Thursday, July 19

AQ, episod II

Rancangan Akademi Al-Quran musim kedua yang dihoskan oleh Abu Talib Husin dan Farrah Adeeba telah sampai ke penghujungnya semalam. Berikut ialah keputusannya:

JOHAN
Anuar Hasin dari Perak (gambar)

Kedua
Mohamad Hafas Ali dari Terengganu

Ketiga
Mohd. Muslim Ali (Kuala Lumpur)


Saguhati
Mohd. Mawardi Jamaludin (Kedah)
Hanimzah Jalaluddin (Pahang)
Nor Faizah Panut (Selangor)

(*kalau saya silap taipkan keputusannya, sila beritahu)

Anuar Hasin ni merupakan salah seorang peserta final tahun lalu, dan berjaya mendapat hadiah saguhati. Tahun, percubaan beliau tidak sia-sia- selain memantapkan bacaannya, dia berjaya mengondol hadiah tempat pertama!
Anuar membawa pulang wang tunai RM30,000 serta barangan elektrik ECE bernilai RM20,000. ECE menaja TV dalam Buletin Utama terbitan TV3. Sementara itu, ada seorang peserta wanita, saya tak pasti yang mana satu di atas, wajahnya mirip-mirip penyanyi Aishah. Pada mulanya, saya ingatkan Aishah yang masuk bertanding. Pemenang tempat kedua dan ketiga, Hafas Ali dan Muslim Ali merupakan pasangan adik-beradik. Beruntung famili mereka ni.

Berbeza dengan program realiti lain yang berasaskan SMS (khidmat pesanan ringkas), juara AQ2 ditentukan menerusi konsep pemarkahan sebanyak 40 peratus untuk tajwid manakala 30 peratus masing-masing untuk qiraat dan taranum serta lagu. Bagus sangatlah tu. Dok guna SMS ni, banyak pembazirannya!


Para hakim terdiri daripada;

Zamri Mohd Zainuddin - juri tajwid
Nazri Abdullah - juri qiraat
Radzi Kamarul Hailan - juri taranum

Pertandingan akhir ini telah ke udara secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya bermula pukul 9 malam selama dua jam setengah. Memang lama betul siarannya. Saya sendiri tidak pasti bagaimana penerbit boleh membiayai rancangan sebegini. Memang alhamdulillah boleh menarik penonton, tetapi adakah jumlah penontonya cukup besar?
Marilah sama-sama kita memberi sokongan kepada rancangan-rancangan sebegini. Tidak rugi...untuk ilmu di dunia dan saham di akhirat nanti!

No comments: