Monday, August 30

Kemarau kejuaraan badminton dunia berpanjangan

Nampaknya Malaysia sekali lagi gagal memenangi kejuaraan dunia dalam Kejohan Badminton Dunia yang baru sahaja berakhir di Paris. Sedih rasanya tahun demi tahun menanti, namun kejuaraan sulung buat negara masih tidak kunjung tiba. Kali ini harapan disandarkan kepada Datuk Lee Chong Wei dan pasangan sensasi Kien Kiat-Boon Heong, namun Chong Wei tewas di suku akhir dan pasangan negara tersungkur di halangan terakhir di tangan Cai Yun-Fu Haifeng yang memenangi kejuaraan dunia ke-3 mereka.

Agak pelik Malaysia selaku antara kuasa besar dunia tak pernah sama sekali memenangi sebarang kejuaraan dunia...sejak daripada zaman 'the Sidek Brothers', Kok Keong, Ewe Hock, Hock Kin, Roslin, Hafiz dan kini Chong Wei, satu gelaran pun kita tak pernah menang. Hairan bin ajaib. Mungkin hikmahnya ialah nak menanti kerajaan baru bertukar tangan, baru kita dapat lihat kelahiran sulung kejuaraan buat negara.

Teringat semasa Soon Kit-Kim Hock tewas di final 1997 di Glasgow. Semasa itu saya darjah 5 dan ternanti-nanti laporan di buletin 1.30 TV3 & akhbar the Star (lambat kerana time difference), ternyata kekecewaan berpanjang sampai 13 tahun.

Nak buat lagu mana, kalah menang adat pertandingan.

Namun kepada Datuk Lee dan Kien Kiat-Boon heong, jangan putus asa dan teruskan istiqamah dalam latihan. Juga kepada barisan pelapis badminton negara. Jangan baru menang peringkat negeri sudah syok sendiri goyang kaki. Lagu motivasi ini ditujukan buat anda;

2 comments:

mushana udon mustafa said...

yong hock kin pun ko include...

daus said...

sebab dia pernah menang Indonesian Open, the first ever Malaysian to do so...