahawa kami hanya boleh memilih satu tarikh baru yang mungkin berbulan-bulan selepas tarikh ini, ataupun tempahan dibatalkan sepenuhnya dan wang dikembalikan!
Sukar untuk saya gambarkan perasaan pada ketika ini, satu persatu tindakan susulan saya fikirkan, namun yang paling utama, saya memaklumkan bos kami, iaitu saudara Iqtidar yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke Manchester.
Situasi apabila tempat terpaksa diubah 1 hari sebelum program dimulakan sememangnya sesuatu yang diluar dugaan dan amat menguji pemikiran pada saat itu, namun saya menenangkan perasaan, sesungguh pada saat ini, ramai lagi insan yang sedang diuji dengan dugaan yang lebih maha dahsyat. Kadang-kadang rasa lawak pun ada. Pada saat ini juga lah saya terfikirkan kekecewaan para peserta yang datang jauh daripada UK, Eire dan Czech jika mereka mengetahui FUIYO dibatalkan.Perjalanan dan perancangan mereka akan nampak sia-sia, dan bagi speaker undangan khas, iaitu Ustaz Maszlee, Ustaz Zaharudin dan saudara Fawwaz pastinya terlepas peluang 'memberi' kepada para peserta FUIYO yang sudah penuh kuota beberapa bulan awalnya. Aduhai....
Beberapa perancangan sempat saya fikirkan, dan kami telah meminta jasa baik Kak Joanne untuk mencarikan tempat ganti - sesuatu yang Kak Joanne rasakan sedikit sukar di kala cuaca yang tidak menentu. Inilah lah juga kali pertama saya sedikit rasa 'tak syok' sebab salji. Namun, Kak Joanne berkata beliau akan cuba sedaya upaya mencari tempat baru yang sesuai dan 'fit' untuk digunakan.
Sehingga jam 3 petang, masih tiada jawapan kepada status FUIYO, samada dibatalkan, atau bertukar ke tempat baru, dan kalau bertukar venue, persoalannya, di mana?
Namun Maha Suci Allah yang Maha Luas ilmu dan Maha Pemurah kepada hamba-nya, lewat, Kak Joanne telah menelefon saya memaklumkan sebuah berita gembira.
''i've a very good news for you. I've found a place which I think is suitable''
MashaAllah, pada saat ini menjerit saya sambil melompat ke udara. Sesuatu yang pada suatu ketika nampak semakin mustahil, namun akhirnya Allah jualah yang membuka jalan dan ruang keluar.
Dan lebih mengembirakan, tempat terkini FUIYO ini jauh lebih luas dan selesa buat para peserta. Kos per peserta bagi tempat ini mencapai £18 setiap malam, berbanding £9 setiap malam untuk Gradbach. Namun, pihak pengurusan masih akan mengenalan bayaran yang sama kepada kami..Alhamdulillah.
Tempat baru ini terletak di Telford, atau lebih tepat lagi, Ironbridge Gorge, yang dikenali sebagai "The Birthplace of Industry". Walaupun tak pernah dengar nama tempat ini, namun sememangnya ia menjanjikan pengalaman istimewa kepada peserta FUIYO 2009.
Thursday, December 17
Semua Muslim
A Muslim Dog, named Snoppy. It is praising its' Creator
A Muslim cat, named Charlie. It is praising its' Creator
A Muslim mountain goat named Matt. It is praising its' Creator
A Muslim rock named Ayers Rock. It is praising its' Creator
GURUH BERTASBIH
Guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya....
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Maut senantisa mengejarmu, Episod III
Ini antara peristiwa kematian yang profilik yang sempat saya ingat sejak di bangku sekolah lagi.
