Sunday, December 13

Maut senantisa mengejarmu, Episod II

Pemergian Allahyarham Mohd. Ariff Ab. Kadir sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada kami di Nottingham. Meremang badan saya seharian semasa di hospital sebaik mendengar berita pemergian beliau semasa dalam perjalanan daripada Notttingham ke Mansfield pada pagi Jumaat lalu.Beliau seorang yang sangat dihormati dan sangat soft-spoken di kalangan para pelajar di sini.

Saya masih ingat akan usrah yang kami buat bersama semasa saya di tahun satu dan dua. Walaupun Allahyarham tiba di bumi Nottingham setahun lebih awal daripada saya, namun kami sebaya daripada segi umur kerana beliau telah melalukan A Level beliau selama satu setengah tahun sahaja.

Ingat masih terpanggil kepada puding roti yang selalu beliau bawa semasa usrah yang sebenarnya satu tunjuk ajar yang sangta bagus kepada saya dalam menghasilkan puding roti. Tidak lupa juga kepada yorkshire pudding yang sungguh simple dan unik.

Bahkan sebelum kepulangan beliau ke tanah air bergelar seorang jurutera, sebagaimana yang dilaporkan akhbar tempatan seantero Malaysia, beliau lebih kerap ke rumah kami lantaran rumah kami antara rumah yang masih 'hidup' berpenghuni kerana para pelajar yang lain sudah pulang bercuti. Semasa majlis graduasi beliau pun, saya masih ingat dengan jelas bersembang dengan ayah beliau yang nampak 'kesejukkan' semasa datang melawat beliau pada sekitar bulan Jun atau Julai yang lalu. Keramahan pakcik Kadir pada ketika itu masih terasa sehingga kini. Ayah saya juga memaklumkan yang beliau juga sepatutnya hadir ke majlis kenduri pihak perempuan (Teh Afifah) pada hari Ahad, dua hari selepas kejadian ngeri ini.

Semoga tenang semuanya, dan semoga ruh Allahyarham sekeluarga ditempatkan di kalangan orang beriman. Dan semoga Allah berikan kesabaran kepada saya dan seluruh insan yang lain, jika ditimpa ujian yang berat sebegini.

http://www.islamicity.com/mosque/arabicscript/Ayat/3/3_200.gif
Ali Imran, ayat 200 : "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu ....

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1213/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
Tinggal kenangan, semoga Teh Afifah bersabar. Ini satu ujian yang pasti banyak hikmahnya.

1 comment:

Emilia Habiba Mohamad Jamil said...

Mmg x terkata.. minta permission nk copy&paste link kat blog (dh siap publish pun..)