Monday, May 24

Lihatlah dunia ini, baby Mu'az

Menurut sumber yang dipercayai, baby Mu'az, anak pertama pasangan Khairul Izham Musa dan Hazilawaty sudah pun membuka matanya pada saat ini. Kepada yang baru mengikuti kisah ini, Mu'az telah lahir tidak cukup bulan, iaitu pada minggu yang ke-27 . (Jumlah yang selalunya ialah 40 minggu)

Saya pernah bekerja di dalam satu pasukan bersama si ibu, Hazilawaty semasa di dalam MUSCOM, iaitu badan dakwah dan kebajikan pelajar di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) pada tahun 2005. Antara projek terbesar yang beliau ketuai pada ketika itu ialah 'the Muscom Booksale', satu usaha murni dalam membantu para pelajar baru di kolej membeli buku-buku pada harga yang murah, di samping hasil jualan diberikan kepada para senior yang sudah melanjutkan pelajaran di universiti masing-masing. Keuntungan projek ini juga menjana pendapatan utama untuk program-program dakwah buat para pelajar KYUEM.

Dan si ayahnya pula merupakan antara insan Melayu pertama yang saya temui setibanya saya di Nottingham pada tahun 2006. Masih jelas perasaan seronok saya semasa di hall sebaik menemui mereka yang tiba lewat sedikit berbanding saya pada ketika itu. Semasa tinggal serumah, Khairul, atau lebih mesra dikenali sebagai Keyo sememangnya seorang yang sangat suka mencuba terutamanya di dalam bidang memasak. Sate goreng, popia dan pau yang beliau bersungguh-sungguh hasilkan menjadi bukti bacaan saya - beliau seorang yang sungguh nekad & komited dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan sesuatu.

Dan kini dengan Mu'az anak kepada dua orang sahabat ini membuka matanya, semoga pandangan pertamamu menjadi ibadah dan berterusan menjadi ibadah, mewarisi 1001 kebaikan sang ayah dan ibu..

Mu'az Firdausi - Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi....


Baby Mu'az sedang 'sun bathing' - Ala-ala robocop.


Baby Mu'az sudah buka mata!

2 comments:

deynarashid said...

ya Allah, sayunya tengok video2 tu, especially part Mu'az buka mata. Allah.. tak dpt bayangkan perasaan ibu ayah Mu'az mcm mana.

Sungguh Allah itu Maha Besar dan Maha Penyayang.. semoga baby Mu'az dapat membesar dengan sihat.

mahyudin said...

insyaAllah moga Allah pelihara dan menjaga baby muaz, kita sama2 berdoa.

Kepada khairul dan isteri, jgn putus2 berdoa dan meminta dariNya...