8 Mac 1997
Pengerusi DRB-HICOM Tan Sri Yahya Ahmad meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan helikopter peribadi yang dinaiki bersama isterinya Rohana Othman. Kematian mereka menjadi tanda tanya dan berita utama pada ketika itu, bahkan juga dimasukkan dalam sorotan tahunan di hujung tahun (yang keratan akhbarnya saya simpan). Helikopter pasangan malang ini terhempas di dalam negeri Pahang. Pada saat ini, saya sendiri kurang mengenali siapa Tan Sri Yahya. Kalau tak salah, dia da meninggalkan beberapa orang anak. Apa khabar anak-anak beliau sekarang? (boleh rujuk hansard Dewan Rakyat Malaysia bertarikh 31 mac 1997)
29 November 2001
Usman Awang , tokoh sasterawan negara meninggal dunia akibat serangan jantung. Pada saat kematian beliau, saya berada dalam tingkatan tiga, dan masih belum mengerti akan hasil karya kesusteraan Melayu beliau. Setelah beberapa tahun, baru terasa seni bahasa yang istimewa karya beliau. Saya cuma mengingati berita kematian beliau di bahagian atas akhbar Utusan.
23 Jun 2002
Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah. Beliau yang merupakan Presiden PAS dan ketua Pembangkang Dewan Rakyat pada ketika itu, meninggal dunia setelah menjalani pembedahan jantung. Ratusan ribu rakyat turun untuk menyembanhyangkan jenazah dan sebagai memberikan penghormatan terakhir, termasuklah Sultan Kedah. Cerita ratusan ribu berada di kawasan plaza tol Alor Star sehinggalah ke kawasan beliau dikebumikan hanya saya dengar setelah saya memasuki alam universiti. Semasa beliau meninggal dunia, saya berada di asrama di dalam tingkatan 4, dan memang tak ambil kisah sangat pasal pemergian beliau. Ingin sahaja saya balik ke Alor Star dan melihat sendiri fenomena tersebut.
22 Mac 2004
Sheikh Ahmad Yassin meninggal dunia akibat serangan peluru berpandu tentera rejim zionis Israel. Ini berlaku selepas solat Subuh. Kerusi roda dan dan bahagian badan beliau hancur berkecai, namun semangat ummat Islam dunia terutamanya di Palestin sukar digugat. PAda saat kematian beliau juga, saya tidak mengenali beliau dan sejarah beliau yang lumpuh namun mampu memimpin kelompok pekuang yang hebat.
17 April 2004
Dr. Abdel Aziz al-Rantissi pula di bunuh oleh tentera zionis. Beliau hanya sempat menggantikan Sheikh Ahmad Yassin selama beberapa minggu sahaja. Lulusan doktor dalam bidang paediatrik, beliau sungguh popular dengan kata-kata yang berikut;
It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache
23 April 2006
25 Julai 2006
Pelakon dan pengacara Roda Impian Hani Mohsin Hanafi meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada pukul 9.30 pagi tadi. Mohsin, 43, ketika itu berada di terminal Low Cost Carrier di KLIA, Sepang untuk penerbangan ke Alor Setar, Kedah bersama-sama anaknya Hani Karmila, 9 tahun. Mohsin mengadu sakit dada dan kemudiannya rebah. Maut tidak mengenal usia.
27 Januari 2008
Bekas Presiden Indonesia, Suharto yang memerintah Indonesia selama 32 tahun, telah meninggal dunia hari ini di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP).
“Presiden kedua Indonesia, Haji Muhammad Suharto telah meninggal dunia pada pukul 1.10 minit''
Suharto, 86, berada dalam keadaan kritikal semenjak dikejarkan ke RSPP pada 4 Januari lalu dengan mengalami beberapa masalah pada bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Pasukan doktor yang merawat Suharto menjelaskan bahawa beliau mengalami kegagalan beberapa organ untuk berfungsi sebelum koma dan seterusnya meninggal dunia.
Suharto saya kenali sejak sekian lama, lebih-lebih lagi daripada setem Indonesia yang saya kumpul pada era hobi mengumpul setem dahulu. Tidak ramai pemimpin negara yang mampu bertahan selama Suharto.
28 November 2008
Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia semasa bermain badminton. Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu mewakili BN telah membuka ruang kepada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kemudiannya dimenangi YB Wahid Endut. Pada pilihanraya umum ke-12, Razali menang dengan jumlah 32,562 undi, mengatasi Md Sabu sebanyak 628 undi. Pada PRU ini jugalah, nenek bernama Maimun Yusof, yang berusia 89 tahun memperoleh 685 undi.
