Thursday, January 29
Let me introduce you...
Bunga Kantan = Wild Ginger Bud
Well known for its powerful smells for laksa. (what is laksa in English?)
Pucuk paku = Paku Shoots...or Nail Shoots
Yum..yum...yum...alhamdulillah, these shoots are fantastically mouth watering.
Lengkuas = Galangal
Remember, it differs from Ginger (halia) and Kunyit (Tumeric). Can anyone tell me the differences?
This is Lemon Grass, known as Serai
Wow...delicious with tom yam and nasi goreng kicap.
Tempe... a Jawanese delicacy, known as Fermented Beancurd
Daun pandan is Screwpine leaves.
Belacan is Dried Shrimp Paste
Not suitable for all people..
Cili Api is not Fire Chillies..but rather known as Bird's Eye Chillies
Subhanallah, very interesting. One last question is, do know how to translate this;
"MASAK LEMAK CILIAPI PUCUK PAKU"
Aha...dare to take the challenge?
Wednesday, January 28
cara memilih
2) Siasah ertinya mentadbir, dan mentadbir bukan hanya sekolah, syarikat korporat, parti politik, mahupun kawasan daerah, namun termasuklah diri kita ini.
3) Allah berfirman di dalam surah Al-Alaq, “Iqra’ bismirabbik”, yakni bacalah dengan nama Allah. Allah menyuruh kita memulakan sesuatu dengan nama-Nya, bismillah sebelum memulakan segala sesuatu.
4) Begitulah dalam tugasan kepimpinan, hendaklah kita mulakan dengan Bismillah agar tugasan dan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah dapat diteruskan mengikut syariatullah.
5) Oleh yang demikian, dalam kita memilih pasangan hidup, memilih subjek/modul untuk semester baru, memilih tajuk untuk kajian PhD, memilih rumah untuk kediaman, memilih pemimpin, pilihlah kerana Allah, dengan bacaan Bismillah.
6)Melihat daripada kacamata Islam ialah tajarrud. Tajarrud ialah bulat hati berpandangan daripada sistem Islam.
7) Imam Malik berkata: “jangan kenal kebenaran berdasarkan orang, tetapi nilailah orang berasaskan kebenaran.” Dan kebenaran ini ialah Islam.
8) Maka, dalam kita memperkatakan sistem di dunia ini, dalam kita menyelesaikan masalah di dalam masyrakat, keluarga dan diri, pandanglah daripada pandangan Islam.
Murtad dan solat
2) Ketahuilah wahai teman, tali yang mengikat kita ialah hukum Islam.
3) Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
Apabila terungkai satu simpulan, umat Islam akan berpegang dengan simpulan-simpulan yang masih ada.
Simpulan pertama yang akan dirungkaikan yang berkaitan dengan hukum-hakam (perundangan) dan yang terakhir dirungkaikan dari pegangan umat Islam ialah solat.
(hadith riwayat Imam Ahmad)
4) Apabila solat sudah tiada, maka tiadalah benteng terkahir untuk seseorang muslim murtad. Murtad merupakan penyakit terakhir seorang individu, selepas terputusnya tali-tali sebelumnya.
5) Tidak syak lagi, pentingya pendidikan solat di sini. Anak-anak di sekolah dan di rumah perlu diajar untuk solat. Bukan ajar baling biji sagu dalam bakul sahaja.
6) Dalam pemilihan UMNO (a race-based political party in Malaysia), ada orang guna umpan wang untuk raih undi (sumber: Utusan). Di tepi tasik, ada orang guna umpan cacing untuk raih ikan. Ini dua contoh umpan yang disalah gunakan.
7) tetapi, masilah kita menjadikanlah amalan kita pada hari ini sebagai ’umpan’ untuk anugerah Syurga Allah swt.
Menang besar..
Tetapi, kita suruh org buat kebaikan & mencegah kemungkaran, adakah kita buat terlebih dahulu?
Iltizam seorang da'ei mesti lebih dari org biasa, jika tidak, kita menanggung dosa kepura-puraan.
Surah At-Taubah - 111-112
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah
maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?
Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
[112]
(Mereka itu ialah): orang-orang yang
bertaubat,
yang beribadat,
yang memuji Allah,
yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam),
yang rukuk,
yang sujud,
yang menyuruh berbuat kebaikan
dan yang melarang daripada kejahatan,
serta yang menjaga batas-batas hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
Ciri-ciri orang yang menang besar, berjiwa besar;
At-taa i buuna (orang yang bertaubat)
-sifat suka bertaubat
-lebih berhati2 terhadap maksiat
-dosa2 yg mereka lakukan perlu lebih ditakuti daripada musuh mereka sendri
-bersegera memohon keampunan kepada Allah jika lakukan kesalahan
-berlumba-lumba kpd keampunan & berlumba-lumba cari syurga
-Contohnya, Nabi akan 70 - 100 kali bertaubat sehari
Taubat
- ialah rasa penyesalan terhadap apa yg dilakukan, 100% konsentret, tawajjuh, tahan diri daripada lakukan dosa & kesalahan,
-meneruskan dgn amal soleh - bukti bahawa dia telah btaubat - taubat nasuha - ada usaha pembaikian/improvement, bersihkan diri - hanya penujuan kpd Allah swt
-menurut syed qutb - taubat ialah menyesal apa yg lalu, kembali kpd Allah dgn penuh istigfar, dan dia 100% bagi tumpuan terhadap Allah, dia teruskan taubat tadi dgn Amal soleh
-4 ciri - menyucikan diri, tawajuh ila Allah, amal soleh, islah dlm hidupnya yg seterusnya
-dosa kecil berikan kesan dalam kerja-kerja dakwah yg kita lakukan
- Ini akan menyebabkan usaha dakwah kepada sahabat Muslim dan non-Muslim akan kurang berkesan
Muhasabah
-hendak mempunyai saat2 berbicara dengan dirinya sendiri
- kikis karat2 dosa dgn bermuhasabah
-self-assessment, sejauh mana kita sudah membuat persediaan bertemu Allah.
Al-A'biduun (Suka Beribadah)
-Manusia a'bid - suka beribadah
-Surah Az-Zariyat, ayat 56 - Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Al-Hamiduun (Menyatakan Allah ta'ala pemberi nikmat)
-lidah2 mreka sentiasa nyatakan syukur sama ada dalam susah atau senang.
-bentuk2 kesyukuran yg paling tinggi - melalui solat, sembahyang.
-daie - seorg yg terlalu peka terhadap nikmat2 Allah (wow!)
As-Saa i huun( berjalan, mengembara, merantau)
-org yg menuntut ilmu kerana Allah swt
-pengembaraan hati & fikiran melihat skeliling, makhluk ciptaan Allah, juga menjelajah diri, dalam diri kamu terhadap rahsia2 kehebatan ciptaan Allah. (Al-imran 191)
-meneroka alam semesta -->cosmic awareness
-mengembara melihat ttg para anbia, salaf solihin, ulama' , kesan-kesan kebatilan - semua akan memberi kesan pd tugas dakwah - beri motivasi etc
Roki'un wa Sajiduun (yg suka ruku' dan sujud)
-solat perlu lebih bkualiti dr org awam - hubungan para da'ei dgn Allah sgt kuat
-Az zariyat 17-18 , As sajdah ayat 16 (utk bangun malam & istighfar lepas sahur)
-hubungan dengan Allah - kalau rapat mcm rapat ngan kawan.. minta apa2 pn InshaAllah akan ditunaikan
-Ssungguhnya Allah takkan bg kemenangan pd satu kaum melainkan dia benar2 iklahs
Taklif rabbani (aamaru bil maaruf wa naahu an al-munkar)
-wasiat saidina ali : mula dakwah dgn diri dahulu. Ajar dirinya terlebih dahulu
Haafizuna li hududi llah (menjaga batas-batas agama)
-tegakkan hukum2 Allah dlm dirinya.
-dgn tegakkan daulah islamiah - dlm pemerintahan
Monday, January 19
Selamatkan Ya Allah..
Ya Allah, jangan 'tenggelam'kan aku....
Saturday, January 17
Mari bersenam di pagi ini
Assalamualaykum wrt wbt semua, nama saya MR RJ. Di musim exam ni, mari kita senam sama-sama.
1. sebelum kita bermula, pastikan semua berwudu'. Barulah kita cergas senantiasa.
2. mari kita regangkan tangan, dan gerak ke kiri dan kanan macam saya.
3. kemudian, mari kita ikuti senaman ruhul jadid seperti dalam video ini.
Teruskan senaman sehingga terhasil elektrik disekitar seperti dalam video.
InshaAllah ini latihan yang simple, tetapi bagus untuk anda.
Akhiri dengan doa dan Qunut Nazilah, doakan pejuang Hizbullah di Palestin mencapai kemenangan.
