Sunday, July 15

Syarahan Tun Razak


Syarahan Tun Abdul Razak yang bertajuk “Recipe for National Unity in a Changing World” yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, PJ pada 11 Julai lepas memang sangat menarik bagi saya. Bukannya apa, dapat bertemu kembali dengan ramai rakan-rakan lama. Setelah tiba dari Alor Star pada jam 1725, saya terus bergerak ke Subang Jaya. Kali terakhir saya bertemu dengan kawan-kawan yang seangkatan dengan saya (kecuali Irina, Zaffan, dan Dodoe) ialah pada March 2004..hmmm… 3 tahun lepas. Lama juga tu…. Cumanya, tidak ramai yang tidak dapat datang. Terima kasih lah kepada Joon Her ( pakatr IT ni!) Yoga (sekarang di UTP), Hamidi (actuarial scientist), Josephine Jarit (UKM), Fadhli (doctor), Naza (yang memang dah lain sangat), Jauharah (physicist in UTM) dan Zaffan, Dodoe dan Irina. Seronok dapat berjumpa dengan semua, walapun sekejap sangat kerana saya terpaksa (bukan sengaja) keluar awal meninggalkan majlis untuk mengejar kereta api. Tak dapat nak berbual panjang. Kepada kawan-kawan yang lain di luar sana, inshaAllah kita boleh berumpa di lain-lain masa..terutamanya Kishan, Aslam dan Husairil…apa cerita korang yea….

Dapat juga berjumpa Abang Ayaz, Abang Harith, dan kak Aida dan lain-lain. Mereka bertiga ni antara facilitator kami dahulu. Selain tu dapat juga jumpa Wong, dan Fikri (kini bakal menjadi seniorita di KYUEM) Mus (Mukhlis Amir, Pengarah Urusan FXplode Sdn Bhd) dan lain-lain yang juga merupakan ahli Alumni Yayasan Tun Razak selepas zaman kami.

Pada malam itu juga, barulah saya mengetahui bahawa Yayasan Tun Razak (YTR) ini telah ditubuhkan hanya 5 minggu setelah Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia, dan pada julai tahun yang sama, Parlimentelah meluluskan Akta Yayasan Tun Razak 1976 (Akta 178) yang telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Yang di-Pertauan Agong. Wow..siap ada peruntukan dalam undang-undang lagi….


Majlis dimulakan dengan ucapan mengalu-alukan kedatangan Tun Mohammed Hanif Omar selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTR, dan ikuti oleh ucap utama oleh bekas Timbalan Perdana Menteri pada zaman Mahathir sebelum saya lahir lagi, iaitu Tun Musa Hitam. Tun rupanya ada Degree dalam Literature.


Sebelum bermulanya majlis, saya berpeluang mengiringi dan berbual mesra dengan beberapa tokoh terkenal negara. Bukan senang beb!!


Antaranya ialah Puan Azah Aziz, salah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah YTR dan juga merupakan isteri kepada Prof Diraja Ungku Aziz. Beliau duduk di meja 8. Selain itu, Tan Sri Dato’ Wan Mokhtar Ahmad, bekas MB Terengganu sebelum PAS menang di Terengganu pada tahun 1999. Kata beliau, kini beliau berualng alik di dalam negara sahaja sejak tidak lagi menjadi Duta Malaysia ke Kerajaan Arab Saudi. Bekas Duta, TYT Datuk Hj Ismail Ambia pula duduk di meja nombor 6, meja yangs angat susah nak cari. Dato’ Dr Firdaus Abdullah, Pengarah DBP kita juga menyatakan rasa seronoknya berjumpa dengan orang yang bernama sama. Samalah kita Dato’!


Seterusnya, turut sama memeriahkan majlis pada malam itu ialah Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri, dan juga adik-adik beliau. Tidak lupa juga Dato’ Seri Abdul Kadir kita, yang lama tak nampak, namum beliau turut hadir dan duduk di meja nombor 2. Tan Sri Dr Jefferey Cheah, salah seorang billionaire Malaysia, juga turut hadir bersama isteri. Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsudin yang baru-baru ini mendaftarkan diri sebagai pelajar PhD di UUM sepatutnya hadir, namun saya tak nampak pula malam tu. Mungkin sibuk belajar agaknya pada usia 70 tahun! Juga Tan Sri Aishah Ghani, yang namanya kita menjadi salah satu pilihan jawapan soalan kuiz kemerdekaan di televisyen tempatan, sepatutnya hadir, tapi saya tak nampak pula. Biasalah, dengan cahaya kelam resort tersebut.


Encik Khairy Jamaluddin nampak tinggi dan gembira pada malam tersebut. Khabarnya dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, bila yea? Dr Syed Ali Taufik Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM pula mengisi meja nombor 9. HE Lt Gen (B) Tahir Mahmud Qazi dari kedutaan Pakistan pula duduk di meja nombor 3. Tinggi betul Jeneral bersara ini, dan bahasa Inggerisnya sangat bagus.

Alhamdulillah, makanan pada malam tersebut sangat sedap. Terima kasih kepada chef-chef dan pelayan yang baik budiman.


Semoga aktiviti yayasan pada masa mendatang akan terus memberi impak kepada rakyat. Jangan seronok sendiri sahaja. Sememang perpaduan antara rakyat Malaysia harus terus diutamakan dalam kita menempuh ulangtahun negara ke-50.

No comments: