Saturday, May 22

Nottingham semakin panas



Ini merupakan salah satu pemandangan popular di Jubilee Campus, University of Nottingham. Kampus ini menempatkan Fakulti Computer science dan Fakulti Business School University of Nottingham.

Bangunan yang tertera ialah the Sir Harry and Lady Djanogly Learning Resource Centre, sebuah perpustakaan yang menjadi tumpuan para pelajar Bisnes dan sains komputer. Bangunan ini berbentuk bulatan dan hanya mempunyai satu tinggat yang berbentuk spiral ke atas. Sungguh unik, dan kepada para pelawat ke Nottingham, ini merupakan salah satu daripada tempat yang saya snagat sarankan untuk dilawati.

Ini pemandangan semasa musim sejuk, maka tasik (tasik buatan) di sekelilingnya pun membeku. Namun ketika ini suhu semakin memuncak naik, nescaya airnya pun semakin panas.

Memang lumrah manusia, semasa panas, nak sejuk, semasa sejuk nak panas..tak pernah puas dengan apa yang ada.

No comments: