Wednesday, January 7

Towards Intifadha III

1) Pada hemat saya, penting untuk ada sekumpulan manusia yang bersungguh-sungguh dan lantang melawan Israel dan Amerika. Keganasan mereka dah melampau.

2) Dan pada waktu yang sama, ada sekumpulan yang lain memberikan pendidikan (education, enlightment) kepada orang awam. Berikan penjelasan, the root of the problem. Bukannya nak membentuk jemaah kedua, tetapi kumpulan kedua ini ada peranan yang tersendiri, namun wala' dan ketaat serta matlamat masih sama dengan kumpulan di atas.

3) contohnya, kalau ditanya anak muda yang berumur 16 tahun (sebagai contoh sahaja), "antara Fatah dan Hamas, siapa hero sebenar?", pastinya teragak-agak nak menjawab.

4) Bukan anak-anak belasan tahun sahaja, kalau ditanya anak-anak 20-an pun, belum pasti tahu jawapannya!

5) Kenalilah Firaun zaman ini;

Tzipi Livni - Menteri Luar Israel
Ehud Olmert - Perdana Menteri
Benjamin Netanyahu - Ketua Pembangkang Parti Likud

Shimon Peres - Presiden
Ehud Barak - Menteri pertahanan
Gabi Ashkenazi - Ketua Staf

6) Ramai yang melaung-laungkan laungan "Khaibar-khaibar ya Yahud". Menarik juga apabila saya mendapati yang peperangan Khaibar berlaku pada akhir bulan Muharram (sekarang pun bulan Muharram) pada tahun ke 7 Hijriyah. Pada ketika itu ummat Islam menang ke atas Yahudi di Khaibar yang dipimpin oleh Sallam bin Misykam (tentera Muslim berjumlah 1600 orang termasuk 200 berkuda menentang 1400 tentera Yahudi)

7) Tujuan perang - bukanlah ummat Islam ni ganas sehingga sengaja cari pasal dengan Yahudi. Tujuan perang ini ialah kubu Khaibar yang dijadikan pusat menentang Islam dan memberikan rangsangan kepada Yahudi Bani Quraizah untuk mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah semasa peperangan Ahzab.

8) Ironiknya, sekarang apabila HAMAS bertindak mengembalikan hak Palestin, habis seluruh Genting Gaza dilanyak sang Yahudi.

9) Istimewanya peperangan Khaibar - malam sebelum serangan dibuat, nabi mengumumkan yang bendera pasukan perang akan diberikan kepada lelaki yang kasihkan Allah dan Allah kasihkannya. Tahukah anda siapa dia?

10) Esoknya Nabi menyerahkan bendera kepada Saidini Ali. Allahu Akbar. Hebat sungguh kau wahai Ali!

11) Sekarang kalau saidina Ali ada lagi, agak-agaknya boleh menang ke HAMAS lawan Israel dalam peperangan yang disifatkan berulang kali oleh al-jazeera sebagai 'fierce fighting'?

wallahu a'lam. apa-apa pun kita hidup ini dalam satu jemaah. bukan berjuang atas kapasiti individu. Di dalam buku Hamas, the Unwritten Chapters oleh Dr Azzam Tamimi, beliau menulis di dalam bab terakhir "towards Intifadha III". Ianya bakal berlangsung, namun adakah sekali lagi HAMAS akan bergerak solo?

Selamat berjuang HAMAS and the gang. we love u! Our duas are always with you.

[Hamas.bmp]

No comments: