Monday, September 13

Eid Mubarak 1431 H

Salam Eidul Fitri. Nampaknya sudah hampir 1500 tahun kita merayakan Aidilfitri sejak Rasulullah berhijrah ke Madinah bersama para sahabat baginda. Dan alhamdulillah seluruh dunia sekarang sedang menikmati nikmat Islam yang baginda wariskan kepada kita.

Saya sendiri sangat bertuah pada kesempatan Aidilfitri kali ini kerana dapat berdendang perantau di tiga buah negara dalam tiga hari. Pada hari terakhir berbuka puasa, 30 Ramadhan, saya berkesempatan berbuka di Dublin Mosque di Dublin, Ireland. Satu Syawal dirayakan di Galway, Ireland, hari raya kedua di Belfast, Nothern Ireland dan hari raya ketiga di Nottingham, England. Syukur kepada Allah atas anugerah Eidul Fitri kali ini , terima kasih kepada semua yang menceriakan hari raya kali ini dan semoga ditemukan dengan Ramadhan akan datang.


Warga London, England beraya di dalam London Tube. Kereta api bawah tanah diserikan dengan pakaian indah dan baharu.


Sambutan hari raya komoniti Malaysia di Nottingham. Orang kata ini merupakan 'the second largest Malaysian Community after Manchester'. Kelibat anak-anak menceriakan majlis.


Majlis sambutan hari raya turut diselitkan dengan majlis penghargaan kepada anak-anak pelajar Malaysia yang mengikuti kelas pengajian al-Quran anjuran Nottingham Malaysian Community (NMC). Sesuai benar dengan semangat tarbiyah Ramadhan.


2 orang pelajar Malaysia sedang berhari raya di tebing Little Venice di Paddington, London. Ini merupakan salah satu pusat tarikan pelancong yang mirip kawasan Venice di Itali.


'Gathering' Hari raya Aidilfitri di utara, kali ini di bandaraya Glasgow, Scotland. Cuba lihat peranan warna dan senyuman dalam menghasilkan keceriaan gambar dan suasana.


Sambutan hari raya oleh persatuan pelajar di Cork, Ireland. Kebanyakan pelajar Malaysia di sini ialah pelajar perubatan di samping para doktor yang bertugas di perantauan. Rasanya ini sessi ucapan hari raya.


Solat hari raya di kedutaan besar Malaysia di London. Khutbah disampaikan oleh pegawai jabatan penuntut Malaysia yang berpusat di London, England.


Solat hari raya aidilfitri di kawasan padang terbuka oleh komuniti Muslim di Hyson Green, Nottingham, England sebagai bukti kesatuan ummat Islam dan tanda tunduk dan patuh kepada Allah.


Solat hari raya di Jerman oleh para pelajar Malaysia. Tongkat yang tiada tak menhalang kayu mop dipegang semasa khutbah hari raya.


Sambutan hari raya di Belfast, Ireland Utara. Majlis diadakan di Malaysian Student Centre berdekatan dengan Lisburn Road. Majlis turut disajikan dengan ucapan perpisahan pelajar doktor falsafah yang akan pulang tidak lama lagi setelah menamatkan pengajian.


Hari raya bukan penghalang kepada doktor pakar diabetes untuk meneguk segelas teh tarik dan satu kon ais krim semasa sambutan hari raya di Belfast, Ireland Utara.


Menjenguk dan berziarah dari rumah ke rumah di Leeds, England. Leeds mencatatkan keunikannya yang tersendiri dengan menyambut hari raya sehari lebih awal daripada kebanyakkan kawasan di United Kingdom dan seluruh dunia iaitu pada hari Khamis.


Majlis Rumah Terbuka anjuran persatuan pelajar di Cardiff, Wales. Lapisan pakaian ekstra, fesyen rambut merupakan antara kelainan suasana hari raya di perantauan.


Pelajar Malaysia bergambar hari raya di bangunan Quadrangle, bangunan utama di National University of Ireland, Galway di Ireland.


Majlis sambutan hari raya di Leicester, England di rumah Ustaz Zaharuddin (di tengah berjubah coklat muda), penulis di laman web zaharuddin.net. Khutbah hari raya telah disampaikan oleh Ustaz Izzam Khazar (di sebelah kiri Ustaz Zaharuddin)


Penuntut Malaysia menyediakan juadah sate untuk majlis rumah terbuka di kawasan Dunkirk, Nottingham, England. Sate ini dinamakan sate Hj Samudin bersempena ketua mereka, Hisyamudin.


Jalur Gemilang turut dikibarkan oleh penuntut Malaysia di kota metropolitan Manchester pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri di sini. Juga bersempena dengan sambutan hari Malaysia pada 16 September ini.

Salam Eid Mubarak kepada seluruh ummat Islam!

3 comments:

nama saya syafiqah said...

selamat menyambut hari raya aidilfitri 1431 H..

SI GADIS said...

my dream
nak sambut raya kat oc..
semoga trcapai..
:)

belog saya a.k.a naz said...

Salam.macam mana saya nak dapatkan contact person student malaysia yang study kat U. Nottingham ye.