Thursday, December 10

Tangisan graduasi

Hari ini hari graduasi saya.

Setelah selesai 3 tahun pertama di Nottingham, kami para pelajar perubatan di Nottingham telah menerima ijazah sarjana muda pertama kami, Bachelor of Medical Science.

Vice Chancellor Nottingham University, Prof David berpesan ''The research that you all do today willl become the bedrock of the future generation''

Sebelum kami naik ke pentas, Encik Anthony Wilkinson pula telah dianugerahkan honorary degree of Doctors of Law. Beliau merupakan antara pengasas bisnes keluarga yang dikenali sebagai gedung WILKINSON. Kepada yang berada di UK, pasti familiar dengan nama ini.

Dilahirkan di Leicester pada 1937, beliau menjadikan drive, integrity dan care for others sebagai cogan kata kehidupannya, sebagaimana yang beliau kongsikan di dalam ucapan beliau lebih kurang 9 minit.

Di akhir upacara majlis, lagu kebangsaan Britain dipasangkan, dalam nada pancaragam tanpa lirik. Pada saat sebelum lagu dimainkan, pada mulanya saya terfikir ''Alamak, aku dah lama di sini, lagu kebangsaan negara ni pun aku tak tahu!''

Namun di saat lagu dimainkan, I was talking to myself '' I think I knew this anthem''



And yes, indeed.

Semasa saya masih kecil, lagu ini selalu saya mainkan di Encarta Ensiklopedia. Lagu God save the Queen. Dan dengan tidak semena-mena, saya terasa hiba dan sedih sangat.

Lagu inilah yang dimainkan di seluruh pelosok dunia pada era Empayar British suatu ketika dahulu. Orang kata 'the sun never sets on the British Empire'.

Satu demi satu pejuang Islam tumbang dan syahid dalam mempertahankan aqidah ummat Islam. Sheikul slam Uthmaniyah , Sheikh Kahyri Effendi mengisytiharkan pada tahu 1914 bahawa penentangan terhadap British pada ketika itu ialah jihad besar dan ini menimbulkan kekacauan pada hemat kerajaan British, maka sebarang berita berkenaan peperangan antara kerajaan Uthmaniyah dan Bristih diharamkan daripada disiarkan di dalam akhbar semasa.

Mendengar lagu ini, membawa ingatan saya kepada setitis demi setitis darah ummat Islam tumpah dan satu demi satu pejuang Islam tumbang, dan kuasa pemerintahan ummat islam yang telah memberikan keadilan kepada islam dan bukan Islam hilang. Palestin terus sengsara dan menderita hingga kini..

Dan di sini saya berdiri pada hari ini, di negara kuasa penjajah masa lalu, mendengar lagu yang dimainkan di serata dunia suatu ketika dahulu. Adakah kita masih 'dijajah' pada hari ini?

Maafkan daku wahai ummah atas kelalaianku...


3 comments:

mushana udon mustafa said...

kongratulasi si graduasi. zaman 'kanak-kanak' telah dilepasi, apa lagi kini? kembara mencari jati diri?

haha ape aku merepek ni. anyway, tahniah, walaupun belum habis lagi.

Intan said...

tahniah buat daus dan geng2 medic yg lain atas kejayaan korang untuk sampai ke tahap ini.

teruskan perjuangan kalian.moga sentiasa maju jaya dan dilindungi Allah SWT

Anonymous said...

assalamualaikum,

tahniah~!