27 December 2008
The Yang Di-Pertuan Besar of Negri Sembilan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman, the state’s longest serving ruler, died at the Tuanku Ja’afar Hospital at about 11.45am yesterday. He was 86.
25 Januari 2009
National laureate Muhammad Dahlan Abdul Baing, 84, better known as Arena Wati, died from lung cancer at the Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital in Cheras at 1.40am yesterday.
His wife Halimah Sulong and two of his children, Ratna Siti Akbari and Hasanuddin, were at his bedside when he passed away at the hospital where he was undergoing treatment since Sept 20. His remains were taken to the Federal Territory Mosque in Jalan Duta at noon for the funeral prayers before burial at 3pm at the Bukit Kiara Muslim cemetery.
Dulu pada 2001, Cikgu BM saya, Pn Nasirah bertanya, ''kamu tak kenal ke Arena wati?'' saya ingatkan dia ni tokoh wanita Indonesia, rupanya sasterawan negara...
9 Februari 2009YB Roslan Shaharom died of a heart attack yesterday, paving the way for a by-election in the Perak constituency just as the state was starting to settle down from its recent political turmoil.
The by-election would be the third for a Parliament seat since the general election on March 8.
The body of the 50-year-old PAS Member of Parliament was found by the roadside by passers-by at 11.15am.
Sunday, December 13
Si celaka Tzipi Livni
Saya telah berpeluang bersama dengan Dr Kamal Helbawy, antara tokoh yang tidak asing dalam dalam gerakan dakwah di UK dan serata dunia. Beliau sempat menasihati saya dan rakan-rakan agar iman yang mantap dan ukhuwah yang utuh serta KEIKHLASAN ialah kunci kepada perjuangan dakwah Islam, di samping perancangan dan strategi. Nama tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang amat ringan sekali di mulut beliau terutamanya dalam mengulas kepentingan keikhlasan dalam perjuangan.
Kami berkesempatan untuk bersama dengan beliau untuk turun berdemo kerana Jewish National Fund (JNF) Conference yang diadakan di London. Pemimpin pembangkang Israel, yang merupakan ketua parti Kadima Tzipi Livni, telah hadir di Hendon Hall Hotel di North West London.
Livni merupakan antara culprit semasa serangan ke atas Gaza pada hujung Disember lalu yang mengorbankan hampir 2000 orang Palestin. Beliau merupakan Menteri Luar Israel pada ketika itu.
Satu berita gembira di UK ialah kerajaan Britain mengenakan arahan kepada pasaraya seluruh negara agar membezakan produk daripada West Bank, samada dihasilkan oleh Israeli settlements dan Palestinian-manufactured goods. Baca lagi di sini
TAKBIR!!
Kanak-kanak ini antara yang mengetuai sorakan demonstrasi
walaupun usia sudah menjangkau 70 tahun, tapi Dr Kamal masih gagah memandu ke sana ke mari.
''She is here'' kata Dr Kamal sambil merujuk kepada Tzipi Livni
Bertemu rakan seperjuangan seaqidah.
''Free, free,..Palestine!!''
Walaupun bukan seorang Muslim, ini tidak menghalang akak ini mengedarkan poskad khas kepada pasaraya seluruh UK untuk mula memboikot barangan Israel.
Kalau anda ada masalah, fikirkanlah, ramai lagi ada masalah lagi besar!
Maut senantisa mengejarmu, Episod II
Saya masih ingat akan usrah yang kami buat bersama semasa saya di tahun satu dan dua. Walaupun Allahyarham tiba di bumi Nottingham setahun lebih awal daripada saya, namun kami sebaya daripada segi umur kerana beliau telah melalukan A Level beliau selama satu setengah tahun sahaja.
Ingat masih terpanggil kepada puding roti yang selalu beliau bawa semasa usrah yang sebenarnya satu tunjuk ajar yang sangta bagus kepada saya dalam menghasilkan puding roti. Tidak lupa juga kepada yorkshire pudding yang sungguh simple dan unik.
