Friday, January 8

Penggunaan nama Allah

Datuk Seri Najib Razak, hari ini meminta "..umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. . ..Seperti mana diketahui, rayuan boleh dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.. "

"..berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.." -Kenyataan Rasmi Tuan Guru Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS)

"..Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah.." -Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,

"..keinginan masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan perlu diterima secara terbuka.." -Pendirian Rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)

 
“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” -Tuan Guru Mursyidul Am PAS

“..Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang. JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu..” -Jamaah Islah Malaysia (JIM)

"..Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguanHerald- The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.." -Prof Dato' Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS

"Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut.. ..di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah.." -Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Penda'wah Bebas

"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dilihat seolah-olah cuba melengah-lengahkan usaha mengfailkan rayuan berhubung larangan orang bukan Islam dari menggunakan kalimah ‘Allah’.. ..Umno dalam isu kudeta Perak dilihat begitu pantas mengemukakan rayuan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang sah.." -Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

"..Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.." -Hanipa Maidin, Peguam

1 comment:

mushana udon mustafa said...

semua macam kena tema kecuali kenyataan timbalan mursyidul am PAS. although that needs further and careful reading.

heh, tq tolong summarize everything. pinjam sat...