Monday, January 12
Mana Mana?
Mana dia insan-insan yang bersediakan menghulurkan bantuan
Mana dia insan-insan yang mahukan kebaikan untuk dirinya...
Mana dia insan-insan yang yang senantiasa memikirkan hal sahabat sekeliling...
Mana? Mana?
Sunday, January 11
Lagu tema subuh kami
Ketika Azim sedang memandu kami pulang daripada Prayer Room Portland Building seusai solat Subuh pagi ini, kami kagum dengan sinar kemerahan di ufuk tenggara Nottingham. Matahari cuba terbit, namun cahaya kemerahan pada pagi ini sungguh mengagumkan. Subhanallah!
Lantas Izzudin (bukan Izzudin Al-Qasami) yang duduk disebelahku berkata "merah saga macam lagu tu!"
Ya, lagu tentang perjuangan sebenar di bumi Palestin yang liriknya bermula dengan "Saat langit berwarna merah saga".
Maafkan Palestin kerana melupakan mu. Nak tunggu 800 orang ni mati baru kita nak celik? Shame on us, dear Muslims.
Kepada sahabat-sahabat yang berusia 20-an (atau lebih senior),
Bayangkan kalau adik-adik yang kini berusia 7, 8 atau 13 tahun. Pastinya serangan ke atas Gaza ini dilihat sebagai "oh, satu lagi peperangan.." dan mereka keliru akan siapa yang berada di pihak kebenaran. Lalu terlontarlah persoalan seperti "Hamas pun serang roket jugak kan? So, dua kali lima je lah.."
Sebagaimana kita jahil apabila Intifada pertama, kedua berlangsung, apabila perjanjian Oslo dibuat, atau mungkin sampai ke tahap apabila Sheikh Ahmad Yassin et co dibunuh.
Maka, mari kita sama-sama jadi genuis. Apakah maksud genius? Salah satu definisinya ialah "explain something fairly complex in a simple way". Oleh itu, sama-sama kita cuba terangkan perkara yang nampak kompleks agar mudah difahami oleh adik-adik remaja kita.
Meminjam kata-kata seorang sahabat daripada dunia maya;
"Jadilah batu bata untuk membangun bangunan islam, atau paling kurang jadilah sebutir pasir.
Jangan justru menjadi penghalang atau penghancur kejayaan islam itu sendiri.
ingat yang menghancurkan islam itu adalah umat islam sendiri.
dunia ini hanya sementara kawan."
Palestinians carry the coffin of
Hamas leader Sheikh Ahmed Yassin
during his funeral in Gaza Strip.
About 200,000 mourners poured out their grief
on that day, 22 March 2004.
Saturday, January 10
tiba sudah saat perpisahan..
kepada sahabat-sahabat seluruh dunia yang telah berpisah, dan yang akan berpisah..
Perpisahan Terasing - KRU
"We have been to many war zones, but the special thing is that the 1.5 Gaza population are completely locked in.
"The civilian population has no way to hide. The population density is so high you can not do attacks like this without knowing that you are attacking the civilians."
-Dr Mads Gilbert, yang berasal daripada Norway dan kini bertugas di Hospital As-Shifa', Gaza-
Siapa paling kejam
Tiga orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu dan akhirnya perempuan itu pengsan.
Dia perpusing menghadap dua lelaki yang lain, dan berkata, "Akulah orang yang paling kejam".
Lelaki kedua pantas bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata "tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".
Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab "Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"
Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Amerika.
Lelaki kedua adalah Israel.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.
* diubahsuai daripada internet.
Friday, January 9
Kegagalan Israel
Ketahuilah, Palestin kini secara politiknya ada dua bahagian, Genting Gaza (Gaza Strip) & Tebing Barat (West Bank). Secara haknya, seluruh kawasan 'Israel' (secara tegas saya nyatakan negara ini tidak wujud) dan 2 bahagian ini ialah wilayah Palestin yang sebenar.
Bagaimana Gaza mendapat namanya?
Bayangkan kalau seluruh rakyat Pahang dihalau dan disuruh masuk ke kawasan Kuantan dan sekitarnya, maka akan terbentuklah Genting Kuantan. Maka, bandar terbesar di Genting ini ialah bandar Kuantan.
Begitulah juga dengan Gaza dengan bandar utamanya ialah Gaza City. Gaza ni kecil je. lebih kecil daripada Negeri Perlis, dan besar sikit daripada bandaraya Kuala Lumpur (ibu kota Malaysia).
