Wednesday, January 28

cara memilih

1) Kita menginsafi diri bahawa, sejak daripada penciptaan Adam as, Allah swt telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini untuk melakukan tugas-tugas kepimpinan.

2) Siasah ertinya mentadbir, dan mentadbir bukan hanya sekolah, syarikat korporat, parti politik, mahupun kawasan daerah, namun termasuklah diri kita ini.

3) Allah berfirman di dalam surah Al-Alaq, “Iqra’ bismirabbik”, yakni bacalah dengan nama Allah. Allah menyuruh kita memulakan sesuatu dengan nama-Nya, bismillah sebelum memulakan segala sesuatu.

4) Begitulah dalam tugasan kepimpinan, hendaklah kita mulakan dengan Bismillah agar tugasan dan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah dapat diteruskan mengikut syariatullah.

5) Oleh yang demikian, dalam kita memilih pasangan hidup, memilih subjek/modul untuk semester baru, memilih tajuk untuk kajian PhD, memilih rumah untuk kediaman, memilih pemimpin, pilihlah kerana Allah, dengan bacaan Bismillah.

6)Melihat daripada kacamata Islam ialah tajarrud. Tajarrud ialah bulat hati berpandangan daripada sistem Islam.

7) Imam Malik berkata: “jangan kenal kebenaran berdasarkan orang, tetapi nilailah orang berasaskan kebenaran.” Dan kebenaran ini ialah Islam.

8) Maka, dalam kita memperkatakan sistem di dunia ini, dalam kita menyelesaikan masalah di dalam masyrakat, keluarga dan diri, pandanglah daripada pandangan Islam.

2 comments:

faisalzulkifli said...

slm bos...ak suke point kelima hang...awat dah nak pilih teman hidup kah...?amboi, nukan main lg noo...awat dah jumpa kaa...suka ja hang nih..

Anonymous said...

Pandang dengan pandangan Islam?

Ramai orang claim mereka memang memandang dengan pandangan Islam. We can urge people to stick to Quran and sunnah, but then, there are many interpretations. I am sure those liberals also claim that they are following the Quran. Marina Mahathir (http://rantingsbymm.blogspot.com/) even launched this 'Let's read the Quran' Campaign.

Then how can we claim ours are more correct when we are living in a world full of confusion?