Sunday, January 11

Lagu tema subuh kami

Kisah benar...

Ketika Azim sedang memandu kami pulang daripada Prayer Room Portland Building seusai solat Subuh pagi ini, kami kagum dengan sinar kemerahan di ufuk tenggara Nottingham. Matahari cuba terbit, namun cahaya kemerahan pada pagi ini sungguh mengagumkan. Subhanallah!

Lantas Izzudin (bukan Izzudin Al-Qasami) yang duduk disebelahku berkata "merah saga macam lagu tu!"

Ya, lagu tentang perjuangan sebenar di bumi Palestin yang liriknya bermula dengan "Saat langit berwarna merah saga".

Maafkan Palestin kerana melupakan mu. Nak tunggu 800 orang ni mati baru kita nak celik? Shame on us, dear Muslims.




Kepada sahabat-sahabat yang berusia 20-an (atau lebih senior),

Bayangkan kalau adik-adik yang kini berusia 7, 8 atau 13 tahun. Pastinya serangan ke atas Gaza ini dilihat sebagai "oh, satu lagi peperangan.." dan mereka keliru akan siapa yang berada di pihak kebenaran. Lalu terlontarlah persoalan seperti "Hamas pun serang roket jugak kan? So, dua kali lima je lah.."

Sebagaimana kita jahil apabila Intifada pertama, kedua berlangsung, apabila perjanjian Oslo dibuat, atau mungkin sampai ke tahap apabila Sheikh Ahmad Yassin et co dibunuh.

Maka, mari kita sama-sama jadi genuis. Apakah maksud genius? Salah satu definisinya ialah "explain something fairly complex in a simple way". Oleh itu, sama-sama kita cuba terangkan perkara yang nampak kompleks agar mudah difahami oleh adik-adik remaja kita.

Meminjam kata-kata seorang sahabat daripada dunia maya;

"Jadilah batu bata untuk membangun bangunan islam, atau paling kurang jadilah sebutir pasir.
Jangan justru menjadi penghalang atau penghancur kejayaan islam itu sendiri.
ingat yang menghancurkan islam itu adalah umat islam sendiri.
dunia ini hanya sementara kawan."

http://www.aljazeerah.info/News%20photo%20negatives/2004%20phot%20originals/March/yas222.jpg
Palestinians carry the coffin of
Hamas leader Sheikh Ahmed Yassin
during his funeral in Gaza Strip.
About 200,000 mourners poured out their grief
on that day, 22 March 2004.

1 comment:

ahli ISRA' said...

salam ziarah.
lagu rumah kami juga...!
semoga kita beroleh syahid di jalanNya.
iA..