Salam 1Aqidah,
1. Macam macam boleh dibaca berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan di tanah air.
2. Kepada yang bakaq gereja, bertaubatlah. Allah yang hangpa dok pertahankan tu (jika itulah motif serangan) tak suruh pun bakaq gereja. Dapat dosa adalah...kat akhirat nanti, jadilah anda golongan 'muflis'...
3. Saya tertarik dengan kata-kata (dalam bentuk tulisan di blog) oleh Saudara Nasarudin Tantawi yang sungguh menganjakkan paradigma.
Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut
4. Ada yang menulis, kalau nama Allah digunakan untuk merujuk kepada tuhan, mereka ini akan terjerumus kepada mensyirikkan Allah. Tapi yang peliknya ialah, kalau mereka ini menggunakan perkataan 'Tuhan', 'God' atau 'The God' pun, mereka akan mensyirikan Allah juga. Jadi apa bezanya? Orang Malaysia sahaja yang kadang-kadang sensitif sangat...
5. Tapi perasaan sensitif ini ada relevannya. Bayangkan kalau pelajar berumur 7 tahun terjumpa akhbar yang menulis 'Allah itu ada 3', tak ke pening kepala budak tu? Di sini pentingnya peranan pemerintah untuk memastikan pendidikan aqidah Islamiyah subur di kalangan anak muda. Bukannya menyuap orang muda dengan pertandingan menyanyi dan cerita cinta.
6. Saya pun merasakan, tak mustahil segala kejadian yang sedang berlangsung kini di tanah air, hanyalah lakonan drama semata. Pengarahnya tengah tersenyum lebar.
7. Timbulkan kacau bilau dalam negara, dan kemudian dia akan cuba jadi savior dan berkata ''kamilah penyelamat'' dan ''sokonglah kami''.
8. Hakim mana yang berani buat keputusan yang pelik-pelik di negara ini?
6 comments:
mungkin ni propaganda barat atau org kafir nak burukkan islam.
kalau ada yg kata bukan islam ni boleh guna nama Allah sbb nama tuhan dalam agama samawi juga Allah, siapa dapat buktikan yg Katolik Roma, Ortodoks, Protestan dll tu sume agama samawi(nasrani sebenar)? Dalam pendidikan islam,kita ada belajar pasal sembelihan. Kita boleh makan sembelihan ahli kitab. Tapi kita tak boleh makan sembelihan kristian hari ni sbb mereka bkn lg ahli kitab.
Cuba tngok gmbr2 kt blog zulkifli nordin
Selain tu,ada juga komik2 (utk kanak2) yg mungkin digunakan utk pendidikan anak2 kristien yg boleh perangkap budak2 kecik.
persoalan utk point no 7.
-siapa agaknya yg selalu buat kacau bilau lepas tu berlagak jd pembela rakyat??
wallahualam.
assalamualaikum
-junior KY, Fairosza =)-
hakim yg nak kena pecat
salam,
I do agree with you by allowing 'Allah' to be used in any article will lead to confusion esp youngsters.
However, we need to agree that the word 'Allah' is widely used by Christian and Jew because those religions were originated from Islam.
Also, in arabic language 'Allah' is the only word in arabic language equivalent to english word 'God' with capital 'G'. (do correct me if I'm wrong)
I personally believe the root of this issue lies due to lack of understanding and exposure of islam in Malaysia.
It is worrying to let 'Allah' to address god by other religions as it might lead to confusion and mislead faith.
Lastly, sultan is the head official of Islam.He should at least make a statement regarding this issue.
just sharing what crossing my mind :)
1. bimbang penggunaan nama Allah oleh orang bukan islam akan menyebabkan pluralisme agama berkembang di Malaysia seperti yg terjadi di Indonesia.
2. we should solve this problem secara berjemaah, bukannya saling menuding jari antara satu sama lain. perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan atau digunakan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan masing2.
3. semoga para pemimpin negara kita dapat menangani isu ini dengan adil demi memelihara perpaduan rakyat berbilang agama di Malaysia.
Maybe this is what "they" want.
Let the people become huru-hara > govern the country under National Security Council with something like Mageran > take back what they've lost in previous PRU.
hmmm, my country~
sya rse mcam mereka nak bsarkan crite.blh jd gaduh je bende 2.smpai nak letupkan gereja.pastu tduh Islam y wat.cam sje nak slah kan Islam je (jganle cam jd jiran2 kite sbb kan masah ni)..
pada hal name Allah ni dorg dah lme gune...klu d Sabah n Serawak mreka dah lme gne name Allah.lagi pun dalm kitap2 diorg mmg ade t'tulis name 2.bru skrg je muncul kat smenajg,sbb 2 bru nak bsing2...
tah le myb diorg ni sentve sgt sbb xprnah dgar org dr agame ln ckap pun.
smalm kwn Kristn sya coment, d kte skrg sya xblh le kn ckp Allah dgn awk. sya pikir blik, kes 2 blh jd truk n blh mmbrukkan name Islam sndri.diorg xpkir ke....
n kpe PM asik kte nak bncang2,ape hal negare kte kn de raja,sruh le raja stop kn bende ni, kpe xgne kuase 2 kpe y spatutnye, raje kn ketue agame, klu d tegas kn xade nye bnde ni brlarutan sampai skrg btul x....
nmpak mcam dorg mmg nak perbsarkan masalh ni tmpe pkir akibatnye....
sdang kan gereja dah meltup, nanti ape akn jd lagi.....
emmmmmmmm......jgn le ape2 jd kat Malaysia.....Aku Darah Anak Malaysia...yahooooooo......
Post a Comment