Bahkan sebelum kepulangan beliau ke tanah air bergelar seorang jurutera, sebagaimana yang dilaporkan akhbar tempatan seantero Malaysia, beliau lebih kerap ke rumah kami lantaran rumah kami antara rumah yang masih 'hidup' berpenghuni kerana para pelajar yang lain sudah pulang bercuti. Semasa majlis graduasi beliau pun, saya masih ingat dengan jelas bersembang dengan ayah beliau yang nampak 'kesejukkan' semasa datang melawat beliau pada sekitar bulan Jun atau Julai yang lalu. Keramahan pakcik Kadir pada ketika itu masih terasa sehingga kini. Ayah saya juga memaklumkan yang beliau juga sepatutnya hadir ke majlis kenduri pihak perempuan (Teh Afifah) pada hari Ahad, dua hari selepas kejadian ngeri ini.
Semoga tenang semuanya, dan semoga ruh Allahyarham sekeluarga ditempatkan di kalangan orang beriman. Dan semoga Allah berikan kesabaran kepada saya dan seluruh insan yang lain, jika ditimpa ujian yang berat sebegini.
Tinggal kenangan, semoga Teh Afifah bersabar. Ini satu ujian yang pasti banyak hikmahnya.
Saturday, December 12
Maut senantisa mengejarmu
Let us therefore remember death more often and avoid forgetting death.
Thursday, December 10
Tangisan graduasi
Setelah selesai 3 tahun pertama di Nottingham, kami para pelajar perubatan di Nottingham telah menerima ijazah sarjana muda pertama kami, Bachelor of Medical Science.
Vice Chancellor Nottingham University, Prof David berpesan ''The research that you all do today willl become the bedrock of the future generation''
Sebelum kami naik ke pentas, Encik Anthony Wilkinson pula telah dianugerahkan honorary degree of Doctors of Law. Beliau merupakan antara pengasas bisnes keluarga yang dikenali sebagai gedung WILKINSON. Kepada yang berada di UK, pasti familiar dengan nama ini.
Dilahirkan di Leicester pada 1937, beliau menjadikan drive, integrity dan care for others sebagai cogan kata kehidupannya, sebagaimana yang beliau kongsikan di dalam ucapan beliau lebih kurang 9 minit.
Di akhir upacara majlis, lagu kebangsaan Britain dipasangkan, dalam nada pancaragam tanpa lirik. Pada saat sebelum lagu dimainkan, pada mulanya saya terfikir ''Alamak, aku dah lama di sini, lagu kebangsaan negara ni pun aku tak tahu!''
Namun di saat lagu dimainkan, I was talking to myself '' I think I knew this anthem''
And yes, indeed.
Semasa saya masih kecil, lagu ini selalu saya mainkan di Encarta Ensiklopedia. Lagu God save the Queen. Dan dengan tidak semena-mena, saya terasa hiba dan sedih sangat.
Lagu inilah yang dimainkan di seluruh pelosok dunia pada era Empayar British suatu ketika dahulu. Orang kata 'the sun never sets on the British Empire'.
Satu demi satu pejuang Islam tumbang dan syahid dalam mempertahankan aqidah ummat Islam. Sheikul slam Uthmaniyah , Sheikh Kahyri Effendi mengisytiharkan pada tahu 1914 bahawa penentangan terhadap British pada ketika itu ialah jihad besar dan ini menimbulkan kekacauan pada hemat kerajaan British, maka sebarang berita berkenaan peperangan antara kerajaan Uthmaniyah dan Bristih diharamkan daripada disiarkan di dalam akhbar semasa.
Mendengar lagu ini, membawa ingatan saya kepada setitis demi setitis darah ummat Islam tumpah dan satu demi satu pejuang Islam tumbang, dan kuasa pemerintahan ummat islam yang telah memberikan keadilan kepada islam dan bukan Islam hilang. Palestin terus sengsara dan menderita hingga kini..
Dan di sini saya berdiri pada hari ini, di negara kuasa penjajah masa lalu, mendengar lagu yang dimainkan di serata dunia suatu ketika dahulu. Adakah kita masih 'dijajah' pada hari ini?