Dulu apabila saya membaca kepadatan penduduk dunia, maka dikatakan kawasan terpadat di dunia ialah Macau la, Malta la, Monaco la. Rupanya Gaza ni lebih padat lagi. dalam kawasan sekecil tu, ada 1.5 juta orang penduduk!
Memang Israel hendak menjadikan Palestin sebagai ground Zero. Mungkin mereka telah 'berjaya' menghapuskan anak muda (setakat ini 30% terbunuh ialah kanak-kanak). Mungkin ramai wanita-wanita yang hilang suami dan sebaliknya.
Namun yang gagal dihalang Israel ialah;
i) dunia semakin tahu akan kedajalan Israel
ii) dunia semakin kenal watak jahat AS dan bagaimana badutnya Bush (dan Obama yang dua kali lima)
iii) dunia semakin tahu akan kehebatan HAM@S
iv) Gaza semakin terkenal
v) ummat dunia terutamanya Muslim bertambah aware akan isu Palestin.
Thursday, January 8
Aku cemburu pada Mujahidin Palestin
Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci
syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu
Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot
Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka
oleh: Rozmal Malakan
Sumber: Klik
Wednesday, January 7
Towards Intifadha III
2) Dan pada waktu yang sama, ada sekumpulan yang lain memberikan pendidikan (education, enlightment) kepada orang awam. Berikan penjelasan, the root of the problem. Bukannya nak membentuk jemaah kedua, tetapi kumpulan kedua ini ada peranan yang tersendiri, namun wala' dan ketaat serta matlamat masih sama dengan kumpulan di atas.
3) contohnya, kalau ditanya anak muda yang berumur 16 tahun (sebagai contoh sahaja), "antara Fatah dan Hamas, siapa hero sebenar?", pastinya teragak-agak nak menjawab.
4) Bukan anak-anak belasan tahun sahaja, kalau ditanya anak-anak 20-an pun, belum pasti tahu jawapannya!
5) Kenalilah Firaun zaman ini;
Tzipi Livni - Menteri Luar Israel
Ehud Olmert - Perdana Menteri
Benjamin Netanyahu - Ketua Pembangkang Parti Likud
Shimon Peres - Presiden
Ehud Barak - Menteri pertahanan
Gabi Ashkenazi - Ketua Staf
6) Ramai yang melaung-laungkan laungan "Khaibar-khaibar ya Yahud". Menarik juga apabila saya mendapati yang peperangan Khaibar berlaku pada akhir bulan Muharram (sekarang pun bulan Muharram) pada tahun ke 7 Hijriyah. Pada ketika itu ummat Islam menang ke atas Yahudi di Khaibar yang dipimpin oleh Sallam bin Misykam (tentera Muslim berjumlah 1600 orang termasuk 200 berkuda menentang 1400 tentera Yahudi)
7) Tujuan perang - bukanlah ummat Islam ni ganas sehingga sengaja cari pasal dengan Yahudi. Tujuan perang ini ialah kubu Khaibar yang dijadikan pusat menentang Islam dan memberikan rangsangan kepada Yahudi Bani Quraizah untuk mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah semasa peperangan Ahzab.
8) Ironiknya, sekarang apabila HAMAS bertindak mengembalikan hak Palestin, habis seluruh Genting Gaza dilanyak sang Yahudi.
9) Istimewanya peperangan Khaibar - malam sebelum serangan dibuat, nabi mengumumkan yang bendera pasukan perang akan diberikan kepada lelaki yang kasihkan Allah dan Allah kasihkannya. Tahukah anda siapa dia?
10) Esoknya Nabi menyerahkan bendera kepada Saidini Ali. Allahu Akbar. Hebat sungguh kau wahai Ali!
11) Sekarang kalau saidina Ali ada lagi, agak-agaknya boleh menang ke HAMAS lawan Israel dalam peperangan yang disifatkan berulang kali oleh al-jazeera sebagai 'fierce fighting'?
wallahu a'lam. apa-apa pun kita hidup ini dalam satu jemaah. bukan berjuang atas kapasiti individu. Di dalam buku Hamas, the Unwritten Chapters oleh Dr Azzam Tamimi, beliau menulis di dalam bab terakhir "towards Intifadha III". Ianya bakal berlangsung, namun adakah sekali lagi HAMAS akan bergerak solo?
Selamat berjuang HAMAS and the gang. we love u! Our duas are always with you.