Sunday, December 27

FUIYO dalam kenangan : Episod I

''Hello, is this Muhammad?''

''Yes this is Muhammad speaking, who's this?''

''This is Joanne from the Youth Hostel Association''

Terus saya kenal akan nama ini, akak yang banyak membantu dalam tempahan tempat untuk FUIYO 2009.

''owh yes, I remember you. How are you Joanne?''
tanya saya kepada Kak Joanne, sambil melihat kepada jam yang menunjukkan pukul 9 pagi

''I'm good, but your booking is not good'' balas Kak Joanne di hujung talian telefon.

Pada saat ini debaran saya bermula, apa pula yang tidak kena dengan tempat utama FUIYO 2009 anjuran iLuvislam pada kali ini.

Rupa-rupanya tempat asal FUIYO iaitu di Gradbach telah diliputi snow yang amat tebal sehinggakan kenderaan mahupun kereta sekalipun tidak dapat masuk. Menurut Kak Joanne, salji sangat tebal, dan kenderaan hanya dapat sampai paling dekat pun 5 batu ke tempat program!

Carian saya di Ustaz Google telah menunjukkan perjalanan kaki sejauh 5 batu boleh mengambil masa hampir 2 jam! Wow! Seingat saya, ini bagaikan jarak daripada Kolej Yayasan UEM (kolej saya dahulu) ke Tanjung Malim, tempat outing kami suatu ketika dahulu.

Tergamam saya dibuatnya, kerana FUIYO akan bermula esok iaitu pada 22 Disember 2009, tarikh di jam tangan saya semak sekali lagi, sememangnya jelas menunjukkan 21 Disember, namun tempat tak dapat digunakan. Saya terus bertanya kepada Kak Joanne pilihan yang ada sekarang. Malang sekali pada ketika itu, dia berkata bahawa kami hanya boleh memilih satu tarikh baru yang mungkin berbulan-bulan selepas tarikh ini, ataupun tempahan dibatalkan sepenuhnya dan wang dikembalikan!

Sukar untuk saya gambarkan perasaan pada ketika ini, satu persatu tindakan susulan saya fikirkan, namun yang paling utama, saya memaklumkan bos kami, iaitu saudara Iqtidar yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke Manchester.

Situasi apabila tempat terpaksa diubah 1 hari sebelum program dimulakan sememangnya sesuatu yang diluar dugaan dan amat menguji pemikiran pada saat itu, namun saya menenangkan perasaan, sesungguh pada saat ini, ramai lagi insan yang sedang diuji dengan dugaan yang lebih maha dahsyat. Kadang-kadang rasa lawak pun ada. Pada saat ini juga lah saya terfikirkan kekecewaan para peserta yang datang jauh daripada UK, Eire dan Czech jika mereka mengetahui FUIYO dibatalkan.Perjalanan dan perancangan mereka akan nampak sia-sia, dan bagi speaker undangan khas, iaitu Ustaz Maszlee, Ustaz Zaharudin dan saudara Fawwaz pastinya terlepas peluang 'memberi' kepada para peserta FUIYO yang sudah penuh kuota beberapa bulan awalnya. Aduhai....

Beberapa perancangan sempat saya fikirkan, dan kami telah meminta jasa baik Kak Joanne untuk mencarikan tempat ganti - sesuatu yang Kak Joanne rasakan sedikit sukar di kala cuaca yang tidak menentu. Inilah lah juga kali pertama saya sedikit rasa 'tak syok' sebab salji. Namun, Kak Joanne berkata beliau akan cuba sedaya upaya mencari tempat baru yang sesuai dan 'fit' untuk digunakan.

Sehingga jam 3 petang, masih tiada jawapan kepada status FUIYO, samada dibatalkan, atau bertukar ke tempat baru, dan kalau bertukar venue, persoalannya, di mana?

Namun Maha Suci Allah yang Maha Luas ilmu dan Maha Pemurah kepada hamba-nya, lewat, Kak Joanne telah menelefon saya memaklumkan sebuah berita gembira.

''i've a very good news for you. I've found a place which I think is suitable''

MashaAllah, pada saat ini menjerit saya sambil melompat ke udara. Sesuatu yang pada suatu ketika nampak semakin mustahil, namun akhirnya Allah jualah yang membuka jalan dan ruang keluar.

Dan lebih mengembirakan, tempat terkini FUIYO ini jauh lebih luas dan selesa buat para peserta. Kos per peserta bagi tempat ini mencapai £18 setiap malam, berbanding £9 setiap malam untuk Gradbach. Namun, pihak pengurusan masih akan mengenalan bayaran yang sama kepada kami..Alhamdulillah.

Tempat baru ini terletak di Telford, atau lebih tepat lagi, Ironbridge Gorge, yang dikenali sebagai "The Birthplace of Industry". Walaupun tak pernah dengar nama tempat ini, namun sememangnya ia menjanjikan pengalaman istimewa kepada peserta FUIYO 2009.

Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.

7 comments:

Unknown said...

salam~

er.. fuiyo ni ape snarnye?
mantap2 speaker2 die..
bley join?

mushana udon mustafa said...
This comment has been removed by the author.
mushana udon mustafa said...

drama la korang. ko daus sejak dari bangsawan tak ubah2 sikap drama ko ye?

but alhamdulillah. congratulations to everyone

Nur Suhaila Zulkifli said...

salam. tumpang lalu..hu3.menjawab pertanyaan faiq zani, fuiyo tu ala-ala winter gathering. boleh kata mcam khemah ibadah, tapi student yang uruskan sepenuhnya..tak berat macam camping di sekolah dulu..
yang pasti, memang best..boleh log in dalam www.fuiyo.iluvislam.com

joegrimjow said...

daus mmg hebat berdrama
haha
update2
kite tgok sape yg lagi panjang
;-)

joegrimjow said...

tahniah!!
sbb da lama xupdate blog

Buy Extenze said...

I want to bookmark the page so I can return here from you that you have done a fantastic job.