Maafkan daku wahai ummah atas kelalaianku...
Mari anjak paradigma
Ada orang: Ramai orang yang berfikiran bahawa sedekah ialah perkara picisan atau perkara sekunder di dalam kehidupan. Sedekah barang-barang yang seseorang itu sudah tak mahu lagi, barangan yang ingin dibuang, sedekah kepada peminta sedekah (kita pun dibelenggu oleh perkataan 'peminta sedekah ini)...
Sepatutnya: Sedekah ibarat seorang awek cun yang menjadi idaman dan kejaran ramai jejaka. Sesuatu yang yang sangat mulia, mengangkat anda menjadi penerima FIRST CLASS HONOURS.
Ada orang: yang berfikir ia sebagai sesuatu yang kotor, penuh dengan fitnah, mesti dijauhi akannya, Nabi dulu bertindak untuk tidak berpolitik dahulu, penuh dengan rasuah, membinggungkan, dan lebih menyedihkan, apabila disebut sahaja perkataan ini, kaku tergamam entah mengapa.
Sepatutnya: Politik ialah berkaitan yang mempimpin dan yang dipimpin, maka kita mahu tidak mahu termasuk dalam dunia politik. Imam al Ghazali berkata, agama ialah asas, dan pemerintah ialah penjaganya. Mahu tidak mahu, kita mesti mengetahui berkenaan politik kerana makan minum dan kehidupan anda ditentukan oleh golongan pemerintah. Pemimpin akan mengawal suasana apa yang diinginkan untuk masyarakat meneruskan kelangsungan hidup. Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah dan kesengsaraan Palestin kini berterusan apabila kita tiada kuasa politik yang dijatuhkan oleh golongan musuh islam dan sekular pada suatu ketika dahulu..
Nabi bersabda;
Ada orang: berpendapat bahawa doktor ini kaya raya, pandai belaka, bijak dan punya daya intelektual yang tinggi.
Rupanya: Ada sahaja doktor yang tidak berdisiplin, malas dan gagal mencapai tahap kompetensi yang diperlukan. Ada juga yang bersikap escaptism, dan lari daripada masalah lebih suka untuk hidup bersendirian.
Doktor pun manusia juga. Ustaz pun sayang seribu kali sayang, saling tak tumpah serupa. Insaflah doktor sekalian
More to come..
Bangkit daripada tidur Jahiliyah
Pemerintahan kerajaan Islam di Baghdad jatuh dek serangan Monggol pimpinan Hulagu pada 1258. Sebagaimana tujuan Hulagu menjajah Baghdad adalah untuk memusnahkan semangat umat Islam secara umumnya, demikian juga negara-negara Berikat terutamanya Inggeris dan Perdana Menterinya sendiri, Winston Churchill menjadikan usaha memusnahkan semangat dan keperibadian umat Islam dengan menakluk Baghdad dan Baitul Maqdis. Mereka mengulangi peristiwa penaklukan Hulagu ke atas dunia Islam.
British memalui anak emasnya, Parti al-Ittihad wa al-Taraki (Parti Bersatu dan Kebangkitan ) yang menggulingkan kerajaan Sultan Abdul Hamid telah mengubah banyak undang-undang syariah kepada undang-undang Barat, merubah sistem pendidikan menurut sistem Barat dan mengembangkan rasa perkauman al-Turaniyah iaitu semangat perkauman bangsa Turki. (sounds familiar)
Dengan tewasnya dunia Islam di bawah pemerintahan ketenteraan penjajah atau di bawah pemerintahan raja-raja yang dilantik dan dalangi oleh mereka, maka jahiliyah telah kembali semula mencengkam dunia Islam. Mereka mula menguasai ke akar umbinya, mengarahkan setiap institusi politik dan menguasai badan pendidikan, institusi perdagangan dan ekonomi dunia Islam. Dengan itu, mereka berjaya mempengaruhi hati orang-orang Islam samada secara suka atau terpaksa.
Alhamdulillah, muktakhir ini kita menyaksikan kebangkitan Islam sebagaimana yang dijanjikan Allah sedang berlaku.
Jika Allah bertanya di akhirat nanti
"Semasa kebangkitan Islam di akhir zaman, apakah yang kau buat?"
maka seharusnya kita menggunakan sisa kehidupan yang tinggal ini untuk mencari jawapan kepada persoalan itu.
Wednesday, December 9
Nabi sebagai pembangkang atau kerajaan?
Realiti para rasul yang diceritakan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin-peminpin utama negara yang memimpin politik umat manusia di zamannya. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Nabi-nabi adalah pemimpin-pemimpin politik bani Israel.”
– Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim
Yang dalam kerajaan
Nabi Sulaiman a.s. (PM Palestin)Nabi Daud a.s (PM Palestin)
Nabi Musa a.s selepas menjatuhkan Firaun di Mesir,
nabi-nabi yang lebih dahulu termasuk Nabi Adam a.s, Nabi Nuh a.s dan lain-lain.
Nabi Yusuf a.s.
Tuntasnya, rasul-rasul yang diceritakan secara terperinci oleh Al-Quran karim adalah pemimpin-pemimpin politik umat di zamannya, dan bukan menjadi penasihat suci sebagaimana peranan pendeta agama dalam gambaran-gambaran sejarah Barat.
Pemimpin-pemimpin politik bermaksud, mereka secara langsung menjadi pencorak kepada kepimpinan negara dan mempunyai kuasa menentukan, bukan sebagaimana penasihat yang hanya berkuasa menasihati tanpa kuasa pemutus.
Jika nabi-nabi tidak boleh berbuat demikian, atau tidak dihalang berbuat demikian, mereka akan menjadi pemimpin pembangkang sebagaimana Nabi Ibrahim, Yahya, Zakaria, Nabi Isa a.s dan lain-lain. Firman Allah yang bermaksud:
“Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh yang terbaik.”
– Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim.
Antara teladan yang terpenting ialah, Rasulullah s.a.w. bukan sahaja ketua ibadat seperti imam solat, tetapi Rasulullah s.a.w. adalah ketua politik sama ada sebelum hijrah ketika menentang pemerintahan Quraisy di Makkah dan selepas Hijrah ketika menjadi ketua negara menerajui negara Madinah.
Rasulullah s.a.w. dan para rasul terdahulu bukan menjadi penasihat politik, mereka adalah pemimpin politik dalam erti kata pemutus pada hala tuju organisasi islam, menentukan mana yang boleh mana yang tidak boleh dan mereka bukannya menjadi penasihat yang bersifat pemberitahu tetapi tidak mempunyai kuasa dan autoriti menyuruh dan melarang.
Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w., maka tiada lagi nabi selepasnya. Maka yang menjadi galang ganti kepada tugasan baginda s.a.w. sebagai pemimpin politik atau pemimpin organisasi umat islam ialah golongan ulama. Oleh itu yang memegang teraju pemerintahan di zaman selepas Rasulullah s.a.w. ialah di kalangan fuqaha sahabat iaitu sahabat nabi yang memahami hukum hakam yang dibawa oleh nabi s.a.w..
Sememangnya sahabat khulafak ar-Rasyidin berdampingan dengan nabi SAW dalam tempoh yang lama seperti Saidina Abu Bakar yang merupakan khalifah pertama, tetapi perlantikan mereka sebagai khalifah selepas itu bukan atas dasar tersebut, tetapi atas dasar keulamakannya atau keilmuannya tentang hasil daripada perdsampingan mereka dengan Nabi Muhammad SAW. Kepentingan ilmu agama dalam memenuhi prasyarat menjadi pemimpin organisasi Islam jelas tergambar melalui kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang bermaksud
“Dalamilah ilmu agama sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin”
Disamping faktor yang boleh membentuk keperibadian yang baik, faktor yang lebih utama daripada itu ialah faktor memastikan hala tuju negara Islam dan gerakan islam di kedudukan selari dengan kehendak wahyu Ilahi. Bagi mencapai tujuan tersebut, kefahaman mereka terhadap maksud dan kehendak wahyu menjadikan mereka golongan berkelayakan memegang tampuk tersebut.